Follow je lah..
Khamis, 2 Jun 2011
Rakyat Semakin Takut Dengan 1 Malaysia
Khamis, 31 Mac 2011
Isnin, 28 Mac 2011
NKRA, GTP, Bla..bla..bla..
Sabtu, 5 Februari 2011
Antara Roti Canai Banjir dan Banjir
Rabu, 17 Februari 2010
Tol Free Umpama Bagi Rakyat Mati
Tindakan mereka yang memberi tol percuma tiap malam seolah menggalakkan rakyat berjalan pada waktu malam. Malam suasananya gelap dan kita akui bukan semua mampu memandu pada waktu itu. Memandu pada waktu malam sekurang-kurangnya anda tidak boleh ngantuk.
Tapi bukan semua kita biasa memandu malam untuk jarak jauh dan berjam-jam lamanya. Mungkin ada yang mahu berehat setelah penat berkerja pada siang hari itu. Atas 'sebab-sebab' inilah kita melihat ramai rakyat gagal memandu dengan baik dan mati ditengah jalan pada waktu malam!
Apa rasionalnya hendak bagi tol percuma pada waktu malam? Kalau nak bagi percuma, bagilah betul-betul. Ini orang melayu kata macam tak ikhlas je nak bagi. Sekarang kita lihat kemalangan yang beraku baru-baru ini berlaku pada waktu malam.
Nyawa melayang begitu sahaja. Kematian akibat kemalangan menjadi pembunuh utama rakyat Malaysia!
Jumaat, 12 Februari 2010
Jumaat, 8 Januari 2010
Maha Mulia Kalimah ALLAH
Sebahagian pihak tidak setuju nama ALLAH digunakan oleh bukan Islam. Jika kita lihat skop perbincangan sebenar, hal ini meletus kerana ada perbicaraan berkaitan isu ini di mahkamah. Isunya kerana ingin digunakan kalimah itu oleh pihak gereja. Sebagaimana kita tahu, ajaran Kristian adalah ajaran syirik kerana menyamakan ALLAH dengan yang lain dan seumpamanya. Sebab itu kita melawan mereka menggunakan kalimah ALLAH bagi konteks agama mereka itu. ia adalah kufur.
Pendapat kedua yang membenarkan kalimah ini digunakan ialah mereka yang menilai pada skop yang lebih umum. Sejajar denga ayat ALLAH yang bertanya siapakah yang menjadikan langit dan bumi, maka kaum kafir menjawab "ALLAH". Ini benar, ia ayat alQuran. Dalam hal ini kaum kafir mengakui kesaan ALLAH, yang menciptakan langit dan bumi ialah ALLAH bukannya 'tuhan' sembahan mereka.
Jika dari aspek itu, kita setuju sama sekali mereka menggunakan kalimah agung tersebut. Cuma kita tidak bersetuju jika mereka gunakankalimah itu untuk menyesatkan umat Islam dan menghina Islam.
Inilah perbincangannya yang selalu dikaburkan. Kita lihat sekarang situasi negara kita yang mana pihak tertentu selalu memprovok satu demi satu terhadap Isalam. Ini terbukti dengan adanya idea Majlis Antara Agama, Isu Murtad, Isu Status Mualaf, dan sekaran isu nama ALLAH. Harap masyarakat akan berhati-hati lagi selepas ini.
Selasa, 1 Disember 2009
BN Mengalihkan Isu Royalti
Barangkali pada pandangan mereka, Tuan Guru Nik Aziz adalah satu nadi yang menjadi Kelantan dikuasai PAS dan Pakatan menjadi kuat. Sebab itulah mereka sedaya upaya tanpa henti berusaha melemahkan semangat TGNA dan menggoyangkan pentadbirannya. Biasanya ia timbul kerana sifat hasad ataupun teknik alternatif yang dipanggil teknik kotor.
Kerajaan Kelantan menuntut royalti. Itu hak mereka! Sekian lama mereka meminta agar dipulangkan semula sejak dari zaman Mahathir hinggalah ke zaman Najib. Semua PM tidak mengutamakan rakyat, sebaliknya rompak duit rakyat.
Minyak yang ada itu adalah milik Kelantan. Nilainya terlalu berharga mahalnya. Oleh itu, kerajaan pusat tidak mahu Kelantan yang ditadbir PAS memiliki kekayaan itu. Pun begitu PAS menuntut hak itu bukan kerana tamakkan harta dan wang, tetapi ia hak rakyat Kelantan.
Oleh itu, BN cuba menutup isu ini atau mengalihkan pandangan rakyat. Cuba menggembar gembur isu doa TGNA dan mewujud kontreversi yang baru. Hal royalti kerajaan pusat tidak pernah berani berbincang secara terbuka apatah lagi berdebat pula.
TGNA berdoa, kita 'amin' bersama. Doa adalah senjata mukmin. Kecelakaan besarlah bagi orang yang zalim seperti mana yang termaktub di dalam Al-Quran. Bala untuk mereka supaya mereka menerima setimpal apa mereka lakukan.
Rabu, 25 November 2009
Apa Kejadahnya Najib Ber'Facebook'!
Laman sosial Facebook (fb) kini di Malaysia telah mendapat sambutan yang sangattinggi. Bukan sahaja ia digunakan oleh anak kecil yang belum lagi berkhatan, malah digunakan meluasnya sehingga ke Perdana Menteri Malaysia sekarang, Najib Abdul Razak.
Pada waktu tulisan ini ditulis, seramai 9 421 orang telah bersetuju menjadi penyokong beliau dalam fb nya. Sebenarnya, bilangan itu tidaklah terlalu besar jika dibandingkan dengan berjuta rakyat Malaysia yang turut sama memiliki akaun dalam laman tersebut.
Mungkin cara ini ialah satu cara UMNO-BN untuk menarik perhatian atau memancing undi. Tidak hairan jika dahulu pun BN sanggup membuat iklan di laman Yahoo. com semasa pilihanraya lepas. Dengan ada fb pula, dipercayai jentera pilihanraya BN akan lebih berupaya melebarkan sasaran pengundi.
Soalnya sekarang, laman fb Najib itu hanya seperti ala kadar sahaja. Jika diteliti profile beliau, tidak tertulis maklumat diri yang lengkap. Apatah lagi untuk mengemas kini status beliau 'What's on your mind?'. Kita percaya beliau tiada masa untuk lakukan semua ini.
Oleh itu, barangkali penyokong fb beliau itu seronok bercakap sorang-sorang. Biarkanlah sahaja mereka! Namun adakah ini menjadi satu saluran khusus untuk rakyat kepada seorang Perdana Menteri itu belum lagi dibuktikan.
Tidak dinafikan juga, tetap ada sebilangan pemimpin PR yang mempunyai akaun dalam fb. Cuma adakah itu yang ori diri mereka atau sekadar peninggalan semasa usia remaja dahulu-kala.
Jumaat, 20 November 2009
Politik Masa Kini
Seperti malam yang gelap, itulah misalan yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW berhubung susasana fitnah akhir zaman. Gelap dalam menentukan mana yang benar dan salah, mana baik dan mana yang lebih baik. Tanpa satu panduan yang jelas, kita akan terus meraba dalam kegelapan itu kerana kita kini berada pada akhir zaman.
Tidak hairanlah betapa komplikated sekali politik di Malaysia hari ini. Setiap parti-parti politik ber’perang’ bagaikan tiada hentinya dan negeri-negeri pula dengan krisis dalaman. Pelbagai perkara berlaku dalam suatu masa dewasa ini. Sebagai contoh pada masa yang sama kes Altantuya dan Beng Hock menghantui politik, kes MB Perak mencelarukan, serangan politik bertubi kepada PAS melemaskan, dan pelbagai lagi berlaku bersilih ganti.
Bagi kita yang beragama Islam tidak harus terkejut apatah lagi tertekan dengan isu-isu yang tiada noktah ini kerana kita telah diberi tahu awal dalam hadith nabi. Hanya orang Islam yang kurang ilmu dan iman akan selamanya duduk dalam kegelapan mengikut ketua-ketua mereka yang sedang sesat. Sesat mereka kerana dua dustur utama iaitu Al-Quran dan hadith telah disampingkan.
Melihat sekarang Pakatan Rakyat semakin hari semakin utuh apabila hari-hari ditekan dari pelbagai oleh BN. BN pula semakin lama semakin mendedahkan kecacatan yang ada pada parti itu selagi mana mereka sibuk mencari kelemahan Pakatan Rakyat. Sudah tiba masanya untuk menurunkan kerajaan BN dari kuasa pemerintahan setelah mengamati barah yang ada tidak mampu lagi dirawat segera.
Sekarang, rakyat sudah mula menghadam maklumat dengan baik, teliti, dan bijak. Biarpun media utama negara dikuasai oleh kerajaan BN sepenuhnya yang mencanggahi dengan etika mereka, rakyat celik tidak mudah dimomokkan. Capaian teknologi dan malumat dihujung jari yang ada abad ini mampu untuk member kita ruang mengkaji dan menimbangkan sewarasnya apa sahaja isu politik yang timbul.
Inilah salah satu faktor yang merubah bentuk politik zaman dahulu dan kini. Pembangunan minda yang pesat selari lahirnya peningkatan modal insan menukar politik kearah suasana intelektual. Wacana minda dan perbahasan sesuatu perkara suatu perkara yang disambut baik supaya rakyat dapat melihat apa yang berlaku sejelasnya dan menghapuskan budaya fitnah memfitnah. Bercakap atas hujah yang benar dan melaksana dengan berhemah.
Moga perkembangan baik ini mampu menyuluh sedikit demi sedikit kebenaran. Politik sangat penting kerana tanpa politik ibarat makan nasi tanpa lauk. Apa yang kita mahu ialah politik bersih, amanah dan adil setiap masa dan ketika.
*Tulisan ini telah dihantar ke pihak Harakah.
Rabu, 28 Oktober 2009
Rakyat Trauma 1Malaysia
Atas nama Perkhemahan 1Malaysia beberapa sekolah telah dipanggil untuk menyertai kem ini. Kem yang disertai dikalangan murid-murid sekolah rendah bukanlah masanya untuk kita melupakan aspek keselamatan terhadap mereka dari setiap sudut.
Jika 22 orang murid sudah terhumban dalam sungai yang berarus deras itu, maka 44 orang ibu bapa pula menjadi resah gelisah. Selain itu kejadian malang ini memberi tamparan hebat dari pihak ibu bapa kepada peganjur perkhemahan itu malah boleh dibawa ke mahkamah untuk disaman. Penganjur mesti bertanggungjawab dan membayar pampasan.
Nasi pun sudah menjadi bubur, 2 orang hilang dan seorang telah mati. Mungkin dua orang yang hilang itu dipercayai sudah mati. Kenangan hitam ini akan sentiasa menghantui mangsa yang terselamat setiap kali malam yang hitam berlalu dan mereka mungkin tidak akan menjejak kaki lagi atas mana-mana jambatan selepas ini ataupun menyertai perkhemahan.
Inilah dinamakan trauma. Jika mereka trauma dengan insiden sedemikian, rakyat pula trauma dengan nombor 1 atau 1 Malaysia kerana teringat kejadian menghayat hati dan meragut nyawa. Setiap kali sebut 1Malaysia, teringat 1jambatan di Kuala Dipang!
Jumaat, 23 Oktober 2009
Rasul Melayu atau Rasul UMNO?
Inilah akibat pendidikan agama tidak dititikberatkan oleh kerajaan Umno sepanjang pemerentihan mereka. Malah subjek sains lebih diutamakan sehingga terlepas pandang bahawa agama lebih penting dari sains. Jika beginilah lagi, bertambahlah kejahilan rakyat pada agama seperti mana yang berlaku hari ini.
Doanya, agar ALLAH tidak menurunkan azab yang terlalu pedih kepada kita di Malaysia. Dosa Rasul Melayu satu dosa yang maha besar. Lagi maha besar jika kerajaan yang memerintah tidak melakukan apa yang dikehendaki ALLAH.
Rabu, 21 Oktober 2009
1Malaysia Tidak Merawat Penyakit Sosial
Penyakit sosial yang terus membarah tidak akan dapat ditangani dengan pendekatan 1Malaysia. Setiap hari pembunuhan dan rompakan berlaku seperti diceritakan di dalam akhbar tempatan. Kita tidak pernah sepi dari kes seperti ini yang membayangkan penjenayah di negara kita masih mengancam keselamatan rakyat.
Berita mengenai pelacuran tidak pernah ada titik noktahnya. Sentiasa ada pelacur yang ditahan walaupun serbuan dilakukan dan beberapa pusat hiburan yang disita. Kita dibayangkan kerja-kerja menangani masalah sosial ini hanya menjadi tanggungjawab penguasa seperti polis. Sedangkan penguasa yang paling berkuasa ialah kerajaan itu sendiri.
1Malaysia hanya laku atau pakai jika ada majlis rumah terbuka atau aktiviti makan-makan. Perkara lain amat mustahil. Dari segi ekonomi pula apakah telah di 1Malaysia kan?
Ahad, 11 Oktober 2009
Respon Positif Kemenangan BN
Dengan kekalahan PAS ini adalah petanda baik. Petanda bahawa untuk menggempur kubu-kubu BN di sesetengah kawasan adalah sukar. Maka cabaran ini berkait rapat dengan agenda Pakatan memenangi PRU13. Penelitian mestilah dikaji mendalam dan kita harus belajar dari kekalahan ini.
Biasanya apabila BN menang, kita akan mendengar:
a) Rakyat telah kembali memberi keprcayaan kepada BN dan ini adalah tanda Najib berjaya membaiki imej BN yang teruk sebelum ini. Akhirnya usaha kita berjaya.
b) Pakatan Rakyat sudah tidak diterima kerana hanya mencetus provokasi dan menyusahkan rakyat. Rakyat sudah menolak Pakatan.
c) BN adalah parti untuk 1Malaysia. Kerajaan sangat perihatin kepada masalah rakyat dan akan teruskan kesinambungan. Kerajaan amat serius terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang parti.
d) Terbukti segala apa yang dituduh oleh Pakatan adalah tidak benar. Sebaliknya BN satu-satunya parti yang bergerak lurus, seimbang, dan maju.
e) BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRU yang seterusnya kerana rakyat sudah boleh menerima kita semula.
f) Rakyat kini sudah bijak dan mereka telah melaksanakan demokrasi dengan betul serta membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan kehendak masakini.
g) Isa Samad boleh jadi MB Negeri Sembilan semula.
Selasa, 1 September 2009
Hadiah Kemerdekaan Kerajaan BN
"Minyak naik lagi" getus seorang rakyat Malaysia. Apapun kenaikan, setakat ini kuasa rakyat masih tidak dapat menurunkan harganya. Ini kerana harga minyak mengikut harga pasaran dunia.
Pasaran dunia itu pasaran dia. Kita sebagai rakyat jelata tidaklah faham pengiraan minyak dan bagaimana ia diuruskan. Tapi apa yang rakyat harapkan ialah kerajaan mengambil peranan aktif dalam mentadbir urus niaga minyak dunia.
Negara kita bersyukur mempunyai telaga minyak tersendiri. Tetapi kita saling tidak ubah seperti ketiadaan telaga itu kerana harga minyak naik dan naik. Kita terpaksa bayar mahal di bumi sendiri dari khazanah satu Malaysia.
Hari raya yang bakal kita raikan nanti diserikan dengan isu minyak. Rata-rata seluruh rakyat Malaysia terutama Muslimin atau orang melayu akan pulang ke kampung. Mahal atau tak, minyak perlu diisi penuh ke dalam tangki kenderaan.
Sabtu, 29 Ogos 2009
FRU Gagal Sembur Kepala Lembu
Biar sekecil mana isu itu, akan diapi-apikan keseluruh telinga rakyat. Menekan kepimpinan PR Selangor tanpa rasa insaf dan tanggungjawab. Hatta di bulan Ramadhan ini sekalipun, tindakan biadap menghina agama lain dan mencetus provokasi adalah suatu kesalahan yang mesti diajar.
Malah mereka sanggup memainkan kalimah 'Takbir' kepada 'Take beer' dan lagi terdesak, menghina dan menzahirkan lagi kedunguan mereka di mata masyarakat yang kini telah celik menafsir politik. Bertopengkan songkok, kopiah, dan kalimah "ALLAHUAKBAR", ini semua adalah satu propaganda untuk memberi tanggapan buruk kepada Islam dan PAS.
Sejak dari dulu lagi, isu babi, isu lembu, semuanya perkara yang pendek akal untuk mereka berkumpul dan berdemo. Mengapa tidak membantah istana Khir Toyo yang tersergam indah sedangkan mereka hidup duduk dalam berhimpit anak bini? Inilah satu permainan politik yang sahaja diatur sehinggalah PR tumbang di negeri Selangor.
Kita harus sedar, ketua UMNO di negeri Selangor sekarang siapa lagi kalau bukan Najib. Nampaknya ada satu agenda tersembunyi untuk dia 'memegang' negeri tersebut.
Kalau perhimpunan seperti ini, yang membawa kepala lembu, satu kepala FRU pun tidak nampak. Tidak seperti apa yang berlaku pada hari Sabtu tempoh hari sebagaimana kita tahu jalan ditutup, dan rakyat ditahan. Maklumlah, akta pencegahan...
Kepada yang memainkan kepala lembu siang tadi, ingatlah bahawa lembu itu makhluk ALLAH sama seperti mereka. Setiap makhluk yang dizalimi, doanya maqbul oleh ALLAH. Tunggulah nanti, anak cucu kau lahir berkepala lembu (kenan) kalau tidak bertaubat.
Isnin, 10 Ogos 2009
Lambaian Mu Di Pintu Kuil
Najib merestui hal ini kerana beliau diam. Barangkali ini adalah satu cara untuk menarik ramai pelancong dan penganut agama Hindu agar me'makmur'kan kuil itu. Pun begitu, gambar muka replika itu tidaklah tepat seperti muka sebenar Najib.
Muka replika itu menunjukkan seperti seorang kaum keterunan India juga (mengikut tafsiran masing-masing). Kita boleh juga replika Muhyiddin di sebelah replika Najib. itu satu hari nanti Tangan kanan pula melambai dan tangan kiri sorok ke belakang.
Pepatah melayu ada mengatakan, baling batu sorok tangan. Replika itu adalah contoh terbaik bagaimana hendak sorok tangan apabila sudah membaling batu.
Nasib baik mereka buat replika itu depan kuil, kalau depan masjid, dah lama kena tebas. Boleh juga selepas ini meletakkan replika Najib di setiap bandar-bandar ataupun kuil.
Sabtu, 1 Ogos 2009
Tak Kan Ampun Dosa Polis
Sokongan padu rakyat akan terus mengalir dalam darah bersama memansuhkan ISA. ISA umpama Guantanamo sekalipun apa pindaan 'murni' yang mahu BN laksanakan. Tangkapan yang dilakukan, tangan yang tergari, pasti satu hari akan memusnahkan kezaliman yang mereka lakukan, dengan izin ALLAH.
Gas pemedih mata seolah menjadi buah tenis bagi permainan 'chopper'. Polis yang melontarkan peluru itu disambut oleh rakyat yang tidak takut dan gerun pada senjata itu. Lantas membaling sekuat hati kepada polis yang sedang membelenggu mereka.
Di satu sudut, beberapa pemimpin kanan Pakatan ditangkap mereka. Pasti malam ini tidur di lokap bersesak-sesak. Manakala Dr.Hatta Ramli dikasari sehingga baju terkoyak. Demi perjuangan, itulah risikonya dan risiko itu adalah makanan bagi kita.
Rabu, 29 Julai 2009
1 Ogos Yang Berbaloi-Baloi
Akta zaman British ini adalah satu bentuk kezaliman yang hari ini cuba dihiaskan menjadi 'cantik' dan bersih. Tetapi rakyat terutama mereka yang menjadi mangsanya cukup tertekan dan mahukan restu kerajaan agar mereka dibebaskan. Jika bersalah, masuk kan ke dalam landasan keadilan yang benar agar tiada sesiapa dizalimi.
Maka rakyat yang diistilahkan sebagai anti-ISA akan berhimpun beberapa tempat di KL. Demostrasi besar-besaran ini seumpama demostrasi PPSMI sebelum ini. Dengan menggunakan formula yang sama, harapnya kerajaan akan mendengar suara rakyat yang tidak mahukan ISA lagi seperti mana PPSMI telah dimansuh.
Disebalik itu, wujud pula beberapa kerat pro-ISA yang sengaja ingin turun sama memanaskan suasana. Mereka akan berkumpul di sekirat KL dan berdemo untuk menyuarakan sokongan mereka pada ISA. Dipercayai golongan ini membujur lalu dan melintang patah, dan bukan calang-calang juga.
Maka pihak Polis adalah pihak yang ketiga. Mereka diantara kedua-dua gerombolan itu. Ujarnya kawalan sangat ketat akan disaksikan. Dua hari sebelum malah lebih dari itu, polis akan menempangkan perancangan ini. Menjadi tradisi untuk menurunkan barisan FRU bagi menghentikan gelombang besar ini dengan apa cara sekalipun termasuk kekerasan jika perlu.
Pasti 1 Ogos ini berbaloi-baloi juga. Ini kerana pada malam itu pula anda boleh ke Kelab Equestrian Bukit Kiara berehat menyaksikan Konsert Awan Biru dari kumpulan Search.
Harapnya BN seperti awan biru itu, yang hanya datang sementara dan akan beredar ke tempat lain. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, bukannya awan.
Khamis, 14 Mei 2009
Dah Lawa Tu Najib
1Malaysia, apa yang kita sudah dapat faham mengenainya. Adakah perpaduan? Jika perpaduan lah maknanya, sejak dari bangku sekolah rendah lagi kita sudah diterapkan. Kisah 3 sekawan Ali, Ah Chong, dan Muthu itu harus dikatakan 1Malaysia. Namun itu hanya dalam sebuah silibus pengajaran pelajar sekolah. Paling tepat makna perpaduan BN ialah rakyat bersatu padu pelbagai kaum dengan satu pentadbiran BN. Rakyat haruslah bersama-sama menerima BN.
"Rakyat di dahulukan. Prestasi diutamakan." Maka Najib bergegaslah untuk turun Pudu, Pantai Dalam, dan sebagainya. Umumnya tempat yang beliau pergi itu ialah kawasan yang padat dengan orang ramai. Amalan turun padang memang baik, sebaik-baik amalan turun padang ialah seperti Saidina Umar Al-Khattab dan Umar Abdul Aziz. Fikirkanlah!
Hari ini, nama baru lagi keluar. Nama Perdana Menteri bertukar kepada "Perdana Menteri Rakyat". Okaylah, letaklah apa-apa nama pun Najib... PM Rakyat itu tetap Najib Razak. Suara rakyat dah banyak sangat berkumandang. Ia bukan sahaja suara yang mahu pembangunan dan penambah baikan perkhidmatan, tetapi lebih dari itu.
Rakyat mahukan pemerintahan yang baik. Tidak menggunakan polis untuk kepentingan politik mereka. Pentadbiran berjalan di atas undang-undang dan perbicaraan mahkamah yang telus tanpa ada sebarang kesamaran. Alih-alih, rakyat kena tahan tak tentu pasal. Ini realitinya semenjak dari dahulu lagi Mahathir memerintah.
Nilai kosmetik terlalu tinggi harganya bak taraf Datin Sri dan Mak Datin. Boleh letak botox lagi baik, nampak tegang dan montok gitu. Ia cuma luaran sahaja. Orang ada kata, "yang penting ialah hati..."
1Malaysia, apa yang kita sudah dapat faham mengenainya. Adakah perpaduan? Jika perpaduan lah maknanya, sejak dari bangku sekolah rendah lagi kita sudah diterapkan. Kisah 3 sekawan Ali, Ah Chong, dan Muthu itu harus dikatakan 1Malaysia. Namun itu hanya dalam sebuah silibus pengajaran pelajar sekolah. Paling tepat makna perpaduan BN ialah rakyat bersatu padu pelbagai kaum dengan satu pentadbiran BN. Rakyat haruslah bersama-sama menerima BN.
"Rakyat di dahulukan. Prestasi diutamakan." Maka Najib bergegaslah untuk turun Pudu, Pantai Dalam, dan sebagainya. Umumnya tempat yang beliau pergi itu ialah kawasan yang padat dengan orang ramai. Amalan turun padang memang baik, sebaik-baik amalan turun padang ialah seperti Saidina Umar Al-Khattab dan Umar Abdul Aziz. Fikirkanlah!
Hari ini, nama baru lagi keluar. Nama Perdana Menteri bertukar kepada "Perdana Menteri Rakyat". Okaylah, letaklah apa-apa nama pun Najib... PM Rakyat itu tetap Najib Razak. Suara rakyat dah banyak sangat berkumandang. Ia bukan sahaja suara yang mahu pembangunan dan penambah baikan perkhidmatan, tetapi lebih dari itu.
Rakyat mahukan pemerintahan yang baik. Tidak menggunakan polis untuk kepentingan politik mereka. Pentadbiran berjalan di atas undang-undang dan perbicaraan mahkamah yang telus tanpa ada sebarang kesamaran. Alih-alih, rakyat kena tahan tak tentu pasal. Ini realitinya semenjak dari dahulu lagi Mahathir memerintah.
Nilai kosmetik terlalu tinggi harganya bak taraf Datin Sri dan Mak Datin. Boleh letak botox lagi baik, nampak tegang dan montok gitu. Ia cuma luaran sahaja. Orang ada kata, "yang penting ialah hati..."
Bacalah juga:
-
"Biar nyawa melayang, jangan negara ku hilang! Bukan bererti darahku murah atas jasa yang ku sembah. Tetapi aku, adalah antara tentera ...
-
Begitulah UMNO, kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak. Dalam keterlanjuran Hishammudin (Hisham) mengangkat keris, ...
-
Benarlah bahawa kerajaan pusat telah merompak duit rakyat Terengganu dengan mengambil hak royalti hasil bumi mereka. Menteri Besar baru, Ahm...