Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Alhamdulillah... sedang bersenang-senang di rumah sambil menonton TV Al-Hijrah...
Baru pulang dari sekolah tadi. Ummi tak 'senereh' terlupa bawa kunci rumah. Terpaksalah abi balik rumah sekejap hantarkan kunci. Kunci rumah ummi elok je tergantung di tempat kunci. Abi pun tak perasan lah tu ummi tak bawak kunci.
Biasanya petang-petang macam ni memang ummi akan terpaku di depan tv menonton rancangan kesukaan ummi di tv Hijrah. Sangat suka menonton drama korea" JEWEL IN THE PALACE". Cerita itu sememangnya sangat memberi semangat dan inspirasi kepada ummi untuk menjadi seorang wanita yang boleh berjaya dalam apa jua pekerjaan dan bidang sekalipun seperti JANG GEUM...Bila dah mula tengok cerita ini ummi tidak akan berganjak ke mana-mana. Channel tv Hijrah tidak ada iklan yang panjang cuma memaparkn sedutan rancangan yang ada di tv hijrah. Jadi memang tidak boleh bergerak ke mana-mana. Drama ini sangat bagus ditonton dan banyak pengajaran yang boleh didapati. Kerana drama ini jugalah ummi jadi teruja untuk sangat rajin memasak. Harapnya sampai bila-bila.
ni lah JANG GEUM
Sebenarnya drama ini di adaptasi dari sejarah atau kisah benar yang berlaku pada zaman Dinasti Joseon di Korea. Ada banyak kisah sejarah berkaitan drama ini. Nak tau bolehlah tengok di http://daejanggeum.blogsome.com/jewel-in-the-palace/
Mengisahkan tentang Janggeum seorang anak yatim piatu terpilih menjadi wanita istana seperti ibunya juga. Hidup di istana sangat menyusahkan dengan peraturan yang ada. Janggeum sangat tabah dan menjadi contoh kepada wanita istana yang lain. Ada juga yang berhasad dengki sehingga akhirnya Janggeum di buang negeri Pulau Jeju. Sepanjang menjadi orang buangan beliau belajar perubatan. Untuk masuk semula ke istana beliau harus menjadi pembantu perubatan dan Jangguem akhirnya berjaya kembali ke istana dengan niat untuk membalas dendam keatas kematian ibunya dan Puan Han. Janggeum masih lagi menjadi mangsa hasad dengki orang-orang di sekelilingnya. Tetapi dengan kebolehan dan kemahiran yang ada Janggeum akhirnya menjadi orang kesayangan Maharaja dan Permaisuri. Janggeum juga dianugerahkan gelaran Janggeum Yang Agung. Akhir cerita Janggeum dapat hidup bersama orang yang dicintainya.
Syabas kepada tv Al Hijrah kerana dapat membawakan drama-drama yang bermanfaat untuk ditonton. Jalan ceritanya sangat bagus kerana tiada unsur-unsur yang perlu ditapis. Ceritanya juga sungguh menenangkan.
Tapi..... drama ini sudah habis pada hari Isnin yang lepas. (Huhuhu. Terasa sangat sedih sekali.) Dan digantikan dengan cerita jepun. Setakat ni cerita dia macam agak bosan sikit. Cuma ummi suka tengok pemandangan-pemandangan yang cantik. Cerita klasik juga.
No comments:
Post a Comment