Tuesday, March 20, 2012

BIASISWA 6 MAHASISWA DITARIK BALIK

Tindakan sedikit tetapi impak yang besar itu lah yang berlaku kepada 6 orang mahasiswa yang mendapat tajaan pendidikan kerajaan negeri Terengganu. Mereka yang sedang menjalani pengajian di Universiti disekitar Mesir didapati bersalah kerana terlibat dalam demonstrasi mendesak pemansuhan AUKU 1971 serta himpunan Bersih 2.0 di Mesir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan.  

“Kita hantar mereka (pelajar) ke Mesir untuk menuntut ilmu tetapi apa yang mereka lakukan adalah pergi berdemontrasi, berpolitik dan situasi ini tidak seharusnya berlaku. 

SuaraUPSI melihat tindakan yang tegas daripada pihak kerajaan negeri ini adalah wajar berikutan mereka adalah sebagai penaja sudah pasti  ingin melihat anak-anak tajaannya fokus dalam pengajian. 

Sebagai pelajar yang mendapat tajaan pula, semestinya anda perlu lebih sedar dengan tanggungjawab sebagai pelajar. Menyokong apa-apa gerakkan itu tidak salah tetapi janganlah kita membahayakan masa depan kita sendiri dan bijak dalam menyuarakan pendapat. 

p/s : siapa yang rugi?

No comments: