Follow je lah..


Memaparkan catatan dengan label Lompat Parti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lompat Parti. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Februari 2010

PKR Tak Habis-habis dengan Masalah


Perletakan jawatan seorang demi seorang sehingga apa yang berlaku di Perak akibat bekas ahli PKR memang meresahkan rakyat. Dalam hal ini kita dapat lihat juga siapa sebenar yang betul dan palsu, dan siapa juga yang setia.

Macam-macam alasan boleh dibuat untuk keluar parti. PKR amat rapuh dalam memastikan kesetiaan ahli MP dan dan Dun mutlak sepertimana PAS. Sebabnya PAS dan PKR adalah suatu arah namun berbeza landasan.

Landasan PKR lebih jauh, naik dan turun bukit. Ketuanya juga tidak pernah henti-henti membawa parti itu sehingga ke destinasi. Apa yang berlaku di Pulau Pinang jangan dipandang ringan kerana ini boleh jadi kes yang lagi besar.

Isnin, 16 November 2009

Bai'ah Rahsia Kekukuhan

Bai'ah adalah satu perbuatan yang diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW dahulu lagi. Ia merupakan satu lambang taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Islam. Maka amalan ini adalah satu amalan yang penting.

Fitnah yang dihamburkan kini dalam amalan ini sahaja mewujudkan polemik. Bertujuan untuk memburukkan sebelah pihak dan menambahkan lagi kekaburan dalam masyarakat terutama mereka yang cetek ilmunya. Peluang ini lah digunakan oleh mereka setelah tiada modal berkualiti untuk diutarakan.

Dengan bai'ah seseorang itu akan taat setia sesungguhnya kerana takutkan kepada ALLAH. Lebih-lebih lagi takut kepada laknat ALLAH. Maka tidak tergamak untuk menggadaikan prinsip perjuangan yang benar selagi mana dia seorang yang beriman kepada ALLAH dan RasulNya.

Jika tiada bai'ah maka terjadilah episod lompat parti. Ataupun boleh dibeli dengan wang tunai berbillion atau million ringgit. Kesan lompat parti adalah sangat besar kerana dia melibatkan prinsip dan maruah. Ironinya, PAS Kelantan dahulu yang menang tipis dapat terus mengekalkan kemenangan itu tanpa ada sebarang lompat parti.

Janganlah dibesar-besarkan akan hal ini kerana ia tiada yang cacat celanya. Cacat lagi prinsip-prinsip sekular yang bersarang dalam pihak lain yang kita sedia maklum. Sesuatu yang berkaitan agama jangan diulas tanpa merujuk kepada para ulama'.

Sabtu, 31 Oktober 2009

Apabila Pakatan Ditinggalkan

Sudah menjadi resam dalam politik keluar masuk parti. Sama ada difaktorkan kepada kematian ataupun yang dilakukan kerana kehendak diri. Tidak menjadi masalah besar jika yang keluar parti itu ialah seorang dua ahli-ahli biasa yang tidak dikenali, ini kerana mereka seperti ini adalah orang bawahan sahaja.

Namun apabila mereka yang sudah menempah nama di persada politik tanah air keluar parti, mampu memberi impak. Impak itu samada kepada parti ataupun kepada diri orang tersebut. Apa yang tak kena, parti yang sebelum ini mereka perjuangkan tak kena, atau diri mereka yang sudah hilang akhlak dan maruahnya. Antara dua ini tiada jawapan lain kerana masakan daun bergoyang jika tiada angin yang bertiup.

Oleh itu, dasar parti mesti kukuh dan berada pada jalan yang lurus. Hala tuju parti dapat dijaga bersama berbanding menjagai disiplin setiap ahli yang begitu ramai jumlahnya. Biar parti yang baik, dan orang di dalamnya juga orang yang baik.

Sekali-sekala sikap mereka yang keluar parti menimbulkan kebencian. Di Malaysia, hanya ada dua sahaja gergasi politik iaitu BN dan Pakatan Rakyat. Antara dua ini pilihlah ataupun mungkin anda lebih selesa untuk berada atas pagar. Jalan ini hanya sekali dilalui, dan mustahil untuk anda membuat u-turn.

Khamis, 3 September 2009

Jujurkah 9 Adun Itu?


Perjalanan politik di Terengganu membimbangkan BN, tetapi mungkin menguntungkan PR. Lama sudah UMNO BN Terengganu tidak dapat duduk semeja sesama mereka kerana kuasa dan harta.

Jika kuasa dan harta adalah matlamat perjuangan politik mereka, inilah orang yang merbahaya. Pendekatan: Kalau tak dapat, nak ugut-ugut dan sanggup buat apa sahaja demi kekayaan yang diidamkan. Islam tidak mengajar umatnya begitu jika sudah mempunyai kuasa, sebaliknya memikul tugas dan amanah kerana ALLAH.

Apabila sudah hilang arah, kacang sudah lupakan kulit dan kawan jadi lawan, kini barulah mereka mencari lawan untuk dijadikan kawan. Yang mana dahulu kita menjadi 'bahan' sekarang ingin pula mencari 'tuan'. Tindakan mereka ini mestilah diteliti dan berhati-hati agar kita tidak masuk jerat perangkap yang mereka sedang jayakan.

Apapun, keterbukaan PR sememangnya tidak pernah tertutup. Betapa ramai yang dahulu lawan seperti BN, MIC, MCA, kini sudah bersama PR. Perpindahan parti yang mereka lakukan adalah atas kesedaran dan kepentingan terhadap rakyat.

PR bukanlah tabung duit atau projek yang mempunyai nilai berjuta-juta ringgit untuk dikaut peribadi. PR amat berbeza dari BN yang mana BN telah jauh tersimpang dan hampir mustahil untuk kembali baik dan bersih. BN dalamnya ada banyak tangan-tangan yang kotor dan ajaib, yang mampu melakukan apa sahaja.

9 Adun berhak menentukan hala tuju politik mereka. Jangan pilih jalan yang salah dan kembalilah muhasabah atas sebab dan siapa yang memilih mereka sebagai Adun. Jika perkara ini dingerti, PR adalah jalan baik kepada mereka. Maka PR menang di Terengganu, Inysa-ALLAH.

Selasa, 14 April 2009

Tahniah Ezam!


Dalam dilema. Dahulu dia bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan dan telah masuk UMNO. Dia menyertai UMNO selepas Mahathir keluar dari UMNO kononnya di bawah Abdullah akan OK. Tetapi malang, sekarang Abdullah sudah tiada dalam UMNO, dan Mahathir masuk semula. Oleh itu Ezam tiada pilihan selain dari keluar UMNO semula buat kali kedua. Jika tidak, Ezam akan bergelumang dengan 'kekotoran' yang sedia wujud dalam BN.

Inilah berjuang jika punyai prinsip yang cetek. Dalam pemilihan UMNO pun, tiadapun namanya terpilih. Tahniah Ezam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bacalah juga:

Lawan Tetap Lawan