klik klik ok!

Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

Biskut chocolate chips a.k.a chipsmore

Assalamualaikum. Salam sore.

Pagi tadi datang sedikit kerajinan nak buat biskut chipsmore. Ye.. raya dah 1 bulan lebih tamatkan. Tapi si amani punya lah dok pujuk ummi nye... kukis..kukisss. Ok, ummi mengalah. Nah.. makanlah dgn puas ye nak.. hehehe.

Pada mas biskut ni lebih rasa seperti biskut butter. Lemak masin dari butter ditambah dgn chips coklat yg mewah... hummm.. yummi lah. Tq kak kasihredha for the resepi.

Resepi : Biskut Chipsmore
Sumber : kak kasihredha

Bahan-bahan :-
360gm tepung gandum
300gm butter
75gm gula (kurangkan lagi)
180gm chocolate chips
90gm badam (bakar sekejab)
1 sudu kecik Esen vanilla

Cara-cara:-
Mix butter dan gula sehingga kembang, campurkan esen vanilla.
Masukkan tepung, kacau guna spatula.
Masukkan badam dan chocolate chips.
Betukkan guna sudu dan susun atas dulang yg sudah digriss dgn sedikit butter.
Bakar dgn suhu 160-170c selama 20minit.

*Photo taken by lenser camera handfon*

Wednesday, August 15, 2012

Biskut sarang semut......Eh nak raya dah!

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam ramadhan buat rakan blogger semua. Maaf dapur maya mas dah beberapa hari tak berasap. Mas belum gantung kuali lagi malah oven pun masih panas, sepi sebab...masa....aishhhh masa lagi, mas tak berkesempatan nak buat n3, rumah jiran2 pun cuma sempat jeling je huhuhu. 

Tak tahulah bila n3 terakhir ni almaklum ler esok nak balik kg dah...balik kampung! seronoknya...tahun ni giliran kg mas...wahhh sonok2...semua org teruja sbb amani dah boleh jalan, masih lagi lesen L la, tak sabar nk tgk dia pakai baju kurung mesti comel mcm ummi nye...yeee gituw!
 Kawan2 dah buat persiapan raya ke? raya nak dekat dah ni... mas alhamdulillah dari segi pakaian semuanya dah lengkap, rumah pula tak ada apa yg baru cuma adalah sikit barang yg kami tambah namun masih lagi dalam tahap bersederhana dan tahun ni lebih kepada amani sahaja. Hari nie last mengemas coz esok nak gerak balik da...mcm jauh je kg tu walhal Port Dikcson je wawawa......

Banyak ke buat biskut raya korang buat? mas buat 4 jenis je, tak banyak tapi nak upload dalam n3 punyalah malas! beberapa hari nie amani buat perangai lepas tu mas pun tak berapa sihat, mungkin sbb keletihan yg melampau hihihi melampau? mcm byk sgt kerja mokcik ni kan? 
 Setiap tahun tibanya lebaran sejak berkahwin mesti wajib ada biskut sarang semut, biskut yg menjadi kegemaran seisi rumah. Permintaan adik2 supaya biskut tu di mewahkan dgn coklat rice, maka makcik yg menurut perintah, jgn lepas ni korang terlebih gula sudah ler. Tahun lepas tak dpt buat sbb masa tu mas masih dlm pantang so tahun ni balas dendam ler heeee. 

Rata2 semua org mesti tahu resepinya kan? sangat mudah malah rasa sgt enjoy masa membuatnya sampaikan masa menyagat adunan tu hubby yg pulun semuanya sbb dia suka! senang kerja mokcik hah hehehe. Kali ini mas tambahkan sedikit serbuk badam dlm adunan, kekonon nak dapatkan rasa cruncy lebih sikit, ternyata menjadi. Cuma masa proses membakar tu masa kena lebihkan sedikit, mungkin sbb ada serbuk badam so biskut jadi lambat garing.
 Resepi mas dapat masa menggogle dolu2, bila di semak balik rupanye resepi ni mas ambil dari chef hanieliza. Terima kak atas resepi yg biskut yg mudah dan sedap!

Bahan-bahan :-
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum
100 tepung jagung
1 biji kuning telor
1 s/t essen vanilla
40 gm serbuk badam - mas tambah

Hiasan :-
sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil - mas tak letak
paper cup


Cara-cara :-
1. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung
2. Pukul kembang butter dan gula
3. Masukkan kuning telor dan essen vanila
4. Masukkan tepung, serbuk badam dan gaul rata
5. Parutkan adunan dalam mangkuk dan sudukan ke dalam paper cup
6. Taburkan coklat rice
7. Bakar dalam oven dgn suhu 180c selama 15 minit atau sehingga masak
8. Sejukkan dan simpan dlm bekas kedap udara



Buat teman2 semua...selamat hari raya maaf zahir dan batin ok
 Eh... mas belum tutup dapur lagi...mungkin esok biskut terakhir kot, biskut semperit salut kacang dari resepi rahel...memang sedap!

Wednesday, August 8, 2012

Biskut Cokelat Chip's Rangup!

Menaip dengan kadar laju!

Maaf lama tak bersiaran, cuti blk kg so mode mmg ke laut la heee.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan blogger semua. Salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah Allah swt berikan kami kesihatan yg baik untuk kami jalani ibadah puasa dengan sempurna. Doa mas semoga rakan2 juga sama sihat sejahtera hendaknya dan dalam tak sedar kita sudah hampir dgn syawal la....yeppi hihihi.
 Yeah...semangat mengukis sudah mari la...mari kawan2 kita ngukis bersama, buat biskut macam2 untuk hari raya...lalalala.... heeeee. 

Wahhh mokcik tu semangat nak raya kemain lagi tau...harusla kan! masa buat bukan main seronok..sekejab2 tgk oven, tp bila dah sudah...toleh kanan...mak aik!!! byknya perkakas nak kena basuh! huhuuuuu :)
 Mengukis setelah menjadi seorang ibu tersangatlah mencabar...nak buat dalam keadaan aman dan tenteram memang tak dapek ler. Oh anak ku...sabar je tau hehehe.

Pendekkan cerita, kawan2 semua mesti dah banyak koleksi biskut raya kan? mas baru buat sejenis dh habis sebalang pun dikerjakan adik2 masa blk kg tempoh hari. Alahai adik2 ku melantak sungguh! Harus ku ngukis sekali lagi :)))
Sukalah biskut ni...best sangat! sedap hingga tak puas kunyah sekali! Biskut ni mas dh buat byk kali dan resepi nya mas ambil dari akk chef Hanieliza yg pemes tu. Izinkan mas share di sini pula ye kak :)

Resepi:- Chef Hanieliza

Bahan A
125 gm butter
125 gm majerin
1 sb shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sk esen vanilla

Bahan B
230 gm tepung gandum*
20 gm serbuk koko*
100 gm coklat chips
50 gm white chips - (boleh gantikn dgn coklat rice)
50 gm badam nib - (di panggang)
50 gm nestum - (mas ganti dgn serbuk badam)

Ayakkan bahan yg bertanda *

Cara-Cara
Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
Masukkan kuning telur dan essen vanila, kacau rata.
Masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacaukan dgn senduk kayu.
Sudukan kecil2 (besar guli) dalam loyang.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dgn suhu 180c, bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan simpan dlm balang kedap udara.


InsyaAllah jika ada keizinan mas bertandang ke dapur maya kekawan ye :)))

Selamat berpuasa dan berbuka puasa.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails