Memaparkan catatan dengan label TOPPING DAN AISING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TOPPING DAN AISING. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mei 2016

BUTTERCREAM -bunga

Assalam buat semua..
Tengah rajin sangat-sangat di suatu hari ..
Kali pertama try buat bunga dari buttercream.
Nak masuk proper class untuk cara buat buttercream dan hiasan kek yang lain pun sentiasa tak ada masa.
Tengok tutorial kat blog,FB dan You tube berulang kali.
Setakat ni hanya bunga rose sajalah yang boleh buat. 
Lagipun bukan nak jual kek,cukuplah untuk mengembirakan hati anak-anak dan berpuas hati sebab dapat buat sendiri.
Kejadiannya ..macam biasalah sepah sana sini..tangan keras lagi.Nantilah,practise make perfect.
Resepi dari www.azlitamasammanis.com.thanks
Let's try buat.

BUTTERCREAM
Resepi buttercream ini sesuai untuk bentuk bunga atau apa-apa bentuk yang kita nak decokan di atas kek kerana ianya mudah di bentuk.
Nak letak perasa dan pewarna pun sesuai juga.

Bahan-bahan
80 gm butter
250 gm cream well
1/2 cawan gula aising
1/4 cawan golden sirap

Cara membuatnya
Potong butter kecil
Kemudian satukan bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih.
Ayak gula aising
Masukkan ke dalam butter yang telah di pukul kembang tadi bersama golden sirap.
Gaul rata kesemua bahan ini menggunaakn spatula sahaja hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukan buttercream dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan bolehlah di bentukkan bunga atau paipkan di atas kek.
Letakkan bunga di atas kepingan kertas dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Tunggu ia keras dahulu baru di susun di atas kek mengikut kreativiti sendiri.


*Topping coklat ganache menggunakan resepi yang sama dalam post yang lepas.

Jumaat, 22 Januari 2016

SERIKAYA HOMEMADE

As-Salam buat semua..
Hari ini saya kongsikan satu resepi serikaya homemade yang mudah.
Ia juga tahan lama dan tidak mudah rosak walaupun tidak di letak bahan preserve macam yang di jual..dengan syarat sentiasa letak dalam peti ais jika tidak di gunakan.
Kemanisannya boleh di adjust ikut kesuaian rasa kita.
boleh makan dengan roti bakar dan planta
serta juga Biskut cream crackers..best!
Let's try masak.

Bahan-bahan
3 biji telur gred A
300 ml pati santan
240 gm gula halus-saya guna 180 gm
2 helai daun pandan

untuk karamel
60 gm gula pasir
130 ml air panas

Cara membuatnya
  • Masak gula pasir hingga cair dan keperangan,pastikan jangan sampai gelap nanti pahit.
  • Kacau sentiasa semasa memasak karamel,kemudian tuangkan air panas perlahan-lahan.Kacau sebati dan sejukkan.
  • Dalam satu bekas,masukkan telur dan gula halus,kacau rata dengan whisk hingga gula larut.
  • Tuang santan dan karamel yang telah sejuk tadi.Kacau semua sebati dan tapiskan.
  • Tuang ke dalam periuk,masukkan daun pandan.
  • Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga kental,lebih kurang 1 jam.Tutup api.
  • Keluarkan daun pandan.Sejukkan.Isikan serikaya ke dalam botol/bekas bersih.
Tip supaya serikaya tahan lama
  • Botol yang di gunakan mestilah betul-betul bersih/botol baru/bekas baru.
  • Jika botol re-use,basuh bersih dan rebus dalam air panas selama 5 minit termasuk penutupnya.
  • Serikaya kena betul-betul sejuk sebelum di botolkan.
  • Sentiasa simpan dalam peti sejuk jika tidak di gunakan.

Selasa, 6 November 2012

SOS BUTTERSCOTCH

Salam bahagia buat semua..
Sos butterscotch homemade  ini sesuai di buat sapuan di atas roti dan boleh juga di buat topping untuk cheese cake,kek-kek lain yang sesuai,curahkan sedikit di atas bun mentega atau di makan dengan pancake.Ia agak manis,boleh juga di kurangkan sedikit sukatan gula jika tidak berapa suka akan rasanya yang manis .Tapi kalau untuk sapuan di atas roti saya rasa ia sudah sesuai.
SOS BUTTERSCOTH
Sumber :cook.com
olahan   :Izahdaut

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/4 cawan tepung
  • 1/2 cawan mentega
  • secubit garam-optional
Cara membuatnya
  • Satukan gula perang,gula pasir,tepung dan air ke dalam periuk kecil.Kacau sebati.
  • Masak di atas api kecil hingga gula hancur.Tambahkan esen vanila dan mentega.
  • Masak dan sentiasa kacau sehingga menega cair dan sedikit pekat.
  • Sejukkan dan boleh di sapu di atas roti kosong.
** Nota
Kacau di atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ini sejuk ianya makin pekat.Jika pekat sangat boleh di tambah sedikit air panas sebelum di gunakan,boleh di simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Selasa, 23 Oktober 2012

BUTTERCREAM

Salam bahagia buat semua..
Resepi aising buttercream yang selalu saya gunakan untuk topping pada kek.Ia tahan lama berada pada suhu bilik dan bentuk bunga yang kita buat tetap kekal walaupun pada suhu panas.Rasanya tidaklah begitu manis sangat.

BUTTERCREAM
Sumber:Azlita masam manis

Bahan-bahan
  • 80 gm mentega
  • 250 gm creamwell
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1/4 cawan golden syrup
Cara membuatnya
  • Potong mentega bentuk kiub.Satukan mentega bersama creamwell dan pukul sehingga kembang dan putih.
  • Ayak gula aising .Masukkan gula aising dan golden syrup ke dalam mentega yang telah di pukul kembang tadi.
  • Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula sahaja hingga bercampur sebati.
  • Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
  • Masukkan buttercream ke dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah di paipkan pada kek mengikut kreativiti sendiri.

Sabtu, 25 Ogos 2012

CHOCOLATE FILLING

Salam bahagia buat semua...
Disini saya akan tunjukkan cara-cara membuat Chocolate filling yang boleh di jadikan sebagai hiasan kek coklat.Rasa coklatnya sedap dan ia lembut sekali.Resepinya mudah dan ringkas sekali.Lupa pula ambil kat mana.

CHOCOLATE FILLLING
Bahan-bahan
  • 120 gm coklat masakan
  • 100 gm fresh cream

Cara membuatnya
  • Potong kepingan coklat kecil-kecil dan gunakan kaedah double boiler untuk mencairkan coklat.
  • Bila coklat cair,masukkan fresh cream padamkan api dan kacau sehingga kesemua coklat sebati dengan fresh cream..
  • Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 3 jam.
  • Keluarkan dari peti sejuk dan putarkan coklat tadi sehingga ia lembut dan gebu dan warnanya berubah  menjadi lebih muda.
  • Boleh di gunakan terus untuk di paipkan bunga di atas kek coklat atau di simpan di dalam peti ais untuk di gunakan bila-bila masa.


Sabtu, 5 November 2011

TOPPING DAN AISING

CREAM CHEESE FROSTING/TOPPING KEJU KRIM
Ia adalah topping yang selalu di gunakan untuk di sapu di atas Kek Lobak Merah dan Kek Baldu Merah(Red Velvet Cake).Sangat mudah untuk di sediakan dan enak rasanya. Sekiranya anda ingin mengunakan  frosting ini untuk  kek cawan@ muffin juga boleh.
 
Cream cheese topping
Bahan-bahan
  • 250 gm.cream cheese
  • 60 gm.gula aising
  • 1 sdt.esen vanila
  • 1 1/2 cawan(360 ml.)krim putar
Cara membuatnya
  • Pukul keju krim dengan gula hingga lembut dan sebati.
  • Kemudian masukkan esen vanila dan krim putar.Pukul sehingga pekat
  • Sedia untuk di sapu di atas kek.
Sumber:Dapur Azli Razali

TOPPING COKLAT GANACHE
Chocolate ganache adalah topping yang selalu di gunakan untuk kek coklat lembab.Anda juga boleh menggunakan untuk kek jenis lain seperti kek coklat keju.
Jangan masak atas api yang terlalu kuat kerana takut coklat akan menjadi hangus pula nanti.Biarkan ganache yang telah masak di sejukkan  sebentar sehingga  sedikit keras supaya mudah di sapu atas kek.

Topping coklat ganache
Bahan-bahan
  • 115 gm.coklat masakan(dark chocolate) 
  • 80 ml.whipping cream
  • 1 sdt. mentega
Cara membuatnya
  • Campurkan  semua bahan dan masak atas api yang sederhana sehingga cair.
  • Sejukkan dan sedia untuk di sapu atas kek.
Sumber:Dapur Azli Razali

Resipi lain-lain
Topping coklat ganache

Bahan-bahan : Untuk kek saiz kecil(Dayang Jack)
  • 100 g coklat masak (dipotong kecil2)
  • 125 ml susu segar/susu perisa coklat
  • 50 g butter (dipotong kecil2)
  • 4 sb madu (boleh juga digantikan dgn gula perang atau gula biasa)
Cara-cara :
  • Satukan kesemua bahan di dalam periuk/saucepan, dan masak dgn api perlahan. 
  • Gunakan kaedah double boil. Kacau sehingga kelihatan pekat. 
  • Tutupkan api, dan kacau lagi sebati. 
  • Setelah agak suam sedikit, bolehlah dicurahkan ke atas kek tadi (pastikan kek tu sejuk terlebih dahulu). Selamat mencuba!
Krim coklat(Puan Hanieliza)
Bahan-bahan
250 gm.coklat masakan
1 sdb.cocoa butter

Cara membuatnya
  • Coklat di cincang kecil dan masukkan bersama cocoa butter ke dalam mangkuk tahan panas.
  • Panaskan coklat dan kacau sampai coklat cair.Tutup api.
  • Bila nampak coklat agak pekat bolehlah di sapu di atas kek.
  • Hias mengikut kreativiti masing-masing.
*Terimakasih kepada semua penyumbang resipi.     Gambar:Cik Google

Sabtu, 24 September 2011

TOPPING DAN AISING

Sebenarnya kalau kita nak aisingkan kek,banyak sahaja aising yang boleh digunakan atau beli di pasaran.Contohya ada di pasaran topping cream yang di perbuat dari tenusu,cuma pukul sehingga kembang dan bolehlah kita sapu pada kek,tidak perlu di tambah gula kerana rasanya sudah manis.(gambar :krim putar)

Kita juga boleh mengguna whipping cream /krim putar tetapi perlu ditambah dengan gula aising kerana krim putar ini tawar  rasanya.Topping cream berbeza dengan whipping cream kerana topping cream memang dikhaskan  untuk mengaising kek tanpa di tambah gula tetapi whipping cream selalunya digunakan untuk membuat sos atau digunakan dalam pastri atau bersama dengan bahan lain  untuk di jadikan pencuci mulut.
 
Anda juga boleh membeli krimwell.Ia adalah sejenis aising yang serupa dengan lemak tumbuhan atau shortening.Krimwell sering di gunakan untuk mengaising kek cawan yang di kenali sebagai cupcake atau cuppies
Ia mudah digunakan dengan hanya memukul bersama gula aising .Kemanisan boleh di tambah atau di kurangkan  bergantung kesukaan masing-masing.Jika anda suka ia juga boleh di letakkan pewarna agar kek yang dihias bertambah berseri dan menyelerakan .

Resipi aising krimwell
  • 500gm krimwell
  • 250gm-300gm gula aising
campurkan semuanya dan pukul hingga gebu.

SUMBER:DARI DAPUR AZLI RAZALI.