Ya Allah, sesungguhnya tetapkan yang terbaik untuk Syaz dan Paah. Lindungi mereka dan berkati hidup mereka di samping orang yg tersayang. Kurniakan mereka jodoh yang baik, kesihatan yg baik dan segalanya yg terbaik . begitu juga untuk diriku. Amin..

Motivasi diri.

Jadilah diri sendiri, jangan jadi seperti mana orang yang lain mahukan!:)

Murah, murah, murah! Tawaran hebat! Sementara stok masih ada. KLIK SAHAJA, MUDAH KAN?

Si Cantik dan Si Kacak kami :)

19 Jan 2013

Rahsia Hati

Selamat membaca kepada semua... Harap suka dengan cerpen yang tak seberapa ini... :)


"Ni Iskandarkan?" sudah sepuluh kali Wida Mardiah menebaknya. Naik lenguh mulutnya bertanya.

"Ni siapa ya?" soal Iskandar kembali pada Wida Mardiah.

Aik! aku tanya, dia tanya aku balik! karang aku bagi backhand baru dia tahu. Monolog Wida Mardiah dalam hati. Geram!

"Ni Widalah. Takkanlah kau tak kenal aku!" Wida Mardiah terus-menerus meyakinkan Iskandar tetapi Iskandar masih dengan raut wajah yang penuh kebingungan. Dia pasti, lelaki di hadapannya kini ialah Iskandar!

"Wida mana ya? Saya tak kenal la. Awak salah orang kut," ujar Iskandar sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Siapa minah ni? Tapi, rupanya macam seiras dengan seseorang. Seseorang yang dia rindu dalam diam.

"Beb, aku Wida Mardiah! takkan kau tak kenal aku," beritahu Wida Mardiah lagi. Kali ini mata Iskandar membulat. Ala mamat ni, buat comel la pulak! kutuk Wida Mardiah dalam hati. Ala, macam lah kau comel!

"Wida Mardiah?! betul ke?!" Iskandar bagai tidak percaya.

"Yelah! ni aku Wida...kawan baik kau!" Wida Mardiah cuba meyakinkannya lagi.

"Yelah, Wida!!! rindu gila aku dengan kau," Iskandar terkejut melihat Wida Mardiah. Sahabatnya dahulu yang dia cari akhirnya bertemu di Stesen Bas Puduraya.

"Eh, jom kita duduk di kerusi sana tu. Sakit pulak buntut aku ni." Wida Mardiah siap melangkah kaki menuju ke kerusi menunggu. Matanya mencuri lihat wajah Iskandar dalam diam. Tiba-tiba...

"Eh, bukan kaki kau ke yang patut sakit? Ini buntut kau pulak. Kau ni memang tak berubahlah!" ujar Iskandar  lantas mengetuk lembut kepala Wida Mardiah sambil tersenyum senang.

Mata Wida Mardiah belum puas mencuri lihat wajah Iskandar. Kau ni ada apa-apa ke Wida? Tak lepas pandang ni...

"Woi, banyak cantik muka kau ketuk kepala aku. Ingat bapa kau ke yang bayar zakat," marah Wida Mardiah. Geram pulak dengan tindakannya. Lantas Wida Mardiah melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Iskandar turut mengikutinya.

"Alololo...kau ni. Nak touching lah pulak. Eh, kau pergi mana selama ni? kau tak rindu aku ke? Aku tahulah, aku ni siapa." Iskandar mula menarik muka masam. Macam cekodok sahaja tengoknya. Sesekali Iskandar ingin juga merasa dipujuk. Tapi, mahukah Wida Mardiah memujuk Iskandar?

"Eh, aku pulak yang kau salahkan? Kau tu yang patut disalahkan. Ikut suka kau aje nak tuduh orang," Wida Mardiah jua menarik muka. Ala, macam lepat pisang pulak.

"Banyak kau kena cerita kat aku. Dari A hingga Z," ujar Iskandar mula membuka bicara. Rindu sekali dia dengan gadis ini. Tinggal kat mana sekarang? Kedah lagi ke? Sudah ada boyfriend ke? Ha, ayat terakhir itu janganlah gadis itu jawab ya. Tak sanggup! Memang dahulu Iskandar berkawan dengan seseorang. Namanya, Alya. Tetapi hubungan mereka putus setelah dia mendapat tahu bahawa Alya tidak menyukainya dan pada masa itu juga Iskandar baru ketahui bahawa hatinya terasa sunyi apabila Wida Mardiah tiada di sisinya. Dia belum tahu itu ialah cinta yang sebenar. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk tidak beritahu Wida Mardiah rahsia hati ini. Biar terbuku dalam hatinya sendiri. Biar dia menanggungnya sendiri.

"Sekejap...sekejap...sebelum itu, better aku tanya kau dulu sebelum aku jawab semua soalan kau." ujar Wida Mardiah menyampuk cakap Iskandar sambil matanya liar melihat pergerakan orang yang lalu-lalang di hadapanku. Ramai pula Wida Mardiah lihat orang hari ini. Selalunya tak macam ni. Ya la kan, hari ini hujung minggu. Mestilah ramai orang.

"Apa dia?"

"Macam mana kau tak boleh kenal aku?" Ha!!! itulah soalan pertama yang muncul dalam kepala otak Wida Mardiah sekarang ini.

Iskandar tidak menjawab soalan Wida Mardiah malah dia mendekatkan wajahnya kepada Wida Mardiah. Tidak tahu kenapa dengan dirinya. Mungkin terkejut melihat perubahan Wida Mardiah. Tambahan pula, hatinya sudah lama terpaut dengan Wida Mardiah. Cuma Wida Mardiah sahaja yang tidak tahu.

Terkejut bukan kepalang Wida Mardiah dengan tindakan Iskandar. Ish, mamat ni. Apahal pulak? Wida Mardiah pantas melarikan wajahnya  daripada Iskandar terus-menerus merenung. Nak mati ke apa mamat ni? Tak pasal-pasal kena tangkap basah di stesen bas. Errr, tak mahu la aku! Monolog Wida Mardiah dalam hati.

"Kau ni apa hal? duk renung-renung aku dari tadi. Kau nak mati erk?" gertak Wida Mardiah dengan geram.

"Kau nak tahu kenapa aku tak kenal kau tadi?" soal Iskandar seakan berteka-teki. Tidak tahu perasaannya saat ini. Bagai tidak boleh digambarkan.

"Kau ni, aku tak suka la nak berteka-teki macam ni. Buat saspens kau tahu tak!" Wida Mardiah mula menarik muka empat belas. Malas betul la aku dengan mamat ni. Gumam Wida Mardiah dalam hati dengan geram.

"Hahaha...aku nak mengusik sikit pun tak boleh. Kau ni sensitif betullah!" tutur Iskandar dengan senyuman meleret. Suka sekali hatinya melihat Wida Mardiah merajuk.

Wida Mardiah yang melihat Iskandar mula rasa tidak kena. Rasa gugup mula mencengkam dalam diri. Tidak tahu kenapa. Iskandar mula mendiamkan diri. Wida Mardiah turut begitu. Kenapa masing-masing mendiamkan diri?

"Hm, tak pelah kalau kau tak nak jawab. Hmmm, aku pergi beli tiket dulu lah. Takut habis pulak nanti," Wida Mardiah mula mengangkat punggungnya untuk berdiri, lantas mencapai beg dan menggalasnya di belakang.

Terasa bagai orang asing pulak. Wida Mardiah yang ingin melangkah tiba-tiba terhenti seketika. Dia mengerutkan dahi sambil matanya tepat memandang anak mata Iskandar. Ya, Allah... perasaan apa ni?

"Kenapa?"

"Hmmm, aku pun nak beli tiket jugak ni," beritahu Iskandar sambil mencapai begnya lalu disandang bahu kiri. Dia turut merasa kekok dengan situasi sekarang. Tegang!

La, ingatkan ada apa. Gumam Wida Mardiah dalam hati. Kenapa? kau ingat dia nak cakap macam ni. Wida! Wida! cantiklah kau. Akalnya mula membicara. Oh! pleaselah dia nak cakap pada kau macam itu.

"Hm, okey." rasa gugup dalam hati masih belum hilang. Wida Mardiah berjalan mendahului Iskandar. Eiii, tak sukalah perasaan macam ni!

***

"Tiket ke Kedah ada tak?" soal Wida Mardiah dan Iskandar serentak. Wida Mardiah menoleh ke arah Iskandar sambil keningnya dikerutkan. Iskandar turut melihat Wida Mardiah. Kemudian, mereka berdua melihat penjual tiket itu seperti orang kebingungan. Tanpa sedar, Wida Mardiah dan Iskandar ketawa terbahak-bahak. Mungkin pelik dengan sikap mereka berdua berdua. Meleret senyuman Wida Mardiah kali ini sambil memerhati Iskandar yang menggelengkan kepalanya. Rasa tenang seketika...kenapa? Arghhh!!! bentak Wida Mardiah lagi.

Iskandar saat itu rasa sangat bahagia dengan keadaan mereka. Manakan tidak, berada di sisi orang yang dia suka dalam diam.

Usai membeli tiket, Wida Mardiah sengaja berjalan lambat untuk memberi laluan kepada Iskandar mendahului langkahnya. Terasa kekok pula berada di sisi iskandar. Tiba-tiba...

"Eh, kenapa jalan lambat sangat ni?" soal Iskandar sambil merenung wajah yang kini terpahat dalam hatinya.

"Tak ada apa." Wida Mardiah hanya melemparkan senyuman. Benar! Wida Mardiah terasa kekok yang teramat.

"Eleh, kau mesti ingat nanti buah hati aku nampak jalan dengan kau kan? Ala, jangan risau la. Dia takkan nampak dan dia takkan sakit hati pun." tutur Iskandar selamba. Sengaja Iskandar ingin mengusik Wida Mardiah. Ingin sekali dia melihat wajah cemburu Wida Mardiah.

Eh, ada ke aku kata kat dia pasal buah hati? Tapi betul ke yang buah hati dia tak sakit hati? tipu la mamat ni. gumam Wida Mardiah sendiri. Tapi betul ke Iskandar ada buah hati sekarang? Siapa wanita bertuah itu. Alya ke? Hai, Wida... dengar seperti nada cemburu saja.

"Mana ada! merepek saja kau ni. Aku naik dulu lah." ujar Wida Mardiah lalu mempercepatkan langkahnya. Semakin banyak mamat ni merepek, semakin sakit hati aku ni. Eh, tapi kenapa aku nak sakit hati? Wida Mardiah hanya membiarkan persoalan tergantung tanpa jawapan.

***

Tidak menyangka, mereka akan bersama berangkat ke Kedah tidak lama lagi. Oh, tidak!!! tidak percaya dengan situasi sekarang ini. Tak suka!!! Mata Wida Mardiah hanya tertumpu memandang orang di hadapannya. Tidak berani memandang Iskandar yang berada di sisi. Kenapa aku rasa lain macam saja dengan Iskandar? Sebelum ini tak pernah jadi macam ni pulak! Adakah disebabkan tidak berjumpa lama, membuatkan aku dan dia berdua diam membisu? Aku tak suka betul la dengan perasaan macam ini! rungut Wida Mardiah dalam hati lagi.

"Errr...boleh aku duduk kat sini?" soal Iskandar sopan.

Mata Wida Mardiah yang khusyuk melihat kesesakan jalan raya, tertoleh seratus lapan puluh darjah apabila mendengar suara lelaki yang menganggui fikirannya saat ini. Soalan Iskandar berlalu sepi tanpa jawapan.

"Boleh aku duduk kat sini?" ulang Iskandar sekali lagi. Tak suka ke aku duduk sini? Tapi kenapa? monolog Iskandar risau.

Takkanlah tak ada tempat kosong lain? Mata Wida Mardiah melihat keadaan sekeliling. Nampaknya, terpaksalah dia beri Iskandar duduk di sebelahnya. "Duduklah," Wida Mardiah memberi kata putus.

"Thanks," ujar Iskandar sambil melemparkan senyuman manis kepada Wida Mardiah.

Tiba-tiba, jantung Wida Mardiah. Dup dap... dup dap... dup dap... Dia pantas memegang dadanya. Kenapa ni? Iskandar tidaklah sekacak mana pun. Kulitnya yang sawo matang. Tapi, anak matanya berwarna coklat cair. Aku suka tengok mata dia. Redup aje bila pandang. Ketinggiannya juga boleh tahan dan dia mempunyai lesung pipit pada kedua-dua belah pipinya. Alahai, macam nak picit-picit aje aku rasa. Wida! kenapa dengan kau ni? Kena sampuk ke? puji melambong nampak.

"Wid..." panggil Iskandar membuat lamunan Wida Mardiah tersentak.

"Hmmm... kenapa?" mata Wida Mardiah lantas memandang wajahnya. Kenapa aku rasa tenang? tadi masa aku jumpa dia boleh pulak aku terlompat-lompatlah, menjeritlah. Tapi, sekarang ni kenapa aku rasa macam akulah perempuan melayu terakhir. Sopan rasanya. Sopan ke?

"Aku nak jawab balik soalan kau tadi," ujar Iskandar tenang. Saat ini, hanya Tuhan yang tahu perasaannya. Bagai memukul drum bertalu-talu.

Wida Mardiah diam membatu tanpa berkutik sedikit pun.

"Aku nampak kau lain," Iskandar mula bicara.

"Maksud kau?" Wida Mardiah masih belum dapat menangkap kata-kata Iskandar. Ekor mata Wida Mardiah melihat Iskandar yang bagai tak cukup nafas.

"Yalah, kau nampak lain. Nampak cantik," ujar Iskandar ikhlas. Cantik sangat-sangat. Hatinya sudah lama terpaut dengan Wida Mardiah. Dia harus mencari masa yang sesuai untuk meluahkan perasaan ini.

Kata-kata Iskandar membuatkan Wida Mardiah melongo sebentar. Cantik? Buta ke apa Iskandar ni? atau dia teringat kekasih hatinya sampai dia anggap aku ni cantik?

"Hehehe... kau ni merepek ajelah," Wida Mardiah cuba menyembunyikan rasa gugup.

"Yalah, betul la apa yang aku cakap. Kau ingat aku main-main ke? Seriously, aku mula macam tak percaya yang kau, Wida. Yalahkan, dulu kau tu comot. Pakai tudung pun ikut redah aje. Sekarang ni kau nampak lain. Makin cantik," puji Iskandar tak henti-henti. Apa yang aku merepek ni? Tergaru-garu Iskandar dibuatnya. Itulah bahananya kalau mulut banyak. Cakap tak berlapik langsung.

Puji ke kutuk ? Kutuk aku la tu. Boleh pulak mamat ni ingat pasal dulu-dulu. Dulu aku memang comot pun. Tapi, apa aku kisah? Tak ganggu hidup orang pun. Asalkan aku happy. Monolog Wida Mardiah dalam hati.

"Kau tak payah la susah-susah nak puji aku. Tak luak pun," Wida Mardiah cuba mengawal debaran hati. Kenapa dengan dadaku ni. Makin kencang aku rasa. Monolognya lagi

"Aku ikhlas la. Buat apa aku nak tipu," ujar Iskandar dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Dia benar-benar ikhlas dengan kata-katanya sebentar tadi.

Mamat ni kalau nak senyum pun, jangan la meleret sangat. Buat aku gerun aje tengoknya. Monolog Wida dalam hati menahan getaran yang tak terkata. Beginikah rasanya jika mencintai seseorang? Wida Mardiah hanya tersenyum tanpa kata. Ikhlas ke?

Wida Mardiah menyeluk tangannya ke dalam beg galas. Mencari cermin yang sudah menjadi temannya di mana-mana sahaja dia pergi. Dia mengeluarkan cermin yang berbentuk love dan melihat wajahnya di cermin. Hmm, cantik jugak aku ni. Puji Wida Mardiah seorang diri. Mula la minah ni nak perasan! pantang puji sikit, kembangnya mengalahkan bunga segar di pagi hari. Wida Mardiah mula membuat posing di hadapan cermin. Pipinya sengaja dikembungkan. Comel la pulak aku hari ni. Mengekek aje Wida Mardiah ketawa.
Kemudian, matanya sengaja dikenyitkan. Haha, lagi la bertambah comel! Ya Allah, tak malunya minah ni. Iskandar yang ada di sisi, tidak Wida Mardiah sedar. Mana tidaknya, sibuk posing sehingga terlupa yang dia berada di dalam bas. Sehinggakan bas ini mula berjalan pun, Wida Mardiah belum masih sedar.

Iskandar yang aneh dengan sikap Wida Mardiah segera menegur."Ehem..." Iskandar berdehem.

Terkejut bukan kepalang Wida Mardiah dibuatnya. Ya la kan, tengah seronok posing sampai terlupa orang di tepi. Hahaha!

"Sudah-sudah la kau nak posing, Wid. Aku rasa kau ni macam tak betul aje." Iskandar menegur sopan. Dia cuba menahan ketawa dalam hati. Tidak sanggup menyakiti hati orang tersayang. Oh! indahnya cinta. Sehinggakan buruk jadinya cantik. Bau kentut pun boleh wangi. Hahaha!!!

Kata-kata Iskandar membuat muka Wida Mardiah merona merah. Matanya memandang keadaan sekeliling. Ya la, orang semua memandang aku. Ada yang tersenyum lebar dan ada juga yang ketawa mengekek. Ish, lawak sangat ke? monolog Wida Mardiah dalam hati sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Malu kut!

Wida Mardiah mendongak sikit kepalanya melihat Iskandar yang menahan ketawa. Nak ketawa, ketawa ajelah! tak payah la nak jaga hati aku sangat! Hamun Wida Mardiah dalam hati dengan perasaan geram menggunung saat ini. Seperti Gunung Everest yang ingin mengeluarkan larvanya.

Iskandar yang sedar Wida Mardiah memandangnya, mula berhenti ketawa. Wida nampak ke? Mesti Wida marahkan aku. Ala, ni yang tak suka ni. Rungut Iskandar dalam hati.

Eceh! nak cover konon. Monolog Wida Mardiah pantas memberi jelingan maut kepada Iskandar. Nah! ambik kau! Tidur lagi bagus. Segera matanya dipejam.

Melihat Wida Mardiah yang memejam mata, hatinya dibalun rasa bersalah. Ingin sekali dia meminta maaf. Arghhh!!! menyesalnya. Rungut Iskandar dalam hati sambil matanya tak lepas pandang wajah Wida Mardiah. Cantik! Adakah Iskandar akan dapat sekeping hati Wida Mardiah?

***

"Wid... bangun Wid. Kita dah sampai ni," Iskandar mengoncang bahu Wida Mardiah perlahan yang tidur enak di bahunya. Tidak sampai hati ingin mengganggu lena Wida Mardiah. Tapi, tidak sanggup dia membiarkan Wida Mardiah seorang diri. Tak pasal-pasal jadi benda yang bukan-bukan. Manusia sekarang bukan manusia macam dahulu. Sekarang ini, manusia lebih kejam! lebih kejam daripada binatang.

Wida Mardiah yang masih dalam keadaan separuh sedar lantas membuka sedikit mata. Terpisat-pisat dibuatnya. Wida Mardiah yang melihat wajah Iskandar, terus menyambung tidurnya kembali.

"Hm, tak boleh jadi ni." ujar Iskandar seorang diri sambil kepalanya sibuk memikir bagaimana ingin mengejutkan Wida Mardiah yang tidur mati ini. Tiba-tiba...

"Wida Mardiah!!! bangunlah...sakit kau tahu tak bahu aku ni." jerit Iskandar di tepi telinga Wida Mardiah. Memang tidak ada cara lain. Hanya ini sahaja cara yang boleh pakai sekarang ini.

Seperti terkena kejutan elektrik Wida Mardiah bangun. Matanya memandang sekeliling. Kosong! cuma ada aku, Iskandar dan driver bas yang memerhati aku. Monolog Wida Mardiah dalam hati.

"Kat mana sekarang?" soal Wida Mardiah sambil menggosok matanya. Terlalu mengantuk gamaknya.

"Kau rasa?" soal Iskandar kembali. Sengaja ingin mengusik Wida Mardiah. Ingin sekali Iskandar mengambil nombor telefon Wida Mardiah. Tak apa. Sabar wahai hati. Iskandar cuba mengawal dirinya.

Wida Mardiah memerhati sekeliling. Eh, macam kenal ja tempat ni. Ni bukan kat Sungai petani ke? Gumam Wida Mardiah dalam hati dan tiba-tiba...

"Yeah!!! dah sampai," ujar Wida Mardiah lantas mengambil beg dan menggalas secepat mungkin. Tidak sabar ingin berjumpa dengan ibu dan abah di rumah.

Iskandar yang berada di sisi Wida Mardiah hanya memerhati. Tidak terkata apa dengan kekalutan Wida Mardiah. Tak ingat ke dia kat aku? Seronok saja nak balik rumah? Wid...jangan kau buat aku macam ni. Monolog Iskandar resah.

Wida Mardiah yang ingin meninggalkan Iskandar, tiga ratus enam puluh darjah dia pusing balik
mengadap Iskandar.

Iskandar saat itu gembira tak terkata. Ingin sekali dia melompat keriangan.

"Thanks, ya beb...Aku gerak dulu. Assalamualaikum." ujar Wida Mardiah dengan gembira dan segera meninggalkan Iskandar. Saat ini, mata Wida Mardiah hanya mencari kakaknya, Amirah Safalina. Tak sabar rasanya ingin berjumpa ibu dan abah. Dia tidak tahu, Iskandar tercengang dengan tingkahnya.

Dari jauh, Iskandar memandang Wida Mardiah. Ingin sekali dia memanggil Wida Mardiah, tetapi jarak mereka sekarang agak jauh. Iskandar menghela nafasnya apabila melihat Wida Mardiah mula masuk ke dalam perut kereta. Tak apa, Wid... aku akan cari kau di rumah. Tunggu aku! monolog Iskandar bagai ingin mendapatkan semula semangat yang diambil Wida Mardiah.


***

Kaki Wida Mardiah menguis-nguis lembut batu-batu kecil di pasir Pantai Cenang ini. Sesekali telinganya kedengaran pukulan ombak yang lembut. Kepalanya mendongak ke langit. Melihat langit pekat tanpa bintang sedikit pun. Mungkin ingin hujan. Desis Wida Mardiah dalam hati.  Dia jalan berpeluk tubuh. Agak sejuk malam ini sehingga terasa ke tulang sum-sum.

Sudah sekian lama Wida Mardiah tidak berjumpa Iskandar sejak peristiwa di Stesen Bas Sungai Petani. Terasa bodoh sekali dia membiarnya begitu sahaja. Sepatutnya dia perlu mengambil nombor telefon bimbit Iskandar. Tapi sekarang, tidak tahu dia di mana. Ingin sekali Wida Mardiah berjumpa dengan Iskandar. Dia lantas menghenyakkan punggung di atas pasir. Sesekali melepaskan keluhan berat.

"Kenapalah, aku bodoh sangat tinggal dia macam tu saja?" soal Wida Mardiah sendiri sambil tangannya mengambil ketulan batu kecil lalu dilemparkan ke dalam laut. Pup! pup! pup! bunyi ketulan batu.

"Bodoh betul la kau ni Wid..." ujar Wida Mardiah terus-menerus menyalahkan dirinya. Matanya meliar memandang air laut yang kehitaman. Ya Allah, ya Tuhanku... bantulah hambamu ini. Doa Wida Mardiah  dalam hati. Wida Mardiah mengambil keputusan untuk kembali berdiri dan pulang ke rumah Mak Su. Tak tertahan rindunya buat Iskandar. Tetapi, sampai bila dia harus begini? Sampai bila rahsia hati ini dapat Wida Mardiah menanggungnya?

Wida Mardiah sekarang berada di Langkawi, ambil keputusan untuk bercuti beberapa hari di sini untuk menghilangkan tekanan sementara cuti masih belum tamat. Selalunya, sebelum sebulan cuti tamat, Wida Mardiah akan pulang ke universiti untuk membuat persediaan awal sebelum masuk semester baru. Sifatnya  lain daripada orang lain. Buat sesuatu kerja pasti hendak semuanya segera! Tidak mahu menangguh sesuatu yang boleh dilakukan. Pelikkan? Sampai sebulan? Hahaha, ikut suka dia lah! Hahaha...

"Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku selalu ingat muka dia? sedangkan aku dengan dia cuma berkawan. Tak mungkin aku suka dia. Impossible!!!!" jerit Wida Mardiah sepuas-puas hatinya di pantai. Tidak semena-mena membiarkan hati aku jatuh cinta terhadap Iskandar. Mengingatinya membuatkan aku gila. Tetapi untuk aku melupakannya, membuatkan aku lagi bertambah nak gila. Ya Allah... monolog Wida Mardiah resah.

"Cik... are you okey?" ujar Asmat yang datang menegur Wida Mardiah. Mana tidaknya, pelik melihat seorang gadis yang menjerit di pantai seorang diri. Takut pula gadis itu membuat aksi terjun ke dalam laut malam-malam sebegini. Tak pasal-pasal esok dengar berita seorang gadis bunuh diri. Arghhh!!! tak mahu dia perkara itu terjadi.

"Kau siapa? jangan ganggu aku. Aku tak ada apa-apa nak bagi kat kau. Kau jangan ganggu aku. Tolong!!! perogol!!! tolong!!!" jerit Wida Mardiah menonong. Saat ini, Wida Mardiah benar-benar ketakutan. Mana tidaknya, malam semakin pekat. Itulah bahananya bagi orang yang degil macam Wida Mardiah yang barani-berani kucing datang ke pantai seorang diri. Matanya meliar melihat keadaan sekitar. Lelaki yang menegurnya itu masih berada dekat di sisi. Tiba-tiba matanya menangkap sebatang kayu.Wida Mardiah lantas mencapai dan memukulnya dengan sekuat hati tanpa belas kasihan sedikit pun.

"Aduh, sakit!!! tolong jangan pukul saya...sakitlah, awak! Arghhh!!!"  Asmat meraung minta dilepaskan. Sakitnya tidak terkata. Inikah balasannya apabila ingin menolong?

"Perogol!!! kau perogol!!!" ujar Wida Mardiah terus-menerus memukul lelaki itu tanpa belas kasihan.

"Awak! saya bukan perogol. Saya cuma nak pastikan awak okey ke tak. Sebab saya dengar awak menjerit macam orang gila kat sini sorang-sorang," ujar Asmat mempertahankan dirinya. Sakit tak kira kulitnya dipukul gadis itu.

Wida Mardiah yang mendengarnya pantas membuang kayu kecil itu. Terasa bersalah pula menuduh orang tanpa bukti.

"Maaf," ujar Wida Mardiah sepatah. Mata Wida Mardiah menilik ke arah lelaki itu yang mengusap-usap lembut tangannya yang dipukul dengan sebatang kayu tadi. Terasa simpati Wida Mardiah dengan lelaki itu.
Tiba-tiba matanya bertembung dengan mata lelaki itu. Ya Allah, kacaknya lelaki ni. Hai, Wida... dalam gelap pun kau boleh nampak kekacakannya. Tak ingat dekat Iskandar ke?

'Tak apa," ujar Asmat sopan. Sesekali mengaduh kesakitan. Barangkali kulitnya terluka. Agaknya sekasar mana Wida Mardiah agaknya?

"Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya ingatkan awak perogol." rayu Wida Mardiah berkali-kali.

"Tak apa. Ya la kan, salah saya jugak tegur awak tak tentu pasal. Memang patut pun awak kata macam tu. Tapi awak jangan ingat saya ni perogol pulak ya. Saya cuma nak tolong." beritahu Asmat sekadar berbahasa.

Wida Mardiah hanya melemparkan senyuman. Tidak tahu nak berkata apa.

"Mari kita pergi ke hujung sana tu. Ramai orang sikit. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah kat sini," seloroh Asmat mengundang ketawa Wida Mardiah.

Alahai, cantiknya gadis misteri ni. Monolog Asmat dalam hati.


***

"Hang pi mana ni, Wida? Mak su cari hang melilau satu rumah. Nasib baik aku tak telefon mak hang. Kalau dak, jenuh riuh mak hang kat Sungai Petani tu."  bebel Mak Su Di pada Wida Mardiah. Risau sekali dia dengan 'kehilangan' anak menakannya itu.

Saat itu, Wida Mardiah memekakkan telinganya. Malas mendengar mak su membebel. Sudahnya tadi, memukul orang sesuka hati. Sekarang ni, kena bebel pulak. Alahai, malangnya nasib malam ni. Rungut Wida Mardiah dalam hati sambil mengenangkan lelaki yang baru dikenalnya itu, Asmat. Nama pun Asmat, mesti la orangnya pun smart.  Hahaha!!! pandai ya kau Wida...

"Sudah la tu, Di oi. Budak tu dah balik pun. Kiranya masalah ini selesai dah la," ujar Pak Su Mat seakan membela Wida Mardiah. Malas sekali dia ingin memanjangkan cerita. Jika dia menghalang, nampaknya terpaksalah mereka makan leteran isterinya malam ini. Aduh! tak sanggup...

Ni yang bertambah sayang dengan pak su ni. desis Wida Mardiah ceria dalam hati. "Yelah, mak su. Betul cakap pak su tu. Wid dah balik kira masalah dah selesai la." ujar Wida Mardiah menyokong kata-kata Pak Su Mat sambil dapat membela dirinya sendiri. Inilah namanya, ambil kesempatan dalam kesempitan. Hahaha...

"Seronoklah kalau ada orang sokong dia. Dah, pi masuk! terjegat apa kat pintu ni?" jerkah Mak Su Di lantang. Bukan dia sengaja ingin marahkan anak menakannya itu. Cuma dia risau. Risau itu tandanya sayang. Dia sayangkan Wida Mardiah! Sudah dianggap anak kakaknya itu sepersis anaknya sendiri.

Terangkat bahu Wida Mardiah dengan jerkahan Mak Su Di. Eii, macam ibu sebijik! sikit-sikit nak menjerit. Kutuk Wida Mardiah dalam hati.

"Ajwad, hang duk buat apa kat luaq tu? Tak reti nak masuk rumah ka ha? Malam-malam macam ni pun masih nak main. Tak reti sabaq nak tunggu besok?" jerit Mak Su Di memanggil anak bongsunya. Hai, ini sorang lagi. Kalau tak dipanggilnya sampai esok dia sanggup main.

Pak Su Mat dan akWida Mardiah dari jauh hanya menggeleng kepala melihat isterinya yang semakin garang itu. Tetapi di sebalik kegarangan itu terselit jua sifat penyayang. Wida Mardiah segera masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk untuk menunaikan fardhu isya' sebelum tidur.

***

"Awak lagi!" ujar Wida Mardiah dan Asmat serentak. Saat itu, orang sekeliling memandang pelik ke arah mereka. Manakan tidak, terjerit di tengah orang ramai.

"Awak buat apa kat sini?" soal Asmat tersenyum. Tak sangka dapat berjumpa dengan Wida Mardiah di sini. Memang kecil dunia ni. Allahuakhbar...

"Saya nak beli coklat kat kedai HIG tu. Lapar coklat pulak rasanya." beritahu Wida Mardiah ramah sambil matanya memandang Asmat yang segak mengenakan t-shirt berkolar itu.

"Oh, saya pun nak pergi HIG jugak. Kawan saya tunggu kat sana. Nak beli coklat. Maklumlah, dekat HIG tu banyak coklatnya. Boleh tapau bawa balik." ujar Asmat ramah. Hai, kenapa aku ramah semacam pulak ni? soal Asmat sendiri dalam hati.

"Oh, jomlah kita pergi sekali." pelawa Wida Mardiah tersenyum sambil melangkah bersama setelah Asmat setuju untuk pergi berjalan bersamanya.


***

"Hai, bro... lama tunggu?" soal Asmat kepada sahabatnya yang benar-benar membuatkan Wida Mardiah terkejut.

"Hai, lama jugak..." kata-kata Iskandar terhenti tatkala matanya melihat seseorang yang benar-benar mencuri hatinya selama ini. Sekian lama dia mencari Wida Mardiah, akhirnya jumpa juga mereka di Langkawi. Sesuatu di luar jangkaan!

Asmat pelik melihat kelakuan Iskandar dan Wida Mardiah. Mereka seperti kenal antara satu sama lain dan  mata mereka bagai menyembunyikan sesuatu. Sesuatu yang amat berat. Mereka seperti ingin meluahkan sesuatu. Tetapi, apa?

"Ehem." Asmat berdehem.

Wida yang mendengar Asmat berdehem lantas tersedar. Iskandar turut tersedar. Wida rasa gugup. Tidak tahu berkata apa. Kelakuan mereka tidak seperti dahulu yang sentiasa ceria. Sentiasa bercakap itu ini. Berkongsi cerita dan sebagainya. Tetapi sekarang ini, mereka bercakap melalui pergerakan mata. Hanya mereka berdua yang memahami.

"Kau kenal Wida ke Is?" soal Asmat.

Iskandar tidak menjawab tetapi memandang wajah Wida Mardiah. Kemudian, dia melihat Asmat sambil menggangguk kepala. "Dia kawan baik aku. Lama dah kami tak jumpa. Sebab tu aku rasa kekok aje." seloroh Iskandar tersenyum. Kau apa khabar Wida? Kau pergi mana selama ini? Soalan itu tidak mampu terkeluar. Hanya terkumpul dalam mulutnya. Dia benar-benar rindukan Wida...

"Oh, dah kenal rupanya. Eh, mari kita cari kedai makan. Boleh la kita bual-bual. Boleh kan, awak?" pelawa Asmat seraya bertanyakan Wida Mardiah. Inginkan kepastian.

Iskandar saat itu dicalit rasa cemburu dengan layanan Asmat terhadap buah hatinya. Sopan semacam sahaja Asmat melayan Wida Mardiah.

Wida Mardiah yang masih tegang dengan keadaan ini lantas setuju sahaja dengan Asmat. Ya, Allah... adakah ini dinamakan cinta dariMu Ya Allah...

Iskandar sengaja menyuruh Asmat dan Wida Mardiah berjalan dahulu. Sengaja meninggalkan mereka berdua bersama. Menanah hatinya apabila mereka gelak ketawa bersama. Tetapi kenapa Wida Mardiah besamanya tidak seceria ini? Arghh!!! sabar wahai hati...

***

"Wid...aku rindukan kau. Kenapa kau buat aku macam ni? Kau buat aku jadi gila. Tadi kita jumpa, kau tak senyum pun kat aku. Aku nak beritahu kau sesuatu rahsia. Rahsia ini aku namakan rahsia hati. Aku sebenarnya... mencintai kau dalam diam. Tapi aku belum mampu. Aku takut kau tak terima." ujar Iskandar seorang diri dalam biliknya. Saat ini, dia merasa resah. Tanpa sedar, kata-katanya didengar Asmat.

Oh, Wida rupanya gadis yang kau cerita tu, Is. Kenapa kau tak luahkan saja perasaan ni? Mesti kau cemburu dengan layanan aku pada Wida tengah hari tadi. Aku minta maaf  Is. Aku tak tahu cerita yang sebenar. Aku sebenarnya... sudah terpaut dengan Wida. Tapi, kau jangan risau. Aku akan tolong kau. Monolog Asmat dalam hati panjang lebar. Dia akan berusaha menyatukan Iskandar dan Wida Mardiah. Asmat segera menutup daun pintu bilik Iskandar.

Iskandar dalam bilik, masih berfikir tentang Wida Mardiah. Hanya nama itu akan terpahat dalam hatinya. Jika Wida Mardiah sukakan Asmat. Dia  terpaksa merelakan. Kerana satu sahaja yang dia inginkan, iaitu kebahagiaan Wida Mardiah.

****

"Hmm, Wida. Saya ada hal sikit. Saya terpaksa tinggalkan awak dengan Iskandar. Lagipun, korang kenal kan?  awak tak kisahkan Wida?" soal Asmat. Kali ini, dia berharap plannya menjadi.

Wida Mardiah yang enak minum jus epal terkejut mendengar kata-kata Asmat. Matanya menilik wajah Asmat yang inginkan jawapan. Matanya beralih pula ke arah Iskandar yang selamba menyedut milo ais.
Sayang pula kalau tidak habiskan makanan ni. Monolog Wida Mardiah.

"Hm, baiklah." Wida Mardiah memberi kata putus. Lagipun, apa la sangat kalau dia bersama Iskandar. Kawan baiknya dan buah hatin yang dia cintai dalam diam.

"Saya minta maaf. Kita jumpa nanti ya." ujar Asmat sopan sambil tersenyum senang. Alhamdulillah, plan menjadi. Dia segera meninggalkan mereka berdua yang diam membisu itu.


***

"Kau ni kenapa diam? Dah tak sabar nak balik? Atau kau nak ikut Asmat?" tuduh Iskandar tidak semena-mena. Iskandar seperti  gagal mengawal perasaan. Mana tidaknya, tadi semasa Asmat ada, Wida Mardiah banyak cakapnya. Tetapi sekarang, mereka kunci mulut rapat. Hanya kedengaran angin sepoi-sepoi bahasa.

Wida Mardiah yang mendengarnya, laju sahaja melihat wajah Iskandar. Cemburu ke? Maaflah, Iskandar. Aku nak sangat bercakap dengan kau tapi mulut aku ni kunci rapat. Monolog Wida Mardiah dalam hati.

Iskandar menahan kegeraman dalam hati apabila Wida Mardiah masih belum berkata apa. Dia tidak boleh melepaskan Wida Mardiah kepada lelaki lain. Tak boleh! Dia harus mengambil sekeping hati Wida Mardiah. Dia harus berusaha! Kalau tidak, putih mata la jawabnya.

"Wid... kau jangan buat tak kenal aku."

Wida Mardiah sengaja mendiamkan diri. Ingin lihat kekalutan Iskandar. Arghh!!! rindunya pada Iskandar. Tapi Iskandar rindukan dia juga ke?

"Wida... tolong jangan buat saya macam ni." rayu Iskandar. Iskandar kalut dengan sikap Wida Mardiah yang mendiamkan diri. Kekalutannya begitu terserlah. Mana tidaknya, Iskandar sudah menggunakan ganti nama, saya.

Wida Mardiah tidak menjawab juga. Dia tetap mendiamkan diri walaupun saat ini dia benar-benar ingin ketawa sepuas-puasnya. Matanya sibuk melihat orang sekeliling yang enak makan. Hahah!!! tidak tahu nak melihat apa saat ini. Nampaknya, Wida Mardiah turut kalut.

"Wid... apa salah saya? kenapa awak buat saya macam ni? Awak tahukan yang saya nak Wida Mardiah yang dulu. Awak, cakaplah. Jangan macam ni. Awak buat saya risau." Iskandar benar-benar sesak kepala. Wida Mardiah masih belum bercakap.

Wida Mardiah yang tidak tahan meilhat kekalutan Iskandar, akhirnya, meledak juga ketawanya.

Wajah Iskandar yang risau itu berubah seperti tertelan bom. Merah! Iskandar terasa dirinya dipermainkan Wida Mardiah saat ini.

"Lawak la, kau ni!" ujar Wida Mardiah setelah dia ketawa puas.

"Awak permainkan saya kan?" soal Iskandar menahan marah. Tetapi, dia senang! Adakah ini masanya.

"Mana ada. Sudah lah. Saya balik dulu." ujar Wida Mardiah seraya berdiri untuk meninggalkan Iskandar.

Iskandar yang kalut melihat Wida Mardiah yang jauh meninggalnya segera ke kaunter dan membayar makanan mereka.

***

"Wid, tunggu saya!" jerit Iskandar sambil berlari-lari anak mendapatkan Wida Mardiah.

Langkah Wida Mardiah terhenti tatkala bahunya disentuh lembut. Iskandar berasa di hadapannya kini.

"Wida..." panggil Iskandar lembut.

Saat ini, hati Wida Mardiah cair dengan panggilan Iskandar. Alahai, lembut saja rasa. Matanya memandang wajah Iskandar yang berdiri tidak jauh darinya.

"Saya dah tak tahan dengan semua ni. Saya dah cuba cari rumah lama awak. Tapi, jiran kata awak pindah. Masa tu, saya rasa give up. Putus asa sangat-sangat! Wid... saya rasa ini la masa yang paling sesuai. Saya rasa..." tergagap pula Iskandar dibuatnya.

Wida Mardiah yang tidak rasa sedap hati lantas menyampuk kata-kata Iskandar. Dia terpaksa meluahkan perasaannya, Dia tidak mahu simpannya lagi. Menyimpannya terasa menyesakkan. Apa pun keputusannya, dia akan menerima dengan redha. Dia tidak mahu mendengar Iskandar berkata sebelum dia meluahkan segalanya yang tersirat!

"Is..." panggil Wida Mardiah lembut. Tidak pernah dia bercakap dengan Iskandar sebelum ini. Inikah yang dinamakan cinta sejati?

"Ya?" Iskandar risau dengan wajah Wida Mardiah yang serius itu. Jantungnya saat ini berdegup kencang.

"Is, Wid minta maaf... Wid tak tahu nak kata apa. Wid dah lama simpan perkara ni. Cuma, Wid tak tahu yang selama ni Wid..." belum sempat Wida Mardiah meluahkan perasaannya Iskandar menyampuk.

"Wid... tolong la dengar apa yang Is nak cakap dulu. Is pun ada perkara nak beritahu Wid..." Wida Mardiah pula menyampuk kata-kata Iskandar.

Siapa dahulu yang ingin bercakap sekarang ni. Tiba-tiba...

"Sebenarnya Wida mencintai Iskandar!!!" jerit Wida Mardiah dengan geram. Akhirnya! ayat keramat yang dia simpan berkurun lamanya terluah jua. Kolam matanya berair. Wida Mardiah takut Iskandar tidak dapat menerimanya. Ya Allah...

Iskandar yang mendengarnya terpaku, terpana! Wida Mardiah mencintai Iskandar? Ya Allah...

"Wida... Saya pun mencintai awak." ujar Iskandar sambil memandang mata Wida Mardiah yang berair itu jatuh menitis dengan laju. Rahsia hatinya kini sudah diluah pada Wida Mardiah. Selama ini, baru dia tahu bahawa Wida Mardiah turut menyimpan perasaan yang sama. Ya Allah...terima kasih...

"Terima kasih, Wida! tapi awak tak ada lelaki lain selain saya kan?" Iskandar merasa gugup kembali. Dia risau jikalau Wida Mardiah terpaut pada sahabatnya, Asmat.

Wida Mardiah mengeleng kepalanya sambil mengesat air mata yang turun tak henti-henti itu. Matanya kembali memandang Iskandar dengan tersenyum. Lapang hatinya sekarang ini.

"Dan awak tak ada perempuan lain kan?" soal Wida Mardiah pula. Terasa kekok menggunakan perkataan saya-awak, tetapi dia harus biasa menggunakan perkataan itu. Bahagia rasanya!

"Tak ada." ujar Iskandar merenung wajah Wida Mardiah sambil tersenyum. Selepas ini, dia akan berbincang dengan ibu bapanya untuk meminang Wida Mardiah. Tidak sabar rasa hatinya!

Tidak sangka, Pulau Langkawi menjadi pertemuan antara kekasih yang memendam perasaan setelah sekian lama terbuku rapat. Akhirnya, rahsia hati antara mereka kini terungkai.

Asmat dari jauh hanya memerhati dua merpati sejoli itu. Semoga Iskandar dan Wida Mardiah akan kekal selamanya. In Shaa Allah... semuanya dengan izin Allah.


P/S : Selamat membaca. Maaf ya kalau ada silap di mana-mana. Saya cuma manusia biasa. :) Harap komen dan terima kasih sebab sudi baca cerpen ini. :)









No comments:

In LOVE