Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shopping. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mei 2012

Sebab sayang, hujan lebat sanggup ku redah

Tak hengat punya tajuk post kan? Tapi siang tadi memang hujan lebat sangat. Sampai orang Meteorlogi meramalkan akan berlaku banjir kilat di beberapa tempat di Selangor / KL. Kan?

Haaaaa... pedulilah. Tak sangka kan.... ada habuan bila kita merisikokan diri untuk ehem-ehem. Haha! Best! Perangai gila datang balik. Sanggup drive jauh-jauh jumpa buah hati. Eceh! Buah hati la sangat. Habis tu nak letak buah apa? Buah..... tut...!

Memang kerja gilalah juga dengan kondisi kereta yang aku drive, dengan hujan yang amat lebat sampai pandangan jalan langsung kabur.

Sayang kamu la pakcik!

Pakcik terpaksa cuti seminggu dari tugasan, kereta dia masuk hospital sebab merajuk kena paksa pergi KB. Bukan merajuk pasal tu sebenarnya. Sebelum ni pakcik ada ugut-ugut manja nak tukar kereta baru. Kereta kan ada jiwa kata pakcik. Puaslah kena usap-usap kereta mafia dia tu tapi degil tak nak mengalah. #tetiba aku rasa nak hasut pakcik tukar je kereta itu. *gelak jahat*


Okey, sementara pakcik nak siapkan perkara-perkara lain, dia dropkan aku di Aeon Bukit Tinggi. Tak sempat pusing jauh, sajalah hati nak pusing-pusing masuk dalam Brands Outlet. Dan tetiba nafsu berahi berombak di situ.


SYURGAAAAAA!!!



Terus terpana tengok sandal-sandal di situ. Aku memang tengah putus bekalan tiada sandal untuk pergi kerja dan berpesta. Asyik sarung selipar Mammoth tali merah kesukaan pakcik je. Nak juga jadi ladies. Mari mulakan pencarian.

Oren atau hitam leopard print?
Perhap merah sebab tema nak ke Krabi nanti?
Atau sandal khakis yang tampak sederhana elegant 
Pink atau jeans color ni?
Merah bulat-bulat?
Makcik dah konfius!! Banyaknya pilihan.
Kasut sukan dah tersadai nun di hujung sana
Akhirnya tukang bayar datang tolong buat pilihan. Ada tukang bayar tau?? Hadiah meredah hujan tadi. Sayang awak tau. Lepas bayar pakcik tak bagi jalan jauh-jauh nanti poket dia nipis. Jahat aku ni kan?? Then perut minta diisi. Yang pasti pakcik kebuluran sebenarnya. Aku tak makan pun tak apa, sebab tengok kasut, baju, aksesori pun dah boleh kenyang. Lepas tu pakcik bawa satu tempat makan masih di sekitar Botanic Klang. Ala... lupa pula tempat makan ni. Tak menyempat nak snap gambar kedai. Kami order makanan simple saja.

Kangkung belacan yummieh!
Siakap stim limau yang SUPERB!
Sup ekor yang kurang masam
Semua sedap. Sambal belacan pun A. Cuma kalau sup ekor tu masam lagi mesti marveles. Kenyang macam ular sawa dua-dua orang. Total makan RM38. Relevan lagi harga makan kalau nak banding masa pergi bercuti di Cherating hari itu.

Tada!!
Sebab pakcik adalah seorang pakcik yang konservatif dan tidak berkenan kepada yang funky-funky, aku dapat empat pasang kasut. Kalau boleh tadi nak ambil 40 pasang. Tapi kaki ada dua je. Curi cermin mata dan gelang gedik. Harga dia?


Tak adalah mahal sangat. Sebab aku ini tak kejar jenama. Tak adalah Sembonia ke, Carlo Rino ke, Coach ke, Bonia ke asal bila dah sarung ke kaki nampak berkenan di hati, beli saja. Nak nampak cantik bukan pada jenama kan? How you mix and match. Pakai yang berjenama tapi tak tahu bergaya orang tetap cakap "Ini barang Petaling Street la tew..." Kekeke.

Sangat suka hati sebab pakcik yang bayar. Muahhhh muahhh la pakcik. Pakcik ikhlaskan?

Ok itu saja. Bye! Dah mengantuk.

 

Jumaat, 26 Ogos 2011

Gewammm je tengok barang baby


Why oh why...??

Itu kan anak sedara aku. Mak ayah dia ada boleh beli kan baju...

Pejam mata! Pejam mata!





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 14 Ogos 2011

Sales! Sales! Sales!

Di Jakel JB.

Rambang mata. Baju, langsir, carpet semua sales! Kalau lah tak ada masalah duit... kan best...

Sekarang ter-ber-kenan pada satu kain nak buat langsir. Sangat gothic. Tapi... Nanti-nantilah. Lepaskan upah pomen kereta dulu.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 29 April 2011

Kekejaman wang ringgit terhadap diri sendiri

Tada... Koleksi seterusnya.

Owh... Kekejaman wang ringgit yang terdahulu tidak ku paparkan disini kerana belum ada kesempatan.

Tapi... Cantik tak?? Simple kan??




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 12 November 2009

Check 1st before you go

I was always come late to work. Itu semua orang tahu. Tapi aku ada kawan-kawan tolong untuk punch card. Woh! My discipline very low.

And today i came late again. Together with my loyal puncher. Matilah...

Sebabnya, kelmarin aku beli sepasang kasut kerja yang baru lagi murah. So pagi tadi dengan perasaan berkobar-kobar aku nak menyarung kasut tersebut di kaki ku.

ALAMAK!!!


Time aku keluarkan kasut tu, aku tak perasaan lagi. Tengok jam tinggal 10minit pukul 8am. Relaxlah. Jarak office dari rumah cuma 5minit.

Masa nak sarung kasut tu aku baru aku terperasan, aku menjerit, sebab dua-dua belah kasut itu adalah belah kanan. Satu saiz 36, satu lagi saiz 37.

Geram betul tak dapat melaram kasut baru.

So petang semalam aku return balik kasut itu. Salegirl situ cakap "Owh, itu senior supervisor saya. Dia memang selalu salah bagi kasut. Kalau kami yang tersilap dimakinya."

Standardlah tu dik, bos mana nak mengaku kesalahan mereka? Ada? Ada?

Isnin, 18 Mei 2009

Mimpi blue

Apa jadah mimpi blue? Tengok cerita blue? Tak kuasa... tak larat nak tengok dah.

Actually aku sedang berbelah bagi, tak tahu nak buat pilihan. Aku teringin sangat nak beli baju kurung baru untuk pesta muda mudi tapi sangat kecewa sebab tak dapat nak buat keputusan. Tema malam joget lambak itu light blue. Light blue tu macam biru laut tu ke??

Boleh tak aku minta bantuan korang untuk menilai? Aku kena confirmkan by Monday.


# 1



# 2


# 3


# 4



# 5




Ahad, 20 Julai 2008

Jalan-jalan cuci mata

Kronologi: Ahad / 13 Julai 2008

Hari itu aku dan BFF pergi Sogo. Yes SOGO okay?? Kami keluar dari ke-sengal-an Kuala Selangor. Alah... saja-saja nak cuci mata hajatnya. Tapi BFF cakap kalau dia masuk Sogo dia mesti dan akan beli perfume. Mati lah... Kunun-kunun nak pergi OneUtama, lepas tu tukar pula nak pergi The Curve, lepas tu tukar nak pergi Jusco Kepong, memang pening nak decide. Last-last we choose Sogo juga. Hujan yang tersangatlah hari itu, dan hampir-hampir melemahkan semangat aku selaku driver untuk ke destinasi.

Sampai KL hujan pun dah reda. Kami parking di depan Campbell. Tengoklah, tersangat sibok! Mesti sesak. Aku dah pasang niat untuk beli handbag baru . Tapi perut rasa lapar sangat. As (housemate aku) suka makan, bukan dia saja sebenarnya... kami bertigalah. Jadi dia lead kitorang naik ke food court. Gambaran dari excalator tingkat empat, macam suasana Pasar Siti Khadijah.


Kitorang rambang mata tengok makanan. Aku nampak dimsum, rasa nak makan dimsum. Tengok nasi minang, macam nak makan nasi minang. Kalau boleh nak makan semualah!! Tapi akhirnya kami sebulat suara pilih sizzling yee mee. Nyam...Nyam...


Nampak sedapkan? Memang sedap pun!



Kitorang dah kenyang. Sekarang dah boleh jalan-jalan dengan soka hati. Ada satu view yang menarik perhatian aku. As kata ini spot dia dan kawan-kawan lepak. Tenang dan menyegarkan katanya. Jadi aku berhajat mengabadikan gambar kenangan di sini. Ceh! macam tak akan datang lagi dah.


Shopacholics di Mega Sales. Macam semut hurung gula.



Sana sini offer 50%, 70%, memang gilalah. Tak tertangan nak tengok semua. Handbag berjenama pun less sampai 70%. Tapi kadang-kadang rasa macam tipu je. Kata 50% tapi harga masih ratusan. Macamana tu? Tapi masa tengah pilih-pilih beg, BFF lari. Sedih tau kena pilih beg sendiri. Tapi kemudian BFF datang balik, tolong pilihkan dan bayarkan beg aku. Soka! Soka lagi!!

Kami naik tingkat pakaian lelaki pula. BFF nak beli baju katanya. Mula-mula nak beli sehelai, lepas tu jadi dua helai okay. Tak pe lah. Duit dia kan?! Kitorang sengal, sebab aku dah tak larat berjalan lagi dah (lagi satu sebab aku dah dapat barang yang nak) kitorang bergambar lagi. Dan... beli PERFUME sekali.

End.

Ahad, 15 Jun 2008

Sentap!

I'm not sure, but i knew i was very sensitive lately. Hyper senstive. Itu tak kena, ini tak kena. Aku asyik nak marah-marah. Masalah remeh je, sebab dia terlupa untuk returned call last Thursday. And i got mad like hell. Gila ahh! Meleret-leret sampai hari ni.

As today, boss has assigned both of us to go to Shah Alam. Aku kerja pada hari Ahad yang sepatutnya hari untuk aku bangun lewat. Tapi tidak! Hari ini aku bangun sangat awal dan keluar rumah pada pukul 7.00am! We had to monitor a consumer program dekat Kelab Shah Alam.

We are so professional in front of others okehhh??!! Tak ada siapa pun tau kami macam ala-ala "angin pasang". Everything was nice. But then he asked me to accompany him to Mydin USJ. Hahaha... Sebab memang sebelum "angin pasang" ni kami pernah janji nak beli barang kat situ. After a while, mood aku semakin ok.


... di dalam Mydin ...


Aku : Abang! Cantiknya skirt ni!

Dia : Jap lagi lah... Beli barang dulu!


Oklah, aku pun berlalu dari situ dengan suka hati. Shopping barang makan, segala can food, segala instant food, segala jajan, segala toiletries. Rasa macam sikit saja barang, tapi dalam resit lepas kena punch kurang seringgit RM300. Beli apakah??

Kami lalu di booth-booth kedai tadi, pergi ke kedai yang jual skirt tadi, tapi... skirt tu dah hilang! (nangis!). Aku dah berangan nak pakai dengan pump kaler pink, baby-t kaler pink dengan cardigan kaler hitam. Mesti korang dapat bayangkan macamana perasaan aku bila skirt yang aku dah pegang tu dah dibeli orang lain!

Mula la aku sentap balik. Harus lah! Time aku tengah membelek tadi suruh aku jalan cepat-cepat. Kan dah ada orang lain beli. Aku pun balik ke Kelab Shah Alam dengan perasaan tak puas hati. Aku nangis betul-betul dalam kereta. Kan aku dah cakap, pasal skirt je aku boleh mengamuk!

Dia : Nak makan?

Aku : Tak nak!

Dia : Awak nak beli skirt tu tadi kan? Kenapa tak beli?

Aku : Abang dah ternonong ke depan, suruh orang cepat-cepat, nak beli macamana?

Dia : Dah! Jom pusing Shah Alam, kita cari skirt tu.

Aku : Tak nak! Dah tak de mood.


Oleh kerana tugas masih belum selesai kami masuk ke dalam bangunan Kelab Shah Alam dengan hati yang masih membengkak ni. Have a chit chat dengan colleagues, makan-makan, lepak-lepak dengan urusetia, tengok orang mandi kat swimming pool, akhirnya 4.30 ptg majlis pun berakhir.

Dia : Jom cari skirt tu?

Aku : Tak nak! Nak kasut.


Wah! Kasut la??! Aku ke SACC pula. Muahahaha! (Gelak jahat). Sampai sana dia ajak aku masuk Bonia. Meletup! Takkan Bonia? Aku dah sarung-sarung kasut tu tapi bila tengok harganya, aku boleh beli berpuluh-puluh pasang kasut dekat Vincci. Perlukah aku menjadi pengikis? Ikut hati memang nak, sebab memang cantik. Dah tentu kalau aku sarung ni mesti meletup satu Kuala Selangor. Tapi kesian pula kat dia. Aku tarik dia pergi Vincci. Berbeza dengan tempat mahal, Vincci memang telah ramailah customernya. Dalam keadaan sesak macam tu aku sempat la sambar dua pasang kasut.

Later aku upload gambar kasut ni. Aku tak nak jadi awek yang demanding. Ambil yang murah-murah dah la. Karang kalau putus tak ada rasa ralat sangat. Nauzubillah! Kalau boleh tak nak la putus. Then dia tarik aku masuk balik ke Bonia. Bukan beli kasut untuk aku, beli kasut untuk diri dia.

Kesimpulannya dia pujuk aku dengan beli kasut. Senang betul kan?? Perempuan... perempuan... haih... (sigh)

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...