Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Kuala Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Selangor. Papar semua catatan

Selasa, 3 Jun 2014

Grill kau kualiti sangat!

Mental betul aku dgn ayah tuan umah aku ni. Kira menyesal juga la bila ingat balik dia offer rumah anak dia untuk di sewa. Ingatkan genuinely la nak membantu pasangan yang baru nak mula kehidupan macam kami ni.

Ceritanya sewa rumah aku sekarang ni akan disertakan sekali dengan grill. Seronok aku dengar. Masa tu rasa terjamin keselamatan aku since jiran kiri kanan ialah kap lam ya nga. Lagipun ada dengar cerita kes kena pecah rumah time tengahari. Aku pun cari la tukang buat grill. Tanya jiran-jiran, mereka bagi contact tukang besi India. Semua kata kerja dia kemas. Aku bawa dia ukur semua area yang nak dipasang grill. Siap dengan bunga kerawang dan beberapa zink separuh add on dia quote kami harga RM1700 dan akan siap dalam masa sebulan.

Kami jumpa dengan orang tua (ayah tuan rumah, Kahar Pembelit) ni kononnya nak diskas bagi mudah cara. Tapi dia buruk-burukkan orang ni kata pakai besi tak kualiti, besi recycle. Dia insist nak geng dia yang buat. Malas nak cakap apa bagi je lah geng dia nak buat.

Janji orang tua ni bulan 3 siap, sebab aku nak tinggalkan rumah untuk tempoh yang lama dalam bulan tu. HARAM... sampai ke sudah tak siap.

Semalam, anak dia Nurul Hafizza Kaharuddin yang seriously kekurangan ajaran moral minta duit sewa umah. Sekarang dah beradab sikit kot. Hew..hew.. Aku lepaskan semua hal rumah pada Isdin sebab aku takut tak dapat kawal kenerakaan aku nanti.

So lepas sebulan ke sebulan mendesak pasal grill tu dalam jam 5 petang tadi baru mereka datang nak pasang grill. Itupun selepas janji dia nak pasang bulan 3 hari itu.

4 BULAN BARU SIAP GRILL??

Mesti cantik, besi mampat dan design tak mudah pecah masuk.



Design yang paling cantik di abad ini.

Aku tak tengok dia pasang grill belakang rumah ni. Malas nak ambil port. Sekarang nak masuk bilik pasang grill tingkap.




Acu-acu ke tingkap, tak muat pula. Kata dia simen terlebih plaster. Alasan bangsat tau tak? Nampak sangat kerja kau cemerlang. Orang tua tu dua kali ambil ukuran grill siap seluruh ruang rumah. Lepas tu tengah bulan 4 mereka datang lagi ambil ukuran. Masuk bilik kami panjat katil dengan kaki kotor. Sial sangat. 3kali ukur tak kan ukuran masih tak accurate??

Aku tak tau la esok mereka nak datang jam berapa. Melayu kan? Kacau program dating je. Memang la rumah sewa tak patut aku nak mengomel itu ini. Kamon lah, aku pikir keselamatan aku bila Isdin kerja malam. Aku nak grill yang selamat bukan setakat melepaskan batuk di tepi tangga.

Laki aku kata palang besi-besi ni pakai jack kereta pun boleh access dah. How safe is that?!



Dah siap drill dinding rumah tak ada hati nak sapu habuk pun. Memang tak profesional macam kaum lain buat kerja lah. Memang aku nak ludah sangat kerja cincai macam ni. Sian Isdin jadi tukang sapu mereka.

KUALITI MBAH KAU LAH!!!

posted from Bloggeroid


Posted via Blogaway

Khamis, 12 April 2012

Hasil gegaran gempa bumi 11 April 2012

Untuk dikitar semula.
Korang rasa ke gegeran hari itu? Tak silap berlaku di Acheh dengan kekuatan 8.9 skala ritcher kan? Memang boleh tsunami pun. Tapi memandangkan titik kawasan berlaku di tempat lain, maka tiada berlaku tsunami. Cuak juga rasa time tu. Dahlah jauh dari famili. Nak kejar ke sana 4jam lebih kot. Tawakal. 

Tapi Alhamdullilah tak ada apa-apa terjadi.
Sebenarnya bukan nak cerita pasal gempa bumi Acheh. Aku nak bercerita pasal gempa bumi di rumah aku. Serious penampakan aku bukan calon terbaik untuk dijadikan isteri. Hihi. Maklumlah kerja aku sentiasa busy, kalah orang politik. Asyik balik malam ~ bersosial. Hiks!

Tu dia... Singapura dilanggar todak. Tapi ni bukan semak biasa.
Ini Kuala Selangor diserang babi tonyok...
Haritu dah terlampau tak tahan tengok rumah macam sarang puaka, maka aku dengan masa tu tak ada duit, korek tabung cari RM70 untuk hired dua orang helper. Terpaksa. 


Kumpul punya kumpul banyak sungguh barang-barang yang patut dibuang tapi aku simpan untuk pembiakkan sarang labah-labah. Habuk tak usah dikata, memang berdebu!

Baju-baju lama untuk diderma. Tapi sampai sudah aku peram dalam kotak tu. Penyudahnya bertahun-tahun dalam bilik setor.

Memandangkan aku tak tahu nak humban ke mana, aku sedekah pada helper-helper ini. Sebenarnya aku kurang ikhlas nak derma pada helper bangsa Melayu ni, asyik mengomel saja kerja dia. Tapi sebab dah niat nak derma, halalkanlah - cuba ikhlaskan hati. 

Aku ditegur jiran sebelah. "Mau pindah ka??" Bila aku cerita aku sedang membuat pembuangan sampah besar-besar, si Ravi datang untuk kelaskan kasut dan beberapa barang yang lain. Mereka orang susah, kasut koyak sikit pun mereka kata masih cantik. Timbul kasihan. Ambillah Ravi... jangan kau pergi menjual di Bundle sudah.

Korang jangan nak spekulasi aku pemalas. Memang aku pemalas. Tapi jangan banyak bunyi.


until then.... bye!

Isnin, 2 April 2012

Kuala Selangor sekarang tak macam dulu


 Sesak! Jam! Traffic congested.





Itu sahaja yang boleh aku katakan.

Berbeza 6 tahun lepas sewaktu aku mula-mula sampai dan menetap di Kuala Selangor. Dulu lengang. Pekan koboi. Sekarang, setiap weekend - hari Jumaat dan Ahad pasti jalan akan jadi padat dipenuhi kenderaan. Dek kerana laluan utama ke utara / selatan.

Sekarang prefer duduk diam-diam di rumah dari mengharungi kesesakan jalanraya yang boleh menduga kesabaran.


until then.... bye!

Ahad, 31 Julai 2011

Tengok anak bulan

Alhamdullilah, tahun ni, hari ni aku masih bernafas dan berkesempatan untuk join Majlis Cerapan Rasmi Hilal sempena Ramadhan 1432H/2011. Tahun lepas awan tebal dan mendung jadi tiada rezeki untuk nampak anak bulan tu sendiri.Jadi hari ini sekali lagi aku menvolunteerkan diri.

Polis trafik dah jaga entrance untuk naik ke atas baitulhilal. Ala mengadap rumah api Kuala Selangor tu. Hanya kenderaan yang mempunyai kad jemputan sahaja boleh naik dan parking di atas. Cewahh kata tetamu jemputan. Kami wakil bos je pun.

So seawal majlis ada bacaan yasin di bahagian bawah baitul hilal dan seterusnya kami diberi taklimat kaedah rukyah dan hisab bagi kenampakan anak bulan untuk penentuan bulan Ramadhan dan Syawal khususnya.

Benda alah teropong yang JUPEM punya yang berwarna kuning tu dikatakan lebih mudah nampak untuk carian anak bulan. Yang teropong blue black tu milik Jabatan Mufti Negeri Selangor. Anak bulan dijangka terbit pada jam 7.57pm. Jangka masa anak bulan di atas ufuk selama 28minit.

Tapi, walaupun keadaan cuaca petang ini tidak mendung dan cerah kami semua tetap tak nampak juga anak bulan.

Ostajah Syima melaporkan LlVE untuk semua. Apa pun selamat menunai fardu Maghrib dan I badah Puasa esok.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 21 September 2010

Harapan tipis untuk saya temui dia kembali


Putus cinta pun tak macam ni. Perasaan aku?? Huh!!

Aku tak pernah rasa macam ni punya sedih. Tak pernah berusaha berhari-hari mencari kucing ni waktu petang. Kucing-kucing peliharaan aku sebelum ni tak pernah dapat perhatian aku macam sekarang ni. Yang mana dah hilang, aku lantakkan je.

Hampir 2 minggu. Tak nampak bayang dia mahupun bau tahi dia di litterbox. Kesian Flora. Dia tak ada kawan main combat. Apa harapan aku untuk jumpa dia balik? Menangis lagi. Tiap-tiap malam sebelum tidur mesti berbantal dengan air mata. Silap aku. Silap aku sebab tak kurung dia sehari sebelum aku balik ke JB.

***

Petang tadi bertemankan seorang kawan dari MDKS, aku pusing taman aku tu lagi sekali. Lepas tengok iklan kucing hilang ni dia cakap kawan dia yang kebetulan duduk di taman yang sama pernah di tanya ada kehilangan kucing atau tidak. Katanya ada nyonya cina datang ke rumah nak bagi kucing. Merayau lagi kami mencari nyonya tu.

Tanya beberapa rumah yang ada kebarangkalian wujudnya nyonya tu, kami berjaya jumpa. Jumpa nyonya tu. Jacob tak jumpa lagi. Dia cakap kucing tu ada pakai collar warna hijau. Dia lari ketakutan dan menyorok bawah katil. Memandangkan dia ada anak kecil dia terpaksa buang kucing aku tu. Tapi dia cuba bagi makan, bagi biskut makanan anjing tu. Dan dia beritahu, kali terakhir dia jumpa kucing tu adalah pada Isnin lepas, 13 Sept 2010. Tak tau lah  macamana nasib si Jacob sekarang. Owh! Sedih betul aku dengar.

Jacob balik lah...

Setakat ini dahulu,


 

Sabtu, 21 November 2009

Customer Service TM Kuala Selangor ~ HAMPEH!!


Ok, menatang ni dah lama offer kan? Cuma baru-baru ni tergerak hati nak pergi bertanya di TMNet outlet di sini.

Dah 2thn ini aku memang pakai streamyx yang kabel berselirat di rumah. Aku nak buat pembaharuan pakai wireless pula.

Tanyalah kakak customer service ni, apa requirement untuk ambil pakej ni dan apa yang patut buat untuk tukar pakej.

Kakak ni buat muka tahi ayam, layan nak tak nak. Sakit hati gue. Dia cakap kalau nak upgrade bayar RM80 dapat modem wireless. Tapi monthly fee subscription adalah sama ~ RM60. Kalau tengok pada flyer dia, 1st year bayar RM60, 2nd year bayar RM55 and 3rd year bayar RM50.



ads ini sangat menghanjingkan Wimax


Masa installation dulu aku dah bayar almost RM350, aku fikir untuk installation yang pakej baru ni free la. Aku check balik dalam website mereka, Streamyx memang waive activation dan installation fees. Tapi kakak tahi ayam itu cakap, "Kalau kamu nak register untuk pakej ni, kamu rugilah. Sebab kena bayar fee macamana kamu install streamyx dulu". Aik? Tak ke bercanggah??

Kenapa TM tak boleh buat satu pakej yang fleksible, untur former customer yang nak upgrade pakej?

Ada siapa boleh tolong? Sebab aku kurang arif tentang pakej ini.

BTW... kakak itu memang hanjeng!!



Dah potong?!!



Ntah dimana aku perasan iklan WiMax yang super besar ni. Kat mana yer?

Aku merasa teruja untuk men-try WiMax ni, bagus sangat ke??

Bila fikir-fikir balik KUALA SELANGOR ada coverage ke?? Aku pun check.


Dan ternyata belum ada coverage lagi.

Terpaksalah SETIA bersama Streamyx.


Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...