Oh meng! Kali ni saya telah ditag dengan sengaja oleh ToyolKiut. Cis Toyol..jangan hengat ko kiut, ko boleh tag Ticer sesuka hati..hoh! Kuikuikui. Dah la kena karang puisi, takde tajuk lak tu. Vavava.. leh pengsan kalau hari-hari kena tag ini macam.. kakaka
Tapi kot mana pun, hadiah yang ditaja oleh
Penulis Senja ni pon cam besh aje. Hehe.. Teringin rasanya nak try. Kot-kot la LUCK saya macam bulan ni berterusan kan. Hehe..

Mula-mula kita kena bagi sebab kenapa kita mau enterrrr ini contest.
Saya join contest ini kerana saya telah disyaki mengskodeng blog ToyolKiut maka bila ditangkap dan didakwa, juri awam tak baper pro telah menjatuhkan hukum kepada saya agar saya mengenterrrrrr pertandingan sajak kaaa, puisi kaaa, cerpeng kaaa.. ikut suka kaaa.. janji jangan ciplak laaa...
Then, teruskan aje ke atas pentas dan sila sampaikan serangkap pantun ke, sajak ke, cerpeng ke.. sila sila..
Ehem..ehemm..(kasi clearrrr tekak)
Mera nam..nehi Baadshah.. but Ticer Syah hee.. so, today I would like to tell you a short poem heee entitled.. Anugerah.. (pergh.. skema siot tajuk...kakakak). Oh, sungguh bermakna okeh puisi ini.. mendalam tak hengat..harap sila sediakan tisu..akkakakak
%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*
ANUGERAH
%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*%*
Mengapakah,
Sekian lama daku memburumu,
Kau masih tiada lagi dalam gapaianku,
Mengapakah ,
Sekian lama daku mencarimu,
Namun kau masih tiada dalam pelukanku,
Mengapakah,
Harus daku menunggumu,
Anugerah yang kurindu-rindu,
Haruskah,
Aku terus menantimu,
Entah sampai bilakah nanti kesabaranku,
Mungkinkah,
Aku harus pergi darimu,
Kerana aku harus sedar dan tahu,
Disini bukan rezekiku...
%*%*%**%*%**%*%*%*%*%*%*%*%*%*
Huwaaaaaaaa... sedih tahap Pak Pung Pak Mustapa tau masa karang sajak ni. Sungguh kena-mengena dan terkena lastik dengan aku.. huwaaaa...butthurt ouch!
Err..sekian, tima kacih.. (sambil lari masuk bilik nangis atas katil teresak-esak)
Eh..nanti dulu.. terlupa nak TAG TIGA ORANG RAKAN.. WAJIB TAU TAG!
1. Nik Mazuin
2. Eeeda
3. Anis
Korang kena join okeh.. sebab hadiah utama RM SERATOSSS RINGGIT TUNAIIIIII!!!!
Ok..boleh sambung nangis.. huhuhuhu