MENU BAR

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥ FOLLOW ME ♥

Showing posts with label TWIN. Show all posts
Showing posts with label TWIN. Show all posts

Friday, July 27, 2012

TEKA TEKi


ENTRY SUKA SUKI...
(Akan ditempek sehingga pemenang ditemui..:-)..cerita baru scroll kat bawah k)

Tetiba pula nak buat teka teki yang simple mimple..
Meh sapa nak join sila tinggalkan jawapan anda di ruang komen blog ini k..

Soalan :
Cuba teka apa benda yang berada di dalam kotak di bawah. Tingginya dah sama ngan model kotak ni...hahahaha


Jawapan yang tepat dan pantas akan menerima hadiah dari aku..


KLU RASANYA MCM XPERLU KOT, SBB KORANG SEMUA PANDAI KAN...heheheh

Tuesday, July 10, 2012

STOK EBM KESAYANGANKU


Kutahu lebih ramai lagi ibu di luar yang punya stok berlambak²...kutahu stokku hanyalah seciput sahaja..tetapi aku tetap BERSYUKUR dengan rezeki yang Allah berikan...

- Update stok selepas cuti berpantang -

- Zoom -

Alhamdulillah di atas rezekinya, walaupun tidak sebanyak rakan² di luar sana, tapi aku sangat² bersyukur..semoga Allah permudahkan perjalanan breastfeeding untuk Nurul Syuhada n Nurul Syahida. 

Semoga aku kuat untuk menyusukan wiwin...Amin

BILA GAMAKNYA NAK PENUH SATU PETI YE...???

1st TiME EBM KENA TRAVEL


Pertama kali travelkan stok EBM dari Yan, Kedah ke Ipoh, Perak. Stok yang seciput ni bagi aku nilainya umpama emas berlian. Salah cara mentravel..melalak meraunglah aku. Tapi syukur, atas bacaan dan info yang aku dapat dari online dan bacaan dari majalah PAMA banyak membantu aku.

Penuh yakin aku memasukkan semuanya ke dalam cooler box. Dengan bantuan en hubby, mak dan mandur dari En Abah..semuanya berjalan dengan lancar...

Seram sejuk juga sbb 1st time katakan. Tambah pula masa ni kami bergerak waktu tengahari. Panas terik tu. Walaupun perjalanan just memakan masa 2 jam 30 minit hingga ke 3 jam, ianya mmg membimbangkan.

Meh aku kongsi cara yang aku buat bila nak memindahkan stok susu selepas abis berpantang.

- Susun secara berselang-seli dengan ketulan ais -

- Taburkan garam ketika proses diselang selikan itu -

- Ops..ternampak pula kaki² di situ..abaikan jek k..hahahha -

- Tutupkan bahagian atas dengan sehelai tuala supaya hawa sejuk tidak mudah keluar -

Kalau mereka yang menggunakan tong ikan yang putih tu, aku sarankan supaya diplasterkan bahagian antara penutup dengan badan tong dengan plaster sellotape {betui ke ejaan aku ye,...?}. (tapi jgn pula plaster ngan simen, jenuh nanti..wakakakka)

Klo pakai plas yang telah digunakan mcm selalu orang buh kuah, ke nasi ke masa jamuan tu aku sangat tak galakkan, sbbnya plus nasi tu penggunaannya untuk panas, so sebaiknya jgn dicampur panas n sejuk, sebaiknya penggunaan plas klo panas, sampai bila² guna untuk panas je, begitulah sebaliknya. Klo beli baru oklah leh je guna, tp pastikan guna untuk sejuk, gunakan plas tu untuk sejuk sampai bila². Faham ke aku membebel ni?????

Dah siap, selamatlah mentravelkan stok² ini. Elakkan dari meletak cooler box ke bahagian bonet kereta, sebaiknya letak di ruang dalam kereta kerana dah tentu naik highway pakai econ kan, so, ianya sedikit sebanyak membantu menyejukkan cooler box itu.

- Stok emas berlianku yang selamat tiba di IPOH..Alhamdulillah semuanya elok² belaka -

- Tengok, ketul² aisnya pun mmg elok je lagi bila dibuka, siap melekat² lagi -

- Syukur, kesemuanya elok dan aku menyusun ke dalam peti dengan hati berbunga riang..heheheh -

Next entry aku update stok aku yang seciput tu k...:-)

SEMOGA REZEKI UNTUK SI KEMBAR SENTIASA ADA..AMIN

Monday, July 2, 2012

KETAKUTAN BUAT AKU KERUGiAN


Nak cete sal breastfeeding pula...Alhamdulillah sekarang Syuhada dan Syahida dah berusia 5 Bulan 8 hari. Dan alhamdulillah masih menyusu secara exclusive. Syukur atas rezeki yang Allah berikan. Syukur juga Allah berikan jalan yang mudah untuk aku merealisasikan penyusuaan susu ibu sepenuhnya kepada si kembar.

Nak cerita satu kisah dimana tajuk dan menceritakan serba sedikit. Ceritanya bila pada mulanya masa mengandung dan aku dah berangan² nak menyusukan baby yang bakal lahir dengan susu ibu secara berterusan. So, mulalah mencari alatan yang bersesuaian. Rata² kat opis ni ada 3 member yang memang anak diorg bf sepenuhnya. 2 orang menggunakan pam manual, manakala seorang marmet (mmg aku tabik spring kak mohaina...terbaik, langsung tak menggunakan pam segala bagai..)

Bila kulihat rupa mak² yang steady mengepam menggunakan manual, aku plk rasa gerun.."boleh ke aku nak mengepam mcm tu...leguh wooo"..kaji punya kaji aku buat keputusan beli spectra3. Sbb ramai yang pakai n semuanya kata mesra alam gitu (ops..mesra ibu)..dan alhamdulillah aku xda masalah menggunakan pam tersebut sehingga ke hari ini.


Tapi ada masalah yang buat aku rasa rugi sampai sekarang. Huwaaaa...korang bayangkan sejak dari bersalinkan twin sampai abis pantang aku just menggunakan single pumping walaupun pam aku aku beli adalah DOUBLE pumping....ngek toi..apa yang aku rasa, dulu aku sangat TAKUT nak pakai double pumping..


Tah mcm mana satu hari aku cuba double pumping..dan hasilnya :-



Rugi sgt dulu aku membuang masa...padahal klo dulu lagi aku buat double pumping mesti stok aku lebih banyak..n banyak...n banyak...

Itu cerita dulu tau, sekarang ni mmg aku sepenuhnya DOUBLE pumping, single pumping klo sebelah lagi wiwin menyusu,....(tapi tetap double pumping lagi kan..)

YA ALLAH YA TUHANKU, KAU PERMURAHKANLAH REZEKI ANAK² KU..AMIN

Wednesday, May 30, 2012

HUBBY WiTH WiWiN


Gambar masa kami melawat wiwin...Masa ni aku balik rumah dulu sbb nak mengurut...sebelum ni kan ke aku orientasi..tapi orentasi ni klo ibu penat leh balik n datang semula. Wad ni just membenarkan ibu bapa jek melawat baby. Dok dalam ni pun para ibu xdiberi uniform ye..sila bawa baju sendiri, klo xcukup baju, jgn segan silu basuh n sidai..sbb ada ruang menyidai disediakan..hahahha..tapi untuk semua baby, uniform disediakan. Comel jek warna pink..line hijau. Klo baby boy jgn nak demand minta warna biru..kena juga pakai warna pink..hahahha...nampak sikit JAMBU kan..kikiki










Huhuhu...entry ni mcm cik hubby menginterframekan dirinya plk..kikiki..malas nak pilih2 gambar..aku upload jek terus..sila jgn muntah ye..gambar aku ngan wiwin mmg da..sanggup aku nak bergambar dalam keadaan gundah gulana memikirkan aku yg berpantang tanpa wiwin...Apapun lepas kami melawat wiwin kat spital hubby antar aku balik Yan dan terus balik Ipoh untuk bekerja...then esoknya pihak hospital call katanya 1st twin dah boleh discaj...masa ni gumbiranya hatiku tau...hubby plk menerima berita dgn perasaan yg sangat cemburu...kikiki...balik semalam, esoknya 1st twin leh balik umah...maunya tak jeles bila aku lebih menambahkan bara cemburu...hahahha

Sebenarnya lepas je sesi bergambar ni baru nurse bgtau tak leh amik gambar...hahahha...elok lah tu...dah selamat berposing pun...kikiki...

HANYA ALLAH JE TAU PERASAANKU BILA MEMBAWA BALIK 1ST TWIN KE RUMAH DAN MENINGGALKAN 2ND TWIN DI HOSPITAL...SGT MENYESAKKAN DADA...AIR MATAKU TUMPAH LAGI...


Tuesday, May 29, 2012

KUNiNG YG TAK BERAPA NAK KUNiNG


Rasanya lama tak hapdat gambar twin...bebudak tu pun 4 bulan sekarang..semakin hari semakin busy. Hariku semakin singkat dirasakan. 24 jam seolah2 xcukup untuk aku..huhuhuhu...apapun klo wiwin dah besar, pastinya aku merindui kebizianku ini..:-)

Entry ni just gambar 1st twin masa dapat keluar dari balang. Masa ni aku kena jalani orientasi di HSAH, Sungai Petani untuk memahami dan mempelajari bagaimana menjaga anak prem. Mmg mencabar. Dengan tidur yang tak cukup..menjaga wiwin lagi. Alhamdulillah kedua2 twin masa ni berada dalam wad yang sama, tapi 2nd twin masih dalam incubator lagi. Thanks doktor yg merawat sbb bagi pelepasan kedua2nya naik wad walaupun seorang masih di dalam incubator. Kisahnya bila tgk aku yg terlalu slim..hahahhaha..kesiankan aku yg pastinya terpaksa turun naik utk menjaga kedua2 twin..teme kasih doktor..

Masa jaga twin secara tiba2 jaundis pula..aku yg cuak juga sbb memikirkan baby yg kena duduk bawah lampu..sob..sob...

 - Jenuh pujuk...Syuhada menangis..mama pun nangis sama ni -



 - Alhamdulillah akhirnya lena juga...-

 - Doktor yang merawat siap minta nurse letak plastik lagi kat cradle baby...kurangkan sejuk sbb baby tak berbaju kan -



- Spec mata tu asik tercabut jek -

Sebenarnya Syuhada just duduk bawah lampu untuk tempoh yg sgt singkat. Dekat maghrib tak silap aku dia duduk, esok pagi dah ok. Sbbnya kuningnya belum tahap yg membimbangkan. Siap doktor yg cek pagi tu cakap xperlu letak bawah lampu pun xpa..mungkin doktor sebelumnya risau sbb jaundis kan bahaya juga..apapun akulah yg paling lega bila twin dah tak kuning...

Apapun aku bersyukur tak menjaga twin masa kat NICU..doktor bagi pilihan untuk aku menjaga twin di wad NICU atau wad atas..Klo NICU jenuhlah aku, sbb aku bukan jenis yang tahan sejuk...ate dah mana ada lemak kan...aku kan slim orangnya....huhuhu. Apa yang aku leh bgtau kat sini..Orientasinya sgtlah meletihnya...nak menangis woooo..bayangkan dengan masih berpantang...dok dalam ekon..ditambah plk menyusukan kedua2 twin...byk masa duduk atas kerusi, byk masa berjaga dari tidur,,,fuhhhh...mmg mencabar...

WALAUPUN ADA PERKARA YG MENGECILKAN ATI AKU TERHADAP PENGURUSAN HOSPITAL...TAPI BG AKU HSAH TETAP YG TERBAIK...JGN KERANA SIKIT YG TAK ELOK, KITA MEMEJAMKAN MATA KEPADA BYK PERKARA YG ELOK...RENUNG2KAN

Tuesday, May 8, 2012

23 JANUARi 2012 - KELAHiRAN KEMBAR YANG DiNANTi - PART 2


Sambungan  entry PART 1...

Masuk dalam bilik² yang dikhaskan untuk men'delivered' baby..Dalam hati aku..Syukur, hajatku untuk bersalin di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, dimakbulkan. Bukan nak demand..tapi secara peribadi aku lebih selesa di sini daripada Hospital Ipoh...Maaf, aku bukan demand k..bukan aku minta hospital swasta pun..gov juga kan...

Antara sebab aku mmg nak sgt deliver kat Sungai Petani ialah..
  • Hospital dekat ngan family aku...susah senang ada family leh tgk..klo kat perak aku ngan hubby jelah..
  • Hospital familiar ngan family aku, sbb kakak aku ngan hubby aku selalu antar kes kat spital ni, kebetulan ipar2 kakak aku keje cni..senang sikit kan..Hahahahaha
  • Suasana yng sgt selesa..hospital baru katakan
  • Aku melahirkan anak prem dan kat sini lebih byk incubatornya..so, xda lah aku terpaksa diterbangkan ke negeri² lain atas masalah tiada incubator kan
Uih...panjang plk entrynya...klo xbuat entry, blog ni mmg sepi..tapi bila dah da entry..panjang berjela r cetenya..kikikiki...

Berbalik pada cete kat labour room...sakitnya kejap2 terasa..sampai 2-3 kalilah aku kena seluk...huhuhu...leh tahan gak sakitnya. Tapi lagi sakit aku menahan kontraksinya. Sambil² aku dok melayan perasaan adalah seorang doktor ni datang bertanya pada seorang jururawat ni..Aku sebenarnya tak pasti jururawat ke hapa sbb diorg dalam labour room ni pakai semuanya sama jek, pastu xda plk nama kat baju masing². Entah JM ke, Staf nurse ke atau Sister ker, aku pun xtau..lebih byk layan sakit jek masa ni kan. Doktor tu tau dia doktor sbb dengar jururawat tu panggil..versi bahasa inggeris yang dia cakap, sempat aku curi dengar. Nak cete balik dalam english versi kang salah ayat plk..tapi maksudnya lebih kurang doktor tu bertanya kat jururawat tu adakah dia patut memegang perut aku semasa 1st twin selamat keluar...Yg aku dgr leh plk jururawat tu cakap xyah...Ish..Ish...Kang yg 2nd twin berpusing camna plk tu...???Sapa mau jawab..??aku gak yg sakit klo kena operate...Dalam hati, aku tekadkan diri..takkan aku plk nak ngajar doktor tu kan..so, aku ada perancangan sendiri..hahahhaha...sempat tu buat perancangan.

Sebenarnya aku sendiri tak tahu jam berapa aku bersalin ketika itu..yelah, mana ada jam kat bilik bersalin tu..selama aku berada dalam labour room tu, 3x aku terasa nak membuang air kecil..dan tiga kali juga jururawat terpaksa memasukkan dan membuang tiub utk aku membuang air kecil..1st time aku rasa, dan mmg rasa serik sgt..sakitnya Allah je yg tau, masa tu pula lah aku sakan nak terkucir..heran juga padahal hari tu xsempat pun aku nak teguk air. manalah datang air bebanyak..:-)

Saat aku terasa mcm sakit yang teramat, barulah doktor memeriksa bukaan yang rupanya dah 8-9 cm, masa tu mmg aku nak meneran sgt...Feel meneran sampai arini aku xkan lupa..time kontraksi datang, semangat r nak meneran, time kontaksi ilang..dendiam jelah kan...Okey...di sinilah Kisah entry sebelum ini terjadi. Masa aku meneran tetiba doktor yang nak menyambut 1st twin muka semacam jek. Tetiba aku dapat rasa yg dia seolah² menekan dengan jari sesuatu disusuli ngan perkataan "eh...eh..."siap menundurkan badan lagi...2x tau doktor tu wat camgitu. Pastu cakap.."eh, apa ni..." Aku masa tu mmg berdebar sgt...Hanya perkataan Allah jek aku mampu sebut, dalam hati berdebar dan mula nak memikirkan perkara yg tidak elok.."ish..???apakan bukan baby..???..Tapi hati ni rasa tenang bila jururawat tu siap cakap "eh, doktor...tu baby r...tu dahi ngan mata dia..mendongak"..Ish, lega aku..cuak je aku ngan doktor ni..1st time sambut baby yg mukanya di atas ke, sbb aku tau kebanyakan baby muka ke bawah masa dilahirkan kan...???

Gambar bahagian muka 1st twin yang lebam anda di leh tgk di SiNi. Sebagai mama, aku dapat rasa kemungkinan lebam itu dari jari jemari tersebut..Tapi itu hanya pendapat aku..aku ada dapatkan kepastian doktor yang merawat tetapi katanya ianya kerana muka baby tersepit disebabkan proses meneran yang lama...Wallahualam...aku pun xnak panjangkan cerita kerana kesan lebam itu hilang selepas 3 minggu..seperti yang diperkatakan oleh doktor...

Lepas dari tu barulah ada lagi 2 orang doktor masuk nak bg semangat kat aku. Tapi syukur, dengan sedikit guntingan, menunggu lepasan dahi, mata, hidung dan seluruh badan 1st twin...1st twin selamat aku lahirkan tepat jam 5.29 PM. Aku masa tu xda pikir apa melainkan lega bila 1st twin dah keluar...so, sibuk2 diorang nak settle 1st twin..aku terus ngan perancangan aku yg aku sebut tadi. Tanpa berlengah, aku terus je meneran untuk 2nd twin tanpa dapat green light dari doktor..tu semua sebab aku takut 2nd twin berpusing...Dan Alhamdulillah, 2nd twin keluar dengan mudah sekali, selang seminit dari 1st twin. Muka 2nd twin menangkup iaitu muka kebawah, so mmg mudah 2nd twin keluar.

Aku hanya dapat lihat anak² ketika mereka menunjukkan jantina..nak memegang jauh sekali kerana anakku perlu pengawasan disebabkan tidak cukup berat dan lahir tidak cukup bulan. Aku melahirkan kembar tanpa hubby di sisi....mungkin perancangan dari Allah..manalah tau, klo hubby di sisi, tgk darah dibuatnya dia pengsan xke lagi haru kan..:-) Syukur aku dapat melahirkan kembar secara normal dan punya tenaga walaupun seharian hanya sebiji apam balik kecil dan sebiji apam beras yang sempat kujamah.

Tiba masa jahit-menjahit..masa ni dah xda rasa sakit sgt..dah berserah, aku pun letih yang teramat, makanan yang diberi pun xterjamah aku..hilang sudah selera makan. dalam kepala hanya rasa nak tgk anak dan rehat. Lepas aktiviti jahit menjahit, ada pula sorg nurse ni leh pula seluk lagi tau..katanya nak buang darah beku..masa die seluk tu Masyaallah sakitnya Allah jek yang tau. Aku pun pelik, kenapa lepas dah jahit baru nak cek ada lagi tak darah beku..???tak terbuka ke benang yang baru berjahit...Hish..mcm² plk step to step diorg ni..Sapalah kita nak bangkang² kan?? 

Lepas je maghrib, masa ni aku terkejut sgt dah maghrib...(dgr azan dari radio)sbb rasa mcm baru jek masuk labour room, aku ditolak ke wad. Yang bestnya masa ni katilku ditolak oleh hubby sendiri sbb staf hospital tak cukup....keluar dari labour room kelihatan mak, abah dan semua adik beradikku...rasa nak menangis bila melihat semua keluarga berkumpul..orang yang paling lama berada di hospital ialah kakakku...start dari pagi sehingga ke malam..setia menanti adiknya ini. Dan dialah orang yang paling teruja dapat anak sedara kembar..dan dia juga mcm tak percaya adiknya yg kurus ni mampu melahirkan anak kembar secara normal...Semuanya perancangan Allah kan...Syukur atas nikmatnya..

Buat mak dan abah....terima kasih atas doa kalian dan segala²nya..
Buat hubby...telah selamat kulahirkan anak² buatmu..semoga hubungan kita kekal ke akhir hayat..semoga anak² kita menjadi anak² yang solehah...nak boy...next preggy klo diizinkan Allah SWT...:-) klo girl juga...ramailah tukang masak dirumah nanti...hehehe
Buat kakakku...terima kasih atas kasih sayangmu....terima kasih atas pengorbananmu, masamu setia menunggu adikmu ini...
Buat adik²ku...kembarku yang kuat menangis, akan terdiam klo korang asik bermain PS dan menjerit...GOLLLLL...hahahha
Buat kawan² yang setia mendoakan aku...jutaan terima kasih..semoga Allah membalas kebaikan kalian

Sekian ceritaku...hehehehe

Inilah 2 orang budak di sebalik cerita di atas...

- Kiri (1st Twin) Nurul Syuhada  ; Kanan (2nd Twin) Nurul Syahida -
ENTRY INI ADALAH DARIPADA PENDAPAT DAN PENGALAMAN AKU SEMATA²...DILARANG SAMA SEKALI MENG'COPY'..

23 JANUARi 2012 - KELAHiRAN KEMBAR YANG DiNANTi - PART 1


Dengan lafaz bismillah aku mulakan entry ni....

Entry ni dibuat selepas 3 bulan kelahiran si kembar. Lebih kurang kronologilah ye...Ianyanya juga entry menjawab entry YANG LEPAS. Ada kan yang nak tau penyebabnya...Setiap yang berlaku ada hikmahnya..aku tak nak salahkan mana² pihak. Sebabnya segalanya telah dirancang oleh Allah SWT, walaupun terkilan, tapi aku bersyukur segalanya berjalan dengan lancar...

Segalanya berlaku ....:-

Aku selamat melahirkan kembar pada usia kandungan 33 minggu 5 hari. Untuk info, aku mmg sentiasa mengalami kontraksi ketika usia kandungan 20 minggu lagi. Kontraksi masa tu tidak disusuli dengan rasa sakit, tetapi hanya rasa perut yang mengeras...sehingga kandungan 28 minggu...rasa mengeras tu kerap sgt...disebabkan takut, aku ke hospital...Masa ni aku bersyukur sgt²..rupanya kontraksi yang aku rasakan sebelum ni adalah amat merbahaya jika dibiarkan. Syukur kembar belum mahu keluar. Kontraksi iaitu perut mengeras, jika tidak dipantau boleh mengakibatkan pintu rahiim terbuka..Uih..Bodohnya aku masa tu...anggap benda tu hanya remeh semata.

Ketika berjumpa doktor, doktor memaklumkan mengandung kembar mmg ada yang sering berasa perut mengeras, tetapi jgn dianggap perkara biasa, lebih² lagi bila masa mengeras kerap terjadi. Apa yang berlaku kepada aku saat mengeras 2:10. Akhirnya aku ditahan di wad dan perlu mengambil ubat untuk menghentikan kontraksi. Saat ini, dok minta aku memujuk baby supaya tidak keluar lagi...oh..rupanya jika kembarku keluar, saat itu tiada incubator yang ada di dalam Hospital...jenuh mencari di semua negeri terhampir..tetapi TIADA sebarang incubator yang kosong...Masa ni aku dah cuak...klo bersalin masa ni dah tentu baby masuk dalam incubator..tapi klo tiada incubator mcm mana pula ye...???klo ada kat negeri yang terhampir pun, jenuh juga...baby akan dihantar ke negeri berkenaan...huh...lagi pening...masa tu jenuhla aku memujuk si kembar, tambah pula berat kembar masa tu hanya lebih kurang 1 kilo seorang.

Stop cete tu....kembali ke kronologi kelahiran kembar

23 Januari 2012
Masa ni aku dah berada di kampung halaman di Kedah. Cuti raya cina katakan. Perancangan malam semalam kami sepakat, hari ni nak ke rumah mertua kakakku untuk melihat adik iparnya yang baru bersalin. Pagi lebih kurang kul 4 pagi hubby ngan adikku bersiap untuk ke laut. Hubby mmg pantang ckit klo balik kampung mesti nak ikut adikku mancing kat laut. Lebih kurang kul 4.30 pagi aku dah rasa mcm sengal² badan. Perut asik nak mengeras...lately mmg perut selalu pun mengeras...so, selagi tidak kerap, aku abaikan jek. Aku tahan juga sampailah hampir kul 10.00 pagi tetiba aku rasa sakit pinggang yg amat sgt..kontaksi pula semakin kerap. Disebabkan dah tak tahan..kakakku ajak ke hospital. Dok menahan sakit tu sempat juga aku makan apam balik yg kecik sebiji. Masa tu baru perasan, aku dah xleh nak duduk dah. Sakitnya menjadi sgt. Sampaikan nak masuk kereta abah yang pimpinkan...tapi masih kuingat, kat tangan aku masa tu, sempat amik kuih apom beras sebiji..hehehe...

10.30 AM
Kami bertolak ke hospital..masa tu dok pot pet pot pet ngan kakak aku..."aku nak bersalin dah ke ha..???, takutnya..." kakak aku seorang jururawat, tapi xda lah plk aku nak suh dia cek, bukaan aku dah buka ke tak kan..hahahah...Sampai kat spital naiklah kerusi roda..mana leh jalan dah masa tu..aku plk rasa mcm mungkin aku ni xbersalin lagi lah kot. sbbnya kan aku selalu rasa kontraksi..so, anggap pasni kena tahan wad n bg makan ubat jelah kan.

11.20 AM ++
Masuk labour room..ada seorg doc lelaki n perempuan..cute toi doc perempuan tu..tgk muka dia yg manis tu, xda lah aku sakit sgt..hahahha..yg doc laki tu xpasan plk aku mukanya..aiseh, camna leh tak pasan kan..hahaha...

Masa tgk aku jelas kelihatan muka doktor perempuan tu cuak sgt. Aku plk yg pelik. Akhirnya 'kecuakkan' doktor tu terjawab  bila dia cakap "Puan, saya tgk cara puan ni jalan mcm sakit sgt..rasanya mcm dah buka byk dah ni..."...aku masa tu sengeh jeklah..(sempat lagi tu nak sengeh)...yolah sbb aku tak rasa plk aku nak bersalin walaupun sakitnya bukan main..masa tu plk tak da sebarang tanda samaada darah ataupun air yang turun.

Sekali doktor tu seluk..aku pula nak melompat bila doktor tu cakap dah buka 5 hingga 6cm...terkejut badak aku masa tu, terus menggigil...doktor tu muka mcm stress sgt..sampai doktor lelaki tu plk cuba tenangkan dia. Aku tau perasaan doktor tu (eceh)..yolah tetiba didatangi patient yang tak pernah buat check-up kat citu...kandungan plk prem 33 week..masalah kembar lagi..tak ke haru kan..

Masalah timbul pula bila buku merah yang aku bawa, tidak mencatatkan secara detail perihal kandungan aku. (aku perasan sbb sebelum ni masa aku check-up kat pakar Ipoh, diorg hanya catit dalam fail diorg jek)...so, kelam kabut jugalah doktor-doktor kat HSAH, Sungai Petani tu. Terpaksa pula diorg interview aku untuk tau tahap kesihatan aku. Untuk info, masa aku ngandung kembar ni, aku disahkan mengalami masalah injap jantung longgar. Tapi tidak dapat diputuskan adakah ianya kekal atau hanya aku alami disebabkan mengandung, sbb sebelum ni xda plk masalah begitu.

Lepas pong pang pong pang interview, aku selamba tanya..
Aku : "Doktor, berat anak saya bape..???saya nak bersalin camna..operate leh???"
Doktor : "Skang anggaran dalam 1.8kg dan 1.6kg, saya bg normal sbb kepala anak 2-2 dah kat bawah dah. Dah leh normal kenapa puan nak operate???
Aku : " Saya takut sorg leh bersalin normal, kang sorg pula berpusing..kena pula operate..2x plk sakit saya dapat...huhuhu..(bila pikir balik..cam bodo jek aku cakap camtu kat doc tu...heheheh)
Doktor : Jangan riso...xda apa2 la...
Aku : Terus terdiam (mudah²an xda apa²..AMIN)

Lepas jek sesi sembang membang tu, aku dibawa ke tempat bersalin, naik kerusi roda. waris dipanggil...so, disebabkan ada kakak aku jek kat luar tu...dialah tukang amik segala baju bajan aku yg dah tukar ke uniform pink..hehehhe..masa tu kakak aku pun jelas muka terkejut sbb aku dah nak bersalin..sempat cakap "good luck" kat aku..ceh..ngat nak jawab peksa ke..hahahha

Nanti sambung lagi...panjang berjela plk cete aku ni.....

ADA ANTARA AYAT YG SKEMA HABIS...LAYANKAN JELAH...

Thursday, May 3, 2012

WAJAH 1ST TWiN MASA LAHiR - BUAT AKU MENANGiS....


Kelam kabut nak update blog harini....susulan dari entry Twin Dalam Incubator. Klo ada yang perasan mata ngan dahi 1st twinku nampak ada kesan lebam kan...so, dalam entry ni gambar jelas 1st twinku...disebabkan masa yg sgt terhad coz, ptg ni nak bawa si kembar ke klinik untuk suntikan imunisasi...aku tempek gambar jek..next entry aku cerita pula kenapa, mengapa dan sehingga kini apa yang terjadi ok...Ada yg nak tau ke..???heheheh

Meh aku share gambar dalam simpanan aku...



Apa kata uolls dengan gambar kat atas nun.....???? Agak menakutkan x..???Apapun entry ini adalah hak peribadi aku...dilarang utk copy tanpa keizinan aku...biar bertempek dalam blog ini jek...hehehhe...gambar2 ni pun bkn ada apa2 maksud..sekadar berkongsi...so, AWAS kepada copycat...huhuhu

MELIHAT SI KECILKU BEGINI PADA PERTAMA KALI BUAT HATIKU SGT SEDIH..AIR MATA TAK TERTAHAN...SGT BESAR DUGAAN BUATKU...


Friday, April 27, 2012

MY BREASTFEEDiNG JOURNEY


Arini genap usia kembarku 96 hari...Alhamdulillah bermakna 96 hari juga kembarku menyusu susu ibu sepenuhnya....Sesuatu yang tidak dapat aku lakukan buat puteri sulungku, Nurul Syahira...(Maafkan mama ye, ceteknya pengetahuan mama saat itu)..atas kesilapan itu, aku kuatkan diri agar kesilapan pertama tidak berulang. 

Ya, akan aku realisasikan apa yang terlepas untuk Syahira, untuk kembarku pula. Semoga aku berjaya menyusukan mereka sepenuhnya selama yang termampu. NIATKU semoga aku berjaya menyusukan Syuhada dan Syahida selama 6 bulan, HARAPANKU selama 1 tahun dan DOAKU semoga berjaya sehingga kembar mencapai usia 2 Tahun...Semoga niatku ini dipermudahkan...Insyaallah...

Terlalu banyak suka duka sepanjang 96 hari ini. Akan aku kongsikan di blog kecilku ini...kerana ianya satu pengalaman yang sangat indah....

- Mereka, hanya akan meikmati susu ibu..no FM..Insyaallah -

- Alhamdulillah -

Gambar kat atas, perahanku semasa di Hospital. Ini perahan kali kedua. Menangis nak memerah sebanyak ini. Perahan pertama semasa di NICU. Sangat stress...susu tak nak keluar. Masa tu mmg menangis tak ingat. Kembar perlu menyusu, rasa down sgt masa tu.

Alhamdulillah aku berjaya juga...tak sanggup klo kembar diberi susu FM. Masa tgk kembar menyusu susu aku melalui tiub khas...menangis lagi aku...hahahha..cengeng toi masa tu....

Lepas ni akan sentiasa ada entry tentang breastfeed. Almaklumlah, tuan punya blog ada anak kecik..yang mana rasa boring leh klik X kat atas ek..heheheh..

MY BREASTFEEDiNG JOURNEY - WiTH ALL MY HEART







Friday, April 20, 2012

TWiN DALAM INCUBATOR...


Sambungan entry lepas....malasnya aku nak update blog skang ni. Macam bercinta rasanya...buka bukan men lagi, last2 tanda X juga aku tekan...kadang2 tak jenguk langsung...alahai mood, entah mana melayang....

Kali ni nak update gambar twin dalam inkubator. Alhamdulillah twin dok dalam balang tu tak sampai sebulan, sbb ada juga antara geng Dianugerahkan Kembar yang twin diorg sampaikan abis pantangpun belum keluar. Syukur, segalanya berjalan lancar.

Untuk info aku di masa depan

  • 1st twin  dalam incubator NICU selama 7 hari...admit wad 10 hari...Total 1st twin berada di Hospital selama 17 hari (terasa sgt lama aku menunggu 17 hari itu)
  • 2nd twin  dalam incubator NICU selama 7 hari...incubator wad 14 hari...Total 1st twin berada di Hospital selama 21 hari  (menunggu 21 hari amat memeritkan)

- 1st twin (Masa yang tercatat salah sbb yang betul 5.29pm)

- 1st Twin - Nurul Syuhada Mohamad Razali -





- 2nd twin -

- 2nd Twin - Nurul Syahida Mohamad Razali -





Kalau ada yang perasan gambar 1st twin nampak mcm lebam dari dahi ke mata. Ada yang terperasan x...???? Mmg masa lahir begitu. Klo tgk betul2 lagi menakutkan. Aku sebagai mamanya menangis tak hingat 1st time tgk....hubby yg bgtau keadaan Syuhada pada aku, masa bersalin tu aku mmg xtau lebam tu ada. Apa cerita sebenar dan gambar yang jelas aku akan buh next entry k....

MINGGU DEPAN DAH NAIK KEJE...ALAHAI CEPATNYA MASA BERLALU...

Wednesday, March 28, 2012

ANUGERAH TERiNDAH BUAT KAMi SEKELUARGA


Seperti yang telah aku bgtau pada entry semalam...Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan kembar perempuan. Entry kali ni pula aku nak tempek gambar seperti yang dijanjikan. Selama aku dalam tempoh berpantang, sememangnya aku terputus hubungan ngan rakan2 blogger...berpantang di kampung yang mmg xda kemudahan internet. Nak nyibuk umah kakakku manalah bleh,dah namanya berpantang kan.

Gambar lebih banyak akan aku upload dalam facebook...biar muntah kwn2ku melihatnya...hhahaha...cian diorang, lama dah minta aku upload, tapi apakan daya...masa tidak mengizinkan. Dengan masalah internet lagi, masalah hset lagi...sampai ke hari ini masih belum membeli hset baru...kikiki..asik kena kutuk ngan adik beradik je,sbb bendalain leh beli, hset murah pun xleh beli..hahahaha.

Berbalik pada tajuk asal....Anugerah Terindah Buat Kami Sekeluarga...Selepas kelahiran Nurul Syahira iaitu puteri sulungku, kami dikurniakan pula anugerah yang tak disangka2. Syukur, aku antara hamba yang dipilih oleh Allah SWT untuk merasa mengandung, melahirkan dan menjaga kembar..Mereka adalah amanah yang telah Kau titipkan kepadaku. Semoga semuanya di bawah LindunganMu Ya Allah...

Dengan rasa Syukur atas kurniaan yang sgt berharga ini, aku perkenalkan ahli keluarga baru kami

Kedua-duanya adalah perempuan, jgn ada yg tersalah faham nampak mcm twin sepasang pula. Blanket je kebetulan warna pink ngan biru..(menggunakan apa yg ada kekdahnya)

 Kanan - 1st Twin (Nurul Syuhada Binti Mohamad Razali)
Kiri - 2ndTwin (Nurul Syahida Binti Mohamad Razali)



 Selepas blanket dibuka...

Ada yang nak cakap twin mcm baby boy x???? huhuhu..bukan apa, dah ada pun yg cakap twin ni mcm boy..Apapun gambar kat atas nun sgt2 berharga buat twin, sbbnya saat itulah pertama kali twin berada bersama, baring bersebelahan. Masa ni juga aku baru amik 2nd twin dari hospital. Saat ni mmg tak dapat aku nak gambarkan. Pertama kali aku dapat menatap dan memegang twin serentak.

Untuk pengetahuan uolls juga, 1st twin 17 hari berkampung di Hospital, 2nd twin pula selama 21 hari. Aku berjaya membawa pulang mereka berdua apabila berat 1st twin 1.8kg manakala 2nd twin 1.7kg. Bercinta nak tunggu berat diorang ni tau. 1st twin lahir 1.77, tapi amik masa untuk cecah 1.8kg disebabkan berat yang menurun (pengecutan). Aku pula lepas bersalin kena admit wad 5 hari, kemudian menjalani orentasi untuk baby prem selama seminggu. Bukan masuk sekolah ngan keje jek ada orentasi tau, nak jaga baby prem pun kena juga, tambahan pula twin tersangatlah kecik.

Okeylah sampai sini jek, penat aku updet pepagi buta nih..Nanti2 aku update lagi, sebelum ni tak cukup tido sbb twin meragam, arini xcukup tdo sbb update blog plk..hehehe..Sebelum tu meh nak tempek gambar aku selepas sehari bersalin...ngeh...ngeh



ENTRY AKAN DATANG AKU TEMPEK GAMBAR TWIN DALAM INCUBATOR PULA K

♥ Jom Tambah Pendapatan Bersama HeartBeat - Just Klik² ♥

Sebelum tu korang klik banner kat bawah ni k...



Tutorial penuh untuk mendaftar HeartBeat korang klik kat bawah ni ok
http://syilasyira.blogspot.com/2011/02/tutorial-heart-beat-jom-tambah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...