Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Keywords yang kelakar : KSSU & RCMP

salam

Untuk pengetahuan, aku baru sahaja meletakkan semula Iklan Nuffnang di Blog ini setelah membuangnya hampir dua bulan yang lalu. Antara sebab aku membuangnya ialah fed-up dengan duit yang tak pernah nak bertambah. Sebab meletakkan semula pula ialah _____ . Hmm nanti-nanti lah aku bagitahu kenapa. Kalau aku rajin aku buat satu entri khas untuknya.

current earnings
So, bila dah seminggu Nuffnang berada di Blog maka aku pun rajin la menge-cek statistik blog aku di situ. Antara info yang ada ialah Keywords! Pada yang tak tahu, keywords ni merupakan kata kunci yang ditaip dicarian Google dan atas sebab keywords itu jugalah blog ini sentiasa ada pengunjung walaupun tiada update terbaru daripada tuan punya belog. Google memang kacak orangnyeee..

Jom cek antara keywords yang tersenarai, untuk hari ini sahaja;



Ok, tak cukup kelakar ke? maaflah. Nak kelakar, pi google kat youtube, cari lah super spontan..hehe

Aku berminat nak ulas tentang 2 keywords terakhir tu iaitu tentang KSSU & RCMP. 


1. KSSU is stands for Karnival Sukan Siswa Universiti Kuala Lumpur. Aku rasa aku tak pernah update pape lagi tentang KSSU untuk tahun 2012 ni. Jadi maaf ea kalau ada yang terklik ke blog ni tapi tak jumpa pape tentang KSSU 2012. Tapi sebab aku ni baik hati kan.. nah, ni ada link untuk tahu lebih lanjut tentang KSSU 2012 yang akan berlangsung di UniKL-MSI, Kulim Kedah pada 24-28 Jun 2012 ini. Jangan lupa cekidaud!

2. RCMP is stands for Royal College of Medicine Perak atau dalam bahasa melayunya adalah Kolej Perubatan Diraja Perak. Yep, hari ni memang ada interview untuk intake baru student MBBS Unikl-RCMP. Aku sendiri pun baru tahu selepas ada kawan bertanya tentang RCMP, dan rupanya adik dia dapat panggilan interview daripada RCMP. Tak banyak yang aku dapat tolong sebab aku sendiri kurang arif tentang sistem akademik RCMP yang baru and tak amek port sangat hal-hal ni. Yang aku tahu pergi kelas, pergi hospital and balik rumah..hehe. Sorry ye kawan =( 
  • Untuk tips interview, just be confident. Antara soalan yang aku ingat masa kena interview dulu ialah, "kenapa awak nak jadi DOKTOR??" Yang penting jangan jawab sebab nak tolong orang, sebab tukang interview tu mesti dah bosan punya asyik dengar jawapan yang sama jek. Lain-lain, dia just akan borak2 je dengan uolls and aku rasa mostly semua yang dapat interview akan lepas punya. insyaAllah!
  • So far, dah hampir 5tahun aku kat sini; Pendapat aku tentang RCMP ialah good! 
  • Kolej RCMP ni cantik walaupun kecil, hospital dekat sangat-sangat dengan kolej, student pun takdelah ramai mane, lecturer baik-baik belaka, pinjaman MARA ada disediakan, Yuran pengajian pun mampu bayar la cuma awal-awal tu memang sakit sikit nak bayar and sewa rumah berhampiran kolej okla walaupun ianya agak mahal. Ipoh best, tak busy sangat, tak kampung sangat. Just nice (^__^)~
p/s : Pada hari Sabtu ni ada HARI TERBUKA UniKL-RCMP. Mai lah datang ramai-ramai. Ada Sham Kamikaze kalau tak silap..tehee =)

Tuesday, May 1, 2012

Akhirnya aku berjaya menawan separuh Bukit Kledang!

Salam. Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja di Malaysia. 

Baiklah. Tajuk sahaja sudah gempak semacam kan. 

Harap-harapnya isi pun gempak sekali lah ye Belle..

InsyaAllah. Tapi aku tak berhajat untuk menaip panjang hari ni. Al-maklumlah, malam dah larut, proposal pun belum habis ku edit ni. (Proposal apa, nanti-nanti lah aku ceghita ye). Esok perlu bangun awal, bukan sebab nak pergi ke kursus pengurusan Jenazah anjuran Kolej RCMP tapi sebab aku ada plan baik punya.

Eh dah panjang aku merapu ni. Nak dipendekkan cerita, pada hujung minggu yang lalu, aku dan sekumpulan teman wanita ku (Husna, Hidayah & Na'emah) telah pun pergi mendaki sebuah bukit di Ipoh,  Perak. Nama bukit itu adalah.. (sila refresh memori korang time baca title post ni ye..haha)

Yep. Bukit Kledang nama diberi. Pada mulanya, bila diorang ajak aku pergi daki bukit, aku rasa cam malas je nak join. Ye lah, lama kot tak ber-exercise nih, badan pun tak fit macam dulu. (er.. pernah fit ke?) Lain la kalau ajak main Volley ball or futsal ke, memey laju la teman join..haha. Tapi disebabkan desakan & rayuan yang menggila, aku pun join..hehe. Tipu je la, mane ade diorg rayu2 aku suh pegi =P

Thanks korang!

Then, kami pun daki la, dalam kul 7.30pg. Daki punya daki, dah hampir sampai ke puncak kot..tiba-tiba ada masalah teknikal yang menyebabkan pendakian kami setakat separuh bukit itu sahaja. (Sebab tu ler post ni lain macam je tajuk die..hehe) Masalah teknikal tu ialah.. mengalami kepenatan yang teramat sangat hampir tercabut tulang rusuk, rahang, tangan, kaki, kepala dan semuanya lah. ok over tu Belle. ye iye lah, baru pertama kali mendaki. Jadi jangan salahkan kami ye wahai bukit kerna tidak berjaya menawan engkau =P Next time kot.

Untuk catatan peribadi aku sendiri, ini pengalaman kali kedua lah selepas Bukit Larut di Taiping Perak. Tapi itu cerita lama, setahun yang lalu daa. So memang logik la kalau aku sendiri tak larat nak pi daki sampai ke puncak tu kan? bak kata aku tadi, diri ini sudah tidak fit..haha. Lepas ni, sebelum nak daki mana2 bukit aku kena menari poco2 hari-hari dulu & pakai kasut baru beli 50hengget kat Jom Heboh hari tu (er perlu ke mensi di sini? euw).

macam tak percaya berjaya naik tangga ni

kesimpulannya, pengalaman mendaki bukit Kledang amatlah mengagumkan hati saya. walaupun saya berasa penat tapi saya puas. (ayat macam minta pelem**** free je kan)

As for now, that's it. You all should try it k. Let's play a healthy lifestyle! -sekian sahaja pesanan penaja untuk kali ini.

Nah gambar khas untuk tatapan kalian..wee


SUBHANALLAH~

take care & wassalam.

p/s : Time nak daki, terserempak dengan orang Cina. Time nak turun, terserempak dengan orang Melayu. Fikir-fikirkanlah & selamat beramal. peace yo~

(semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada apa yang aku kongsikan pada kali ini)


Friday, April 6, 2012

Sports Carnival UniKL-RCMP

Mengumumkan ....

jeng jeng jeng

(khas untuk pelajar UniKL-RCMP sahaja)



Jomlah bersukan
sekali-sekala tunjukkan bakat yang terpendam tu
apa salahnya kan
ayuh, daftar sekarang!

Thursday, June 30, 2011

Entri sekilas lalu dan pandang

  • selamat menyambut Hari Israk Mikraj. Semoga kita boleh berubah menjadi orang yang lebih baik
  • tadi pagi, aku mendengar ceramah di YouTube. Tertarik untuk menonton sempena Hari Israk Mikraj. Tambah pula ianya dikongsi oleh tweet seorang teman
  • "Jangan kita suka cerita hal orang. Walaupun benda tu betul, tapi jika orang tu tak suka, kita dah dikira mengumpat. Sia-sia je, kita dapat dosa, orang tu dapat pahala."

  • Sedang aku sroll down Home wall di FB ku, aku terpandang mutiara kata yang best.
  • Jika mahu mendapatkan yg soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, ttpi berusahalah menJADI yg solehah. Jika inginkan yang solehah, jgnlah cerewet menCARI yg solehah, ttpi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yg solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yg soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sbhgn drpd proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
  • Best kan Bro?? hehe. A credit given to Cikgu Fadzli Yassin

  • Kelas hari ni tak sampai satu jam pun. Sekejap sangat. Tapi banyak benda baru yang aku belajar. Osteoporosis!
  • antaranya, "sila amalkan peminuman susu dari sekarang, terutamanya jika anda perempuan dan berumur 25 tahun ke atas bagi mengelak tulang anda reput dengan pantas..hehe"

  • aku dapat tahu, ada teman sekuliah ku dah pun bertunang tapi tak tahu la siapa. Lagi pun, baru bertunang, tak elok kecoh2, kalau kahwin baru boleh kecoh. Hmm.. walau siapa pun anda, tahniah khas dari ku. Semoga bahagia selalu =)

  • Tahniah buat team Malaysia kerana berjaya mengalahkan Taiwan 2-1 dalam perlawanan kelayakan Olimpik. {aku memang baru tahu yang sekarang ni tgh demam bola..huhu} Aku sempat tengok tadi kat TV1. Malaysia memang dah makin hebat bermain. Tahniah tahniah!

  • Sangat suka lagu baru Alyah! KISAH HATI

Monday, June 27, 2011

KSSU UniKL MIAT I Part 2

post ini adalah sambungan daripada post ini 


"huargggh..ngantuknyee." penat malam semalam masih terasa. Bayangkanlah, jam 3 pagi Hari isnin baru bas catar yang dinaiki kami sampai di Ipoh, Perak. Fuh. Nasib baik lah kelas ku hari esoknya start petang. Kalau tak..hmmm. selamat jalan romeo la wahai kelas..hee

Untuk post Part 2 kali ni, aku akan cerita kan scene-scene yang kelakar yang berlaku sepanjang aku berkampung selama seminggu di UniKL MIAT. Aku cuba yang terbaik untuk sampaikan dengan gaya penulisan yang paling lawak macam SEPAH k? Tapi kalau tak lawak, dijemput tekan terus butang X kat tepi kanan korang tu ye =P

Scene 1 :
waktu tu, aku sedang asyik mencuci muka di tandas. Tiba-tiba, seseorang menegur ku. Oh dia merupakan atlit Bola Tampar dari UniKL MIMET. Kampus dari Perak sama macam RCMP. MIMET dan RCMP memang kamcing. Dah la dua2 dapat no-3 dlm group. Dalam toilet pun bertegur sapa tau..hee. Dia menegur ku, "Bila balik Ipoh?" Aku jawab, "oh hari Ahad." Dia bertanya lagi.. "Kat RCMP takde matahari ke?" Aku terdiam. Tak tahu nak reply apa. Lantas aku pun jawab sambil tersengih, "Eh ada je la. Maybe matahari kat RCMP tak sebahang kat MIMET kot..hehe."

Info : Kampus MIMET terletak di Lumut, Perak. Diorang ambil kos perkapalan. so faham-faham sendiri lah ye =)

Scene 2 :
masa tu aku tengah betul-betul kan tudung kat cermin tingkap yang tinted. Biasalah, perempuan kalau dah jumpa cermin. Aku memang yakin takde orang di sebalik cermin tu. Tapi bila dua kali aku pandang kat cermin tu, rupanya ramai gile student MIAT yang tengah kelas waktu tu tengah pandang aku eh. Alamak, macam mana aku boleh tak perasan ni? Malunyeee! Aku apa lagi, cepat2 ar blah. Sempat gak aku senyum kat diorang walaupun aku dengar diorang dah bersorak booo kat aku eh..adeh Belle Belle (^_^'')Y


Scene 3 :
aku dan budak2 team volley ball aku ade la terminat sorang mamat ni. Biasa lah, perempuan kan. Pantang kemain tengok lelaki yang teror bersukan. Kami ada jugak usha-usha. Tapi berani usha dari jauh je la. Fuh, kalau tengok time dia spike, memang cair ah..hehe. Nak dipendekkan cerita, tak sangka ni, saat-saat terakhir nak balik Ipoh, kami sempat bergambar dengan dia. Kebetulan betol! cara kebetulan tu rahsia lah kan..hehe. Tapi jangan salah sangka plak, minat kami kat mamat tu macam minat kami kat Lee Chong Wei aje..hee.

Info : ok. maaf. scene 3 tadi, bukan cite lawak. tapi lebih kepada kenangan yang paling manis dapat kat MIAT..hehe. Eh, aku dapat satu pingat Perak free, hadiah daripada Uncle Miat..hehe. =)

Scene 4 :
Disebabkan terlalu bosan duduk kat MIAT, kami memutuskan untuk ikut rombongan bas MIAT ke iCity malam tu. Mula-mula memang tak nak pergi la kan. Sebab ramai yang kata, ala takde ape pun kat iCity tu. Banyak lampu je. Sekali sampai sane, memang betul ada lampu je eh. Ok fine, memang bosan.

Tapi tapi, tiba-tiba, ada membe ni terserempak dengan orang kampung dia yang menjadi promoter Lazer Warzone. Dia pun tawarkan kami join main game Lazer tu. Bayaran RM15 sekepala. Walaupun mahal, kami setuju je la sebab kebosanan yang amat sangat. Next, guess what?? fuh memang best ar main game tuh. Dia ala-ala paint ball cuma bezanya dia tak sakit la lepas kena tembak.

Lepas main memang penat la. Dah la kami (5orang dak RCMP) orang paling last naik bas. Pastu sembang2 pasal game lazer tadi. Yang peliknya, kami aje yang bising, orang lain sume nak tidur. Haa amek kau kene sound, "RCMP, senyap sikit." What's on my mind? hahaha, tu lah, sape suh tak join kami main Lazer tadi kan..muahaha (gelak jahat).

Psst : serius, you all should try main game tu. Enjoy sesangat! Terbaek lah~


Tamat~

Itu lah antara scene yang best berlaku sepanjang aku di MIAT. Sungguh, aku gembira sepanjang berada di sana. Aku tinggalkan dunia Facebook dan Blog ku, TV dan Surat Khabar selama seminggu. (Sampai terlupa nak post Wordless Wednesday). Terlupa sekejap kehidupan aku di Ipoh..hehe. Aku juga rindu dengan kehidupan di hostel. Sebenarnya, agak lama aku tak join program yang berunsurkan sosial macam ni. Aku bergaul dengan ramai orang.  Kami bermain penuh dengan semangat kesukanan. Walaupun tak menang, tetap tunggu sampai hari penutup..tabah kan? hehe. Banyak betol kenangan manis tercipta antara kami team volleyball mahupun sesama atlit-atlit RCMP. Semoga ukhwah yang terbina terjalin buat selama-lamanya.

Thank You ALLAH!

Sekian sahaja untuk kali ni. Jumpa di MSI, Kedah pada tahun hadapan. InsyaAllah~

Friday, June 24, 2011

KSSU UniKL MIAT I part 1

[siaran ini langsung dari kolej UniKL MIAT]

"Fuhhh." aku meniup lembut dashboard yang agak lama telah ku tinggalkan. Rindunya nak menulis kat sini. Terasa lama betol aku tak menhupdate belog nih. Ini semua gara-gara Karnival Sukan Siswa UniKL yang berlangsung di MIAT.

Yes! tepat sekali. aku telah berkampung di daerah Sepang ini untuk seminggu lamanya bermula ahad yang lalu. Perkampungan yang hanya dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa sawit, kapal terbang, para atlit dan juga warga MIAT sendiri.

Betol! Aku sendiri tak sedar, dah hari Jumaat rupanya hari ni. Tabah betol hidupku selama 5hari di sini tanpa bekalan laptop dan internet yang membawa maksud aku juga keputusan hubungan dengan FACEBOOK dan BLOG. Oh ya, ku juga keputusan hubungan dengan buku-buku (T__T).

Nak disingkatkan cerita, team aku (RCMP) gagal ke peringkat separuh akhir untuk perlawanan bola tampar wanita. Dalam peringkat kumpulan, kami cuma berjaya menewaskan Mestech dan Mitec sahaja [ok la, takde la jadi lauk sangat tahun ni =)] & ditewaskan oleh BMI dan City Campus. Takpe lah, mungkin kami memang takde rezeki tahun ni. InsyaAllah tahun depan boleh cuba lagi RCMP! ..hehe.

Untuk perlawanan-perlawanan lain pula, hanya Netball sahaja yang berjaya dapat pingat gangsa. Selebihnya, senasib dengan team kami, hampir-hampir sahaja berjaya masuk ke separuh akhir. Sadis kan?? uwaa. Dan hari sabtu ni bertempat di Alamanda Putrajaya, ada sukan Bowling dipertandingkan di sana. Harap-harap RCMP menang la. Kitorang tak sabar nak pergi menyokong sebab sambil pergi sokong boleh merayau-rayau sekali kat Alamanda..yeehaaa =)

Oh tidak. Cukup lah bercakap pasal sukan. Next week aku start dah posting baru, Specialty. Mesti rasa janggal kan sebab dah seminggu aku tinggal kuliah dan bedside nih. Buku pun dah lama tak bukak ni. Adeh mak ai. Belle belle.

Ok dah ngantuk. Esok plan nak tonton semua final match especially perlawanan bola tampar. mesti sengit dan best! Oh kenapa semua?? hmm biasa la, gile bosan duk sini, sampai tak tahu nak buat apa. So better la kau pergi tengok game-game yang ada walaupun bukan kolej kita yang lawan, daripada kau duduk bilik dan tidur, kan kan? hehe

Good Night. Salam.

bersambung...

Monday, June 13, 2011

what is on my mind??

Study for my becoming exam


And

Training for my becoming Sport Carnivals

Do not think about other things ..
Stay focus Belle !


Take note this!

The Secret.

"Everything that's around you right now in your life, including the things you're complaining right now, you've attracted.
Now, i know at first blush that's gonna be something that you hate to hear. 
You are gonna immediately say, I didn't attract the car accident.
I didn't attract this particular client.
I didn't particularly attract the debt.
I didn't attract... whatever it happens to be that you're complaining about.
And i'm here to say, Yes you did attract it.
And this is one of the hardest concepts to get.
But once you have accepted it, it's life transforming."

- Dr. Joe Vitale MSC.D. (Metaphysician)



Thursday, June 9, 2011

RCMP VS MIMET

Alhamdulillah !


mungkin ini lah yang dinamakan berkat kesungguhan dan kegigihan
akhirnya membawa hasil yang memberangsangkan

walaupun kami tewas
menang sekali, kalah dua kali
tapi kami seronok bermain
tak macam time kami kalah pada game yang sebelum ni
main macam hape..huhu

mungkin itu lah yang dinamakan
kita main bukan untuk menang
tapi untuk kepuasan

kira macam tewas bermaruah jugak la
hehehe

Syabas Team RCMP
kita bermula daripada zero. 
- tak pandai dig dan main tiga -
tapi akhirnya,
 kita pandai dig, first ball dah lawa, boleh main tiga 
dan paling best sekali ..
boleh spike!

"nak upload gambar bersama team MIMET kat sini
tapi gambar tu pada diorang
tunggu la diorang upload kat Facebook.. hehe"

kata-kata akhir; Thanks MIMET, jumpa di MIAT dan sama-sama lah kita menyokong antara satu sama lain di sana nanti ye..hehe. Maju untuk PERAK! {tiba-tiba}

Hard Work Pays -





Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...