Followers

Sunday, August 30, 2009

"Kalau Tuhan tu baik, kenapa buat neraka?"

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,

"Lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..Kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak,

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. Dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab,

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab
gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis itu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan,


"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.


Ustaz tersenyum dan menyoal lagi,

"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis itu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya,


"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "


Best kan cerita ni? Sama-sama fikir pedoman yang boleh diambil dan pengajaran untuk direnungkan. Artikel ni saya jumpa di sini. Rasa rugi pulak kalau tak kongsi, walaupun mungkin ada yang dah tau or dah pernah baca, harap ada yang dapat ambil manfaatnya. Ingatlah, Allah tu Maha Adil, Maha Penyayang. Kita ni je yang tak adil pada diri sendiri dan sesama manusia. Dah tau benda tu salah tapi buat jugak, kan? Sayangilah diri sendiri, sayangi juga makhluk Allah yang lain supaya kita juga disayangi.


"Sesiapa yang tidak mengasihi penduduk di bumi, maka dia tidak akan dikasihi oleh penduduk di langit."

Saturday, August 29, 2009

"Buah Tangan"


Buah tangan sempena ramadhan dari k.imah.
Doakan saya selalu ye...
Syukran, kak!MySpace

Tuesday, August 25, 2009

Bilakah izrail akan menjemputku...?


~Sajak Syed Qutb~
Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini
Dan Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar

Sayyid Qutb-1966

Monday, August 24, 2009

"Aku masih merinduinya..."


Ramadhan menjelma lagi…
Kenangan yang lalu menggamit memori...
Mana mungkin dapat kulupakan dirinya, sehingga saat saat dan detik ini...
Mampukah kucapai husnul khatimah sepertinya?
Aku tidak pasti...
Andai baik jiwaku, hasanahlah pengakhiranku...
Namun kusedar...
Sehingga kini, jiwaku masih sarat dengan cinta dunia...
Hatiku masih kelam dengan belenggu dosa, penuh titik hitam...
Aku masih belum mampu memandang segalanya dari kaca mata ukhrawi…
Setahun yang lalu, aku kehilangannya...
Kenangan itu kembali mengusik emosi, meruntun jiwa...
Hatiku menangis dipagut sayu...
Kelopak mataku mula digenangi air...
Tanpa kuundang, titis-titis jernih itu gugur membasahi pipi...
Begitu banyak berita kematian yang singgah di pendengaranku...
Apakah istifadah yang dapat kukutip?
Aku bertanya sendiri...
Akalku cuba menafsir...

Aku ingin membersihkan jiwaku...
Di madrasah ramadhan ini...
Aku ingin menggandakan amalanku...
Di pesta ibadah ini...
Aku ingin lebih dekat dengan-Mu...
Di bulan yang barakah ini...
Aku ingin...
Izinkan aku Ya Allah...
Sudah setahun berlalu...
K.hajar meninggalkan kami...
Masih kuingat, malam 9 ramadhan tahun lalu...
Aku menerima khabar itu...
Begitu payah untuk kuterima suratan takdir yang tercatat sejak azali...
Akalku cuba memujuk emosi untuk lebih bersabar...
Berkali-kali aku memujuk diri...
Walau dadaku berombak kencang…

Walau mutiara-mutiara jernih terus mengalir tanpa dapat diseka…
Tenanglah duhai hati...

Allah lebih menyayanginya...
Pemilik jiwa itu lebih berhak ke atasnya...
Dan aku mula belajar erti redha...
Walau hatiku terasa pedih...
Walau hatiku perit...
Namun kupasrah...
Semoga dirimu tetap dan sentiasa tenang di sana...

K.hajar...
Saya sayangkan akak dunia akhirat...
Rahmatilah dirinya ya Allah...
Ameen...

Saturday, August 22, 2009

"Kemuliaan Ramadhan"


Ramadhan bulan ibadah
Bulan kerahmatan dan keampunan
Para malaikat merendahkan sayap
Untuk menghitung pahala berganda

Ramadhan bulan berpuasa
Bulan kesabaran dan keinsafan
Lapar dahaga mendidik jiwa
Menundukkan nafsu mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
Ditutup pintu neraka
Dibelenggu syaitan yang durjana
Dihentikan azab di pusara

Bersyukurlah pada rahmat-Nya
Dikurnia bulan yang mulia
Beruntunglah bagi mereka
Yang mendapat keberkatan-Nya

Tiap satu pahala ibadah
Tujuh puluh ia digandakan
Sepuluh akhir ramadhan
Dikurniakan lailatul qadar
Malam yang terbaik
Diumpamakan seribu bulan



Alhamdulillah segala puji-Mu Ya Allah kerana masih memberiku ruang dan peluang untuk terus bernafas di bumi-Mu, untuk berada dalam madrasah ramadhan...
Mogaku mampu mentarbiyyah diri dan mendidik nafsu...
Berkatilah setiap detik masa yang kulalui...
Berkatilah setiap langkah perjalanan hidupku...
Berkatilah sisa-sisa umurku...
Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya....
Ameen...