Showing posts with label #PRU13. Show all posts
Showing posts with label #PRU13. Show all posts

Friday, 3 May 2013

#TukarKelantan : PAS Kelantan Seludup Pengundi Dua Warganegara.





JELI 3 Mei. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan dianggarkan terdapat 12,000 pengundi yang mempunyai 2 kerakyatan (Malaysia/Thai). Mereka akan digunakan oleh PAS Kelantan untuk mengundi mereka pada 5 Mei nanti.

Justeru itu, beliau turut menyarankan supaya pihak berkuasa menyekat kehadiran pengundi yang mempunyai 2 kerakyatan ini dapat mengundi kerana kerajaan Malaysia dan Thailand tidak mengiktiraf mereka yang mempunyai 2 kerakyatan.

Berita lanjut menyusul......


Saturday, 27 April 2013

#PRU13 : Janji Husam Yang Gagal Di Kelantan #TukarKelantan #Vote4BN #LainKaliLah


Seperti yang dijanjikan dalam page TUKAR Kelantan , kali ini penulis sendiri membuat tinjauan ke atas 'SUMBANGAN' yang boleh dikatakan tidak kelihatan oleh mata kasar manusia yang Husam Musa buat kepada rakyat Kelantan yang di tulis di dalam husammusa.com semalam.



Untuk mendapat kepastian dan kepuasan, penulis sendiri bergerak ke tempat 'Projek Mega' Husam ini. Antaranya ialah Pembinaan Stadium Bukit Merbau dan Pembinaan Bandar Baru Tunjong. Projek Lebuhraya Rakyat penulis tidak pergi kerana telah didedahkan oleh sahabat penulis di Tukar-Kelate sebelum ini.




Bermula di tapak 'Projek Mega' Bandar Baru Tunjong yang hanya gah di hadapan papan kenyataan. Tetapi hakikatnya di belakang papan tanda tersebut tiada apa-apa gerak kerja dilakukan di sana. Penulis hanya melihat sebilangan kecil batang konkrit yang tertanam tidak sampai sepuluh batang. Adakah bandar ini hanya memerlukan 10 batang konkrit? 


Kalau diikutkan dari papan ini, tarikh mula projek ialah 2 Julai 2012 dan tarikh siap 26 Ogos 2012. Penulis agak hairan kerana hanya mengambil masa 56 hari untuk menyiapkan sebuah bandar yang tersenggam indah ini jika dilihat dari papan kenyataan. Tetapi sekarang sudah 2013. Di mana 'Tunjong Pavilion' itu? Adakah hanya boleh dilihat oleh orang bunian seperti 'Projek Mega' PAS sebelum ini.


Nampaknya rakyat Kelantan sudah kena main dengan Husam. Hanya tau menyebut pelbagai projek sahaja. Tetapi tiada gerak kerja projek dilakukan selepas pecah tanah dilakukan. Sekarang ini papan kenyataan 'Tunjong Pavilion' hanya menjadi sejarah Kelantan sahaja.


Inilah dia gambaran bandar yang bakal dibina oleh Kerajaan PAS Kelantan. Tetapi bila? Penulis sendiri pun tiada jawapannya sebab penulis bukan wakil dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Tanyalah Husam Musa itu sendiri. Bila nak buat Bandar Baru Tunjong ini? Untuk lebih lanjut di Tukar-Kelate 



Semasa penulis dalam perjalanan ke Bukit Merbau, terdapat banyak banner yang dipasang sempena 'Majlis Pecah Tanah Stadium' ini. Penulis terasa teruja untuk mengambil gambar ini kerana banner ini adalah banner yang paling besar tentang 'Majlis Pecah Tanah' tersebut yang terletak di Bukit Merbau untuk tatapan semua.
Bertapa gembiranya mereka memecah tanah. Tetapi kerja pembinaan 'HAMPEH'.


Ini adalah jalan masuk untuk menuju ke tapak pembinaan stadium tersebut. Alhamdulillah, semasa penulis masuk ke kampung untuk menuju ke tapak Stadium, jalan kampung tersebut dipenuhi dengan bendera Barisan Nasional dan terdapat beberapa pos BN berbanding dengan Pos PAS yang tiada langsung dalam kampung tersebut.

Memang tidak masuk akal kerana tapak pembinaan stadium tersebut terletak di dalam sebuah kampung dan mempunyai jalan yang sempit. Mereka tidak fikirkah apa akan terjadi jika lori yang besar-besar keluar masuk jalan kampung apabila projek dimulakan? Sudah tentu membahayakan penduduk kampung terutamanya kanak-kanak yang bermain di tepi jalan. Persoalannya projek 'AKAN' bermula ke? haha.


Inilah dia rupa Batu Asas Stadium Bukit Merbau. Memang susah untuk penulis mencari tapak pembinaan stadium ini. Penulis sampai ni pun sebab ada seorang pemuda kampung yang menunjukkan. Tapak stadium ini terletak kira-kira 3 kilometer dari jalan raya. FUHH!! memang strategik tempat ini kerana terletak di dalam hulu kampung. Silap-silap nanti orang luar yang hendak menonton bola sepak pun sesat.

Haaaa..Nampaknya projek fasa pertama sudah dimulakan oleh Husam. Projek fasa pertamanya ialah proses memendekkan rumput. Hahaha. Lembu inilah sebagai kontraktor Husam yang diberi upah makanan kepadanya.


Inilah rupa tapak Stadium Bukit Merbau. Di mana jentolak, di mana jentera-jentera besar? Haha. Jangan tanya penulis. Tanyalah Husam Musa. Ini semua hasil rancangannya. Majlis Pecah Tanah pada 30 Mac 2013 apabila pada tahun 2012 ditunda beberapa kali. Penulis rasa mereka pecah tanah pun sebab darurat sangat kerana hampir dengan PRU13, kan Husam? 


Inilah kata-kata rakyat Kelantan kepada Kerajaan PAS Kelantan. Anak-anak Kelantan yang tinggal di luar dan hanya balik mengundi di Kelantan patut TUKAR kerana PAS Kelantan hanya tau berjanji, tetapi tidak melaksanakannya. Kasihan kepada adik kakak kita yang tinggal di Kelantan ini terutamanya warga emas dan anak muda Kelantan. Hanya menagih janji palsu Kerajaan PAS Kelantan. 


Pastikan anda pilih Barisan Nasional pada PRU13 ini. Penduduk di Putrajaya dan Salor, ayuh sama-sama kita tolak Husam Musa kerana beliau GAGAL menunaikan janjinya di Kelantan tetapi menaruh janjinya lagi di Putrajaya. Sudah terang lagi bersuluh. Di P.125 Parlimen Putrajaya mari kita mengundi Tengku Adnan dan di N.017 DUN Salor mari kita mengundi Mohamad Nordin Awang sebagai wakil rakyat kita.


Kafankan Husam di Salor, 
Kuburkan Husam di Putrajaya.

Sumber : Kaki Rayau KB







#TukarKelantan: Adakah Rakyat Kelantan Masih Ingat Akan Projek Tunjong Pavilion? #PRU13


Tengoklah sendiri betapa gahnya gambaran projek Tunjong Pavilion yang dipelopori sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Kelantan ini. Tinggi sungguh imaginasi mereka hinggakan rakyat ibarat 'batang kayu' menunggu. Projek ini sepatutnya sudah siap pada bulan ogos tahun lepas lagi, tetapi kenapa yang ada hanyalah tanah lapang sahaja hingga sekarang? Rejim Nik Aziz patut jawab ini.



Projek ini menjanjikan pembaharuan seperti yang terdapat didalam gambar diibawah:


Disini dilampirkan screen shot laman web rasmi TUNJONG PAVILION:


Apa yang perlu dijawab oleh Rejim Nik Aziz sekarang ialah apa yang dibuktikan oleh gambar-gambar dibawah:





Sampai bila kita nak tertipu dan diperbodohkan macam ni? Ini semua hanyalah auta mereka supaya Kerajaan Pusat dapat mengambil alih. Kesimpulan kat sini ringkas sahaja...

KITA TUKAR!!





Wednesday, 24 April 2013

[VIDEO] : #TukarKelantan Kisah #GE13 Dari Kg.Pulau Gajah Azab Buat Pemimpin Seperti Nik Aziz - #SaveKelantan #PRU13


Perasaan penulis sebak, sayu hati sehingga hampir menitiskan air mata ketika mengunjungi sebuah perkampungan yang terletak di Sabak bersama beberapa rakan tempoh hari.

Melihat kemudahan penduduk di Kg. Pulau Gajah yang terletak di bawah DUN Chempaka membuatkan hati penulis tertanya-tanya, inikah kebajikan yang PAS laungkan selama memerintah negeri Kelantan?

Suasana kotor selain keadaan rumah yang usang ini jika ditanya kepada penulis ia tidak layak untuk dihuni oleh manusia lebih-lebih masyarakat Malaysia yang kini menuju kemodenan.

Namun inilah paparan yang anda akan lihat bila anda mengunjungi Sabak satu kawasan perairan pantai yang diwakili oleh Menteri Besar.

Kebajikan apa yang PAS laungkan?

Kebajikan siapa yang PAS jaga selama 23 tahun memerintah Kelantan?

Mereka ini pengundi, pengundi bawah DUN Chempaka iaitu pengundi Nik Aziz sendiri!



Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, mungkin ada jawapan kenapa kebajikan penduduk Kg. Pulau Gajah terabai...



Sebagai renungan buat kita umat manusia penulis ingin memetik sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Apabila amanah dipersia-siakan, tunggulah saat kehancuran (hari kiamat)!” Badwi itu bertanya lagi: “Bagaimanakah amanah itu dipersiasiakan?” 
Jawab baginda: “Apabila diserahkan urusan kepimpinan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak layak), maka tunggulah saat kehancuran (hari kiamat)”. 
(Riwayat al-Bukhari)

TUKAR kerajaan PAS Kelantan kepada BN dalam PRU13!

Tuesday, 23 April 2013

Emel Bukti BERSIH& SUARAM Terlibat Fitnah Kerajaan Bantu Kempen PKR #PRU13


Rekod perbualan emel di antara Maria Chin dan Kin Woon sebagaimana didedahkan blog DOUBLE-Y dan AIDC membuktikan dalang di sebalik skandal Scorpene dan skandal Taib Mahmud di Sarawak merupakan skandal ciptaan pembangkang untuk membantu kempen PKR dalam PRU13.

Dari blog AIDC dan DOUBLE-Y :
Kandungan percakapan melalui email antara Marina Chin Abdullah, Pengerusi Bersama BERSIH dengan Dr Toh Kin Woon, Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH membuktikan penglibatan mereka. 
Butiran email itu mendedahkan projek ‘Global Witness’didalangi oleh BERSIH, Majlis Peguam, Malaysiakini yang kesemuanya berpaksikan kepada Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Mewakili BERSIH adalah Datuk S Ambiga, Marina China Abdullah dan Dr Toh Kin Woon; Cynthia Gabriel dan E Nalini mewakili SUARAM, Edmond Bon, mewakili Majlis Peguam yang juga peguam kepada Global Witness serta Stevan Gan mewakili portal Malaysiakini. 
Perhatikan dengan teliti kandungan email di bawah untuk memahami komplot tersebut :

Baca dokumen selanjutnya [KLIK SINI]

Sunday, 21 April 2013

#PRU13 : Penduduk Kubang Kerian Nak TUKAR #TukarKelantan #GelombangMerah

Parlimen Kubang Kerian telah mengadakan pembukaan majlis bagi kempen PRU13 ini. Majlis tersebut adalah Majlis Pengistiharan Calon-Calon Parlimen Kubang Kerian.

Kira-kira seribu penduduk di sekitar Kubang Kerian berkumpul di Pejabat UMNO Bahagian Kubang Kerian di hadapan stesen minyak Mobil, Pasir Tumboh. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan calon-calon Barisan Nasional yang bertanding di Parlimen Kubang Kerian.

Calon bagi P.024 Parlimen Kubang Kerian adalah Anuar Safian, N.017 DUN Salor adalah Mohammad Nordin Awang, N.018 DUN Pasir Tumboh adalah Mohd Shamsul Mohd Yusoff dan N.019 DUN Demit adalah Wan Mohd Nazi Wan Hamat.

Gambar di sekitar majlis :









Saturday, 20 April 2013

#PRU13 : Warna Hijau Pudar Di Kelantan #TukarKelantan #GelombangMerah #BoLaWei



Pasti Nik Aziz sakit mata bila tengok gambar ni. Almaklumlah, Pengkalan Chepa kan kubu 'kuat' Nik Aziz pada zaman dahulunya. Sekarang rakyat Kelantan sudah mahu TUKAR!!

 Lebih 7,000 orang bebaju biru berkumpul di Pusat Penamaan Calon Parlimen Pengkalan Chepa untuk memberi sokongan kepada Calon Barisan Nasional yang bertanding. Ini membuktikan rakyat Kelantan sudah mahu TUKAR Kerajaan PAS Kelantan yang hanya tahu menanam batu asas sahaja di bumi Kelantan.




Lain pula di Pasir Mas, anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh pasti mengikuti jejak ayahnda memegang dada dan menggosok mata sendiri apabila melihat lebih dari 6,000 orang berbaju merah berkumpul di Pusat Penamaan Calon Parlimen Pasir Mas. Rakyat Kelantan sudah tak mahu KEKAL dah.




Mari kita tengok tempat Penamaan Calon Parlimen Jeli pula. Lebih 10,000 orang berbaju merah menyambut Tok Pa. Ini membuktikan bahawa Gelombang Merah semakin menyala berbanding dengan Bulan yang semakin malap sinarannya di Kelantan. 


Kota Bharu pula lebih dari 10,000 orang berbaju merah berkumpul di perkarangan Stadium Muhammad ke IV untuk memberikan sokongan kepada Calon Barisan Nasional Parlimen Kota Bharu. 


Kesian tengok penyokong yang nak KEKAL. Orang ramai sudah hendak TUKAR, mereka ni sahaja yang nak KEKAL. Penyokong Barisan Nasional beribu-ribu malah penyokong PAS hanya beratus sahaja. Bukan nak cakap kosong, cuba tengok gambar di atas.


Hahaha. Cuba anda kira berapa kaki payung ada kat situ? Penulis kira agak-agak dalam 40 kaki payung ja yang ada. Kalau setakat ini sahaja yang nak KEKAL, baik masuk TUKAR sahaja la. Hehehe. Demamlah Nik Aziz lepas ni. Resign sahaja la. 


[FOTO] : Fenomena Luar Biasa Perarakan Penamaan Calon BN Kelantan. #TukarKelantan


Perarakan calon BN menerima sambutan luar biasa. Sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini di Kelantan pada musim pilihanraya sebelumnya. Penulis beranggapan ini satu fenomena luar jangka oleh rakyat bangkit menunjukkan keinginan untuk merubah dan menukar kerajaan PAS Kelantan kepada Barisan Nasional. INI KALI LAH!

Foto sekitar perarakan calon BN Kelantan :-

Perarakan Calon Di Kota Bharu

Suasana di Parlimen P.022 Pasir Mas. Hampir 3000 penyokong BN berkumpul di perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Pasir Mas sebelum calon berarak ke Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas bagi proses penamaan calon berjalan.

Penyokong BN di Parlimen Pengkalan Chepa. Lebih 7,000 penyokong iringi Datuk Dali & Calon-Calon DUN BN yang lain.

10,000 rakyat Jeli iringi Tok Pa & calon-calon DUN BN yang lain dalam Parlimen Jeli. 

Suasana Kem BN di Gua Musang pagi ini, mengirigi YBM Ku Li dan calon-calon DUN mewakili BN.

Ketua Bahagian Kubang Kerian, Datuk Fauzi bersama lebih 5,000 penyokong BN mengiringi Calon BN Parlimen Kubang Kerian, Tn Hj Anuar Safian & Calon-Calon DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian ke Pusat Penamaan Calon.

4000 rakyat Ketereh iringi Tan Sri Annuar Musa & calon-calon DUN BN yang lain dalam Parlimen Ketereh.
Gelombang Merah, BN Merentah Kelantan!
6 hb Mei Kerajaan Baru BN di Kelantan!

#GE13 : Bulan Semakin Gerhana Kerana Rocket DAP - Lakonan DAP Musnah Kerana Surat Ini! #TolakPR #PRU13


Hidup-hidup kena kencing!

Semalam lagi penulis menerima maklum balas bahawa ROS tidak membatalkan DAP selaku parti politik tetapi ROS hanya meminta DAP memberikan respon di atas pertikaikan yang wujud semasa proses pemilihan CEC. Kerana ahli DAP sendiri yang mempertikaikan keputusan pemilihan tersebut.

Dua benda berbeza yang puak PAS dungu tak faham :
  • ROS menggesa DAP beri maklum balas terhadap rungutan ahli sendiri semasa proses pemilihan CEC. Maksudnya yang tidak sah adalah keputusan pemilihan CEC bukannya parti  DAP.
  • SPR berkata DAP boleh menggunakan logonya sejak kelmarin, namun Guan Eng dan pembangkang berusaha memutar situasi kononnya ROS cuba menyusahkan DAP dari bertanding PRU13.
Penulis mencabar DAP untuk terus menggunakan 'BULAN' dalam PRU13. Kerana kita tahu bahawa DAP sama sekali tidak mengiktiraf PAS tetapi hanya mempergunakan PAS untuk memegang tampuk pemerintahan.

Puak dungu PAS bila dengar DAP nak guna BULAN mereka melompat keriangan...

Kahkahkahkah!

Sama seperti mereka gembira bila cina ini menerangkan maksud hadis yang dipetik dari kitab suci Al-Quran, si dungu PAS bersorak kata DAP makin dekat dengan Islam kerana PAS bila dengar cina baca ayat-ayat suci.

Satu soalan yang puak dungu bodoh PAS lupa tanya, 6 tahun berkawan dengan PAS. Berapa ramai ahli DAP sudah memeluk Islam termasuklah lelaki cina dalam video di bawah :



Takdir!

Takdir!

Takdir Allah kepada rakyat Malaysia BN diberi kemenangan dalam 12 kali pilihan raya diadakan, kerana jika PAS munafik memerintah, nescaya Islam dan agama lain dianggap sama...

Tuesday, 16 April 2013

#TukarKelantan : Calon BN #PRU13 Negeri Kelantan - Tok Pa Bertanding di DUN & Parlimen, Bakal MB Kelantan InsyaAllah!



Senarai calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN Kelantan Pilihan Raya Umum ke-13 yang diumumkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Dato Sri Mustapa Mohamed. Kali ini Tok Pa bertanding di kerusi DUN dan Parlimen dalam misi merampas Kelantan daripada regim PAS yang memperbodohkan rakyat Kelantan selama 23 tahun.

P.19 Tumpat: Mansor Salleh
N.1 Pengkalan Kubor: Noor Zahidi Omar
N.2 Kelaboran: Wan Hanapi Wan Yaacob
N.3 Pasir Pekan: Nik Noriza Nik Salleh
N.4 Wakaf Bharu: Mohd Rosdi Abdul Aziz

P.20 Pengkalan Chepa: Dali Hussin
N.5 Kijang: Zaluzi Sulaiman
N.6 Chempaka: Wan Razman Wan Abd Razak
N.7 Panchor: Che Rosli Hassan

P.21 Kota Bharu: Mohd Fatmi Che Salleh
N.8 Tanjong Mas: Kanidy Omar
N.9 Kota Lama: Tan Ken Ten
N.10 Bunut Payong: Mohd Fakhurazi

P.22 Pasir Mas: Che Johan Che Pa
N.11 Tendong: Hanafi Mamat
N.12 Pengkalan Pasir: Tuan Anuwa Tuan Mat
N.13 Chetok: Aimi Jusoh

P.23 Rantau Panjang: Ghazali Ismail
N.14 Meranti: Mohd Afandi Yusoff
N.15 Gual Periok: Shaari Mat Hussain
N.16 Bukit Tuku: Mohd Zain Ismail

P.24 Kubang Kerian: Anuar Safian
N.17 Salor: Mohamad Nordin Awang
N.18 Pasir Tumboh: Mohd Shamsul Mohd Yusoff
N.19 Demit: Wan Mohd Nazi Wan Hamat

P.25 Bachok: Awang Adek Husin
N.20 Tawang: Mohd Zain Yasim
N.21 Perupok: Mohammad Zaidi Sidek
N.22 Jelawat: Ilias Husain

P.26 Ketereh: Annuar Musa
N.23 Melor: Mohd Othman Omar
N.24 Kadok: Mohamad Basri Awang
N.25 Kok Lanas: Md Alwi Che Ahmad

P.27 Tanah Merah: Ikmal Hisham Abdul Aziz
N.26 Bukit Panau: Baharudin Yusof
N.27 Gual Ipoh: Mohd Bakri Mustapha
N.28 Kemahang: Dayang Saniah Awang Hamid

P.28 Pasir Puteh: Tuan Mustaffa Tuan Mat
N.29 Selising: Zulkifli Ali
N.30 Limbongan: Mohd Rujhan Salleh
N.31 Semerak: Zawawi Othman
N.32 Gaal: Redzuan Stapha

P.29 Machang: Ahmad Jazlan Yaakub
N.33 Pulai Chondong: Ab Halim Ismail
N.34 Temangan: Azemi Mat Zin
N.35 Kemuning: Eriandi Ismail

P.30 Jeli: Mustapa Mohamed
N.36 Bukit Bunga: Mohd Adhan Kechik
N.37 Air Lanas: Mustapa Mohamed
N.38 Kuala Balah: Abdul Aziz Derashid

P.31 Kuala Krai: Tuan Aziz Tuan Hamat
N.39 Mengkebang: Azizzuddin Hussein
N.40 Guchil: Nik Sapeia Nik Yusof
N.41 Manek Urai: Che Jalal Muda
N.42 Dabong: Ramzi Ab Rahman

P.32 Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah
N.43 Nenggiri: Mat Yusoff Ghani
N.44 Paloh: Nozula Mat Diah
N.45 Galas: Ab Aziz Yusoff











Tukar Kerajaan PAS kepada BN dalam PRU13!

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?