Showing posts with label pakatan pembangkang. Show all posts
Showing posts with label pakatan pembangkang. Show all posts

Friday, 5 April 2013

#GE13 #PRU13 : Taktik Kotor PR Dikesan!


Malaysia bukanlah negara yang sempurna, tetapi tidak keterlaluan dikatakan bahawa tidak ada apa yang terlalu signifikan yang perlu diperjuangkan di negara ini melainkan perjuangan untuk memperkasakan jati diri rakyatnya. Secara dasarnya, negara ini sudah cukup lengkap bagi membolehkan ia berfungsi dengan aman, stabil, makmur dan sejahtera. Apa yang perlu hanyalah penambahbaikan sahaja dan bukannya perubahan drastik.

Kedudukan negara yang ‘lengkap’ inilah yang menyukarkan pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan iaitu dari segi mencari isu yang cukup penting untuk dijuarai.

Justeru, mahu tidak mahu mereka terpaksa memfitnah, mencipta isu atau menimbulkan isu daripada sesuatu yang bukan isu, untuk diperjuangkan. Oleh kerana isu yang ditimbulkan bukanlah isu yang ‘genuine’, maka ia selalunya membawa akibat yang buruk atau merugikan sahaja. Contohnya, isu ISA dan isu dakwat kekal dalam pilihanraya.

Sedangkan, kedua-dua isu ini bukanlah satu isu, buktinya ia tidak pernah menjadi masalah kepada negara dan rakyat selama ini. Malah negara terus tumbuh dan berkembang maju dengan amalan demokrasi yang cemerlang, serta sentiasa aman dan stabil sama ada dengan kewujudan ISA mahupun tanpa penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya.

Oleh itu, sejak dari awal lagi kita meragui desakan pembangkang yang ingin sangat menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya. Sedangkan sistem itu adalah ‘primitif’, terdedah kepada berbagai cara manipulasi dan tidak effisien. Hairan sekali kita apabila pembangkang bermati-matian memperjuangkannya sambil menolak sistem biometrik yang lebih canggih dan ‘reliable’.

Malang sekali apabila desakan pembangkang ini telah tidak dikekang dengan hujah yang tegas. Bagaikan tidak mampu menahan asakan maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut.

Kini, apabila pilihanraya menjelang tiba, muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor pembangkang berkaitan dakwat kekal. Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sedari mula lagi dan boleh dielakkan. Semalam, bekas orang kuat Anwar, iaitu Dato’ Zulkefli Nordin telah menyebarkan maklumat tentang bagaimana dakwat kekal akan dimanipulasi pembangkang ketika pengundian berjalan.

Menurut beliau, antara cara manipulasinya adalah dengan terlebih dahulu mewarnakan tangan pengundi yang terpilih sebelum ke pusat pengundian. Apabila disekat, pengundi tersebut akan memberitahu bahawa ‘ada pihak UMNO yang memaksa mereka mewarnakan tangan jari terlebih dahulu sebelum tiba, bagi menghalang mereka mengundi’. Dari situ, ‘orang-orang mereka’ yang telah bersedia di situ akan mencetuskan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus.

Sekiranya, pengundi tersebut tidak disekat dan pihak pemantau mengesahkan yang dakwat tersebut bukan dakwat yang digunakan oleh SPR, dan nama mereka masih belum dipotong, maka ‘orang-orang mereka’ yang telah bersedia di situ, tetap akan memulakan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus juga.

Objektifnya satu sahaja iaitu menuduh SPR tidak telus serta menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya tidak ditolak.

Apa yang PR terlepas pandang ialah, tidak logik jika menuduh SPR atau UMNO/BN/Kerajaan yang memanipulasi dakwat kekal kerana terbukti sejak dari mula lagi SPR, UMNO, BN atau Kerajaan begitu keberatan untuk menggunakan sistem itu. Tentulah lebih logik jika pihak yang mendesak penggunaan sistem itu, iaitu PR sendiri, yang sebenarnya mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya.

Rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh seperti penyokong PR yang sanggup menelan apa saja yang disumbat ke minda mereka. Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Buktinya, Malaysia kekal aman di bawah pemerintahan BN selama lebih separuh abad.

Lagipun, bukan sekali PR berbuat silap sebegini. Sebelum insiden Lahad Datu, PR juga yang begitu sibuk sekali membangkitkan soal ‘Sabah nak hilang’. Begitu juga sebelum demo BERSIH bertukar ganas, PR juga yang sibuk membangkitkan soal keganasan polis. Taktik yang sama digunakan dalam isu dakwat kekal ini, iaitu menuduh ia bakal dimanipulasi BN, di mana PR sendiri yang akan memanipulasinya.

Untuk pengetahuan PR, taktik itu sudah tidak laku kerana rakyat sudah kenal siapa mereka.

Sebuah perjuangan tanpa asas, tanpa isu yang ‘solid’, ‘valid’ atau ‘genuine’ memanglah sukar untuk diteruskan. Fitnah dan penipuan perlu sering diperbaharui di mana akhirnya pasti memakan diri.

Walaupun taktik ini telah terbongkar, jangan kita sekali-kali menyangka yang PR tidak akan meneruskannya. Percayalah yang mereka tetap akan mencubanya kerana mereka tahu ada di kalangan penyokong mereka dan rakyat Malaysia yang tidak mendapat maklumat mengenainya serta bakal percaya kepada apa saja pembohongan mereka.

Kesimpulannya, PR benar-benar bergantung kepada undi dari golongan yang buta tuli dan yang tidak mendapat maklumat untuk menang dalam PRU kali ini. Justeru, andainya BN dapat memastikan semua rakyat mendapat maklumat yang tepat, maka yang tinggal menyokong PR tentulah di kalangan buta tuli sahaja.

Apapun, semua pihak harus berjaga-jaga bagi memastikan taktik kotor PR tidak menjadi pada hari pengundian nanti. Kamera, CCTV, pemerhati dan pemantau wajar diletakkan sebanyak mungkin bagi memastikan PRU-13 berjalan lancar, bersih dan adil sepertimana biasa.

Sunday, 31 March 2013

Kebebasan Media ala Pakatan Pembangkang. #UUlangISaman #ManifestoBukanJanji #TolakPR


Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga.

Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media.

Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.

Sedangkan  menurut J.C Merrill melalui bukunya ‘Kewartawanan Sejagat, 1977’ mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut.

Namun begitu, Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144. Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).

Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu sahaja.

Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media?

Harakah sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini?

Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.

Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.

Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media.

Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa, berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim?

Betul, mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan?

Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota, bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka.


Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media? Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin! Kalau beginilah caranya, alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.

Bukan main mereka membidas kerajaan kononnya kerajaan menyekat kebebasan media, walhal sebenarnya merekalah yang kerap menghalang media.

Siapa yang paling banyak saman media selain Anwar Ibrahim? Itu pun saman sebagai langkah untuk buat rakyat fikir dia tidak salah.

Sudah banyak kali pemimpin pembangkang mengggertak wartawan, malah lebih teruk mengusir wartawan keluar. Bila tidak dapat menjawab soalan, maka wartawan dihalau. Hebat sungguh kebebasan media ala pakatan pembangkang.


CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?