Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam jumaat buat teman-teman. Sesungguhnya khiamat itu adalah urusan Allah SWT. Semoga perjalanan kita di atas dunia ini sentiasa mendapat keredhaan Dari NYA.
Alhamdulillah bersua lagi kita di alam maya ini. Semoga hubungan yang terjalin akan sentiasa bekekalan hendaknya. Puding sagu mata ikan ni mas buat tempoh hari. Sedapnya makan dikala sejuk bersama dengan air gula melaka dan susu cair. Boleh dikatakan puding sagu ni adalah kegemaran kami adik beradik di kg. Mama sgt rajin buatkan kalau anak-anaknya mahu makan hehee...
Nak minta mama buat jauh pula kat kg so buat lah sendiri tapiiii...hahahaha terlembik plak sagu tu masa mas rebus! alahai...itu la masa anak dara tak nak ringan tulang kaaan...padan muka mokcik! huwahuwa...
Resepi : Puding sagu mata ikan
By : mrs sunnies home
Bahan-bahan :-
1 cawan sagu - rendam lbh kurang 20-30mnt
4 cawan air
Cara-cara :-
Selepas 20-30mnt tapiskan sagu yg direndam tadi, rebuskan dlm air mendidih(4 cwn air) hingga pekat dan masak. Kalau nak letak pewarna sikit pun boleh. Kemudian tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk dulu baru simpan dlm peti ais.
Air Gula Melaka
1 cawan gula melaka
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Cara-cara :-
Satukan semua bahan dlm periuk kecuali daun pandan. Didihkan dengan api yg kecil, masukkan daun pandan. Kacau supaya gula hancur. Bila gula dh cair dan nampak pekat padamkan api. Sejukkan dulu baru simpan dlm peti ais.
Cara-cara penyediaan :
Senduk sagu mata ikan dlm bekas yg sesuai, curahkan air gula dan susu cair di atasnya (ikut suka la nk manis mcm mana) dan makan!
hehe....