Assalamualaikum. Jum baca bab 2 pula :)
" Doktor Asif! Pak
cik Amer nak jumpa doktor sekejap..." beritahu seorang jururawat bernama
Tini. Tini yang berpakaian jururawat berwarna putih itu tersenyum manis apabila
pandangannya dan Asif bertemu.
Asif segera bangkit dari kerusinya dan menggeliat perlahan. Lenguh pinggangnya kerana membuat kerja. Biasalah, doktor!
Asif menuju ke arah katil kecil yang menempatkan Pak Amer, dari jauh Asif sudah mempamerkan senyuman. Tangan kiri Pak Amer disalam dan dikucup perlahan. Walaupun Pak Amer hanyalah salah seorang daripada pesakit yang membuat rawatan di Pusat Hemodialisisnya, namun orang tua tetap perlu dihormati. Itulah prinsip Nik Asif bin Nik Iman sejak kecil.
" Kenapa Pak Cik Amer nak jumpa Asif? " tanya Asif sambil membelek-belek mesin hemodialisis yang digunakan oleh Pak Amer. Semuanya betul dan baik. Darah berjalan dengan lancar.
" Pak Cik rindu!" ujar Pak Cik Amer mencetuskan tawa di bibir merah Asif. Asif tersenyum.
" Pak cik, terkejut Asif tau! Ingatkan ada apa-apa yang tak kena,'' ujar Asif. Kerusi yang terletak di tepi dinding diambil dan Asif melabuhkan punggung di sebelah Pak Amer.
" Alahai Asif, jangan layan pak cik Amer tu! Dah buang tabiat macam tu lah,'' sampuk Mak Cik Bariah. Salah seorang pesakit Asif yang mendapatkan rawatan di situ.
" Tak apa mak cik! Sekali sekala bersembang dengan pak cik dan mak cik, rasa tenang sikit...Kalau tak asyik mengadap komputer tu sajalah mak cik,'' adu Asif.
" Tulah, mak cik suruh kahwin tak nak..." rungut Mak Cik Bariah.
" Alah mak cik ni, kat rumah umi dengan abi asyik cakap pasal ni...tak kan kat sini pun nak cakap pasal hal ni? Nak merajuklah macam ni!'' rungut Asif sedikit manja. Berapa banyak ni lah?
" Merajuklah seorang-seorang! Mak cik tak tak kuasa nak memujuk ha...Kalau ada isterikan bagus, boleh pujuk hati kamu tu,'' mak cik Bariah sambung membebel lagi.
" Pak cik Amer, tengok mak cik ni! Tak nak kawan dengan mak cik! Pak cik, kita geng ya," kata Asif sambil tersenyum pada Pak Cik Amer.
" Ha, sesuailah kamu berdua tu! Seorang tu buang tabiat, sorang anak teruna tua! Eloklah sangat!" kata Mak Cik Bariah, amboi cakap mengalah mami tanjung ! Eh, bukan memang mami tanjungkah ?
" Mak cik, sampai hati cakap macam tu kat Asif. Asif ni anak teruna trang tang tang tau mak cik. Masih suci dan gebu!" puji Asif pada diri sendiri sekadar gurauan. Tak mahu ada sedikitpun perasaan riak dalam hatinya dengan kelebihan yang Allah kurniakan.
" Yalah, suci dan gebu tapi makwe tak ada seorang pun!" balas Mak Cik Bariah.
" Mak cik, Asif tengah tunggu jodoh yang Allah bagi. Bila Asif nampak perempuan tu, Asif berdebar-debar dan hati Asif akan berkata, ' Dialah tulang rusukku yang hilang'," Asif membidas lagi. Tak mahu kalah. Dia tahu Mak Cik Bariah hanya bergurau. Selalu sangat isu kahwin ini dibangkitkan di sini sejak dia membuka Pusat Hemodialisis Doktor Asif dan Doktor Eric ini setahun yang lalu.
"Jiwanglah kamu ni Asif!" tegur Pak Amer setelah lama berdiam diri.
" Haruslah! Bukankah Pak Cik Amer yang ajarkan ?"
" Pak Cik Amer ajar kamu cara pikat perempuan, bukan jiwang-jiwang berbagai...Aduh, anak murid derhaka!" kata Pak Cik Amer seraya ketawa.
" Nanti Asif gunalah teknik-teknik yang Pak Cik Amer bagi tu bila Asif dah kahwin! Baru lagi manis, masam, masin dan cukup rasa. Tak halal tak bestlah pak cik! Ayat punya ayat, last-last tak jadi juga...Buat sakit hati saja!" kata Asif membuatkan Mak Cik Bariah dan Pak Cik Amer terdiam.
" Mak cik dengan pak cik teruskan bersembang, Asif nak pergi periksa pesakit lain ya! Nanti kita sambung sembang," Asif membawa diri. Memeriksa pesakitnya satu per satu. Alhamdulillah, semuanya okey.
Pesakit yang mencecah hampir lima puluh orang itu cukup senang dengan layanan yang diberikan oleh Doktor Asif! Sudahlah kacak, sopan santun pula...Hati tua mana yang tidak berkenan?
Ramai pesakit yang cuba untuk menjodohkan Asif untuk anak-anak mereka, tak dapat anak-anak, sepupu sepapat, anak saudara, dan sebagainya turut dijodohkan. Tapi apakan daya, takdir Allah Maha Hebat, tiada seorang pun yang mampu memikat hati suci Nik Asif.
*******
Asif pulang ke rumah umi dan abinya setiap hujung minggu. Tak betah rasanya kalau tidak berjumpa dengan kedua ibu bapanya. Bagai tiada restu dan redha dalam kehidupan sehariannya. Walaupun umurnya sudah mencecah tiga puluh tahun tetapi umi selalu menggelarkannya anak manja abi! Setiap hari mesti wajib call abi! Umi pun kadang-kadang sahaja Asif call, selalunya hanya berkirim salam dan mengirimkan peluk cium melalui abinya.
Sampainya di lorong rumah abi dan umi, dia terlihat dua buah khemah biru didirikan di hadapan rumah bernombor 06...Jiran sebelah rumah buat kenduri rupanya. Kenapa kosong saja. Tiada orang pun.
Asif memarkir keretanya di dalam kawasan rumah banglo berwarna kuning cair itu. Keluar sahaja daripada badan kereta, dia terus mencari umi dan abi.
Asif terlihat kelibat umi dan abi di sebuah pangkin belakang rumahnya. Umi sedang sibuk membelek bunga-bunganya. Abi sedang membaca surat khabar. Dia membelek jam, rupanya jam sudah mencecah 9.30 pagi. Dia bertolak pulang dari Bayan Baru ke Sungai Petani empat puluh lima minit yang lalu. Sempat berhenti bersarapan dulu.
" Assalamualaikum umi, abi!" ucap Asif sebelum menyalami umi dan abinya. Sesudah bersalam, dia duduk di tepi ayahnya.
" Mana si kembar tu abi?" tanya Asif sambil tercari kelibat si adik kembarnya. Alia dan Amani.
" Pergi kelas tambahanlah, kan hujung tahun ni nak SPM," jawab abinya iaitu Encik Nik Iman.
" Dah besar adik Asif ya bi," kata Asif lagi.
" Kamu pun dah tua, kalau dah kahwin mesti anak ramai !" sampuk uminya. Puan Aiza.
" Ala, umi ni tak ada topik lain ke nak berbahas. Umi tahu kan Asif ni juara pertandingan perbahasan tiga tahun berturut-turut tau!" kata Asif. i-Phone di dalam poket diambil dan mula bermain game. Umi sudah mula bab kahwin, baik main game ! Kalau tidak, laju saja mulut Asif menjawab. Sudah namanya juara perbahasan, ada sahaja pointnya. Point, point juga...Sekali kena label anak derhaka, neraka jawabnya.
" Hai, bila umi mula cerita bab kahwin kamu cepat sahaja mengelak! Tak faham umi," Puan Aiza melabuhkan punggung di tepi Asif. Tangan kiri Asif dipegang.
" Asif, umi tahu kamu tunggu jodoh daripada Allah. Namun, bukankah Allah suruh kita berusaha untuk mencapai sesuatu? Umi tak pernah ajar kamu untuk tunggu sahaja apa yang Allah bagi tapi, umi suruh Asif berusaha untuk dapat sesuatu yang Asif hendakkan dan yang lain cuma bertawakal kepada Allah," kata Puan Aiza. Matanya bercahaya.
" Umi, Asif tahu...Tapi umi sabar sikit ya. Kalau ada jodoh tu tak ke mana," kata Asif sambil membalas gengaman uminya. Tiba-tiba rasa sebak menyelubungi dadanya. Dia tahu umi mahukan seorang menantu, namun dia belum jumpa seseorang yang sesuai untuk dijadikan menantu kepada umi.
" Sudah-sudah, pagi-pagi berdrama pula depan abi! Sakit mata abi tengok,'' sampuk Encik Nik Iman yang tadinya hanya membisu. Kata-kata Nik Iman membuat tangan kanan umi mencecah paha abi. Ha, kan sudah kena tamparan berapi. Mesti merah ! Nik Asif ketawa.
' Ya Allah, sungguh aku rindukan mereka! Kekalkan kami sentiasa begini,' getus Nik Asif sambil tersenyum dan memerhatikan kebun bunga uminya.
" Lawanya kebun bunga umi, macam umi juga," sempat puji lagi... Ambil hati umi, tadi babak sedih. Sekarang babak lain pula.
" Tengoklah tu, bila umi cakap pasal kahwin mesti ubah topik. Kebun umi lawalah, masakan umi sedaplah, wajah umi berseri-serilah...Sebelum ni tak pernah puji pun," jawab Puan Aiza.
Tamparan tanpa tangan mengena di wajah Nik Asif. Kantoi dengan umi sendiri. Wajahnya berubah kemerah-merahan.
" Malulah tu..." tegur abi.
" Mana ada! Baiklah umi, Asif nak naik ke bilik ni! Nak solat Dhuha jap," kata Asif sebelum bangkit.
" Abi pun nak solat juga, uminya....Jum!" ajak Encik Nik Asif. Mereka bertiga jalan beriringan masuk ke rumah.
Hampir terlupa pula..
" Umi, Mak Cik Natasha nak buat kenduri ke?" tanya Nik Asif pada uminya.
" Ha'ah, buat kenduri kesyukuran dengan tahlil katanya. Esok kita kena pergi dan Asif wajib pergi juga! Anak daranya dah balik dari Kuala Lumpur !" sempat uminya mempromosi anak dara Puan Natasha.
" In sha Allah umi!" jawab Nik Asif lemah.
' Match-making, again' getus Nik Asif sambil membawa diri ke biliknya yang berada di tingkat atas banglo tersebut.
Wudhuk diambil dan solat sunat Dhuha ditunaikan dengan khusyuk. Datingnya dengan Allah.
Pada sujud terakhir, Asif sujud lama sekali. Hatinya berdoa
perlahan. Hubungan dengan Allah harus dijaga.
“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu,
kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu
kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu,”
“Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah
dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram
sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah
engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Setelah selesai menunaikan solat sunat itu, dia segera turun ke
bawah. Kebetulan ketika itu, adik-adik kembarnya baru sahaja pulang dari kelas
tambahan.
“ Abang!” jerit Amani. Dia berlari ke Asif. Tangan abangnya
dikucup lembut. Begitu juga Alia.
“ Rindunya kat abang!” kata Amani. Dia menarik tangan Asif untuk
mengikutnya. Mereka duduk di sofa yang berwarna maroon. Sofa antik yang berada di ruang tamu itu dijadikan ruang
rehat keluarga dan tetamu. Sebuah televisyen bersaiz 42 inci turut menghiasi
ruang itu. Amani duduk di sebelah kiri abangnya manakala Alia duduk di sebelah
kanan.
“ Abang nampak berseri-serilah hari ni,” tegur Alia.
“ Abang nak kahwin ya! Wah, bila bang?” tanya Amani. Alia dan Amani
terjerit dan bertepuk tangan.
“ Mana ada!” nafi Asif.
“ Ingatkan abang nak kahwin! Muka berseri-seri semacam ja abang
ni!” tegur Amani.
“ Yelah tu! Yang kamu terlebih excited
ni kenapa?” tanya Asif.
“ Mahu tak excited
abang, anak lelaki Dato’ Nik Iman berkahwin!” kata Alia.
“ Aip…Jangan riak!” tegur Asif.
“Astafigrullahalazim…”
kata Alia dan Aman serentak. Amboi mentang-mentanglah kembarkan!
“ Abang, abang percaya dengan cinta pandang pertama?” tanya Amani
tiba-tiba.
“ Hm…Percaya!” kata Asif. Tangan diletakkan di bahu adik-adiknya.
“Ei…Ketiak busuk!” Alia menjerit perlahan. Bergurau. Kata tersebut
mengundang tawa Amani dan Asif. Asif menyuakan ketiaknya pada Alia lebih dekat
lagi. Alia menolak sambil menutup hidung. Busuk sangatlah kononnya tu.
“ Abang! Jawab la elok-elok!” bentak Amani.
“ Tak elok lagi jawapan abang? Abang kata abang percaya…” kata
Asif. Alia direnungnya. Nak mengusik lagi la tu!
“Abang!” bentak Amani lagi. Kali ini tamparan berbisa daripada
Amani hinggap di peha abangnya.
“ Adoi! Sakitlah,” jerit Asif. Sekali keluar suara jantan daaa…
“ Tulah, main-main sangat!” Alia menegur.
“Okeylah-okeylah. Abang
percaya…Kerana perasaan cinta pandang pertama itu datang daripada Allah. Allah
menganugerahkan setiap orang itu dengan rasa cinta. Bila hati abang terdetik,
dialah tulang rusukku maka abang akan berusaha untuk mengambil hatinya.
Menjadikannya halal untuk abang cintai…Bukan cinta berdasarkan nafsu
semata-mata! Faham semua anak-anak muridku?” ceramah Asif.
“ Ustaz jiwang!!!” jerit Alia. Sambil melarikan diri ke dapur.
“ Oh…Ustaz jiwang ya! Meh sini, cium ketiak abang!” Asif mengejar
Alia.
Amani terkebil-kebil. Mana nak cari bang oiii!
No comments:
Post a Comment