MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Showing posts with label AKU. Show all posts
Showing posts with label AKU. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

SYiRA KENA TiNGGAL ESOK...


Tajuk sudah buat aku rasa mcm serba salah. Emmm...mmg agak lama aku tak tinggalkan Syira. Bukan nak tinggalkan dia kat kaki lima atau pasaraya ye...tapi atas sbb tugas. Esok aku ada bengkel seharian di Kuala Lumpur. Dah namanya seharian. Mau aku pergi dia masih tido, tapi apakah time aku balik dia masih elok membulat biji mata. Sbb sekarang ni anak daraku itu kerap benar tido lewat.

Masa bertolak dari Ipoh pula lebih kurang jam 5 pagi...terpaksa susahkan pengasuh awal pagi esok...tak pernah hantar seawal itu. Huhuhu..hubby plk keje kul 7 baru balik, kalau mak aku dok dekat, dah lama aku pos Syira balik umah mak..huwaaaa...sian anak mama...Syukur, dah maklum kat pengasuh dia ok, cuma belum bgtau jam 5 nak antar..tapi xpa, ari Jumaat aku cuti, so, xhantar lah..ari jumaat pengasuh leh rehat ganti jaga Syira awal pagi esok..kikiki

So, esok ada ke agaknya entry aku ye...kalau sempat, klo rajin n hubby tak bawa laptop ke tempat keje aku buat entry autopublish...klo tak de....silalah faham² ye...kikiki...kena suh hubby download cete alamak toyol masuk dalam laptop dari kwn tempat keje dia. Esok aku xda, leh buka untuk Syira. Budak tu, hari² tgk cete hantu kak limah...aku plk nek jemu...huhuhuhu...

Okeylah..kelam kabut aku bebel sorg² ni sambil buat keje. Ayat pun rasanya macam aku sorang je paham...uolls buat² jek paham k. Atas meja aku pun dah ada macam² timbunan kertas...Istilah 5S yang dulu sakan pertahankan dah mula goyang...mmg semak..alahai, bila agaknya nak ber5S semula...

Tempat keje uolss ber5S x...????

Wednesday, November 16, 2011

1ST TiME AKU KE SEMiNAR PREGNANCY


Kejadian berlaku pada Sabtu baru² ni. Sekarang ni aku mmg check-up dengan Doktor Japaraj. So, kebetulan hari aku check-up misi@Kak Ha minta tolong aku untuk menjadi salah seorang pesakit dalam seminar tu. Disebabkan aku pregnant twin, mmg akak tu sgt² mengharap aku leh attend sbb susah nak cari ibu yang mengandung twin n triplet. Klo kandungan yang sorang tu senang jek nak cari.

Masa dia cakap tu, aku terus jek setuju..kikiki..teruk kan, selamba jek setuju tanpa tanya hubby. Sbbnya aku tau, hubby mesti bagi sbb niat aku leh bagi ilmu pada doktor². Oh ya, tujuan aku jadi pesakit tu sebenarnya ianya seminar utk doktor² dalam mendalami ilmu kandungan kembar. Tidak dibuka untuk orang awam. Kehadiran doktor seluruh malaysia. Memang bagus seminar ni sebabnya bukan semua doktor leh nampak kehamilan kembar ni. Yelah, klo xbelajar mana nak tau kan. eceh..aku plk yg komen lebih².

Masa tanya hubby, dia ok jek. Bukan tunjuk hat bawah pun..hihi..klo yg itu, aku pun surrender..kikiki. Siap call kakak aku minta pendapat. Macam aku jangka, akak aku siap cakap ilmu yang kita xleh bg, apa salahnya kita buat apa yang termampu, di samping itu kita leh dapat ilmu di sebaliknya. Mmg betul, masa aku ke seminar tu, semua aku leh nampak, byk aku belajar. Paling best dapat tgk muka baby..huhuhu...teruja sgt².

Masa seminar tu, ada 3 biji scan yang baru+canggih manggih. Bayangkan klo xda patient disebabkan tiada seorang pun nak bekerjasama...??? Kesian ngan doktor² ni. Ada scan 3 biji, tapi patient xda...belajar secara amali ngan lisan sgt² berbeza bukan???

Ni banner seminar tu...Aku sangat² menghargai atas jemputan diorg...



Nanti aku kongsikan gambar baby yang telah discan ok. Siap dapat gift lagi. Alhamdulillah rezeki. Pakar yang bagi penerangan tu adalah Dr Japaraj sendiri. Memang best Dr ni. Masa tgk aku, dia siap cakap "Ni semua kakitangan hospital ye"..aku..???sengeh jek...kikiki

- Gift yang aku terima beserta dengan wang tunai -
(nilainya xyahlah aku kongsi...nanti lain pula jadinya..tapi alhamdulillah rezeki ) -

Bila ada kelapangan aku kongsikan gambar scan tu ok...lepas abis jek sesi scan tu, aku trus balik rumah bersiap untuk balik kampung..gambar mmg aku xsnap...kang doktor² tu cakap aku jakun plk..hihihi

Wednesday, November 9, 2011

CHECK-UP DiTUNDA


Assalamualaikum...bersiaran pula aku pagi ni.

Seperti yang tertera di tajuk kat atas nun..huhuhu..check-up aku dengan pakar Hospital Besar ditunda ke hari esok. Sememangnya aku tak sabar nak tgk perkembangan twin ni.

Appointment terpaksa ditunda disebabkan oleh Dr Japaraj Robert Peter. (Maternal Fetal Medicine Specialist and Consultant Obstetrician and Gynaecologist) hadiri meeting hari ni. So, esok juga aku ada check-up kat klinik. Huhuhu, jenuh klo pagi ke Hospital, petang plk ke klinik. Nanti nak kena call, samaada ditunda ke minggu depan atau kena juga aku terjah g klinik petang tu. Huhuhu

Doa aku, masa check-up esok agar ketulan darah yang membeku tidak menjejaskan perkembangan twin. Ops, aku tak pernah cerita pasal scan aku dengan doktor Japaraj sebelum ni kan. Ye, dari scan yang terdahulu ada kelihatan darah beku dalam rahimku. Risikonya aku kemungkinan akan ada bleeding sedikit sepanjang kehamilan ini. Risau aku dibuatnya. Full cerita kisah tu nanti² klo rajin aku taip. Huah...huah...kemalasan melanda toi. 

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Aku tidak putus² mendoakan twin sihat dan sempurna. Doa dari seorang mama......


Tuesday, November 8, 2011

CERiTA CERiTi..


Bertemu lagi ye....Ni entry nak cerita ceriti jek. Boring pula hari ni. Tapi ada pula mood nak update blog. Pepagi tadi aku dah publish sal Raya Korban baru² ni. Ni sambung lagi..hehehehe...

Bukan jek nak cerita sal raya, tapi cerita sal sebelumnya. Kira ni entry Rojak buah. Macam² ada.

1st, cerita anak daraku Syira. Alhamdulillah demamnya dah kebah cuma batuk jek masih bersisa. Sama mcm aku juga. Syukur sgt, Syira plk mmg rajin sgt² makan ubat. Kalau masa kecil amat susah, tapi sekarang ni dia plk yg akan minta ubat klo rasa tak sihat. Good girl anak mama, tak payah mama nak kejar keliling rumah bg makan ubat.

Sepanjang aku ngan syira batuk, mcm² petua aku buat. Dari yg moden sampai ke tradisional...ewah..yg moden tu makan ubat jek lah..yg ready made tu. Tradisional jek yang aku google ngan tanya mber². So, tak tau yg mana berkesan. Mcm² aku buat. Apapun aku ni klo batuk mmg akan ambil masa yang lama. Kadang² tu sebulan lebih baru lega. Tapi batuk masa pregnant ni yang sgt² menduga aku. Sekali batuk, sure air kencing pun keluar sekali. Jenuh kena pakai pad selalu. Nanti aku senaraikan antara petua yang  aku buat untuk kurangkan batuk aku ni k.

Ok, tutup cerita sal sakit tu...nak cete sal Hari Raya pula. Rancangan awal sebenarnya malam raya pertama tu nak buat bbq. Cadangan hubby bagi meraikan besday aku yang lepas. Kebetulan besday mak aku, so, raikan sekali jek. Tapi perancangan terpaksa dibatalkan. Semuanya disebabkan anak daraku Syira yang tido lambat, so, kami balik raya rumah family aku dekat nak maghrib. Apa halnya nak bakar n perap masa tu kan. Payah betul masa nak kejutkan anak dara ni. Klo tak cukup tido mau merengek jek nanti. Kejap² nak nangis, so, terpaksa biarkan dia bangun sendiri. Tu pasal aku lambat beraya umah family aku. huhuhuhu.

Nanti ada rezeki balik kampung, akan diteruskan perancangan tu..kikiki..nak juga tu..Cerita raya aku kat kampung, tak da apa yang istimewanya. Raya pertama tu tak dak langsung gambar diambil. Tak da mood sbb aku tak rasa pun nak beraya. Mmg memerap kat rumah jek. Syira tahun ni siap ikut tok wannya g sembelih lembu lagi. Best jek anak dara tu terkinja² ikut tok wannya. Pengalaman untuk dia. Aku pun x g tgk orang sembelih lembu..:-)

Disebabkan hubby aku cuti sekejap je, aku pun xda nak apply tambahan cuti. Bercuti mana yang kerajaan bagi. Sudahnya, semalam lagi kami bertolak lepas abis tgk cete Soffiya. Hahahaha...tunggu abis cete baru balik tu. Jalan highway mmg sesak ngan kete. Bila ada exident, jalan jadi jem, nasiblah jemnya tak lama sgt. Time balik tu entah kenapa perut aku sakit sgt². Mmg saja jek tau, sebelum balik tu, elok jek aku sihat walafiat. Dengan kete yang banyak, perut aku yang semedang mengeras, tak sabarnya aku nak sampai umah. Dahlah asik nak terkencing jek, jenuh menahan nak menunggu sampai ke hentian rehat.

Cete sal hentian rehat, ada juga cete kelakar. Selalunya otw nak balik Ipoh, mmg kami jarang nak singgah menyinggah. Nak benti makan jauh sekali, sekadar buh minyak ngan klo hubby nak ke tandas. Tupun selalu ke tandas stesen minyak jek. Tapi nak jadikan cerita, semalam aku tak tahan sgt nak membuang air kecil. Hubby plk berhenti kat Hentian Juru. Aku dengan tergesa² trus celapak ke tandas. Elok aku masuk, dengan orang ramai, aku perasan ada yang dok tengok² aku. Aku buat bodo jek...sekali terpandang kat cermin...Alamak..hahahaha...masa tu juga aku nak gelak guling². Baru aku perasan pemakaian aku. Korang bayangkan dengan seluar hitam, baju warna hijau, aku leh pula pakai tudung warna purple. Kikikiki...lupa pula aku nak pakai sweeter masa tu. Sudahnya cadangan nak beli buah makan dalam kete, dibatalkan...takkan aku nak g beli makanan dengan pakai cemgitu kan..mau ada yg gelak gila kat aku nanti..hihihi..Tapi cumanya nasiblah aku tak pakai kain batik masa tu. Cer bayangkan klo betul aku pakai kain batik..Hahahahaha

Oklah..tu jek cerita ceritiku...pengajaran lepas ni, walaupun bertolak malam, tgk²lah baju ngan tudung yang tersarung tu, jgn main redah jek..hehehehe...

Heran juga aku, family aku ngan hubby tak pula tegur aku masa nak naik kete tu..hahahha..klo aku tak pakai baju jek baru depa pasan kot..kikiki..mesti depa pikir, sbb malam kan..???sapa lah nak tgk aku mlm² kan..

Thursday, November 3, 2011

MY BESDAY - THANKS ATAS iNGATAN KALiAN


Pagi tadi aku post entry Besday my mum n my MIL. Yang ni pun pasal besday juga...Tapi besday tuan punya blog...kikiki

Dah basi dah pun...Apapun aku buat entry ni sebagai tanda penghargaan buat mereka yang mengingati ulangtahun kelahiranku.

Aku menyambut ulangtahun yang ke- 28 pada 23 Oktober 2011 yang lalu. Tiada entry pada hari berkenaan sbbnya aku bercuti. Memang seminggu tak bukan blog, tak buka Fesbuk. Apapun aku bersyukur di usiaku yang ke-28 aku masih berdiri di muka bumi ini. Alhamdulillah....Pelbagai dugaan hidup yang dilalui mematangkan diriku. Di usiaku kini, aku telah berkeluarga dan telah memiliki seorang permata hati, dan Insyaallah semoga dengan izinNya bakal melahirkan kembar pada awal bulan Mac tahun depan. Syukur di atas segala yang aku miliki sehingga ke hari ini.

Sempena ulangtahun aku yang ke -28 nak wish utk diri sendiri jugalah ye...ekekekke


HEPY BESDAY TO ME 
23 OKTOBER 2011
28 TAHUN

Doaku : Semoga aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kebahagian dalam kehidupan dan senantiasa berada dalam Rahmat Allah SWT..AMIN

Dan istimewa buat 2 orang blogger ini...


Terima kasih atas entry khas kalian berdua...Kita sgt² menghargainya. Sayang korang..semoga persahabatan kita berkekalan selamanya ye...

Buat rakan² fesbuk yang wish...terima kasih juga..maaf xdapat nak senarai nama kat sini...sbb ramai juga yang wish..terima kasih atas ucapan dan doa kalian...

Macam kelakar plk wish utk diri sendiri...Tapi apa kisah kan..blog sendiri..ekekekeke

Wednesday, November 2, 2011

HOSPiTAL YAN PULA


Entry bergambar jek..dah xda kudrat nak menaip..gambar diambil ketika aku menunggu mak mengambil ubat. Aku punya ubat dah settle, cuma kami lambat balik sbb check-up mak aku amik masa yang lama. Pesakit kencing manis mmg sentiasa full. 

- Saja buat mata cemgitu sbb tau aku amik gambar dia -

- Budak dah boring dok spital terpaksa diupah air milo -

- Yang berdiri tu mak aku...tgh amik ubatnya yg berlambak -



Ok, sekian...harini entry pasal sakit ngan spital jek...ekekekek..jumpa lagi sok...nak tido sambil melayan batuk yang still xhenti-henti...zzzzzzzz

Setiap kali jumpa dok bila tau aku preggy, ayat selalu kuar "Kurusnya awak...mmg badan cemgini ker???sebelum ngandung pun mmg mcmni???"..hahahha...alahai doktor...

KiSAH SYiRA DEMAM - JANGKiTAN ViRUS DALAM DARAH


Kelmarin aku terpaksa bawa syira ke klinik. Sebabnya demam dengan batuk yang menjadi². Sambungan dari Entry Ini. Aku tumpang sekaki mengambil ubat, sbbnya batukku yang masih lagi bersisa. Kesian Syira, mmg letih sgt, nak bangun pun tak larat.

Sesi berjumpa doktor berjalan lancar. Panas badan Syira mencecah 39 darjah celsius. Disebabkan demam dah berlanjut 3 hari, doktor mintak buat ujian darah. Sebab takut denggi, yelah sekarang ni byk kes denggi kan. Aku masa ni dah cuak...mcm manalah anak dara ni masa mik darah nanti.

Keputusan awal ujian darah tu, ada jangkitan virus dalam darah. Doktor bagi tempoh 2 hari, kalau tak baik juga demam Syira, kena bawa jumpa doktor semula.

- Merengek...(opsss terseksi) -

- Amik darah di kaki -


- Mulanya amik darah kat tangan gebunya, tapi xboleh plk, tu pasal amik kat kaki pula -

- Kuyu mata budak tak sihat -


Memang kesian sebabnya kena cucuk 2 kali. Nasib cucuk kat kaki boleh, nangis pula sekejap time dicucuk jek. Alhamdulillah masa balik rumah, aku ada tanya sal cucuk dan tempat sakit tu. Syira cakap "Mama, sakit, ada darah tadi, tapi sekarang dah kering dah"..Good girl Syira..Mama bangga sgt dengan kamu

- Ubat Syira. 1st time aku dapat antibiotik serbuk, balik rumah kena masukkan air n goncang -

- Ni plk ubat aku, ubat batuk ngan demam -

Disebabkan batuk teruk, patutnya 2 hari aku kena berulang ke klinik untuk menghantar sample kahak. Nasib ada hubby tolong hantarkan.

Saturday, October 22, 2011

KERANA KFC....


Baru2 ni aku ngan syira kuar malam...ekekek, kuar ber2 jek, gara2 hubby yang ada dinner anjuran tempat kejenya. Asalnya nak makan nasi ayam KFC, tapi rupanya disebabkan ramai, nasi pun sold out. Sob..sob..

Disebabkan KFC juga kami sampai rumah lewat. Dekat kul 10.30 malam. Pertama kali keluar ber2 ngan  syira balik lambat. Budak bertuah ni siap request nak makan kat restoran KFC tu juga. Sian anak mama, dah lewatla, takut plk nak drive klo lambat sgt balik kang. So, muncung sakan la budak ni, nak suh jalan pun susah..:-)

Tapi sampai rumah bg air soya, trus muka berbunga riang. Dah xda muncung2...Alkisah ramai kat KFC tu disebabkan rata-ratanya aku tgk nak redeem hot tiket. Hari last redeem, so, ramai xnak lepas peluang kan. Beratur pun panjang berjela..

- Sengeh tak hingat...lupa yang baru lepas merajuk..hehehe -

- Soya mmg favourite Syira -

- Kentang putar, Ayam, Twister ngan burger -

Syira makan Kentang putar, Aku plak makan twister tu jek...Balik dari dinner hubby makan burger ngan seketul ayam..ekekek..tu gara2 makan yang tak mengenyangkan langsung..huhuhu..sib aku xg, makanan pun katanya macam budget ckit...g toilet kejap jek, kuar toilet tgk depa dah angkat makanan..dia ngan kwn dia nganga tgk makanan yang dah xda..hahahhaa...

MORAL OF THE STORY : Len kali makan kat hotel yang bukan buffet, jgn g toilet masa makan..kang xsempat nak makan..hahaha..g toilet sebelum start makan, atau g selepas abis makan...

Friday, October 21, 2011

HUJAN LEBAT LAGi...


Sekarang ni area Ipoh setiap petang hujan lebat. Disebabkan hujan lebat hubby xleh balik umah waktu rehat..huhhu... Asal kul 7 jek, sure ujan lebat punya. Syira pula asikla menanya abahnya, malam baru jumpa abah. Minggu ni plk hubby keje sampai hari Ahad.

Tapi yang bestnya Isnin, Selasa, Rabu kami bercuti...yuhuuuu...rasa lama sgt tak balik kampung. Dapat bercuti kat kampung walaupun sekejap tapi dah cukup puas ati.

Hujan2 ni bestnya klo tido, tambah plk kepala yang rasa ting tong ni. Virus nak demam dah terasa dalam diri. Patutlah dari tadi berat sgt kepala ni. Memang tak larat sgt2 ni. Alhamdulillah esok cuti, cumanya mintak2 tak melarat virus demam ni. Biar bunga2 demam jek.

Oklah..nanti klo larat aku update lagi entry. Harini hari entry tanpa gambar. Nak g membaringkan diri jap..hujan2 ni best woo klo dapat tidoq..:-)

Sempat tadi buat bubur kacang...si Syira dah tambah 3 kali, aku...???tadi bukan main nak makan, dah siap..nafsu makan pula entah ke mana...


Monday, October 17, 2011

KESAKiTAN YANG TAK DAPAT DiGAMBAR


Selamat pagi (ke selamat tengahari???)...Apa aktiviti uolls hujung minggu lepas??? Aku xda buat apa sgt. Banyak dok umah sbb rancangan asal nak mengemas apa yang patut. Sabtu tu dah semangat membasuh semua baju bajan, segala cadar ngan toto termasuk mengemas apa yang patut. Hari Ahad patutnya nak memulakan kemas barang masuk dalam tupperware yang baru dibeli tapi entah kenapa hari Ahad tu hari aku dok kat katil jek.

Bermulanya sakit pinggan ngan perut yang terlampau. Kalau nak dekat tarikh due mau aku rasa mcm kontraksi je tau. Sakitnya tuhan jek tau. Baring salah, berjalan lagilah payah. Dah macam orang berpantang sudah. Tak tahan sakit, meleleh jugalah air mata aku. Nak urut ngan minyak panas dahlah tak boleh, bayangkanlah azabnya. Tpon kakakku@misi Ina. Katanya mungkin akibat kencing kotor...huhu...mmg penyebabnya dah tentu aku yang tersangat kurang minum air masak. Hubby pun selalu membebel². Pasni kena minum air masak byk², tobat woo, tapi tak tahannya dah tentu asik nak ke toilet jek, dahlah kat opis ni toileh bukannya dekat..kena pusing dulu baru sampai..huwaaaaaa

Sebagai jalan penyelesaian kakakku suh mkn ubat paracetamol. Ubat ni jek yang orang preggy leh makan sebagai penahan sakit. Tapi tah mcm mana rupanya stok kat umah abis langsung, g beli kat kedai, xda pula jual, kat farmasi je leh beli. huhuhu...last², aku bertarung punya sakit, akhirnya berkurang jugalah. Petang dekat maghrib baru ok. Pergh....mmg kandungan kali ni sgt mendugaku.

- Ubat paracetamol...oh paracetamol -

Apapun nasib aku leh juga gagah ke opis arini, kebetulan ada juga kawan opis yg ada spare ubat ni..tq yek, kang klo sakit menjadi baru aku telan, setakat sikit², aku nak bertahan jek...

To baby² mama...kuatkan semangat yek...mama sayang korang...

Tuesday, October 11, 2011

AL-KiSAH JUMAAT LEPAS


Kisah Jumaat lepas....malam jumaat tu kan ke aku muntah yg sgt teruk. Ada aku cete kat entry ini. Kebetulan pula pengasuh cakap tak boleh jaga Syira ari jumaat tu sbb dia n family ada hal...Tak terkata apa lah aku. Mmg blur sgt masa tu, sbb aku tau keadaan aku..susah nak cuti, tambah² emergency mcm ni..sebabnya ada je yang suka mencari pasal nanti. Tambah bila isu anak. Macam aku jelah ada masalah anak, orang lain tak pernah berhadapan isu anak. Susah klo orang tak faham. Nak kata dia xda anak, ada...tapi entahlah...

Macam biasa bila apply EL...dapat plk msj yang sgt² menyakitkan ati...malas aku kongsi kat sini. Sbb taknak mencacatkan blog aku ngan perangai orang yang tak sedar kediri...Aku bersabar lagi..Tak nak kusutkan kepala otak...Sian bila pikir orang yang tak sedar diri..dunia ni ibarat roda..klo bukan arini ko ada masalah anak..sok² Allah timpakan masalah tu kat kepala ko..baru ko tau..Tak pe...aku bersyukur dengan apa yg ko buat kat aku.

Dalam keadaan aku yang teruk muntah malam tu, ngan anak pula yang tiada pengasuh..aku gagahkan juga drive ke opis. Hubby plk keje shift pagi..klo x, settle masalah. So, bermulalah kisah aku mengangkut anak...bukan saja² ye...tapi dah namanya "anak xleh dijadikan alasan" ....dan "keje ttp keje"..so ikutkan jelah... Alhamdulillah Syira tak banyak kerenah walaupun semua benda nak main, semua benda nak pegang...

Patutnya hubby janji nak amik Syira lepas balik keje, tapi tetiba plk dia start muntah²...bersambung pula kami muntah². Alamat Syira bertapalah ngan aku kat opis...Kadang² rasa pelik bila lihat manusia yang suka bila melihat kesusahan orang lain...apapun...ALHAMDULILLAH....

OTW balik dari opis Syira tido dalam kete...sian mama tgk anak mama..abah angkat masuk rumah pun Syira tak sedar. Anak mama mmg sangat letih sebabnya Syira tido sampai pagi esoknya. Kesian anak mama....Maafkan mama ye sayang sbb buat Syira letih sampaikan tak menjamah apapun malam tu, mama gerak, tapi dengan lali Syira bangun, pastu sambung tido balik....

- Mmg letih sgt anak mama -

- Rasa nak menitis air mata ni melihat Syira yg lena tido -

Klo korang kat tempat aku apa yg korang rasakan...???sian anakku yang tak tahu apa² terpaksa melalui apa yang mama dia lalui semata² terpaksa memuaskan hati orang yang tidak berperikemanusiaan dan yang tidak bertimbangrasa....Bak kata orang mengejar kehidupan dan mengejar sifat PHD umpama ko ingin hidup seribu tahun lagi...

Hidup tak selalu di atas....andai suatu masa ko jatuh tersungkur..ingatlah apa yg pernah ko buat pada aku selama hari ni. Terlalu banyak FITNAH dan cerita bohong yg ko cipta...tapi Allah tu Maha Mengetahui...

Monday, October 10, 2011

TURN AKU MUNTAH TERUK


Hari khamis lepas balik keje aku ajak hubby ke pizza...sbb tetiba aku teringin nak makan spaghetti. Jom layan pic kami

 - Air masam juga pilihanmu Syira, padahal bukan main mama order air milo tu tau -

 - Pergh...posing lentok -

 - Butang kusyen kat restoren pizza tu sekali imbas mcm Syira bertocang plk -

 - Chak -

 - Spaghetti untuk mama -

 - Pizza untuk abah -

 - Nyum² -

Pizza ni tak abis pun..aku pun xsentuh langsung, sbbnya lepas jek makan spaghetti tu perut aku dah semacam..meloya jek...tunggu masa nak kuarkan semuanya balik...huhuhu. Separuh pizza hubby makan, separuh lagi kami bungkus bawa balik. Syira pula layan air, ais krim ngan sup jek.

- Budak angin bila mama marah tak bagi minum air gas...kikiki..garang wooo budak ni -

Sebenarnya entry ni ada kesinambungan dari entry Syira tak sihat. Sebabnya selepas makan kat restoran nilah kami laki bini teruk muntah². Memula ingatkan sbb aku preggy, tapi memandangkan muntah yg sukar nak stop..buat aku terpikir..nasib masa aku muntah hubby belum lagi menunjukkan tanda dia nak muntah...kiranya kami muntah hari yang berlainan...klo x mau haru juga satu rumah muntah serentak..huhuhu

Memang bagi aku inilah muntah yang paling teruk sepanjang aku preggy. Balik dari makan tu aku cuba tido untuk menahan muntah, tapi last² kul 10.30 malam tu, tak berdaya dah...semua aku makan kuar balik. Yang paling teruk berlanjutan sampai kul 2.30 pagi. Sampai terduduk aku kat lantai tandas...Memang sgt² menduga...

Mungkin satu kebetulan selepas makan Spaghetti menyebabkan kami muntah...Semuanya dah ketentuan-Nya kan...???Syukur tak berlanjutan sampai berhari², sbb aku tak dapat bayangkan klo aku kena tahan kat wad...sian Syira, kami dahlah tak da sedara mara kat cni...:-(

Thursday, October 6, 2011

CUAK SGT²...


Assalamualaikum....

Kelmarin seharian tak buka internet. Alkisah disebabkan aku ada check -up kandungan di GH. Pertama kali check-up di sana betul² menduga. Sebelum kul 8 dah terpacak...then kul 3.15 baru selesai. Pergh..pertama kali aku rasa pengalaman seharian di hospital. Dari ramai orang sampai tinggal aku keseorangan. Huhuhu

Kisah check-up nanti aku letak di entry yang lain. Ni nak cerita sal cuak disebabkan blog yang bermasalah. Tetiba pagi tadi aku buka blog aku xdapat. Not found...Pastu baru perasan msj di FB dari Salina Ibu Aqil yang bertanya tentang blogku yang xleh dibuka. Memang cuak abis wei...rasa nak nagis pun ada...tetiba blog xleh buka...buka kat dashboard leh plk terpapar please create new blog.....cuba buka lagi..tetap juga tak bleh...Kali ketiga dia minta no tpon untuk masukkan verification code...barulah boleh...

Ish²...blog oh blog...jgn buat cemgini lagi tau...cuak gila aku..tak dapat bayangkan klo tetiba blog ni jadi new blog...nasib mmg dah ada back up...tapi dekat sebulan jugalah back-up yang terakhir...huhu...nampaknya pasni tiap² minggulah kena back-up...

Oklah..keje tgh berlambak, tapi sempat lagi update...huhu..

P/s : Terima kasih atas kunjungan blogger Ina aka Ibu Aqil kat teratak kecil kami sekeluarga...entry di blognya dah ada..tunggu entry blog ni plk...dah tentu entry yg lambat sikit..kikiki

Monday, October 3, 2011

OKTOBER DATANG LAGi


Alhamdulillah...syukur masih berkesempatan merasai bulan Oktober..Semoga bulan ini dan bulan² akan datang memberikan seribu rahmat..dan semoga perjalanan hidupku di masa² akan datang memberikan sinar dan kebahagiaan.. AMIN

Rasanya lama sgt aku tak cete sal perkembangan twin yang kubawa setiap detik dan setiap saat untuk diabadikan di dalam blog ini. Last masa entry scan twin. Terima kasih buat mereka² yang meninggalkan komen di situ. Aku sgt² menghargainya. Tak kurang juga byk nasihat yang diberikan..CAYANG KORANG SEMUA..

Alhamdulillah juga, seleraku dah semakin ok. Muntah tetap ada, tapi tidak seteruk sebelum ini. Apa yang pasti aku semakin mudah lupa, semakin emosional, semakin cepat penat, semakin cepat mengah...dan semakin mcm² benda nak ditelan. Hihihi. Kalau g pasar malam, mau satu pasar malam aku nak borong. Tambah² klo jumpa durian. Mmg alegik toi...dari mengandung 1st sampai kandungan sekarang aku mmg giler durian. Kalau ari² dapat makan sepangsa pun oklah..hahha..Hubby pun naik pening, sampaikan ke tahap, dia xlalu nak makan durian..:-)

Oklah..apapun entry ni bukan nak cerita sal twin .ni entry sekadar berupdate..nanti² aku cete detail sal pemeriksaan twin k..Rabu ni 1st time aku akan melapor diri ke Hospital Besar untuk pemeriksaan kandungan. Disebabkan mengandung twin, so, ada masa aku kena menjejakkan kaki ke GH...Tunggu apa cetenya ye. Semoga twin sihat dan perkembangan kedua-duanya berjalan lancar....AMIN

Bulan Oktober yang bakal bersinar...Syukur

Wednesday, September 28, 2011

GAMBAR TANPA BAiT² KATA²


Selalu kita dgr ayat "bicara tanpa suara"...ni entry aku yg hanya melibatkan "gambar tanpa kata²..."
Gambar otw ke Ipoh dari Lumut/Manjung











Wednesday, September 21, 2011

AiDiLFiTRi 2011 - 1 st DAY


Raya pertama seperti sebelum² ni mmg raya pertama kat umah mertua. Petang sikit baru balik umah family aku. Tema kami tahun ni sebenarnya masa beli baju baru buat keputusan. Tahun ni baju pertama yg kami beli baju raya hubby, sbb aku dah terasa seksanya tahun² sudah beli baju aku ngan Syira dulu, pergh...gila ssh nak cari baju hubby. So, masa try baju tu terbekenan warna coklat. So, tahun ni tema kami warna coklat pekat

 - Baju aku, tertarik baju ni sbb klo perut besar pun leh sarung lagi...kikiki -

 - Baju Syira -

Baju Dak tecik yg siap aku oter sendiri. Sbbnya Syira ni badan kira berisi, tapi rendang orangnya, so, terpaksa aku oter labuh baju, lengan ngan kain. Tangan tu sebelah aku jahit sehari sebelum raya, sebelah lagi pagi raya..hahhaha...nasib siap juga tau. 

 - Anak mama yg bajet ayu..:-)-

 - Posing ngan dagu yg luka -

 - Keluarga kecil kami -



 - Jelas ketara perbezaan badan kami...hihihi -

 - Tangan Syira yg xnak kasi can mama ngan abah bergambar -


- Ops...terselit plk kakak Syafiqa di situ -

Gambar Raya ke-2 akan menyusul nanti...

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...