RSS
"asas ukhwah adalah cinta dan asas cinta adalah keimanan kepada Allah.. itulah yang membuatkan manusia sentiasa tenang dan senang....."
Showing posts with label pengubat hati pengarang jantung ummi abi. Show all posts
Showing posts with label pengubat hati pengarang jantung ummi abi. Show all posts

Monday, January 9, 2012

KERJA DAN TERUS BEKERJA...

DENGAN NAMA ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG


Alhamdulillah... minggu pertama persekolahan telah pun dilalui dengan jayanya. Penatnya rasa banyak sangat kerja nak disiapkan di awal tahun. Hari pertama sekolah bermula dengan pengurusan kelas. Tahun ini mengajar tahun 5. Semua muka-muka yang dikenali. So ummi dah faham perangai diaorang sebab masa tahun lepas ummi mengajar semua kelas tahun 4. Jadi tahun ini walaupun murid bertukar-tukar kelas ummi tetap dah masak dengan perangai diaorang semua. Dari yang banyak cakap, malas datang sekolah, yang rajin-rajin, yang malas buat keje. Semua ummi ingat. Maaflah ye anak-anak cikgu semua.

Sebenarnya pagi-pagi hari pertama lagi dah ada orang dari Pejabat Pendidikan Daerah datang melawat suasana di sekolah. Kelam kabut juga kami masuk ke kelas masing-masing. Guru Besar pun bagi 2 minggu untuk siapkan buku ringkasan mengajar. Rancangan harian dah siap cumanya adalah maklumat-maklumat lain yang tidak diisi. Ramai yang kene "cikgu belum bersedia untuk menjalankan tugas"... tapi alhamdulillah bagus juga orang PPD tu datang sebab kami semua terus siapkan semua keje lepas tu.

Tahun ini dapatlah ummi mengajar satu kelas Tahun 6. Risau juga untuk terjun ke dunia UPSR. Alhamdulillah peratus Sains UPSR pada tahun lepas meningkat dari 85% pada tahun 2010 kepada 95%. Kami gembira dengan peningkatan itu cuma ianya adalah sesuatu angka yang menggerunkan ummi. Apa yang akan berlaku pada tahun ini? Pastinya hanya Allah yang mengetahuinya. Moga Allah berkati hasil usaha kerja keras kami guru-guru tahun 6 pada tahun ini.

Apa pula cerita anak bujang ummi yang seorang tu. Abang Solahuddin masih bersekolah di Taski Sri AlHuda. Kelas 6 tahun tapi dia kata dia tahun 6. Ape-apelah ye abang. InsyaAllah azam si abang pada tahun ini abang nak pandai membaca. Ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk abang ye. Bila balik rumah ada sahaja cerita yang hendak diceritakan pada ummi. Semakin pandai mengurus diri dan rajin menjaga adik-adiknya. Semoga menjadi anak yang soleh ye sayang........

Pada tahun 2012 ini juga nampaknya inteam semakin sibuk. Awal-awal lagi insyaAllah abi dan inteam dah ada perancangan untuk ke Pesta Buku Mesir. Dan ada juga perancangan untuk menunaikan umrah selepas itu. InsyaAllah niat yang baik harus diteruskan. Sebenarnya sebelum ini ada perancangan untuk ke UK. Tapi ditunda agaknya ke tahun hadapan. Jawapannya ummi akan ditinggalkan lama bersama anak-anak tersayang pengubat hati ummi. Pergilah abi sayang. Memang kalau ditanya, mulut akan berkata pergilah. Abi bukan pergi buat perkara tak baik. Abi pergi ke negara dimana jasad Saidina Hassan dan Imam Asy-Syafie dikebumikan. Bumi yang penuh barakah. Bumi yang terkandung padanya khazanah ilmu. Tapi hati tetap menahan sendu. Biasalah fitrah seorang wanita, seorang isteri. Tapi bak kata orang tua-tua Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Orang tua manalah yang cakap macam tu kan abi... Pergilah. Peluang yang baik tidak datang selalu. Bila ia datang rebutlah sebaik mungkin. Bagaimana keadaan di Mesir sana ya? Masih bergolak lagikah bumi Musa dan Harun itu?

Cairo International Book Fair 2012 ; 24 Januari - 6 Februari 2012
http://www.cairobookfair.org/default_en.aspx

Monday, January 2, 2012

KEMBARA KAMI...(Siri 1)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG


Alhamdulillah... 30 Disember 2011 yang lalu genaplah umur Muhammad Mustafa bin Mohd. Syahril 1 tahun.
Teringat saat-saat kelahiran Mustafa, seorang bayi comel seberat 3.9 kg menyebabkan ummi rasa serik sehingga kini. Mustafa dilahirkan secara normal. Masa sakitnya tidak lama tetapi saat nak melahirkan memang sangat sakit. Ditambah kelahiran Mustafa tanpa kehadiran doktor yang sepatutnya menyambutnya. Doktor turun minum sekejap tapi nurse yang tidak dapat mencari doktor. Bila doktor sampai segalanya sudah selesai dan doktor hanya menjahit luka ummi. Segalanya telah ditulis oleh Allah dalam takdir Muhammad Mustafa. Ya Allah. Ampunilah dosa-dosaku. Segala kesakitan itu hilang tatkala melihat dirimu membesar dengan sihat.

Diambang usia 1 tahun, Muhammad Mustafa di serang sakit kulit. Ummi dah mula cemas. Tak tentu arah rasanya. Fobia teringatkan keadaan menjaga adik dan abang yang diserang sakit kulit dua tahun lalu. Mujur ada Abi yang sentiasa tenang dan menenangkan ummi. Mustafa dijangkiti di taska dari seorang baby. Baby tersebut sakit di keseluruhan badannya tetapi Mustafa hanya di tangan kirinya. Sabarlah wahai ummi. Allah beri sedikit sahaja ujian pada ummi. Kenang kembali kisah nabi Ayyub yang diserang penyakit kulit di seluruh badannya bertahun-tahun lamanya. Subhanallaaaah... Kematian anak-anak, kehilangan harta. ditinggalkan oleh isteri-isterinya. Istighfar sebanyak-banyaknya kerana pasti ada salah silap kita pada yang Maha Pencipta.


Perjalanan hidup diteruskan. Kebetulan hari lahir Mustafa jatuh pada hari Jumaat yang penuh barkah, Mustafa di raikan dalam majlis selawat di Masjid UM selepas solat Jumaat. Telah menjadi rutin mingguan inteam dan kumpulan Almawlid. Mereka akan berkumpul dan berselawat bersama-sama jemaah yang sudi untuk berselawat bersama. InsyaaAllah di lain masa ummi akan ceritakan khusus tentang aktiviti mereka.

Pada petang itu juga, kami berlima berangkat ke lapangan terbang Subang untuk menunaikan janji ummi dan abi kepada abang Solahuddin juga sebagai hadiah hari lahir untuk Mustafa (macam faham je Mustafa tu) Kami ke lapangan terbang dengan dihantar oleh En Fairus; PR inteam. Tiba di lapangan terbang sudah pun waktu Magrib. Selesaikan Solat yang wajib; Maghrib dan jama qasar Isya'. Waktu penerbangan kami dengan Firefly pada jam 8.30 malam. Alhamdulillah keadaan tenang di sini. Tak ramai sangat orang kalau nak dibandingkan dengan LCCT. Sebab tulah tidak boleh nak naik Air Asia. Ditambah lagi dengan keaktifan adik Saifudin yang sangat suka berlari ke sana sini. Tidak kisah jatuh beberapa kali. Terima kasih abi. Barulah ummi faham. Memang abi dah fikirkan semuanya. Kalau ikutkan penerbangan Firefly, duit tiket tu boleh dapat tiket pergi dan balik naik Air Asia. Takpelah belanja lebih sedikit untuk keselesaan anak-anak.

Yang sangat teruja naik kapal terbang pastilah abang Solahuddin. Bising je mulut dia bertanyakan bila kapal terbang tu nak bergerak. Lambat pula ye. Ummi takut... huhuhu... Kapal dah mula bergerak tangan ni pun mula pegang kerusi depan kuat-kuat. Abang Solahuddin masih tak sudah-sudah dengan pertanyaannya. Mulut ummi dah kumat kamit berselawat sebanyak-banyaknya diiringi doa. Terasa betul naik Firefly ni disebabkan kapalnya yang agak kecil. Bila terlanggar awan terasa macam naik kereta bila langgar lubang. Bila nak mendarat lagi satu hal. Tak dapatlah nak dibayangkan. Bila dah sampai tu seribu satu kesyukuran dipanjatkan. Alhamdulillah tercapai hajat abang nak naik kapal terbangkan. Seronok ummi tengok anak-anak ummi bahagia. Mesti janji lepas ni belajar rajin-rajin dan mesti dah boleh membaca.

Terlupa nak cerita seorang budak yang aktif di lapangan terbang tadi; rupanya sama dengan ummi. Diam membisu bila dah naik kapal terbang tu...haha tau takut.



Kami mendarat di lapangan terbang Senai, Johor Baharu. Disambut oleh adik tersayang Nuur As- Saleha dan suaminya En Ruzaini. Bermalam di rumah baru mereka di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram.

Oklah. Esok dah mula sekolah. Nak kene siapkan beberapa kerja. Sambungan Kembara Kami.... (Siri 2) nanti...

Thursday, December 15, 2011

UMMI... jangan risau ye. Nanti Abang pandailah membaca!

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar..


Setinggi kesyukuran pada Allah yang Maha Berkuasa... Masih lagi memberi kesempatan untuk ummi menghirup udara untuk bernafas disisi insan-insan yang disayangi. Hari ini duduk seorang di rumah. Jadi ummi gunakan kesempatan yang ada untuk mengisi sedikit ruang di blog ummi.


Alhamdulillah semalam abang, adik dan mustafa duduk berseronok dengan ummi di rumah sepanjang abi pergi bekerja. Bermain sepanjang hari. Malam tidur awal kerana masing-masing kepenatan.


Hari ini pagi-pagi lagi abang dah kata nak pergi main di taska pula. Sepanjang cuti ni kerja abang bermain sahaja. Hati ummi pula yang risau bila abang langsung tak tengok buku dan belajar. Tapi teringat pula kata abi... InsyaAllah biarlah dia dengan dunia keseronokan kanak-kanak. Takpelah...yang penting malam-malam mesti mengaji dengan abi.


Keadaan dan suasana dunia hari ini menuntut untuk kita berfikir agak jauh kedepan. Terutama hal yang berkaitan anak-anak.


Abang dah tadika. InsyaAllah malam-malam biasanya ummi akan buka beg sekolah abang. Kalau ada buku bermakna ada kerja sekolah yang perlu disiapkan. Buku-buku cikgu tak bagi bawa balik kecuali yang ada kerja sekolah. Alhamdulillah abang tekun menyiapkan kerja sekolah. Sesuatu yang ummi ingin sangat tahu.. "abang ni dah pandai membaca ke belum..." Bila ummi tanya apa-apa, abang akan bagi jawapan " tak taulah ummi"... geramnye ummi dibuatkan. Alhamdulillah beberapa minggu sebelum cuti abang pun bawa balik kertas-kertas jawapan peperiksaan dan juga buku rekod. Terkejut ummi. Bila pulaklah abang ni periksa. Ummi pula yang rasa bersalah. Rasa macam tak ambil tahu hal anak pula. Tengok buku rekod; abang dapat nombor 6. Alhamdulillah pandai anak ummi... hanya itu yang mampu ummi ucapkan.


Satu malam sebelum tidur, ummi meluahkan apa yang ummi rasa pada abi. Kebimbangan ummi terhadap anak-anak terutamanya abang. Ummi cerita pada abi, kawan-kawan abang ada juga yang dah pandai membaca. Ummi risau abang tak pandai baca lagi. Apa jawapan abi.. abi pula tanya ummi dulu kecik-kecik ummi pandai membaca umur berapa? Entahlah... rasanya dah masuk sekolah darjah 1 baru nak pandai baca. Ummi tak pergi pun sekolah tadika. Emak yang ajar ummi menulis di rumah. Jadi, abi pun memberi nasihat yang amat menyenangkan hati ummi. Sebenarnya persekitaran kita yang banyak mempengaruhi kita berfikir. Tengok orang tu, kita nak jadi macam orang tu. Tengok orang ni kita nak jadi macam orang ni. Kesimpulannya biarlah kita sentiasa menjadi diri kita. InsyaAllah Allah dah tentukan sesuatu yang lebih baik untuk kita.


Abi bercerita pula tentang anak stafnya di ofis yang sudah sangat lancar membaca surat khabar. Umurnya lebih muda dari abang. Memang sangat teruja mendengarnya. Tapi biarlah abang pandai membaca pada tahapnya. Kata Abi bila dia boleh membaca lebih awal... lebih cepat untuk dia meng'explore' segala benda lain. Takut-takut kita yang tidak mampu mengawalnya. Biarlah dia pandai mengaji dulu. Biarlah dia lebih pandai membaca Al-Quran dahulu dan itu lebih penting. InsyaAllah... ada benarnya kata-kata abi tue.

MUTIARA UNTUK IBU BAPA:

Pada peringkat umur dua hingga lima tahun, ibu bapa seharusnya mengambil peranan menerangkan kepada anak-anak tentang kebenaran dan kesalahan tanpa mengira masa dan keadaan. Usah biarkan sahaja kesalahan yang dilakukan semata-mata menganggap anak itu masih kecil. Pada usia begini juga, Islam menyeru ibu bapa menekankan:

1. Pendidikan iman dan akidah kerana anak-anak sentiasa tertanya-tanya tentang Tuhan dan gambaran kewujudannya.
2. Mengasuh mereka mencintai Al_Quran
3. Mengasuh mereka mencintai Nabi dan para Sahabat.
Rujukan: Buku Begini Sayang- Mohd Hisham Mohd Sharif dan Hasifah Zainuddin
Terbitan: Galeri Ilmu.

InsyaAllah sudi-sudilah berkongsi pandangan dan pendapat selok belok untuk membesarkan anak-anak.
Semoga anak-anak yang disayangi membesar menjadi anak-anak yang soleh solehah... anak-anak yang hebat ilmu dunia dan akhirat mereka.

Tuesday, March 15, 2011

Cerita Adik (1)

Alhamdulillah... adik meniti usia 3tahun pada 12 mac yang lalu. Dah besar anak ummi abi ni. Tak boleh nak dukung2 lagi... kene jalan. Dah besar, dah tak larat abi nak dukung... semoga adik jadi anak yang soleh, anak yang baik, yang sentiasa menyayangi ummi dan abi... adik pandai mengambil hati ummi... ummi saaayang adik..

Tahun nie pecah rekod...dua kek hari jadi adik... satu dari atuk khalid dan wan sarah sebiji lg dari ummi dan abi... kebetulan ada di seremban masa tue... biasalah kat rumah atuk ada macam2 makanan... mmg wan dah sediakan mcm2 utk cucu2 dia... kat rumah atuk zainal dan wan zainab pun sama... wan2 ni juga rajin sangat2 memasak... cakap je nak makan ape...

Kek satu lagi makan di rumah atuk zainal & wan zainab... berebut2 makan dengan akmal & aiman... semua berebut nak ben10 tue...


sedar tak sedar dah 3 tahun umur adik... dah 1tahun juga sejak adik kene sakit kulit... Ya Allah jauhkan anak2 ummi dari penyakit yang memudaratkan mereka... ummi tak sanggup melihat anak2 ummi sakit macam tu lagi...izinkan anak2ku membesar dengan sihat menjadi anak2 yang cergas dan cerdas....




Monday, March 14, 2011

Rindu ummi....


Mmmm... rindunya pada Mustafa...Hari pertama mustafa di taska bersama abang2nye... InsyaAllah ummi nak cuba biasakan mustafa dgn org lain... risau klau2 dh stat mengajar nanti susah plak nak tinggalkan dia... lg pun ada keje2 thn lepas yg ummi kene siapkan sblm kembali ke skolah... insyaAllah, dah dpt siapkan separuh kerja2 ummi... tapi ummi asyik teringat mustafa jer... sllunye dgn ummi time nie dh bgn tdo... tgh main2 dgn ummi... nie mustafa tgh wat pe agaknye... pg2 td sblm gi taska ummi dh pesan pd abang mesti tgk2kan mustafa... alhamdulillah mustafa dkurniakan abg2 yang penyayang & mengambil berat.. ummi mesti yakin dengan Allah... insyaAllah moga Allah pelihara anak2 ummi...

Mustafa tgh batuk sekarang...berjangkit dari abang2lah tue... sian tgk dia batuk... tp kelakar jugak... di penghujung batuk dia mesti macam mengeluh dgn batuk dia... comel jer bunyi dia... seperti biasa abi amik ubat homeopathy dr doc. aisyah... alhamdulillah dh kurang... kahak dia pun sllu kluar sendiri, insyaAllah kesan penggunaan ubat.. Ya Allah moga cepat sembuhkan mustafa...



Friday, March 4, 2011

Permata hati ummi dan abi



Anak-anak adalah amanah Allah... sejauh mana kita benar2 menjaga amanah dari Allah ini...? ummi terjumpa tips yang sangat bermanfaat nie, kita syer sama2 yer...

1. Mulakanlah hidup anak kita dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak kita pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak kita dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak kita berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak kita yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila kita berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah kita mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak kita, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak kita setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak kita bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan kita suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak kita. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak kita tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang akita pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.. Anak-anak kita mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri

Sunday, February 27, 2011

Ummi dah kembali...

Alhamdulillah... seronok rasanya dapat kembali semula ke rumah setelah sebulan setengah berpantang kt rumah mak di melaka... insyaAllah kembali bersedia menguruskan kehidupan rumah tangga dengan tambahan seorg lg pejuang baru... MUHAMMAD MUSTAFA...



Masa ummi taip blog nie, sebelah tangan sedang menghayun buaian... actually dah masuk 2minggu ummi balik gombak. Tapi macam2 problem... netbook nak kene format semula.. modem plak diserang virus.. alhamdulillah semua dh ok... nie tinggal berdua jer kat rumah.. abam & adik ikut abi ke karnival Maher Zain Live in Concert... masa konsert hari tue pun semua pergi... musatafa pun tengok show abi untuk pertama kalinya... tapi x dpt duk lama2 dlm stadium tue... sian kat mustafa, sound dia power sgt...risau plak ada kesan pada telinga nanti...

cerita pasal konsert MZ nie... tahniah buat abi, inteam... dan semua yang terlibat... berbulan lamanya masa yang diambil untuk merealisasikan 1st projek inteam nie... ummi & anak2 terpaksa merelakan semua tugasan abi... keluar pagi2... balik pun dah pagi semula...ada masa tue kadang2 rasa nak merajuk gak, tapi mcm x sampai hati... semoga segala usaha diberkati Allah... walaupun banyak dugaannya... InsyaAllah itu semua menjadi pengalaman berharga dalam meneruskan kerjaya... nampaknya musatafa dah memeberikan isyarat laparnya... stoplah dulu yer..

Saturday, March 20, 2010

KOTAK MAINAN ADIK & ABANG...

Haha... saje nak post ttg citer nie jugak... mlm td lps gi PWTC, kami singgah The Mall kt sblh tue... ummi dh lama nk bli kotak utk permainan2 abg dan adik yg memenuhi ruang rumah nie... Alhamdulillah... mlm td gak adik dan abg kemaskan mainan diaorg dgn penuh bersemangat... lihatlah hasilnya...


abang dan adik posing ats kotak mainan baru... bangga dpt kemas mainan sdiri... x taulah berapa lama dpt bertahan... susah gak nak ajar diaorg btanggung jawab dgn brg2 sendiri...


harta karun abg dan adik... koleksi kereta abg... abg seorg yg sgt obses dgn kereta... skrg nie duk ngumpul kereta hotwheels yg kecik2 tue...

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgatyZnqMJH9QO98Ihdd5R_zA5zGBENLRsY5woPnX5_oEEcJC7Vdy7tljiszc-B-utoB7UtTo8R4fIYtWZeu9pRrUMaOpIJuAcTg4YzoHNBmhZXCjx2vZPr9iYKyzLQtWs7vXlnwF1JmLY/s1600-h/DSC00540.JPG">





sangat bagus dpt guna kotak nie... lebih kemas dan lebih mudah... mmg boleh jd tempat duduk... boleh tampung berat sehingga 100kg... ada banyak corak lain juga... saje pilih yg belang2...

ADIK oh ADIK


Alhamdulillah... setinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya... Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang... adik semakin baik... kulitnya semakin bersih... semakin lega hati ummi... tapi tetap di bawah pemantauan doc... InsyaAllah ptg nie kene gi jumpa doc semula... lgpun ubat adik dh nak habis... ubat ummi pun sama... InsyaAllah semua nie pun berkat doa smua org...terima kasih juga kepada semua...

Pagi td kul4 abi dh bangun... tlg layan adik menggaru...sian pd abi... biarlah abi tido lg... ptg nie nk kene ke PWTC lg... semoga Allah berkati pengorbanan abi...

Thursday, March 18, 2010

ADIK SERASI UBAT BARU...


Lena tidur adik selepas dimandikan dan minum sebotol susu... hari nie adik mandi awal... abi kene pergi rncangan Nasi Lemak Kopi-O pagi nie... jd sebelum pergi abi telah pun menunaikan tanggung jawabnye memandikan adik... ummi x berdaya nk mandikan adik... abang takpe, abang dah pandai mandi sendiri...

Alhamdulillah... nampak gayanya adik semakin serasi dgn ubat baru... Allah izinkan adik utk sembuh... mudah2anlah... semalam jumpa dr... dr pun kata ada improvement... tp mlm2 ummi dan abi tetap berperang dgn gatal dan tangan adik yg sentiasa menggaru walau pun matanya tertutup... menggaru dlm tido boleh=))

Seminggu nie nanti, abi sibuklah dgn pesta buku... ummi mcm x dpt pergi thn nie... dgn keadaan adik spt x mengizinkan utk pergi tempat ramai org mcm tue... hopefully adik semakin cepat sihat... ape2pun nk gi mana2 kene tgu adik btul2 ok... ada gak bawak adik gi main2 kt giant... org akan pandang semacam jer... yelah takut nnti sakit adik berjangkit kt anak mereka... kesian adik, dia x salah ape2 pun... tp sian jugak terkurung dalam rumah jer... kene bawak dia main kt tempat yg kurang org...

Pandangan orgkan... Ada positif ada negatif, ada yg pandang sinis... dan dh ada org yg keluarkan perkataan eiii... bila tgk adik... x perlu lh mcm tue... masing2 ada anak... hari nie anak org... esok lusa tetiba anak kita dpt penyakit pelik2 mcm tue... Syukurlah pd anak2 yg sihat tue... anak2 yg tak sihat nie kita anggap sebagai pemuhasabah diri sendiri...

Wednesday, March 17, 2010

ABANG YG MENCERIAKAN ADIK


Abang solahuddin yg sentiasa dapat menceriakan hari2 adik... juga pengubat hati ummi dan abi... dah besar anak bujang ummi yg sorang nie... dan pandai tolong ummi kemaskan rumah terutama mengemaskan mainan sendiri dan dh pandai pakai baju sendiri... Alhamdulillah... ummi dan abi bgn pagi dgn fikiran yang lebih positif utk menghadapi hari2 yg agak mencabar...

Ummi pergi kelas tambahan mcm biasa 8-10pagi... pukul 10 abi plak gi ofis... adik bjaya dimandikan oleh abi setiap pagi... mandi adalah suatu perkara yg sgt adik takuti... pedih agaknye badan adik bila kena air terutama akibat luka menggaru... tangan ummi seperti makin teruk... susahnya nk menulis kt board... ummi kene genggam tuala dlm tgn bagi menguatkan tangan... balik sekolah ummi rendam tangan dlm air RX water yg dicampur dgn garam... moga dgn izin Allah dpt mengurangkan kesakitan dan mengeluarkan nanah yg ada...

Tuesday, March 16, 2010

KISAH ADIK



Beberapa minggu yg lepas... bgn dr tidur pd waktu pagi ummi tgk kepala adik ada kesan melekit. Pada mulanya ummi ingatkan adik ada makn ape2 sblm tdo dan melekat dikepala... abi membasuh kesan lekitan... sesuatu yg memeranjatkan, kepala adik ada bintik2 merah yg berair... bukannya makanan yg melekat. Pgnya abi bawa adik ke klinik biasa. Doktor kata jangkitan bakteria... kebetulan beberapa org kawan adik di taska juga mendapat penyakit yg sama... adik kemudiannya di bawa ke klinik homeopathy dan diberi ubat. Menurut dr homeopathy kudis tersebut adalah kesan daripada biji kenan @ biji kelenjar 2 biji besar di belakang telinga sblh kiri dan kanan.

Abg juga mendapat jangkitan yg sama spt adik.. kedua beradik ini dibotakkan kepala mereka bg memudahkan pengurusan... Alhamdulillah dengan izin Allah, kedua2nya sembuh. kulit kepala bersih spt sedia kala malah lbh bersih dr sebelumnya...

Namun, selang seminggu, sehari sblm abi berangkat ke UK.. kepala adik dijangkiti semula dengan bintik2 yg berair... merah dan gatal... beberapa jam sblm abi berangkat ke UK kami sempat ke klinik homeopathy semula, doktor bgtau biji kelenjar tersebut perlu dihilangkan supaya sakit adik x berulang... Dr beri ubat utk hilangkan biji kelnjar tue.. dan keluarlah segala kudis yg ada pd badan adik skrg...
Rasanya x tahan melihat kesakitan adik... kalau boleh, biarlah ummi yang menanggung semuanya... kata doktor apa yg keluar pada badan adik adlah kesan daripada penyakit keturunan... Jika dibiarkan sakit adik akan terus berulang sehinggalah adik besar... x sanggup nk dengar... sakit adik ujian buat ummi dan abi... Ujian kesabaran, ujian kasih sayang...

ADIK...







Kudis2 yg ada pd seluruh badan adik... pada bahagian pelipat kaki dan tangan, belakang telinga kiri dan kanan, leher, ketiak kiri dan kanan, bahagian punggung, perut dan belakang badan...

DOKTOR BARU ADIK...

Dicelah2 jari kanan tgn ummi... tumbuh pula bintik2 yang bernanah... doktor kata jangkitan daripada kudis2 di badan adik... takpelah, Allah bagi ummi rasa apa yg adik rasa... tu pun ummi x tahan, agak sukar nk buat kerja2 rumah... harapnya abi memahami... mlm td kami pergi jumpa dr aisyah untuk mndapatkan rawatan utk tgn ummi... ummi lebih senang berurusan dgn dr aisyah, adik dpt rawatan dgn dr fauzy... terpaksalah berterus terang dgn doktor aisyah apa yg telah berlaku sepanjang ketiadaannya... alhamdulillah, dr aisyah akan memantau keadaan adik skrg, kami perlu membawa adik ke klinik setiap lima hari... adik juga dpt ubat baru... termasuklah ubat cuci dan ubat tido... mlm td adik resah gelisah bgn sekali je... alhamdulillah ada improvement... semoga abi cukup rehat...

Hari nie, ummi ada kelas tambahan 8-10 pagi... tak nak hantar adik kt taska... ummi abi buat syif jg adik... abi terpaksalah gi ofis slps kul 10pagi nnti... takpelh semua org perlu berkorban utk tgk adik kembali aktif dan ceria...

Mlm td abi bercerita lg... Para sahabat dahulu mmg mengharapkan mereka sakit... kerana bila mereka sakit, mereka akan semakin hampir dengan Allah... jd Allah bg adik sakit insyaAllah supaya ummi dan abi lebih dekatkan diri pd Allah... ingat tue ummi dan abi ye...

DOA SEORANG UMMI...

Teringat kata2 abi... tau tak kenapa Allah turunkan sakit ni pada adik dan bukannya abg...? sebab adik kuat... Bukannya abg x kuat, tp abg agak manja berbanding adik yg lebih berdikari... semmgnya jika dilihat bdn kecil adik, semua org akan kesian padanya. Tetapi adik akn tetap ceria spt tiada apa pd badannya... cuma kadangkala bila sakit & gatal kulitnya dtg dia akan merayu2 minta diberikan perhatian... luruh jiwa ummi melihat keadaan adik begitu... cara nak hilangkan gatal dan sakit pd kulit adik tue kena ajak dia bermain atau melakukan aktiviti yg boleh melupakannya pd penyakitnya... Masa ummi cuti boleh lah nak hadap adik & abg 24jam... tp bila ummi kerja, adik terpaksa ditinggalkan di taska... x taulah bagaimana acik2 tue menghadapi kerenah adik... tp stiap kali ummi pergi ambil adik di taska, adik mesti tgh menangis @ merengek2...tiada lg gelak tawa adik menyambut kedatangan ummi...

sesungguhnya doa seorg ibu tu sgt dimakbulkan Allah... itulah yg menjadi kekuatan ummi... semoga doa ummi juga menjadi ubat terbaik utk adik segera sembuh...

SAKIT & SIHAT, NIKMAT DR ALLAH

Alhamdulillah... setelah sekian lama, diberi juga kekuatan untuk kembali 'menghidupkan' blog yang dibina... hati kecil begitu kuat untuk meluahkan segala yang terbuku di dalamnya... semuanya gara2 melihat penyakit adik yg lambat sembuhnya... hati juga kuat untuk mencari sendiri maklumat tentang penyakit adik...

Dah hampir 3minggu, ummi&abi bersengkang mata setiap mlm melayan kerenah penyakit kulit adik... waktu siang nampak dia aktif bermain bersama abang, tapi bila mlm menjelang gatal2 kulitnya semakin menjadi2... berat mata memandang, berat lg badan adik yang menanggung segala kesakitan... adik akan garu kulit yang gatal sampai meleleh2 darah...

Kami mencuba perubatan homeopathy... Kesannya lambat, tp apa yg penting bg kami sakit yg adik tanggung akan hilang terus dengan izin Allah... bahagian kulit yang berkudis sangat sensitif... setelah 3 minggu nampak perubahan pada bahagaian yg sakit... kudis nya menjadi kering... dan itulh lg menambah kegatalan... kulit yg kering begitu nipis, jika tergaru sedikit sahaja boleh menyebabkan kudis menjadi berdarah dan berair semula... bila dilarang menggaru akan mengalirlah air mata adik... tak tahan menahan gatal...air mata ummi juga turut mengalir bersama hiba di hati...