Showing posts with label FIFA 2010. Show all posts
Showing posts with label FIFA 2010. Show all posts

Friday, July 29, 2011

DUA REAKSI DAN KOMEN PILIHANKU BILA HARIMAU MALAYA TEWAS DIBAHAM SINGA



[ source di SINI ]

Belle : Adat pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang. Ingat, ini baru permulaan! Sangat kagum dengan 85 000 penyokong Malaysia yang memenuhi stadium Bukit Jalil malam tadi. Majulah Bola Sepak untuk Negara. Tak lupa juga kagum amat kepada para Twitter tegar yang menjadi pengulas secara tak rasmi perlawanan. Meriah meriah!

"kita tak kalah, cuma belum menang -FaraFauzana"

so, apa komen korang pula?

jom layan pantun ni;

ketiadaan NORSHAHRUL & SHAFIQ amat dirasai,
ketangkasan KHAIRUL FAHMI bukan tsndingan SHARBINI,
tiada apa daripada ISMAIL FAROUKI & ABDUL HADI,
mujurlah ada AMIRUL HADI,
SAFEE SALI tetap dipuji,
BADROL BAKTIAR kemana pergi,
masuknya FAKRI menyakitkan hati,
kepincangan pertahanan kerap terjadi,
perjuangan HARIMAU sudah pun mati,
kini SINGA bergembira menari,
K RAJAGOPAL!
APA SUDAH JADI ??
ke mana perginya SHAKIR SHAARI,
begitu juga ASHAARI,
bukan brcakap kerana NEGERI
ini dilihat melalui PRESTASI!!!!!!!!!!!!!!.


sumber : Facebook

Monday, July 12, 2010

Entri Penutup Keputusan Piala Dunia 2010

Sambil mendengar LAGU " Tamina mina ea, waka waka ea ea..lalala" aku menaip entri ini.


 "oi bola dah habis lah! Tukar lagu lain weyh..!" bebel rakan ku.

Em masa perlawanan akhir Spain menentang Belanda, aku dapat tengok sikit je. Gol yang dijaringkan pun dalam minit masa tambahan. Ok lah aku tak terlepas tengok jaringan gol yang satu itu kan? hehe

ayuh lihat gambar di bawah, ihsan daripada web ini

Stadium berlangsungnya majlis penutup FIFA WORLD CUP 2010

Kemenangan akhirnya berpihak kepada pasukan Sepanyol!


Gaya Juara..

*******

Jom lihat pemenang-pemenang anugerah FIFA~

Keputusan penuh dan Bola Emas

Kasut Emas dan Sarung Tangan Emas

erk award apekah ini?? layann~

Pemain Muda Terbaik

woahaa..haha

and the last but not least


******


sudah pasti dan tidak bukan lagi


*****


anugerah selebriti terkenal


*****

**

*

Eh haiwan terkenal

***

Paul si sotong kurita (entah bila si Paul ni minat dengan bola, konfius aku). "Paul adalah haiwan, aku ingatkan lelaki Sotong" haha

rujuk sini tuk baca entri kelakar pasal Paul oleh seorang blogger..memang lawak..haha

p/s : Si Sotong ada pesaing, seekor Burung. Si Burung meramal Belanda yang akan menang. Apalah nasib si Burung sekarang agaknya. Si Sotong dah terselamat daripada kena goreng, tapi Si Burung?? huhu. Kasihan kan mereka, tak tahu pape langsung pasal Bola..selautan simpati ku hulurkan buat kalian wahai si Burung dan Si Sotong..(~_^)

Sunday, July 11, 2010

Lee Chong Wei tiru gaya Lin Dan ?


Kehangatan Piala Dunia masih terasa sehinggakan aku tidak perasan telah berlangsung sebuah kejohanan badminton rupanya..aisehh..heheh

Petang tadi aku menonton perlawanan akhir 'KEJOHANAN BADMINTON GRAND PRIX EMAS TERBUKA MALAYSIA YONEX SUNRISE 2010' antara Lee Chong Wei & Wong Choon Han. Walaupun dah jangka siapa pemenang, tengok ajalah. Takda buat apa lagipun masa tu. hmm...Dah di set kedua masa tu. Wong Choon Han mendahului dan menang pada set kedua, hebat la tu kan. Lawan D LCW kot. Bukan calang-calang orang.


Pada set ketiga, D Lee Chong Wei mendahului 14-7. (tak pasti sangat la berapa). Tapi yang pasti, lepas Wong Choon Han berjaya tambah mata je, D LCW tiba-tiba tak puas hati dan terus pergi ke arah pengadil. Maybe ada sesuatu yang tak puas hati la..kalau tak silap aku : bola yang masuk dikatakan out. Itu ok lagi la. Then, bila Wong Choon Han dapat tambah satu lagi mata, cuma gara-gara bola yang dianggap OUT oleh D Lee Chong Wei tetapi ternyata disahkan masuk oleh pengadil telah menyebabkan D Lee Chong Wei dengan spontannya telah melepaskan raket di tangan tanda protes tak puas hati.

D Lee Chong wei agak tertekan la, Choon Han dapat 4 mata berturut-turut pastu. 

Fuh, boleh tahan gak Datuk yang seorang ni. Dah mula nak tiru aksi dan gaya Lin Dan ke? Psiko di gelanggang? Wah kalau macam tu, boleh cuba lagi pasni. InsyaAllah confem lepas ni lawan Lin Dan boleh menang punyer! Hehe..maaf ye Datuk saya gurau-gurau saja..Still..You are the Best lah! Caiyooo~

Result penuh kejohanan boleh rujuk DI SINI!

p/s : boleh tahan hebat juga Wong Choon Han ni, kalau main macam tu masa lawan Simon Santoso kan bagus..aiyaak

Thursday, July 8, 2010

Tahniah Sepanyol!

Assalammualaikum kawan-kawan. Selamat pagi!

Berita pagi dimulakan sekarang...Spain berjaya menewaskan Jerman dalam separuh akhir pertandingan Piala Dunia 2010 dengan keputusan 1-0..In English, we can say like this laa: "Spain have advanced to their first FIFA World Cup™ Final, Carles Puyol's 74th-minute header securing a deserved 1-0 victory over Germany in Durban" Rujukan di SINI

Ala, aku tak tengok pun diorang lawan, tengok result je...huhu. Tahniah untuk Spain. Good Luck ye bertemu Belanda lepas ni (gaya cakap macam pemain Spain baca je blog aku nih..haih)

p/s : Sotong yang gitu-gitu tu..ala sotong yang tu, betul tak tekaan ia kali ni ek? Ia pilih Spain eh? kalo ye hebatnyeee...adeh apelah gi caya kat Sotong tu, gi masak dan makan bukan kah lagi sedap..haha


Monday, July 5, 2010

Tak sedih pun, terkilan saja

Kelmarin, Argentina bertemu Germany...

Baru 2 minit main, satu gol berjaya disumbatkan. Ala rileks la, takpe..baru nak warm up. Tunggu punya tunggu, tamat separuh masa pertama pun, takde gol lagi dari Argentina. 

Okay takpe, ada 45 minit lagi. Banyak lagi peluang. Masa separuh masa kedua, gol kedua daripada Germany berjaya dijaringkan, dikuti gol yang ketiga. Habis Argentina~ Out lah, 'gerenti' Germany menang punyalah. Tiba-tiba, gol keempat disumbat lagi..adoi!

"Saya tak sedih pun..terkilan saja". papepun, perlawanan kelmarin sangat menarik! Tambah pula, aku tengok ramai-ramai dengan abah dan adik-adik. Sebab selalunya aku tengok sorang-sorang..huhu

Empat terbaik..siapa juara?? ehem ehem tunggu..

p/s : hari ni hari Isnin. Perlu menghadiri kuliah..huhu..wahai Encik Masa, cepatnya engkau berjalan. 

Saturday, July 3, 2010

Argentina Vs Germany

Siapa menang ek? Tidak sabar nyeeee

p/s : Ku kuciwa dengan Brazil semalam...huhuhu

Tuesday, June 29, 2010

Friday, June 18, 2010

sambungan entri semalam (syahjihan dan FIFA)

selamat menyambut hari Jumaat. Entri ini ditulis bagi menyambung apa yang tidak tersambung semalam. Semalam aku ada mengatakan "Wait and See", serba salah pula apabila membiarkan orang "Tunggu dan Lihat". Jadi aku pun decide nak bagitahu apa yang berlaku semalam. Iaitu tentang Episod Akhir cerita Syahjihan dan Result Argentina melawan Korea Selatan

Penamat kepada cerita Shahjihan ialah orang jahat mati, orang baik hidup, dan bagi yang bercinta akan bersatu. Happy ending. Faham tak nih ek?? emm..Rupa-rupanya, dalang sebenar dalam cerita tu adalah isteri Tuan Haris. Gara-gara cemburu, dia (juga merupakan bekas teman wanita kepada Ayah Jihan) menyuruh Ayah Jihan membunuh Ibu Aisyah (juga isteri pertama Tuan Haris). Mula-mula macam suspen bila Aisyah berdendam dengan Jihan, tapi keadaan berubah terus apabila si hero datang menyelamatkan heroin. Biasalah tu kan. 

Semoga TV3 dapat menyajikan persembahan yang lebih mantap selepas ni dan kita tunggu dan lihat ajelah okay..(aik wait and see lagi ke?? huhu)..kalau perasan la, cerita yang berunsurkan jodoh pilihan Ibu Bapa telah menjadi pilihan ramai..(eg: Nur Kasih & AdaMaya)..hurmm

Pasti ramai dah tahu FIFA WORLD CUP 2010 semalam menyaksikan Korea tewas ditangan Argentina...Yahooo (walaupun aku sokong Korea sebenarnya). Semalam aku terkutuk Messi betul-betul sebelah salah seorang peminat setia Messi..aku mana tahu ko peminat Messi..erk sori ye bro..aku janji tak buat lagi dah pasni..haha..Argentina memang terrorrr!


p/s: hari ini mood DR Mra sangat baik..syukur ya Allah

Thursday, June 17, 2010

dari Johor ke Indon ke Swiss

baru balik selepas menjadi pemandu pelancong jap tadi. Orang Johor pakat mai Ipoh ramai-ramai, takkan tidak bawa diorang pergi jalan-jalan. Tapi kitorang tak ke mana sangat pun. Ada apalah sangat tempat yang best malam-malam kat IPOH ni. Just pergi makan kat Restoran Dee Jay Arr, pergi Jusco dan makan 'Supper' di dataran. Macam biasalah kat dataran, kalau 'nasib baik' dapat tonton orang yang tak lepas audition AF (melampau tak ayat aku ek?) mendendangkan lagu bersama gitarnya sambil kami menjamu Char Kuey Teow basah. Huh, makanan memang lazat, cuma 'tang' penyanyi tak pass AF tu je la spoiler. Eh jap..tapi yang kali ni agak better, suara boleh tahan..cuma ekspresi muka agak berlebihan dan mungkin 'pitching' tu ada lari sikit..boleh cuba la lain kali ye..wakaka. papepun, kesimpulan kat sini adalah..BEGITU SEKALI EK NAK CARI REZEKI..tidak mengapalah..asalkan rezeki itu halal. 

Nak kongsi sikit la..bile check kat Feedjit..aku jumpa ni...teng teng teng


--> klik gambar untuk paparan lebih jelas

Atas tu Flag Indonesia kan? Wah ada orang indon melawat di sini la. Selamat datang Pak..Ibuk. Sihat enggak? Gi mana belog nya...ganteng enggak?? moga happy sekali membacanya..lalala...Oh tapi rasanya mungkin datang daripada teman-teman yang belajar di sana barangkali..hehe


Goalscorer Gelson Fernandes (left) of Switzerland celebrates victory with team mate Benjamin Huggel after tha 2010 FIFA World Cup South Africa Group H match between Spain and Switzerland at Durban Stadium on June 16, 2010 in Durban, South Africa. (Switzerland 1 - Spain 0)

Friday, June 11, 2010

kICK iSRAEL 2010

salam hari Jumaat! penghulu segala hari..

Baru jap tadi, pabila aku membaca FACEBOOK, then aku terpandang dan terlihat dan ternampak sebiji PROFILE PICTURE seperti di bawah

Kalau sekali pandang macam LOGO FIFA WORLD CUP 
(oh tidak lain dan tidak bukan orang ni mesti peminat nombor satu bola sepak ni!)


Tapi bila aku view the real picture, yang besar punya lah..erk korang pun pandang dua kali okay....yeah....lihat betul-betul kawan-kawan....dah nampak ke apa gambar tersirat yang sebenar-benarnya?? EXCELLENT! (oh semangat "hidup hidup, hidup Palestin, hancur hancur, hancur ISRAEL" rupanya orang ni)

Jadi beta hendak meringkaskan cerita bahawa, kredit lah buat pengedit LOGO di atas, anda sangat kreatif dan amat kreatif sekali. LET'S KICK ISRAEL! emm...seperti yang kita semua sedia maklum, sebuah negara Islam iaitu Palestin terutamanya GAZA telah diserang teruk oleh Rejim Israel Laknatullah. Antara agenda jahat mereka ialah ingin merampas Masjid Al-Aqso. Eh berani sungguh itu orang..haiyooo! Israel juga bersekongkol (betul ke aku eja ni??) dengan Amerika dan sebagainya. Dan yang terbaru, ada rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin telah menjadi tahanan Israel (memang nak kena nih). Sangat dahsyat la. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah mereka akhirnya selamat kembali pulang ke Malaysia.

Semalam, Kolejku membuat Rapat Umum, macam perhimpunan juga la. Antara aktiviti Rapat Umum yang dibuat adalah kempen 1pelajar 1barang Maksudnya, seorang pelajar perlu mengisi borang akujanji memboikot barangan ISRAEL sekurang-kurangnya satu barang. Jadi, lepas isi borang tu, kita akan rasa bersalah lah kalau tidak memboikot barangan tu...something like that la...faham kan? oh aku pilih apa? biarlah rahsia...huhu. Bagi aku, sebagai pelajar dan hanya orang biasa, tiada apa yang boleh aku lakukan untuk membantu Negara Islam Palestin daripada terus dikecam oleh Israel melainkan doa dan memboikot barangan Yahudi. Semoga bantuan yang amat kecil ini dapat menyumbang ke arah usaha menyelamatkan GAZA daripada ISRAEL Laknatullah.. Amin.. ALLAHUAKBAR!

p/s: ramai yang dah post entri berkenaan Palestin & Israel..aku je yang lewat buat..uwaa sedih...jom semak entri mereka dibawah ini okay;

  1. http://hamiasraff.blogspot.com - katakan tak mau pada yahudi
  2. http://joegrimjow.blogspot.com - boikot boikot boikot
  3. http://kauilhamku881204.blogspot.com - Alhamdulillah.Update berkenaan Aktivis Flotila Bantuan Gaza




Thursday, June 10, 2010

Bola itu ball

FIFA?? is stands for Fédération Internationale de Football Association (from wikipedia). FIFA ye bukannya Afifah or what so ever..heheh. To be honest, aku bukanlah peminat setia or DIE HARD FAN bolasepak, cuma sekadar menghormati bulan JUN ini sempena FIFA WORLD CUP 2010..hehe. Jadi agak 'sunat muakad' la untuk aku menulis entri tentang BOLA BOLA BOLA!! Oh pemberitahuan ye, sebelum membuat entri ini, aku perlu study serba sedikit tentang FIFA, baru sedar yang agak cetek pengetahuan ku rupanya tentang FIFA ini..hoho


FIFA diadakan EMPAT (4) tahun sekali!! wajib tahu  okay..



Piala yang menjadi rebutan negara-negara yang menyertai FIFA World Cup



Negara Tuan Rumah untuk Tahun 2010..SOUTH AFRIKA!!




Negara-negara yang bertanding...Harap-harap Malaysia nye FLAG ada kat situ lah for the next 20 Years okay, maybe tak mustahil..aminnn!! Gud Luck Aidil Zaquan (heh tak masal)

Nak dijadikan cerita, antara pemain bola handalan yang mula-mula kenal aku, eh bukan yang mula-mula aku kenal adalah RONALDO....tapi sekarang dah upgrade sikit lah..kenal Ronaldinho dan David Beckham..heheh (sapa je tak kenal mereka ini..aiyooyo)

Walaupun aku kurang teruja mengikuti FIFA World Cup, aku lebih teruja menyaksikan gelagat orang yang menonton bola...aksi mereka lebih menarik..fever lah, makan bola, tido bola, mandi bola (erk ada ke nih?)..dan ada satu fakta yang aku memang tidak boleh menafikan sama sekali....menonton bola itu sangat interesting..of coz bila GOL berjaya dijaringkan...yeahh!! zas layann...

SELAMAT MENONTON BOLA..enjoy okay

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...