Thursday, February 3, 2011

Temuduga Guru KPM Bermula 7 Februari

Tg Malim, 3 Februari - Siswa/i UPSI yang baru sahaja menamatkan praktikum lepas kini sudah boleh menarik nafas lega apabila semua siswa/i yang telah mengisi borang eGST pada 20 Disember- 14 Januari yang lalu kini sudah pun dipanggil untuk menghadiri temuduga bermula pada 7 Februari 2011 ini hingga 11 Februari 2011.

Ramai senior-senior yang terkejut dengan kecepatan panggilan temuduga ini, berikutan mengikut pengalaman senior ambilan Disember yang lalu mereka hanya dipanggil temuduga pada bulan Mei mengambil masa 5 bulan untuk menunggu dan penempatan pada bulan Jun/Julai. Berbeza dengan kohort ambilan Disember 06/07 kali ini yang hanya perlu menunggu dalam masa 3 bulan untuk dipanggil temuduga. 

Wartawan SuaraUPSI sempat menghubungi YDP MPP Pimpinan Bitara untuk mendapatkan ulasan tentang kecepatan ini. " proses untuk mengawalkan temuduga ini bukanlah mudah, kerana perlu mendapat suara sokongan dari siswa/i dan saya hanya menyampaikan hasrat siswa/i ambilan Disember 06/07 kepada KPM serta Y. Bhg. Dato' Naib Canselor dengan cara yang paling berhemah untuk menyelesaikan masalah ini" ujarnya. 

" Alhamdulillah Y. Bhg. Dato' bersetuju untuk mengawalkan tarikh senat untuk membolehkan ambilan Disember 06/07 mengisi borang eGST sebelum tarikh tutup pengeluaran borang, ini adalah berkat doa siswa/i juga " ujarnya lagi. 

Warga SuaraUPSI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua siswa/i ambilan Disember 06/07 yang telah berjaya dipanggil untuk temuduga semoga anda semua berjaya dalam temuduga tersebut. Sebelum menghadiri temuduga persiapkan diri anda dengan dokumen-dokumen penting seperti, surat kelahiran, sijil SPM, Transkrip Ijazah, Diploma, SPM, dan sijil Kokurikulum yang berkaitan serta surat tawaran biasiswa KPM (jika ada). SuaraUPSI juga mengucapkan tahniah kepada MPP Pimpinan Bitara yang berjaya mengawalkan proses pengisian borang serta sesi temuduga untuk ambilan Disember 06/07 kali ini.

Terus bersama SuaraUPSI melihat perkembangan terbaru dalam kampus UPSI 

3 comments:

Syai'Ezal Ryzal said...

Tahniah buat Kalian semua.. buat senior-senior buat team pimpinan bitara buat pihak2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung... TAHNIAH TAHNIAH TANIAH.... good Job !!!

Anonymous said...

terima kasih kepada MPP Pimpinan Bitara terutama kepada saudara Mohd Razik Bin Khalid selaku YDP MPP kerana telah membantu mempermudahkan semuanya bagi kami...

inilah pemimpin yang kami perlukan..

Anonymous said...

TERUSKAN PERJUANGAN MEMARTABATKAN MAHASISWA DAN MENYELESAIKAN MASALAH MAHASISWA DENGAN CARA BERHEMAH DAN MENYENANGKAN DUA2 PIHAK.....PIMPINAN BITARA KEHENDAK MAHASISWA UPSI.....KAMI SOKONG PIMPINAN BITARA...INI YANG KAMI MAHUKAN.....XSIA2 PILIH ANDA MENJADI MPP RAZIK...TQ