Antara benda yang aku cukup pantang adalah bila orang luar yang entah sapa - sapa buat macam aku kerja dengan dia. Dia tu bukan my boss, bukan anybody. Just org luar yang dianggap sebagai kenalan.
Ada siap bagitau tolong call org ni sekian-sekian utk bantu dia.
Orang macam ni tak layak kita berkawan dengan dia.
Fuck Off!
30.11.23
Benda Aku Benci 21 : Arah Mengarah
20.9.22
Benda Aku Benci 20 : Tiang Lampu Tidak Berfungsi
3.10.18
Benda Aku Benci 19 : Lagu Bobo Di Mana
Seriously aku mmg benci gila. Aku tak boleh dengar lagu tu dr penyanyi asa, tak boleh dgr sesiapa selain penyanyi tu nanyi lagu tu. Dengar perkataan sebutan tajuk lagu pun aku benci.
Mmg kalau aku dengar sapa2 nyanyi perasaan nak tampar tu tinggi.
20.7.18
Benda Aku Benci 18 : Minuman Panas
Ni merupakan one of my pet peeves.
Aku paling menyampah bila order minuman panas kat kedai tapi bila minuman sampai, ia tak panas.
Ada sebab kenapa aku order teh o panas, kopi panas dll. Kalau aku nak minuman tu tak panas, aku akan order suam atau sejuk atau beku.
Ini asas dalam penjualan minimum di kedai. Hantar minuman seperti yang dipesan pelanggan.
Bila terjadi kat aku perkara ni apa yang sku buat selepas rasa irritated adalah pulangkan balik order dan pastikan ia datang balik dalam keadaan panas.
6.11.17
Benda Aku Benci 17 : Mempersoalkan Kelayakan
"Awak sapa kat sini?"
3.8.16
Benda Aku Benci 16 : Perasan Bagus disebabkan Kaya
Aku cukup benci dengan orang yang sebegini. Jangan hanya sebab kau kaya dari orang lain, ada lebih dr orang lain, harta banyak dari orang lain, aset melimpah ruah dari orang lain melayakkan kau memandang rendah mereka.
Jgn hanya kerana kau mempunyai rumah 500k melayakkan kau memandang orang yang tiada rumah dgn harga sebegitu tidak setaraf dengan kau. Jangan sampai satu hari org yang kau pandang rendah tu yang menolong kau di kala kesusahan.
17.5.15
Benda Aku Benci 15 : Tabiat Pengayuh Basikal
1. Lebih makan dari mengayuh
Bila kayuh, berkumpul dan tamat di kedai makan. Nanti nak mula pun jd lambat. Nak ngeteh la, sarapan la dll. Bila hbs tpt makan plak, mula la nak hbs kayuh cepat. Pastu lepas habis kayuh sambung minum dan makan. Jadi kdg2 tak salah orang kata org mengayuh basikal ni berat badan tak turun. Asyik naik aje.
2. Tak tepati masa.
Ni aku paling pantang. Sebab bagi aku kita kene hormati masa yg ditetapkan. Aku plg benci perkataan "janji Melayu". Benda ni memalukan. Jadi paling penting bagi aku sendiri untuk menghormati masa orang lain. Aku faham kadang2 kita akan terlewat sebab ada hal lain tp kalau setiap masa lewat tu dah jadi tabiat buruk.
3. Sikap berpuak2 dalam berbasikal.
Dalam berbasikal ni ada banyak group. Sekarang dah siap ada jersi sendiri. Dah jadi satu brand skrg group basikal ni. Benda yang aku tak gemar bila ada yg amalkan sikap berpuak2 tak nak join group lain. Kayuh dgn geng sendiri. Semua apa2 dengan geng sendiri je. Konon2 eksklusif. Xnak bercampur dengan pengayuh lain. Tak yah la poyo sgt. Apa salahnya kayuh sama?
4. Sikap bodoh sombong.
Dalam dunia basikal ni banyak benda kita kene tau. Jadi kita kene rajin bertanya. Tak kira pengayuh lama atau baru jangan la segan2 bertanya. Tak tau buat gaya tak tau. Aku sendiri dah kayuh sejak 2010 rasa banyak benda yang aku tak tau. Tak kisah nak belajar dengan yang tua atau yang muda. Tapi perkara ni juga kene la pastikan orang yang ada pengetahuan tak kedekut ilmu gak kan?
5. Tipu isteri pasal basikal.
Ni bagi aku paling tak gemar. Ada yang aku tau tak bgtau keluarga terutama isteri sendiri pasal harga basikal dia. Biasalah bila beli basikal, kayuh pastu kadang2 ada yang upgrade sket2. Bila upgrade bayar byk ni tp bgtau isteri yang lain. Apesal nak menipu? Kalau betul ketua keluarga kenapa kena menipu? Takut nak bgtau hal sebenar? Jujur la sket. Sebenarnya penipuan sebegini yang buatkan orang di luar dr arena basikal menganggap berbasikal ni aktiviti yang mahal.
10.11.14
Benda Aku Benci 13 : WhatsApp
WhatsApp telah menjadi annoying dan menyesakkan. Maklumat dikongsi secara melulu tanpa usul periksa, gambar merapu, melalut, lucah dan sadis dikongsi tanpa batas. Manusia yang pandai di zaman moden akhirnya dibodohkan dengan teknologi yang dicipta sendiri.
WhatsApp group pula dibuat tanpa keperluan. Sesiapa sahaja yang berkepentingan atau tidak boleh dimasukkan dalam group tersebut. Bila ramai ahli dlm group semakin merapu perbincangan. Bila merapu mula la bateri boleh habis walau jarang guna. Setelah menjadi hamba teknologi whatsapp kita menjadi hamba tenaga elektrik pula. Sentiasa perlu duduk berdekatan power point jika tidak mempunyai power bank.
Dengan segala kekalutan pasal blue tick pada update whatsapp yang terkini. Aku rasa update terbaru perlu dibuat adalah meminta approval owner whatsapp tersebut sebelum dimasukkan ke apa2 group baharu. Kemudian block mana2 group yang dirasakan tak penting.
Buat masa ni mute all for 1 year without any notification membuatkan hidup kembali tenang.
26.9.13
Benda aku benci 12
Alasan bangang yang diberikan kita perlu support bangsa sendiri.
Ini penjelasan aku kerana aku cukup benci kenyataan 'kita perlu boikot kedai tu kerana ia bangsa lain punya dan support bangsa sendiri'.
Aku bagi contoh mudah. Sebagai seorang bapa antara keperluan wajib dibeli setiap bulan adalah lampin pakai buang. Sebulan beli dalam 2-3 beg. Mari kita buat perbandingan harga.
Satu beg lampin pakai buang jenama Pet Pet harga biasa di pasaran dan dijual di kedai 'bangsa kita' adalah RM42.90
Kedai 'bangsa lain' ada menjual dengan harga RM31.90 tapi bukan setiap masa, hanya pada masa-masa tertentu sahaja.
Perbandingan harga sahaja dah mencecah RM 11. Jika sebulan aku membeli 3 beg, kos yang perlu dibayar adalah RM128.70 di kedai 'bangsa sendiri' tetapi hanya perlu membayar RM95.7 di kedai 'bangsa lain'.
Penjimatan adalah RM33.
Erti kata lain dengan kos RM128.70 aku boleh beli 3 beg di kedai 'bangsa sendiri' tetapi 4 beg di kedai 'bangsa lain'
Sebagai pengguna bijak yang mahukan harga terbaik yang paling kompetetif bagi mana-mana produk, yang mana akan dipilih?
Membeli di kedai 'bangsa sendiri' atau kedai 'bangsa lain' ?
Aku akan memilih yang beri harga terendah kerana penjimatan yang aku buat boleh digunakan untuk memberi barangan lain.
Jadi adakah pembelian barang keperluan perlu berdasarkan bangsa apa yang menguruskan kedai tersebut?
Sampai bila ' bangsa sendiri' perlu hidup dengan dibantu sahaja?
56 tahun merdeka, 50 tahun penubuhan Malaysia, 42 tahun selepas diperkenalkan DEB, 'bangsa sendiri' masih terkial-kial sentiasa mahu dibantu.
Kepada yang berkata sebegitu kepada aku, mintak maaf lah. pandangan anda bodoh. Pandangan tahi seperti anda patut disimpan sahaja selama-lamanya di dalam dubur agar ia menjadi buasir yang akhirnya memudaratkan diri.
22.8.13
Weehuu!
After 2 months of hiatus from running, I'm glad I still got it. Loking forward for another LSD session this Friday.
22.4.13
2 Insiden
Selaku seorang yang bekerja di sektor awam dan lebih spesifik di kementerian kesihatan, aku kadangkala bersikap defensif bila terdapat cacian dan makian diberikan kepada hospital atau klinik kerajaan. Aku sering ke sana untuk rawatan.
Aku faham dengan situasi, orang yang ramai kerana mahukan consultation percuma, ubatan percuma menyebabkan masa menunggu yang amat lama terutama di klinik kesihatan lebih-lebih lagi pada hari Isnin.
Bila aku datang ke klinik kesihatan aku rasa malu bila servis amat di luar jangkaan tahap 'keterukan' nya. Malu bila semasa menunggu giliran yang super duper lama, ada yang berbual memberikan komen terhadap servis klinik kesihatan kerajaan.
Bagi mereka walaupun sebanyak mana komen yang diberikan mereka tetap terpaksa juga bersabar dengan keadaan di klinik kesihatan kerajaan ini kerana tidak mampu mendapatkan rawatan di klinik swasta.
Tahap kesabaran aku terhadap klinik ni pun ada hadnya. Bila kualiti servis yang diberikan amat teruk, bagi aku walaupun aku bekerja di sektor awam, aku patut memberikan komen. Seperti yang berlaku pada hari ini.
Aku masih sakit perut sejak dari Jumaat lepas menyebabkan aku tak larat untuk ke pejabat. Aku sedar hari Isnin klinik kesihatan kerajaan memang akan penuh. Walaubagaimanapun, aku tetap datang sebab aku yakin dengan servis yang akan diberikan walau terpaksa menunggu lama.
9.30 pagi aku ke klinik, mengambil nombor. 10.30 pagi masih aku belum dipanggil ke kaunter pendaftaran. Disebabkan aku menjangkakan akan lambat dan aku perlu ambil anak di sekolah jam 12 aku balik dengan plan untuk datang sebelah petang. Lagi pun pd awal pagi tu perut sentiasa meragam.
Jam 2 petang aku dah di klinik semula. Jam 2.30 ptg baru mula nombor dipanggil di kaunter pendaftaran. Jam 3 baru no aku dipanggil. Jam 3.30 aku baru dipanggil ke bilik doktor.
Semasa di kaunter selalunya kita perlu membayar rm1 tapi disebabkan aku ada bw kad pejabat aku tunjukkan dengan kasar dijawab "kami tak tengok ye kad kerja hanya GL". Aku bersabar. Bila tiba2 ditanya balik kepada aku bekerja di mana, aku menjawab kementerian kesihatan secara tiba2 ton suara berubah. Mengapa perlu sebegitu?
Adakah kerana aku staf kementerian sama baru layak diberikan layanan yang baik?
Bagaimana dengan pesakit lain? Adakah mereka layak dihina atau dilayan secara kasar?
Semasa berjumpa doktor pula, aku menceritakan masalah. Dengan cepat dijawab tanpa sebarang pemeriksaan dia menyuruh aku memberikan sampel najis kerana hari ini saja katanya sudah ramai yang datang dengan penyakit cirit birit.
Aku maklumkan yang aku dah tak rasa nak cirit birit lagi dan tak mampu nak berikan sampel. Tiba2 aku dimarah pula "itu la lain kali kalau cirit birit datang klinik pagi, kalau dah petang macam mana Sy nak tau awak cirit birit atau tak, sekarang ubat pun dah habis kat klinik, Sy bg aje ubat2 yang mungkin ada. Kita kat sini tak bagi mc sebelah petang ye."
Cara dia bercakap aku dah boleh faham yang dia beranggapan yang aku tipu sakit, sengaja datang dengan harapan diberikan MC.
Kalau dalam bahasa Inggeris nya, 'insulting my intelligence'.
Secara tiba2 angin kus2 pun datang, maklumlah perut tengah sakit. Aku tak bangga dengan apa yang aku katakan selepas itu, tapi aku boleh katakan konfem dia akan panas telinga atau sumpah seranah di dalam hati bila aku keluarkan ceramah aku.
Kadangkala doktor terutama yang muda perlu diajar sedikit adap sopan dan etika bila berhadapan pesakit.
Aku amat faham dengan situasi beban kerja doktor perubatan terutama di klinik kesihatan kerajaan. Jumlah pesakit yang amat ramai amat memberikan tekanan kepada semua tapi membuat generalisasi seperti tadi amat salah kerana doktor perubatan tidak boleh bersikap judgemental terhadap pesakit dan perlu merawat pesakit dengan niat yang baik.
Jika selepas atau semasa rawatan didapati berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sediada didapati pesakit ini menipu barulah membuat tindakan sewajarnya.
Bagaimana seorang doktor boleh membuat diagnosis perubatan dengan bertanya 2 soalan dan sedikit pun tidak menyentuh pesakit?
Bagaimana jika diagnosis diberikan salah, pesakit mendapat salah ubat akhirnya menjadi lebih sakit, tenat atau mati?
Doktor perubatan is a high profile job, amat menekankan kerana setiap perbuatan mereka bermain dengan nyawa pesakit. Atas sebab itu gaji mereka antara yang tertinggi dalam perkhidmatan awam walaupun ada yang berkata ia masih kecil berbanding doktor perubatan di doktor swasta.
Apa yang aku boleh katakan insiden hari ni menukarkan pandangan aku yang selama ini positif dan defensif terhadap servis kesihatan kerajaan. Apa yang aku harapkan doktor tadi mengubah attitude nya kerana aku xrasa dia akan lama dalam servis dengan berperangai sebegitu.
Moga selepas ini aku tak berjumpa lagi dengan situasi sebegini kerana kemarahan tadi hanya 10 peratus dibandingkan dengan temper aku yang sebenar.
9.4.13
Benda aku Benci 11: Berapi
Yang paling berapinya adalah tiba-tiba sesorang boleh mempunyai otak sebesar telur burung kasawari bertanyakan kepada aku 'eh tak tau eh ada meeting hari ni? xdapat emel/memo?'
20.3.13
Benda Aku Benci 10
Aku cukup tak suka bila orang tolak kerja yang sepatutnya dia buat kat aku. Aku cukup tak suka bila dia tolak kerja dia pada aku bila dia menjangkakan aku tiada kerja disebabkan situasi sekarang. Aku cukup tak suka bila orang secara suka-suka menjangkakan macam-macam. Aku cukup tak suka bila orang suruh buat kita buat sesuatu kerja bukan kerana dia percayakan kita, percayakan kemampuan kerja tapi sebab menjangkakan tiada kerja.
Dengan banyaknya perkataan cukup tak suka di atas layak aku katakan aku rasanya membenci orang macam ni
8.12.12
Benda Aku Benci 9
Disebabkan aku ni cukup gemar makan roti, jadi roti adalah benda yang wajib ada kat rumah. Memudahkan supaya bila-bila masa boleh makan.
Benda yang amat menyakitkan hati aku adalah roti tu senang sangat penyek. Sakit betul hati aku bila makan roti yang penyek2 ni.
Takkan nak buang yang penyek kan. Kita ni bukan orang kaya.
2.3.12
Benda Aku Benci 8
Nak komen, teruskan. Tak yah nak komen macam-macam, pastu mungkin takut kene hambat balik terus letak ayat skrip 'just my 2 cents".
Jika anda rasa komen anda berharga dua sen sahaja, tak payah komen. Sebab duit satu sen, dua sen ni pun sekarang Bank Negara dah tak bagi pakai.
18.10.11
27.9.11
Benda Aku Benci 7
Tok dan Nek Lang aku dulu pernah buat majlis kahwin untuk anak dia. Pada masa tu dia antara orang yang pertama buat lauk udang masa kenduri. Kira lauk yang mahal la. Disebabkan itu, ada tukang senduk khas untuk udang itu, Setiap yang datang hanya dapat ambil 3 ekor aje. Bukan besar pun. Saiz sederhana aje. Nak dijadikan cerita, bila dah habis majlis, nasi dan lauk pauk banyak lagi terutama udang tu.
Selaku pelajar universiti yang tiada sumber pendapatan,benda macam ni memang rezeki bagi aku. Aku pun tapau semua benda dalam 3 beg plastik. Teringat kat kawan-kawan lain yang kelaparan juga kat kolej. Sampai kolej, ajak 4 member aku masuk bilik, pastu balun. Memang balun cukup-cukup. Disebabkan amik banyak ada banyak lebih lagi. Sambung lak makan masa malam.
Esok pagi kami berempat menghuni jamban sebelah menyebelah. Cirit-birit. Memang lain macam punya cirit birit masa tu. Kita siap buat pengiraan kat white board siapa paling banyak. Rekod aku time tu 10 kali tapi paling banyak kawan aku 12 kali. Azab. Bila aku tanya mak, sedara mara semua yang tapau kene benda yang sama. Sapa yang datang makan masa kenduri semua tak kena.
Itulah puncanya kalau nak berjimat/kedekut sangat. Melambak yang tak habis. Pastu beriya-riya suruh sedara mara amik bawak balik. Selagi tak bawak balik, selagi tu la mulut pot pet. Benda macam ni jangan nak kedekut sangat, Sebab bila kita buat kenduri niat kita adalah untuk menjamu orang. Apa kejadah nak menjamu jika asik nak kontrol-kontrol masa nak amuk lauk. Kalau kedekut/jimat sangat tak payah buat kenduri. xyah jemput sapa-sapa. Memang jimat.
19.8.11
Makcik Sitt Al Wuzara
maklum dengan identiti yang dikatakan orang sebenar disebalik nama
ini. Banyak juga yang tahu bahawa orang yang salah telah difitnah
sebagai individu tersebut.
Dari masalah ini, apa yang kita dapat belajar?
Sebenarnya kita dah terikut-ikut dengan parti politik menggunakan
media baru. Parti ini tidak kira penyokong atau pembangkang
menggunakan apa sahaja cara yang boleh dimedia baru ini untuk
menjatuhkan seteru politik mereka.
Inilah yang dipanggil sebagai CHARACTER ASSASINATION!.
Peribadi individu cuba dijatuhkan dengan apa jua cara.
Seperti yang dikatakan obifiend, berapa ramai yang meminta maaf
terutama selepas blog post mereka yang dikopipes dari blog lain
menjadi viral dinternet itu telah salah maklumat dan informasinya.
Aku tak kenal perempuan tu dan tak boleh nak bayangkan apa yang dia
rasa. Dicaci,dimaki diugut atas sesuatu yang tidak dilakukan olehnya.
Pernahkan anda mendengar frasa ini ' fitnah itu lebih tajam dalam
sebilah pedang' ?
How you ever wonder what kind of human we are when we believe all the
fitnah without doing any investigation ourselves?
How you wonder what our life will be for the rest of our life if the
same thing hapenned to the women happend to us?
And is this the kind of person you want to be in this short living life?
5.8.11
Benda aku Benci 6
2. Aku xpaham dengan kaum-kaum penulis blog yang gila glamour ni. Masuk blog orang tinggalkan komen macam ni ' follow me and i will follow u back'. The purpose of blog being created for individual to a have a medium to express themselves. Not to gain some bullshit popularity over the net. Anda-anda yang gila glamour,gila attention ni merosakkan keindahan blog itu sendiri. Adakah bermakna ada berjuta-juta follower blog anda hebat?kadang-kadang isi macam sampah. Setakat nak cerita keluar rumah beli syampu pastu nak up satu entri. Lepas tu berak kat jamban pun cerita dalam satu entri.
Blog yang dahulu dicipta untuk sesuatu telah hilang nilai estetikanya dengan golongan sebegini.
24.5.11
Benda Aku Benci 5
Benda-benda macam ni PERKASA patut perjuangkan buang dari minda orang melayu bukan nak ajak perang salib aje.
Let's move forward!