Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Happy Deepavali!
Selamat bercuti dan bersukaria ye.
Terima kasih kpd semua jiran tetangga yg sentiasa sudi menyinggah disini. Kepada jiran baru Selamat Datang dan jgn jemu singgah tau.
Sempena cuti depavali ni apa kata kita makan roti pisang yg sgt mudah penyediaannya. Tak perlu nak timbang dan putar2 guna mesin, bahan2 pun sgt senang yg penting pisang harus ada la kan. Roti pisang ni mas dh buat 2 kali cuma kali ke 2, kek tak berapa menjadi pula, hummm mungkin mas terlebih letak coklat rice kot huhuuuu tulah sape suruh kan :(
Nampak gayanya hari ni mungkin mas tak boleh bw la, kami ada byk urusan di luar. Mungkin malam2 sikit baru mas dtg jejalan ye jiran2. Selamat beristirehat bersama family ok. Muahhhhh!
Resepi ni mas ambil dari dapur Kak Marshita Yahya yg dapurnya sentiasa ada resepi kek pisang yg mudah2 saje. Terima kasih kepada kak marshita yg sudi share resepi dan izinkn saya coppy n paste disini pula ye.
Resepi : Mindysdeli
Sumber : Kak Marshita Yahya
Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
Secubit garam
1/4 cwn margerine -- dicairkan
1 cwn gula perang
1 cwn susu penuh krim
1 cwn pisang yang telah dilecek
1 cwn raisin
1 cwn chocolate chips
1 sk essen vanila - mas tambah
Cara:
Panaskan oven 180 Celcius (@ ikut kesesuaian oven anda, saya panaskan pada 140 Celcius).
Resepi : Mindysdeli
Sumber : Kak Marshita Yahya
Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
Secubit garam
1/4 cwn margerine -- dicairkan
1 cwn gula perang
1 cwn susu penuh krim
1 cwn pisang yang telah dilecek
1 cwn raisin
1 cwn chocolate chips
1 sk essen vanila - mas tambah
Cara:
Panaskan oven 180 Celcius (@ ikut kesesuaian oven anda, saya panaskan pada 140 Celcius).
Lecekkan pisang dan campurkan baking soda. Ketepikan. Dalam mangkuk lain campurkan tepung, baking powder, gula serta garam.
Campurkan margerin dan susu ke dalam campuran pisang tadi dan kacau rata. Masukkan campuran tepung dan kacau sebati. Asingkan secukupnya chocolate chip dan raisin untuk hiasan dan selebihnya masukkan ke dalam adunan dan gaul rata. Hiaskan atas adunan dengan chocolate chip dan raisin yang telag diasingkan tadi.
Tuang ke dalam tin pembakar roti dan bakar untuk 45 minit. Kurangkan suhu ke 150C dan terus bakar hingga 15 minit atau sehingga roti masak. (Saya kurangkan ke 120 C dan terus bakar selama 10 minit saja).
Keluarkan roti dari oven dan sejukkan sebelum dipindahkan ke atas redai. Bolehlah dipotong selepas 2-3 jam.