Nak balik esok..yaahuuuu...
Khamis, 30 April 2009
Nak balik yeehaaa...
hasil semaian ♥nrina♥ di 11:47:00 PG 2 bunga tulip
Label: Bandung, Cerita Aku
Isnin, 27 April 2009
Layan jelah..
Disebabkan keadaan kesihatan aku tak menentu kat sini so update pun amatlah slow.
Perut lapar tp takde selera nak makan pastu asyik pk nak makan makanan yg ada kat malaysia..tak dapek nak nolong kata hubby..camne cari pun mesti tak sama..
Seksalah dlm keadaan camni skrg..emosi terganggu..mood takde..anak2 selalu jadi mangsa..kesian diorg bosan pasal aku tak nak kuar bilik pasal tak larat nak jalan..terasa nak muntah je.
ni beli baju anak dan hubby..aku pun ade jugak hihi..tu semua tu dah sejuta lebih..rupiahlah..
tengah asyik shooping dgn hubby..anak2 aku si Nelson yg jaga..pastu Zikry dah pau Nelson tu mainan..5ribu tu harganya..
seperti sedia maklum..mainan tu hayatnya tak sampai satu hari..hmm
si Zarfan suruh abang dia diam..aku lupa lak pasal apa..
susu dia nampak tak bape coklat dan takde perbezaan ketara pun. kalau dutch lady 123 kat malaysia warna cam pudar sikit tp 456 coklat dia lebih gelap dan nampak pekat tp yg kat sini tak..
tu jenama dia..teringat aku susu cap bendera hihi..
ni batagor..best gak
ni nasi bakar..korang nampak tak kopok dia yg warna putih tu..kat sini dah kira best sgt kopok tu tp tekak aku tok leh telanlah..
makan nasi bakar..
nasi tu Zikry yg nak..ingatkan sedap tp haduh..tak leh telanlah..tp Zikry habis makan.
yg Zikry makan tu otak2 katanye..punyelah tak sedap..buang byk plak tu sbb liat dan tak leh terimalah tekak aku ni..
kiranya aku makan utk malam tu je dah habis 70ribu huhu..pasal ade beli nasi goreng utk hubby harga 20ribu
Hari tu ada pergi jugak Pasar Baru...sape datang Bandung ni kalau tak ke Pasar Baru tu kira lum lengkaplah hihi pasal tujuan mesti nak shoopingkan..
Tp dlm keadaan aku yg masih lemah..dan anak2 yg buat hal. Aku tak dapat nak lelama kat dlm tu walaupun lama jugak cuma lama jenjalan dan sesat je hihi.
Korang bayangkanlah dah ler hari minggu..org punyelah ramai..kira berlaga bahu je..rasanya kalau aku terjatuhlah mesti kene pijak punye..sbb org tak pandang bawah tp pandang keliling sbb mencari apa yg berkenan di hati.
Ada 6 tingkat..aku parking kat tingkat 5. setiap tingkat pun aku tak larat nak jalan semua tempat. Jualan diorg bercampur dan nasiblah kedai yg kitorg sempat singgah tu.
Kat sana aku kene sebu telinga..nak muntah dan rasa melayang..tak leh lama sgt so mintak maaflah pasal mmg tak dapat beli byk..
Yang aku beli byk pun telekung je pasal nak menjual hihi..lagipun bukan pilih sgt sbb diorg dah sediakan.
Diorg ni susahlah nak mintak kurang..ada byk bersyarat plak kalau nak mintak kurang tu..lagi plak dia tau kita dari Malaysia..dah malas nak bertekak harga..amik jelah mana yg patut..
Mmg tak sempat amik gambar sbb tangan aku perlu pastikan pegang anak dan tiang utk berpaut..takut rebah je.
Begitulah sikit lebih kurang yg aku leh citerkan sebelum aku melepek tak larat kat bilik je..
hasil semaian ♥nrina♥ di 3:58:00 PTG 1 bunga tulip
Label: Bandung, Cerita Aku
Untuk Azue..
Salam Azue..
hasil semaian ♥nrina♥ di 3:27:00 PTG 2 bunga tulip
Label: Bandung, Cerita Aku
Jumaat, 24 April 2009
Pasal tv
Tak habis lagi tu nak citer pasal tv hehe..
hasil semaian ♥nrina♥ di 9:21:00 PTG 0 bunga tulip
Label: Bandung, Cerita Aku
Gosip panasss
Wah..korang tau tak berita terhangat kat sini..hehe..mestilah tak tau pasal korang bukan ada kat sini pun hihihi..
hasil semaian ♥nrina♥ di 2:58:00 PTG 2 bunga tulip
Label: Bandung, Cerita Aku
Khamis, 23 April 2009
Ahh...
Seksanya dalam keadaan skrg ni..
hasil semaian ♥nrina♥ di 12:01:00 PTG 2 bunga tulip
Label: Bandung, Cerita Aku
Selasa, 21 April 2009
Tag Wallpaper dari @liya
Tag pertama setelah aku pindah rumah.
Daripada Aliya
Peraturan
1) anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang jngan tipu2 ek x suke
2) bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...
3) tag 10 people...
Betul..aku tak tipu..inilah wallpapernye..tp lappy hubby aku lah..yg kat Bandung ni. Aku percaya dan yakin..dia jugak penah letak wallpaper kat lappy ni tp tak berjaya..hasilnya tetap hitam hehe...
Aku takkan tag org hehe..buat masa nilah pasal aku nak jadi org baik muahahahaha....
hasil semaian ♥nrina♥ di 1:18:00 PTG 3 bunga tulip
Label: Tag
Isnin, 20 April 2009
Makin pusing..
Ahh..aku dah merasakan perubahan hormon skrg ni..
Semakin pening dan badan semakin lemah..
Tapi belum lagi muntah2..cuma takde selera nak makan walaupun perut ni lapar dan sedang menyanyi dangdut..
Apa pun aku tak dapat nak sah kan ape2 sbb takde bukti..tunggu balik Malaysialah sbb aku malas nak cari farmasi kat sini..hehe..
Tapi mungkin jugak stress sbb nak kene pk perabut yg bersesuai dgn rumah baru aku ni..ape yg perlu dikurangkan dan apa yg nak ditambah..sungguh tension..dan memeningkan kepala..
Tak sukelah kalau korang datang rumah aku takde perabot so korang kene duduk atas lantai je hehe..walaupun hakikat rumah aku yg sebenar mmg takde perabot pun muahahahaha...
Oklah..aku tak bershooping lagi skrg..hubby teramat bz dgn kerja dia. Mulanya cam tensen gak sbb tak dapat lagi nak beli brg yg dirancang tp bila pk balik..tujuan datang sini bukan bercuti..ikut hubby je sbb dia keje sini so kene terima hakikat yg dia keje dan aku je yg cuti hihihi..
Tapi kalaulah takde anak2 ni..dah lama aku bershooping hari2 naik teksi ke angkutan kota ke..jalan kaki ke..kat sini byk pengangkutan..tp bila pk dgn anak2 yg tak reti bahasa lagi ni so aku sanggup memerap dlm bilik daripada menyakitkan hati aku terjerit2 bila kat luar pkkan keselamatan dia..
Walau apapun aku tetap happy kat sini sbb hubby ada depan mata dan perasaan risau aku tak ler sampai berminggu2 cuma masa dia g keje je..so mmg bahagia kerana dapat disamping dia..love u ayah..
Ok..itu sajelah utk hari ni..aku nak lepak tengok tv..dan mmg itu je keje aku tetiap hari..
hasil semaian ♥nrina♥ di 1:28:00 PTG 5 bunga tulip
Label: Bandung, Cerita Aku
Jumaat, 17 April 2009
Sambungan tergendala
Sambung kat sini jelah memandangkan aku punye blog tu dah penuh gambar hehe..
So blog ni kira cam kosong dan semak sikitlah..maklumlah baru pindah rumah..amik masa sikitlah nak dandan hehe..
masuk meja ni..dah 3 kali pindah hehe..memula makan kat dlm pastuh budak2 ni nak mandi so naik kat atas..pastuh diorg asyik nak main kat kolam yg dalam so pindahlah duduk lepak sini lak..sambil bawak sarapan yg mana boleh hehe..
yang Zarfan makan tu kuih serabai..betullah kat sini pun pakai nama tu tp aku cari gula merah tu takde lak..kalau pai, waffle dia letak plak gule tu hish..so tak bestlah takde nak cicah gule..
diorg ni semua ikut aku hehe..selimutkan kaki..
Ok..itu je gambar yg tergendala tadi hehe..
hasil semaian ♥nrina♥ di 3:37:00 PTG 3 bunga tulip
Label: Bandung, Cerita Aku