(Sudah pun di update di wall page 10 hari yang lalu)
Pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai peraduan yang kami anjurkan. Sehingga, ada yang dari Indonesia dan ada juga kaum adam yang berminat menyertai peraduan ini. Namun, keutamaan diberikan kepada muslimah (Malaysia) sahaja.
Ramai yang sangat berbakat dan dapat menulis dengan baik, kisahnya terkesan dan menyentuh hati. Tapi, pihak kami telah memutuskan untuk memilih hanya 2 orang pemenang sahaja selepas memastikan peserta tersebut mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan (asalnya cuma seorang). Antaranya, hendaklah menulis PENGALAMAN sendiri, bermakna bukan hanya cerita/cerpen, tetapi kisah hidup penulis tersebut.
Berikut adalah 5 senarai yang terbaik pada penilaian dan pemerhatian pihak kami.
1. Ukhti Syauqah Nur
2. Ukhti Atiqah Adenan
3. Ukhti Lee Xue Zhen
4. Ukhti Waznah Alhamra
5. Ukhti Menang atau Syahid
Dan pemenang bertuah yang menjadi pilihan kami adalah:
>> Ukhti Syauqah Nur
>> Ukhti Waznah Alhamra
Manakala hadiah saguhati untuk perkongsian yang mendapat 'like' terbanyak dimenangi oleh:
Ukhti Menang atau Syahid
Kepada pemenang yang bertuah, sila PM nama penuh, alamat & no hp anda untuk tujuan penghantaran hadiah. Insyaallah, jika ada ruang & peluang, pihak kami akan menganjurkan peraduan lain pula nanti, biiznillah.
Tahniah semuanya dan teruskan berkarya! ^_^