Redha..


Apa jua masalah dan cabaran yang menimpa kamu,
redhalah dan bersabarlah.
Ingatlah! orang mu'min itu beruntung,
kerana kita ada DIA yang senantiasa mendengar segala rintihan. 
Melainkan orang yang melupakanNya, mereka akan rasa betapa sempitnya hidup ni,
tekanan yang dihadapi hari demi hari mematahkan semangat dan langkahnya. 
Kerana itu, menjadikan syaitan berpeluang menguasai dirinya,
Itulah lemahnya manusia yang alpa dan leka!
Yang hanya pentingkn dunia.


TAPI...
Mereka yang istiqomah  bermujahadah dan hanya meletakkan ALLAH dalam hatinya,
Biarpun jatuhmahupun tersungkur,
Mereka cekal walau disapa ujian demi ujian,
Bahkan, dia bersujud menangis,
Kerana mengertinya hakikat sebagai seorang hamba,
tandanya dia tidak pernah dilupakan olehNya.
Sedarlah dan mengertilah!!
Rahmat ALLAH dan pengampunanNya senantiasa terbuka untuk sekalian hambanya.


SAHABAT,
Andai DIA mulai bertapak di hati,
Janganlah pernah berputus asa untuk mendapat rahmatNYA.
Andai di hati,
Tiada rasa takut padaNya, segeralah menangisi hati yang telah mati,
kerana bukan butanya mata tetapi hati!

Beristighfarlah..
Kerana setiap saat dan ketikanya kita,
tidak pernah lekang dari sebarang noda dan dosa,
Sama ada yang secara TERANGAN mahupoun yang TERSEMBUNYI.

Wallahu A'lam.



moga ALLAH memberikan taufiq dan inayahNYA buat kalian semua. Aameen.

Advertisement

Comments
2 Comments

2 comments