Untuk memenuhi permintaan Sarah, resepinya ialah;
Bahan A
- Tumis 1 biji besar Bawang merah + 4 ulas bawang putih + 1/2 inci halia yang telah dikisar sampai garing.
- Masukkan 3 sudu cili boh sampai cili masak. Garam ikut rasa
- Campurkan 1 tin cendawan butang dan 1 peket minced meat
- Masukkan sebotol besar sos spagetti Preego (mushroom atau original).
Bahan B
Sos putih;
- Panaskan 1 inci butter , masukkan 1/2 cwn tepung gandum gaul cepat2, masukkan 1 liter susu full cream.
- Campur 1 sudu kecil serbuk lada hitam dan 1/2 cawan shredded cheese. Tunggu sampai pekat dan bila gelegak aje, terus tutup api.(tunggu takut melimpah keluar periuk).
Bahan C
Lasagnia sheet boleh beli di supermarket. Walaupun instant, kena rebus juga. Bila dah rebus selang seli dengan bahan A dan B.
Bahan D (Tabur diatas sekali)
- 250gm Mozarella shredded cheese .lagi banyak lagi best.
- 100gm Parmesan cheese. (Tabur dulu sebelum Mozarella)
Arahan: ratakan bahan A dalam casserole, selang dengan bahn C, tuang sos putih(bahan B), selang dengan bahan C, letak bahan A, letak bahan B atas sekali tabur Parmesan cheese atas sekali Mozarella cheese
Sorry, tak biasa tulis resipi...hope you can understand it.