Saturday, March 24, 2012

BATU NISAN Tanda Pro Mahasiswa akan Berkubur

PUTRAJAYA tercemar dengan kehadiran kumpulan yang memburukkan nama UPSI pada awal tahun baru ini. Siapa mereka? SuaraUPSI yakin semua mahasiswa/i kenal kumpulan mereka dan tidak perlu SuaraUPSI perkenalkan, kumpulan yang telah memburukkan nama UPSI yang kita cintai. 

Kali ini mereka membawa BATU NISAN misinya adalah untuk membantah penundaan PRK kepada bulan September 2012. SuaraUPSI pelik kerana penundaan PRK bukanlah dilakukan dengan suka suka ini kerana perubahan dan penundaan telah pun mengambil kira keterlibatan keseluruhan mahasiswa semasa proses Pilihanraya Kampus. 

Jika benar mereka mengamalkan demokrasi mengapa hendak membantah penundaan PRK.  Sudah terang dan nyata jika terus dilaksanakan PRK pada bulan April ini kita akan membelakangkan hak mengundi dalam kampus kepada semua pelajar Diploma, bukankah ini tidak adil kepada mereka.

SuaraUPSI dapat merasakan gelombang  ketakutan mereka berpunca daripada gelombang kebangkitan Aspirasi yang sedang kuat melanda semua kampus diseluruh Malaysia menyebabkan mereka merasakan ini adalah cara yang terbaik untuk menarik perhatian umum bahawa mereka ditindas lagi. Sedangkan tidak timbul isu dalam hal ini, tiada bezanya PRK pada semester ini atau semester hadapan.

Tindakan menyerahkan batu nisan kepada Pegawai Menteri KPT juga tidak melambangkan keintelektualan mereka dalam menangani isu. mungkin ini tanda bahawa Pro Mahasiswa akan berkubur dan batu nisan yang dibawa itu adalah untuk mereka sendiri.



p/s : 
Pro Mahasiswa = Mahasiswa Pendidik(MPUPSI) + Legasi Mahasiswa Progresif(LMPUPSI)


No comments: