Assalamu'alaykum
Sesungguhnya program seharian amat mengekang waktu untuk melayani anak-anak beraktiviti. Paling koman, bawak anak pergi taman dan biarkan mereka bermain sambil kita sendiri membelek smartphone. Itulah masa untuk kita bermeeting kecil dengan sahabat seperjuangan di whatsapp, atau menghabiskan bacaan al-quran atau menelusuri imformasi di internet yang berbagai dan tentunya tak pernah habis dan selalu akan menarik minat kita. Tapi jangan lupa!!! Anak-anak juga perlukan perhatian kita.
Dalam seminggu mungkin hanya ada dua atau tiga malam yang betul-betul tiada apa-apa program. 2, 3 malam ini jugalah yang akan digunakan untuk shopping barang rumah samada ke pasar malam atau ke pasar raya. Beli stok untuk seminggu dua. Malam-malam yang lainnya, ada liqa' usari untuk diri sendiri, liqa' halaqah untuk anak-anak usrah, program DnT daerah, weekendnya program untuk masyarakat atau DnT tambahan untuk diri sendiri atau anak usrah. Tidak kata tiada masa, tapi realitinya memang begitu.
Itulah sedikit sebanyak pengorbanan masa yang berjaya di aturkan. kata Pak Hassan al-Banna dalam rukun ke-5 risalah ta'lim:
“Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat”. Ya, inilah pengorbanan yang dituntut dari akh muslim. Inilah pengorbanan yang diseru oleh Allah dan dididik para sahabat oleh Rasulullah saw.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dengan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah lalu membunuh dan dibunuh. Itulah janji yang sebenar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (Surah At-Taubah: 111)
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak.” (Surah Al-Baqarah: 245)
“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya“. (Surah Al-Baqarah: 207)
MasyaAllah, ayat-ayat Allah itu amat memotivasikan.
Ya, hidup kita memang busy. Penyusunan masa yang efektif sangatlah perlu agar anak-anak, mutarabbi kecil yang sedang membesar ini mendapat cukup kasih sayang dan perhatian yang penting untuk proses tumbesaran yang positif. Anak-anak tu kalau tak tengok pun insyaAllah dia akan besar juga kan....tapi tumbesaran yang bagaimana??
Berhalaqah bersama mutarabbi di kediaman kami. Lihatlah mutarabbi kecil berbaju biru melingkar ditengah halaqah tu. Mungkin dia yang paling banyak serap ilmu.
Salah seorang mutarabbi memberikan penyampaian. Mutarabbi juga umpama anak yang perlu di serlahkan potensi mereka. Mutarabbi pewaris dakwah ar-Rasul. Dan anak juga adalah mutarabbi kita.
Semalam ada ruang masa yang kosong di waktu malam. Sebenarnya rasa agak rare begitu. Macam terfikir, "eh, malam ni takder apa-apa???" Rasa nak cek beribu kali kelendar tu. hahaha.... Sejenak terfikir, inilah masa untuk anak-anak pula. Maksudnya secara khususnya adalah untuk mereka sahaja dan semata-mata. Yang lain masa tu bukanlah tak kisahkan mereka, tapi hanya dikesempatan waktu yang sedikit. Ayuh ayah ibu, kita luangkan masa bersama anak-anak.
Dikesempatan semalam kami buat aktiviti menyusun getah rambut berwarna warni di batang kayu yang dipacakkan di penapis sayur. aktiviti ini adalah untuk melatih kemahiran motor halus dan mengenal serta membezakan warna.
Alat:
Penapis sayur
Getah rambut kecil yang berbagai warna
Batang kayu-chopstik,lidi atau batang plastik pun boleh la..
Caranya:
Pacakkan batang kayu pada penapis sayur mengikut bilangan warna getah rambut. Dan pandu anak-anak untuk memasukkan getah rambut ke batang kayu mengikut warnanya. Buat sekali dan insyaAllah dia boleh buat sendiri untuk yang seterusnya, bagi peringkat umur dua setengah ke atas. Kakak Hamnah yang berumur 2 tahun 10 bulan dah boleh differentiate warna dan memasukkan gelung getah rambut dengan baik. Kakak Hamnah juga nampak sudah fokus untuk buat aktiviti ini sampai siap.
Khusyuk memasukkan getah rambut mengikut warna ke batang kayu
Nawar nak masukkan aja. "Betul ke masuk kat situ Nawar?"
Untuk anakanda Nawar yang berumur 1 tahun 4 bulan, masih belum boleh differentiate warna dan belum boleh memasukkan gelung getah rambut dengan sempurna (getah rambut yang saya gunakan bersaiz kecil. Muat-muat batang kayu tu aja). Umi kena cakap satu-satu pada Nawar, "Nawar, ini warna merah. Warna merah masukkan kat sini." dan tolong Nawar untuk masukkan gelung getang rambut tu. Begitulah untuk warna seterusnya. Nawar juga masih belum dapat fokus dalam masa yang lama sehingga siap semua getah rambut dimasukkan. Jadi umi alihkan pula perhatian dia untuk baca buku mengenal haiwan dan buat bunyi sementara kakak Hamnah menyiapkan aktivitinya. Secara semulajadinya anak-anak umi ni memang suka baca buku. Mungkin kerana rutin umi sendiri masih bergelumang dengan research dari mereka dalam kandungan. Dan buku-buku haruslah acap kali dibuka bila nak prepare untuk usrah dan bila menghadiri usrah.
Hampir siap
Alhamdulillah siap....
Buat sekali lagi
Nawar baca buku pula. Menumpukan masa melebihi sepuluh hingga lima belas minit untuk aktiviti yang sama masih belum mungkin untuk Nawar
Beralih tempat membaca pula. Kakak memasukkan sendiri batang kayu ke penapis sayur.
Alhamdulillah...umi lega dapat luangkan masa beraktiviti bersama anak-anak.