Assalamualaikum..
Kat Malaysia ni kalau tanye I tempat yg best utk pergi, I jawab - Sabah. Selain pulau2 yg mmg cantik lagi elegan mcm Perhentian, Redang dsbnya. I mmg suka laut ye. Tapi sabah mmg seriously recommended. Walaupun dah makan bertahun time pergi dulu. Iolls tetap ingat ape yg best kat sabah. Pulau ade, tanah tinggi ada. Full package la kirenye. Airasia kan selalu buat promotion dulu. Tiket return ke Sabah ni dalam RM54 seorang. Murah kan! Tapi pergi ke Bandung lagi murah - RM27 seorang. Haha. Itu kite cite kat entry lain.
Kitorang booking bilik kat hotel D'borneo if tak silap. Hotel bajet tapi bersih dan selesa. Paling penting dekat dgn attraction kat town KK tu. So jalan kaki je dalam 5 minit nak ke pasar filipina, medan ikan bakar, pasar malam n etc. Fully recommended! Harga pun murah. Masa kitorang pergi tu amik bilik bertiga dalam RM60 je seorang. Kitorang booking utk 3 malam. Tak tau la harga sekarang. Next ke Pulau2 kat KK. MasyaAllah mmg tak pernah ku sangka kat KK ade pulau2 yg cantik! 15 minit je naik boat dari Jesselton Point kat bandar KK! Antara pulaunye Mamutik n Manukan. Ramai gak orang mandi manda. Aktiviti air pun ade disediakan e.g snorkeling, jetski. Tapi pada I mahal la. Kebanyakkan nye tourist dari luar yg joint. Ade satu lagi pulau tapi I dah lupa nama dia. Spend la satu hari kat pulau2 tu. Beli tiket kat Jesselton Point.
The next day kitorang amik driver utk ke Kundasang. Naik 4wd lebih sesuai katenye. Ini lagi satu..mmg cantik! pening pun ye jugak. Naik ke kawasan tanah tinggi kan. Dalam perjalanan tu singgah jap ke jambatan tamparuli yang famous tu. Snap2 gambar jap then sambung perjalanan. Time sampai kat kaki gunung tu cuaca sejuk gils! terus ckp dalam hati, "ini mesia ke obersea ni" hihi. Kabus tebal gils. Tak nampak pun Low's Peak. Dah nk balik tu baru nampak :(
Okay, let the photos do the talking yah!
Gambar atas - membeli belah pearl di Pasar Malam dan souvenir di pasar Filipina. Then bawah tu adalah gambar di Jesselton Point utk ke Pulau2 di KK |
Okay nilah pulau nye. Tak silap ini kat Pulau Manukan. Air dia cantik sgtttt! |
Jambatan Tamparuli dan sayur2 segar. Singgah jap before bertolak ke kundasang. Gambar last sekali tu dah sampai kaki gunung kot. Kabus tebal semacam sejuk gils sebenarnye. |
Kitorang singgah jugak di Pine Resort. Cantik resort ni..tapi mahal jugaklah utk tourist bajet mcm kitorang ni. hihi. Last picture tu la Low's Peak. Puncak Gunung Kinabalu. Dah nk balik baru nmpk! |
Btw, trip ke sabah ni trip 3 tahun lepas! haha. Punye lah lama baru sebok nk tayang. Kuikui. Janji ade kan? Gigih i selongkar folder2 lama tau. Time ni belum kawen lagi. Tunang pun belum kot? Tu yg pergi dgn housemate yg bujang2 time tu lah. Body pun slim sikit kan. Skang ofkos la gebus gebas. Setelah proses menternak lemak semakin giat dijalankan. haha.
So sape rakyat mesia yang tak pernah pergi sabah, sila lah pergi ye. Sabah pun dah mcm oversea. Serious best!:)
Sekian.