Sambungan dari entry SEMALAM... lepas je tau pregnant twin dari klinik kerajaan, aku ngan hubby terjah Hospital Pantai Puteri untuk pengesahan. Ikutkan masa ni hubby xnak pergi lagi. Alasan dia baby kecik lagi, mesti tak nampak apa². Tapi aku paksa² juga, sbb aku nak pastikan klo bukan twin, adakah aku ada masalah lain??? Xnak benda ni tunggu lama². Tak dapat nak gambarkan hari² yang aku lalui, risaunya Allah jek yang tau. Andai twin, syukur alhamdulillah, tapi klo bukan..nauzubillah..minta dijauhkan.
Kami memilih doktor yang sama masa scan untuk kandungan 1st dulu. Doc yang sangat ramah dan yg penting perempuan..hihihi.
Masa jumpa tu aku ngan hubby mmg xda cakap apa pun, masa dok tgk buku merah pun dia just belek² sekali imbas. Mungkin xperasan sal twin tu.
Time nak scan tu hati aku sgt² berdebar. Tak henti² dok ngucap. Masa scan hubby mmg terkejut, sbbnya baby dah terbentuk...ha, tulah aku cakap dah ada bentuk, dia xcaya, mau dia ternganga masa tu. Lebih seronok bila ada gerakan tangan ngan kaki dari twin.
Masa scan tetiba doc terkejut "oh, ada lagi la...mari kita tgk ada berapa di dalam...oh..ada 2, congratulation..twin baby"
Aku masa tu mmg mengucap syukur sgt, hubby pun tersengeh². Syukur, atas segala kurniaan Allah. Alhamdulillah mmg sah kehamilanku kali ni dianugerahkan bukan satu, tapi dua baby...mudah²an anak² mama ni kuat dan semuanya berjalan dengan lancar sehingga ke hari kalian melihat dunia.
Jom tgk hasil scan twin..masa ni jelas dah..aku pun dah faham masa doc terangkan
- Twin A -
- Kepala belah kiri, Ada bayang kaki ngan tangan -
- Twin B -
- Kepala belah kanan, sama ngan twin A, nampak bayang tangan ngan kaki -
Kedudukan twin masa scan aritu kaki bertemu kaki. Dan alhamdulillah berat buat masa ni ok, ukuran kedua² twin pun sama iaitu 3.69cm.
Kebetulan masa scan ni bulan puasa, doc terkejut aku puasa, n patut muka aku sgt² pucat. Berat pula trun sehingga bawah 40kg. Korang bayangkanlah. huhuhu..sbbnya aku mmg xleh makan nasi atau segala benda berat. Buka posa just minum air ngan kurma, sama juga halnya ngan sahur. So, doc xbg aku puasa, sbb takut keselamatan kembar. Katanya mmg kehamilah 1-3 bulan awal dan dalam tempoh 1-2 bulan nak bersalin, tidak digalakkan berpuasa. Kecuali aku leh makan nasi masa sahur. So, kes aku ni, bila doc tanya mcm mana u nak bertahan klo nasi pun xmakan??? xkesian pada baby???dahlah kembar pula tu. Aku jadi serba salah.
Lepas dari tu, hubby pun xbg aku puasa...aku redha klo ini yang terbaik untuk kembar. Tak guna nak paksa diri, tambah lagi bila memikirkan kembar. Tapi aku bersyukur dapat juga aku berpuasa seminggu walaupun keadaan aku masa tu sgt² teruk. Sampailan tak boleh berdiri terlalu lama. Nasib keje aku ni sentiasa duduk je, klo kena berdiri mau aku asik pitam jek.
Pergh..panjang gila ceritaku. Ini sekadar kenangan untukku di masa hadapan. Bukan aku nak menayang, jauh sekali berbangga dengan apa yang aku perolehi, aku sedar semuanya ketentuan Allah. Dan aku sgt² bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang...Segalanya sgt² membahagiakan..Syukur Alhamdulillah....
Doakan kesihatan aku dan twin ini ya...semoga Allah permudahkan perjalananku selepas ini...AMIN.
Terima kasih buat anda yang sentiasa menyokongku...Semoga Allah membalas kebaikan kalian