Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Thursday, December 27, 2012

Isteri Solehah

Bismillah....

Rasanya ramai jer yang tahu bahawa wanita mudah memasuki syurga hanya dengan menjadi isteri yang solehah.


Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan 
1) mendirikan sembahyang lima waktu, 
2) berpuasa sebulan (Ramadhan), 
3) menjaga kehormatan dan
4) taat kepada suami, 
dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad) 


Mudahnya pra syarat untuk seorang wanita memasuki syurga bahkan boleh memilih mana2 pintu yang di sukainya. Setiap dari yang ada iman, masakan tidak mahu mengerjakan amal yang membawa ke syurga. 
Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”
Betapa tingginya darjat seorang suami seharusnya seorang wanita itu letakkan. 
Namun perempuan lebih ramai di neraka..
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Ooooooooohhhhhh..... begitu pula..... Jika sesenang itu wanita dapat masuk syurga tapi kenapakah bilangannya yang paling ramai dalam neraka?  
Yang pertma, kedua, dan ke tiga insyaAllah boleh dilakukan dengan jayanya oleh kebanyakan wanita yang ada iman di hatinya. Namun di sebalik hadis yang nampak ringkas ini, rupanya cabaran yang paling besar adalah pada yang ke empat. rupanya tidakah senang untuk menjadi isteri yang taat (and segala definisi taat yg berkaitan). Sabar di kala marah, masih bermanis muka walaupun merajuk beria-ia, sentiasa merendahkan dan melembutkan suara and so on dikala itu semua tak mampu nak di buat dalam keadaan sedih atau marah. Dannnnn yang paling utama, menjadi isteri yang diredhai oleh suaminya. 
Apa yang menyebabkan dosa itu boleh terjadi yer....:
Jika dilihat pada zaman yang moden ini. Ramai wanita yang terpaksa juga berkerja untuk menampung pendapatan keluarga. Segalanya serba tak cukup jika suami seorang sahaja yang berkerja. Disebalik penjagaan diri yang sempurna ketika keluar berkerja, ada juga cabaran lain bila kepenatan berkerja. Kadang-kadang itu boleh menyebabkan beberapa perselisihan faham.  
Memang terdapat suami yang tidak baik akhlaknya. Mungkin malas berkerja, melayani isteri dengan tidak sepatutnya, zalim, even sekecil bercakap dengan kasar. Akhlak-akhlak buruk suami turut menyumbang untuk isteri tidak melayan suami dengan baik, atau turut berlaku kasar. Mungkin kepincangan ini juga turut menyumbang kepada hal yang lebih buruk termasuklah berselingkuh dengan orang lain. ohhhh....wal iya'uzubillahu min zaalik.

Jika begitu, dimanakah keadilan bagi wanita dalam hal ini? Adakah dia hanya perlu tetap melayan suaminya sebagai raja walau dirinya hanya diperlakukan sebagai hamba? Dan sesungguhnya Islam itu memudahkan dan tidak menyusahkan. Dari awal pemilihan jodoh Rasulullah berpesan mafhumnya, "pilihlah yang beragama, jika dia tidak menyukaimu, maka dia akan melepaskanmu dengan cara yang baik." Dan jika berlaku kepincangan dalam rumah tangga, Rasulullah juga tidak memberatkan hal cerai,

Seorang perempuan datang kepada Rasulullah dan mengadu bahawa, dia ingin bercerai dengan suaminya.
Maka Rasulullah bertaya,"mengapakah kamu ingin bercerai?".
 Lantas dia menjawab, "suamiku menyelak tirai kamaru dan aku melihatnya rupanya hitam."
Tanya Rasulullah lagi, "Adakah dia memberikan mas kawin kepadamu?"
"Ya ada, berubah sebuah kebun," jawab perempuan tersebut.
"Maka pulangkanlah pemberian tersebut." Kata Rasulullah memutuskan.

See... Hanya kerana seorang lelaki itu berwajah hitam. Actually perempuan itu dinikahkan oleh ayahnya, tapi dia tak pernah tengok bakal suaminya yang kaya itu. Kenapa juga keputusan itu senang macam tu adalah, tunggak utama mendirikan rumah tanggah adalah untuk beribadat kepada Allah. Jika urusan ibadat tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh kerana sesuatu sebab dalam perkahwinan itu, maka tiadalah lagi asbab kukuh untuk sesuatu perkahwinan itu. Tapi jangan fikir kita di zaman sekarang, dan di negara sekarang ni senang sangat nak melaksanakan seperti diatas. Faktornya adalah kefahaman dan pengamalan yang tidak sama. Kalau cara dari awal dah salah, cara yang kemudian, bukan senang nak cerai jer... Kes cerai sekarang dah berlambak-lambak sampai tak terurus, so saya bukan berniat nak promo cerai....hoho~

Dari awal Islam menekankan penjagaan maruah, sebelum kahwin, dalam perkahwinan, hinggalah bab penceraian. Rasulullah banyak mencontohkan sikap dan perbuatan beliau dalam urusan rumah tangga.
"Yang terbaik diantara kamu adalah yang paing baik kepada keluarganya, dan aku adalah yang paling baik diantara kamu."
Dengan segala ke'busy'ain Rasulullah menjadi Rasul, suami, ayah itu, baginda tetap yang terbaik kepada keluarga. Al-kisahnya pula memang banyaklah kalau nak hurai. Jadi kita yang tak berapa nak busy ni kenalah berusaha untuk jadi yang terbaik kepada keluarga.

Dan kita percaya, apa yang kita bagi, itulah yang kita akan dapat, bahkan mungkin akan dapat yang lebih baik. Suami yang baik melayan isterinya, akan mendapati isterinya lembut hati dalam melayaninya. Ayah yang sentiasa meraikan anak-anaknya, akan mendapati anak yang sangat kasih kepadanya..

Sekian....


Perkembangan hamnah.


Bismillah....


Seingat ummi, Hamnah selalu je tak sihat bila mula masuk ke taska. Paling lama pun dua minggu je sihat, tu pun sebab balik kampung. Ummi Tanya rakan-rakan seangkatan yang hantar kawan-kawan hamnah ke situ. Mereka juga mereka mengatakan hal yang sama, tapi memang begitulah risikonya. Ummi rasa bersalah pulak hantar hamnah ke taska dan sebab itu menyebabkan hamnah selalu tak sihat. Kesian hamnah.

Yang bagusnya taska tu, dia sangat bersistem dan tahu semua keperluan anak-anak. Ummi pun tak tahu macam tu skali. That is why ummi confident sangat nak hantar kat situ. In terms of pembelajaran dan keperluan tumbesaran sangat terjaga.

Alhamdulillah hamnah adalah anak yang cepat belajar. Dan Allah takdirkan perkembangan motor dan mental Hamnah lebih cepat dari kawan-kawan yang sama umur dengan hamnah. Ummi pun tak tahu dari asbab yang manakah ianya berlaku. Yang pastinya ummi, abi and kakak kakak dekat taska berusaha untuk memberikan pendidikan untuk hamnah.

Alhamdulillah dalam masa mengandungkan hamnah ummi sempat khatamkan al-Quran tiga kali dengan perasaan hamnah juga sedang menghayatinya. Kerana hamnah hamba Allah yang masih suci, mesti absorptionnya sangat tinggi. Abi juga selalu trigger hamnah untuk do something new and challenging. And kami cuba sedaya mungkin untuk mewujudkan suasana al-Quran dalam rumah dengan kekangan masa yang ada. Ohhhh dunia, memang busy. Semoga kita pulang ke akhirat dengan bahagia.

Hamnah mula belajar berjalan dengan berpegang pada perabot ketika berusia lapan bulan dan mula berjalan sendiri pada usia Sembilan bulan. Sekitar ummur setahun hamnah boleh sebut perkataan yang dua suku kata dengan satu suku kata pada perbuatan yang menjadi kebiasaan hamnah. Contohnya, kasut hamnah akan sebut ‘cut’ atau ‘sut’. Buka hamnah sebut ‘kak’. Ummi panggil ‘amma’. Abi panggil ‘abah’. Hamnah akan ikut perbuatan yang abi dan ummi buat. Kerja yang paling hamnah suka dirumah adalah ‘mengemas rumah’. Biasanya hamnah dan abi lah yang mengemas hamnah dikala ummi begini. Hasilnya adalah negatif dan positif, respectively. Hhuhu….

Semoga Hamnah menjadi mujahidah yang solehah dan muslehah yang mursyidah....

Sunday, December 23, 2012

Berhotel di Hospital Pakar an-Nur

Bismillah...Bersiaran dari skrin kecilku..Segala puji bagi Allah yg telah menyediakan seluruh nikmat dibumi ini utk kemudahan bagi khalifah-khalifahNYA menjalankan amanah sebagai seorang da'i. Sedang diri manusia yang tercipta dari tanah ini tidak tertanding pun dengan penciptaan langit. Jadi atas sebab apakah manusia itu perlu menyombong diri mengingkari kewujudan tuhannya.

Menempuh kehidupan ini sesekali menyebabkan iman insan ada naik dan turun. OHhhh sungguh mencabar... ya Allah janganlah Kau benarkan hati kami menjadi futhur. Berdepan kehidupan ini juga boleh membuat hati wahan....(cintakan dunia,takut kematian).. Ohhh Tuhan..jadikanlah hati kami zuhud walau setinggi gunung manapun rezeki yg Kau limpahkan..Alhamdulillah setinggi syukur dipanjatkan kepada Allah yang masih mengurniakan akal yang sihat kepada hambaNya yang sungguh lemah ini. Semoga Allah thabatkan kaki hambaNya ini di atas jalan Islam.

Hamnah Mursyidah ‘Ammar telah mencecah usia 1 tahun 15 hari. Terasa sungguh cepat masa berlalu. Masih teringat-ingat basah memori menjaganya diwaktu bayi. 12/12/12 genaplah umur Hamnah setahun, dan ummi buat second scan untuk adik. Ummi sangat  teruja bila waktu scan, rasa bahagia tengok Hamnah (dulu) and adik berenang-renang dalam rahim ummi. Setiap bulan scanlah yang ditunggu, yang lain tak kisah sangat. Kalau tak, lebih baik checkup dekat klinik kerajaan. Actually lebih detail pantauannya kecuali scan, hanya 3 kali untuk setiap pregnancy. Alhamdulillah kesihatan ummi dari segi dalaman baik semasa mengandung. Cumannya bab loya, mual, pening, penat itu yang tak tahan.

Hamnah juga baru dapat vacsin tiga serangkai untuk umur setahun. Dalam masa tu juga hamnah sedang batuk. Kesian Hamnah. Tiga hari after vacsin Hamnah demam, dan semakin teruk hingga ke hari Rabu. Tapi ummi still hantar Hamnah ke taska lantaran urusan writing paper conference yang belum selesai. Hamnah pulang dari taska dalam keadaan yang amat lemah tak bermaya. Kata kakak Hamnah tak makan langsung. Hamnah asyik muntah berkali-kali. Sampai tak bermaya langsung dan asyik nangis. Ummi ajak abi bawak hamnah ke paediatracion an-nur. Ummi decide untuk hamnah admit setelah dinasihatkan oleh dr Khairul Azman. Maka admitlah hamnah dari rabu malam hingga ke hari Ahad. Tapi masih perlu di kuarantin dirumah sehingga next followup hari jumaat. 


warded!!. huhu...siapa yang sakit ni?

Hamnah, tangan dah masuk jarum. hamnah tertidur sementara menunggu urusan memasukkan drip. Badan sangat tak bermaya. Ummi pun sama sebenarnya. Abi juga minta cuti dua hari. Sampai habis cuti abi yg nak bawak kita balik kampung.

Hamnah pulang kerumah dalam keadaan lembik, mungkin sebab tak lalu makan. After masuk rumah, hamnah teruja tengok rumah hamnah yang telah lama ditinggalkan. Hamnah round satu rumah, cek semua bilik especially bilik yang hamnah selalu tidur sebelum warded. Mungkin hamnah rindu.


Hari Isnin petang tiba-tiba hamnah demam dan tak bermaya after bangun dari tidur. Abi risau betul and nak bawak ke klinik. Ummi lebih relax. Tengok hamnah dah tak panas dan bermaya sikit, so kami decide untuk tak pergi klinik. Ohhhh Hamnah…Ummi tak pergi lab untuk jaga hamnah yang dikuarantinkan kat rumah. Ummi dah boleh masak, Cuma ada bau-bau yang ummi masih tak boleh tahan. Ummi masak style sayur yang ummi nak makan bila pregnant ni. Tak berminyak dan tak serabut sangat. Cukup simple. Dan masak sotong yang tak beminyak juga. Rasa bahagianya dapat makan apa yang boleh dimakan.Bila pregnant, bab makanlah rasanya agak susah nak diuruskan. Tak semua makanan boleh masuk kemulut ni. Event dah order and makanan dah sampai depan mata, belum tentu makanan tu boleh menambat selera. Ohhhh…..seksa juga rasanya.


Rasanya resepi ni nama sotong rebus atau singgang. Resepi ni dapat dari tokmi. Dulu kecik2 takdelah ummi suka sangat makan sotong motong ni. Tapi sejap pregnant dgn tak tahu apa menda yg boleh masuk mulut ni ummi teringin plak nak makan sotong dengan resepi ni. Yang pastinya tidak berminyak dan sure boleh go to the mouth and stomach peacefully. Sungguh bahagia skejap. Ummi makan dengan Hamnah sampai tak sempat tunggu abi balik.


Ni juga sayur tanpa minyak means rebus lah kot dengan bawang yang minimum. Sebab bau bawang juga amat meloyakan.

Bila duduk dirumah, maka bermulalah kerajinan ummi dengan minat baking-baking tu. Tak jadi atau jadi itu adalah cerita kemudian. Pada hari isnin berkenaan ummi juga telah baking sebijik kek coklat moist dengan harapan dapat bagi pada maklang untuk bawak balik kampong memandangkan ummi belum berjaya menggapai cita-cita ummi untuk balik kampong dikala musim buah ini. Semoga hamnah cepat baik, then kita ajak abi balik kampung ummi pula untuk jenguk tokmi dan tok ayah, serta makteh, makcik dan pak usu. Bestnya berkumpul ramai-ramai. Ummi homesick.sekian....

Wednesday, May 9, 2012

Manusia vs Binatang, syaitan Berkerja



astaghfirullahal 'azhimm.....

Baru saja menonton video "seorang ibu mendera anak"yang dishare oleh seorang teman di fb. Walaupun tangan terketar-ketar nak tekan keyboard, hati berdebar-debar, muka rasa panas, terfikir-fikir nak tengok atau tidak. Akhirnya tengok juga. Semoga ia satu iktibar buat hati.

Seriusnya....perasaan ini menangis. Amat pilu bila melihat sikecil comel itu dipukul-pukul oleh ibunya yang mungkin dalam keadaan marah amat pada sicomel itu. Ataukah dia sedang meroyan? Mungkinkah itu ibu sikecil itu sehingga dia sanggupn buat begitu. Tiba-tiba rasa nak marah pula pada orang yang merakamkan video tersebut. Kenapa bukan dia yang menyelamatkan anak kecil tersebut???

Rasa ingin pergi kepadanya dan mengatakan, "anak kecil ini tidak pernah bersalah walau apapun yang dia lakukan."

Bagaimana perasaan keibuannya boleh merelekan perbuatannya?

Kelihatan anak kecil yang telah dipukul bertalu-talu itu tetap merangkak datang kepada ibunya, bagaikan ingin memohon maaf dan merayu agar tidak dipukul lagi. Namun kepalanya yang cuba diangkat itu di pukul berkali-kali dangan bantal. Tapi digagahkan juga untuk bangun dan pergi kepada ibunya, ditolak dan dipukul lagi.

semoga Allah sentiasa memelihara kita daripada akhlak yang tercela

Murninya hati anak kecil itu. Tidak punya dendam. Walaubagaimanapun dia diperlakukan, tetap dia datang kepada insan yang melahirkannya. Mengharap belas kasih untuk dia hidup di bumi Tuhan ini. Sedang jika Allah mahu, boleh saja anak itu membesar tanpa belas kasih ibunya atau sesiapa. Dia adalah asbab mereka mendapat pahala Allah.

Murninya fitrah anak kecil itu. Sesungguhnya hamba Allah itu fitrahnya bersih dan murni.Namun bilamana dia tidak menjaga dan memilhara fitrahnya, maka jadilah dia seperti binatang bahkan lebih teruk lagi.


Sunday, May 6, 2012

Dakwah adalah Cinta

Bismillah...

Ingin menulis seketul entry dikala orang lain dok sibuk nak pergi lunch... tulah....asyik mengunyak kek coklat yang moist yang amat sedap ini. cita cita nak buat coklat kek asyik terbantut dengan banyaknya urusan dan kepenatan menyelesaikan tugasan tersebut. Maka makanlah yang beli sahaja.

Busy sungguh..... sesungguhnya manusia ini memang makhluk Allah yang busy sungguh. Malah kata pakcik Hassan al Banna.... Kerja kita adalah lebih banyak dari masa yang kita ada. Jika seseorang itu memahami kata pakcik Hassan itu dari konteks seorang da'i sudah tentulah dia dapat menjiwai kata-kata tersebut, jika dia seorang yang tidak mengendahkan tugasan da'inya mungkin dia merasakan masanya masih banyak berbaki setelah melangsaikan tugasan kerja dan urusan keluarga..... Yerke.... Dengan cerita orang yang belum jadi da'i pun dah tak cukup masanya..... apatah lagi da'i?

"Biasanya kami gilir-gilirlah buat kerja rumah. Kalu harini saya buat, esok giliran suami saya pula." Kata kakak Z yang suaminya berkerja di syarikat RW di KL dengan waktu kerja yang panjang.

"Suami saya pula lebih suka buat kerja rumah daripada menjaga anak. Dialah yang mop lantai, dialah yang cuci toilet ." Kata kakak I yang suaminya berkerja sebagai jurutera di P.

Sementara kami berdua yang masih muda ni hanya mendengar celotehan mereka berdua sambil menuju ke kafe. Dalam kepala saya menganalisa butir-butir perbualan mereka. Kesimpulannya yang saya dapat " Biasa jer suami isteri sama-sama buat kerja rumah. Bukan kerja rumah tu tugas isteri sahaja."

Perbualan topik tadi diteruskan lagi bila makanan tengahari kami siap diambil. Mereka menyambung lagi.

"Sehari-hari memang penat. workload.....bla...bla..."

"Ha'a lah.....saya rasa sehari-hari habis waktu dengan kerja jer..." Saya menyampuk....

Dan panjang lagilah perbualannya.... berkisar tentang kerja dan famili. Tidak cukup masa dengan famili dan terpaksa ambil cuti semata-mata untuk duduk rumah.

"Boleh tak kita seimbangkan antara kerja yang busy tu dan dapat spend masa yang efektif dengan famili?" Tanya saya yang masih mudah setahun jagung setengah ni.

"Tak boleh... kena pilih satu jer.... kerja lecturer lah paling heaven saya rasa. fleksibel." Kata salah seorang dari mereka.

Saya terfikir semula,'akhawat tu boleh jer'

"ermmmm ada jer yang boleh..." saya membetulkan semula....

Hakikatnya.... memang manusia ini busy betol. busy dengan kehidupan. Jika dia merasakan kehidupan inilah heaven yang sebenar maka dia akan terus disibukkan dengan kehidupan ini.

Namun bagi seorang yang membawa amanah sebagai khalifah, hidup ini adalah satu perjalanan yang harus dilalui untuk menuju heaven itu. Maka tak ada apa dengan kesibukan dunia ini melainkan dia disibukkan fikirannya dengan tugasan khalifahnya....

Tidak dia merasakan heaven di dunia ini melainkan bila waktunya dia berbicara bersama tuhannya.... ibadah itu indah...

"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku" [51:56]


Maka apakah tujuan sambung master ni?

Tidak lainlah hanya untuk meninggikan kalimat Allah di muka bumi ini....

Bagaimana...... ?

bersambung di episod cinta dakwah dan tarbiah di masa akan datang....




Sunday, April 29, 2012

Duhai Kekasih


Tiada percintaan yang lebih indah
Melainkan bercinta denganMu


Tiada cinta sehebat cintaMu
Tidak pernah berhenti mengasihiku

Tiada cinta seindah cintaMu
Yang lemah lembut dan kasih sayang

Tiada sayang sehebat sayangMu
Tidak pernah meninggalkanku sendirian


Engkaulah cinta yang kekal abadi
Walau hilang cinta di dunia


Tiada penolong yang lebih sabar
Setia dan sentiasa bersamaku
Baik ringan mahupun berat bebanku

Acapkali hamba terlupa akan kecintaanMu
Acapkali juga hamba terluka dengan duniaMu
Tapi Engkau sentiasa menyapa hamba lembut
Memeluk hamba erat
Hingga bercucuran air mata hamba
Membuat hamba kembali sedar bahawa,
Dunia ini fana' sedang cintaMu jugalah yang abadi

Duhai tuhanku,
Sesungguhnya hamba penat berjalan dalam permusafiran ini
Ingin hamba kembali padaMu dengan ketenangan
Untuk melepaskan segala kepenatan duniaMu ini
Pandulah hamba kearah jalan menemuiMu

Cinta manusia insyaAllah, cinta Allah itu pasti

Wednesday, April 11, 2012

Cepatnya Masa Berlalu

Bismillah..

Terasa masa berlalu dengan sangat pantas... Adakah sistem cakerawala ini yang telah beredar semakin laju atau kerja manusia yang mengejar dengan teknologi yang semakin maju menjadikan masa tidak mencukupi?


                                                                                                        Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
                                                     "Kedua kiki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya
                                                            pada hari Kiamat sehingga selesai ditanya tentang empat perkara
                                                                                                   tentang umurnya , untuk apa dihabiskan
                                                                                         tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan
                                                              tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan
                                                                                      tentang ilmunya apa yang sudah dibuat dengannya


Yang dulu dirasakan masih kecil kini memberikan perkhabaran "Jemput datang ke walimah kami." Rasa terkesima dan terpegun. Cepatnya masa berlalu. Lantas terdetik di hati "mereka sekarang sudah besar, matang. Dan diri ini juga semakin menginjak usia."

Cepatnya masa berlalu.... Hamnah Mursyidah juga sudah menginjak 4 bulan jatuh pada hari ini.. Sudah besar dirasakan dia. Alhamdulillah sihat. Pandai berborak walau tanpa perkataa yang jelas, pandai bermain dan merespon. Terasa cepat saja masa berlalu. Masih teringat-ingat di waktu awal kelahirannya. Hampir saja tidak boleh diletakkan dan sentiasa perlu didukung. Tapi sekarang sudah pandai bermain sendiri bila ummi buat kerja. Nampak bijak, alhamdulillah. Semoga Allah mengizinkan untuk menjadi hambaNya yang solehah dan muslehah.

Dia yang dah pandai main sendiri


Chekup yang 4 bulan. alhamdulillah sihat.

bersama abi di tesco


Terasa cepat masa berlalu... akhi pergi dan balik dari Miri, Labuan, offshore sejak dari masa pregnant sehinggalah sekarang. Jika dihitungkan waktunya mungkin rasa tak tertanggung tinggal keseorangan dalam kepayahan mengandung dan menjaga anak kecil. Tapi alhamdulillah semuanya telah berlalu sekian waktu itu. Semoga Allah kurniakan kehidupan yang lebih stabil selepas ini dan tidaklah diuji olehNya akan ujian yang tidak mampu tertanggung oleh kami sebagai hamba dan khalifahNya.


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatillah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

(Al-Baqarah 284 -286)


Cepat masa berlalu... hampir setahun setengah usia baitul muslim ini. Dan dikurniakan seorang mujahidah kecil. Masih lagi berusaha melaksanakan misi dan visi perkahwinan ini. Jika ia kecil semoga ia tetap satu amal yang diredhai. Sekiranya ianya besar, semoga Allah permudahkan untuk mencapainya.


 
              قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
          لِيَتَّخِذْ اَحَدُكُمْْ لِسَانًا ذَاكِرًا وَقَلْبًا شَاكِرًا وَزَوْجَةً صَالِحَةًً تُعِينُهُ عَلَى اَمْرِ اخِرَتِهِ
Hendaklah seseorang daripada kamu menyimpan lidah yang sering berzikir
hati yang selalu bersyukur dan isteri solehah yang boleh membantu dalam
urusan akhiratnya


Cepat sungguh masa berlalu... Dua minggu lepas berbincang dengan Dr Alina dan diberikan due date Isnin depan untuk siapkan prosesan data. Agak banyak dan mungkin agak rumit jika jalannya belum didapati bagaimana untuk memproses data tersebut. Masa diberikan due date rasa mampu untuk laksanakan. Tapi telah disebukkan dengan ujian yang pelbagai, sehingga data tersebut belum berjaya diproses walaupun satu. Sejenak terasa tension bila diberikan due date. Tapi sebenarnya perlu untuk memastikan segalanya mampu berjalan. presentation yang bakal berlaku di Redang masih berbaki lebih kurang sebulan setengah saja lagi. Semoga dipermudahkan.


                                     طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةًٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمِ
                                                   Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang muslim




ceria-ceria saja. sambil menunggu nama hamnah dipanggil untuk checkup
Cepatnya masa berlalu.... sehari-hari yang dihabiskan bersama Hamnah dirumah dirasakan sekejap saja telah menginjak ke senja. Tiada banyak aktiviti pun yang dilakukan. Hanya melayan keperlan Hamnah. Tiba-tiba saja dah senja, barulah termuhasabah, "apa yang dah aku buat harini?"


                      غْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ
                            شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ ،وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ
                              وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ ،وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ
                                             وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ
                                                                    Rebutlah lima sebelum lima
                                                 Masa muda sebelum tiba masa tua, masa sihat sebelum masa sakit
                                                        Masa kaya sebelum masa miskin, masa lapang sebelum masa sibuk
                                              dan masa hidup sebelum tiba masa kematian.



Friday, February 24, 2012

Menjamin Nafas yang Panjang

Bismillah....

Alhamdulillah...segala puji limpah kurnia buat Tuhan yang masih lagi menetapkan hayat ini dalam nikmat Islam dan iman.... Semoga hambaNya yang banyak diuji ini berjaya memperoleh taqwa nilainNya. Alhamdulillah....nikmat yang amat dicintai iaitu berjuang dijalan dakwah masih lagi menjadi agenda hidup. Semoga ianya tidak pernah padam, walau sekali sekala ianya hanya mendayu lewat agenda hidup yang berubah-ubah.

Yaa....memang sibuk sekali rupanya menjadi seorang isteri ini ya.... di tambah lagi kesibukannya bila mendapat seorang cahaya mata. Mungkin akan bertambah-tambah lagi bila ada dua, tiga......sepuluh cahaya mata. Belum ditambah lagi soal kerja, kerehatan, sakit serta urusan keluarga. Memang sungguh sibuknya manusia ini ya. Tidak hairanlah isu futur dari jalan dakwah menjadi kebimbangan samada di kalangan syuyukh mahupun syabab. 


Seringkali syuyuk bercerita tentang futur ini... bimbang sekiranga syabab yang di jala sekian ramai ini, yang hebat-hebat ini akhirnya futur dari jalan ini. Maka diperingatkan dengan baitul muslim...agar di cari teman yang juga memperjuangkan jalan ini agar kedua-duanya dapat saling menguatkan. 

Begitu juga dengan syabab. Mereka gembira mendapat tarbiyah dalam jemaah ini, riang berukhuwwah dan bermusyawwarah untuk membina empayar dakwah ini, begitu kuatnya mereka menjaga diri dari segala dosa serta bersungguh-sungguhnya mereka beramal. Mereja juga takut akan futur. Takut sekiranga Allah membolak-balikkan hati mereka setelah diberikan jalan kebenaran yang amat dicintai ini. 

Topik yang erat bila dikaitkan dengan futur adalah 'baitul muslim'. Apa itu? Rumah tangga muslim. Yang mana ikhwah atau akhawat lebih digalakkan untuk berkahwin dengan ahli sesama jemaah. Bukan kata kalau tak kawen sama jemaah rumahtangga jadi tak muslim okeh. 

Namun berdasarkan pengalaman zaman, tetap ada ikhwah akhawat yang akhirnya tenggelam walaupun telah berjaya berkahwin sesama mereka. Dan ada juga ikhwah dan akhawat yang tidak berkahwin sesama mereka mampu mengikhwahkan dan mengakhawatkan pasangan mereka malah menjadi lebih mantap. Alhamdulillah.. Kedua-dua situasi ada dugaan yang tersendiri.. Dan adalah lebih baik sekirannya ikhwah dan akhawat berkahwin dengan akhawat dan ikhwah seterusnya perkahwinan itu mampu memberikan mereka 'super power' dalam menambahkan ibadat dan menggerakkan amal dakwah dengan lebih mantap lagi.

Majoriti di setiap kawasan, akhawat adalah lebih ramai dari ikhwah. Isu ini turut menjadi faktor dalam pengurusan BM. Apatah lagi jika ikhwah selalu suka memilih bukan akhawat untuk menjadi pasangan hidup mereka atas sebab-sebab yang diciptakan oleh mereka sendiri. Apa sebabnya. Sebab 'akhawat garang' adalah menjadi sebab yang paling popular. Dan antara sebab-sebab lain adalah mungkin kecantikan dan sebagainya. 

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”  [Bukhari dan Muslim]

Antara empat sebab faktor pemilihan seseorang calon isteri iaitu, rupa, harta, keturunan dan agama, mungkin  'akhawat garang' jatuh pada faktor yang pertama iaitu rupa atau personaliti. Rupanya ikhwah ni tetap menjadikan faktor pertama tu amat penting meskipun faktor ke empat itulah yang lebih afdhal ya? okeh. Ikhwah pun manusia yang lelaki juga okeh.

Kenapa akhawat boleh kelihatan garang ya? Bila bercakap jer selalu nak tegas. Bila meeting jer siap boleh gaduh. Mungkin ikhwah tidak sedar bahawa akhawat itu adalah perempuan yang telah diacu dengan sistem tarbiyyah. Yang disuruh menjaga diri. Namun di sebalik tabir jilbab garang itu tetap ada keayuan mereka yang sebenar.

Akhawat yang acuannya agama, dia malu bila dirinya menjadi bualan lelaki, dia takut sekiranya dirinya menjadi sebab laghanya lelaki, dia suka dirinya ditutup agar dia boleh menjaga hati, dan lelaki boleh menjaga hati mereka. Kerana akhawat ini walaupun dia akhawat, hatinya juga boleh dimain-mainkan oleh syaitan. Dia mungkin lebih suka sekiranya dirinya tidak dikenali walaupun besarnya peranannya dirinya dalam pentas dakwah ini. Kerana dia sungguh pemalu. Namun untuk menutup rasa malunya itu, dia seringkali bersifat tegas dan kelihatan garang. 

Dia tahu dirinya lembut. Dia tahu dirinya manja. Dia tahu suaranya lunak. Dia tahu perbuatannya lemah gemalai. Sesungguhnya semua itu anugerah Allah yang teristimewa. Yang teristimewa itu tidak mahu dia berikan kecuali pada seorang yang amat dia cinta, iaitu suaminya yang sah. Maka ikhwah, antum mungkin tidak akan jumpa jika dicari keistimewaan itu pada akhawat yang belum sah menjadi zaujahmu. 

Duhai ikhwah, akhawat ramai lagi kottt..... bukan kata yang tak akhawat tu tak bagus. Tapi jika akhawat, adalah lebih baik. 

Duhai akhawat, banyakkan berdoa, semoga dipertemukan jodoh yang terbaik. Tak semestinya ikhwah adalah calon paling baik dalam semua perkara, tapi memilih yang beragama dan sama-sama bergerak dalam medan adalah lebih baik.

Teringat di suatu ketika dahulu.... Murabbi ada mengesyorkan untuk melamar ikhwah. Owh...... tidakkk.....saya malu okeh. Saya rasa saya tak layak nak melamar ikhwah ni. Siapalah saya ni....tak power pun...Tak setanding Saidatina Khadijah. Maka saya pun faham.... Mostly akhawat ada perasaan macam saya. Malulah nak propose ikhwah kotttt... Maka ikhwah kenalah faham keadaan ini. 


Sangat-sangat respect pada akhawat yang berani mempropose ikhwah. Sesungguhnya itu lebih mulia, menawarkan diri untuk seseorang yang baik agamanya.

Apa-apa pun jika fokus seorang da'i itu adalah benar-benar untuk menggerakkan dakwah ini. Hatinya akan sangat dekat dengan Allah. Allah-lah pemilih untuk dirinya. Tak ada masa dia nak pilih yang cantik atau lembut atau kacak atau caring. Yang penting dia menjadi da'i yang terbaik, maka urusan seterusnya akan datang kemudian. Macam mana tu? Cer buat dulu baru tahu.


Ya...ya...ya... bercerita soal ini....sedar atau tidak diri juga bakal diuji. Semoga amanah baru yang kian bertambah ini lebih menguatkan lagi kaki melangkah di medan dakwah ini

p/s - lately dok busy study parenting. itu dan ini...bagai-bagai...






Wednesday, February 8, 2012

After Birth

Bismillah.... sekian lama tiada mengupdate blog yang sunyi sepi ini. Perjalan hidup sehari hari selepas melahirkan nampaknya sungguh sibuk. Patut lah awal-awal lagi telah dipesan oleh akhawat supaya banyakkan bersabar. yeahh....sesungguhnya amat menuntut kesabaran

Hampir tiada berkesempatan untuk berhubung dengan dunia sangat. Hampir setiap waktu dia menuntut ummi untuk bersamanya. Sungguh manjanya little mujahidah itu. "Hamnah Mursyidah". Semoga Hamnah menjadi sehebat Hamnah di zaman Rasulullah, Zaujah kepada insan yang tersohor "Mus'ab bin 'Umair". Semoga menjadi mursyidah untuk adik-adik, juga dalam dunia hidupnya. Semoga menjadi anak yang solehah serta muslehah.

Yeah... almost dua bulan kelahiran Hamnah Mursyidah. Tak menang tangan ummi dibuatnya. Kertas jurnal masih berlum bersentuh untuk di review. Masih belum tersampai target untuk mereview after sebulan kelahiran. Blog juga tiada bersentuh. Hanya sempat sekali-sekala membuka "pandang buku" untuk mengupdate dunia. Fuuuhhhh busynya saya. Macamlah saya sorang jer yang bersalin dalam dunia ni kan..... orang lain siap boleh buat entry blog panjang-panjang, siap publish journal, siap update gambar baby sepanjang masa kat fb. Saya hanya sempat jaga Hamnah and cari maklumat yang pelbagai untuk jaga Hamnah. Segala-galanya Hamnahlah senang cerita.

Rasa takjub bila menghayati proses pertumbuhan Hamnah.Segala sunnatullah yang telah ditetapkan untuk seorang bayi. Tidakkah orang yang memandang merasakan kehebatan ciptaan Allah. Teringat satu fasal dalam jilid 1 kitab Tauhid Zindani yang menyentuh tentang pertumbuhan bayi. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana, Rahman dan Rahim... Betapa Allah letakkan rasa sayang yang sungguh tinggi seseorang terhadap pada si comel itu, membuatkan manusia menguruskannya dengan penuh berhati-hati dan teliti, sesuai dengan keperluan si kecil itu. Sesungguhnya kami sedang menguruskan seorang hamba Allah.

Dalam menjaga si comel Hamnah, maka bermacam perkaralah yang di google untuk memberikan penjagaan yang terbaik baginya.

Susu Ibu aka Breastfeeding

Manusia sedunia semakin menyedari kepentingan susu ibu kepada bayi. Segala keperluan bayi tersedia dalam susu ibu sesuai dengan tumbesaran. Bayi yang mendapat susu ibu lebih sihat dan susah sakit berbanding dengan yang diberikan susu formula. Ahhhhh......tak payah nak bercerita panjang lebar kat sini. Ibu-Ibu sedunia semakin galak berblog semata-mata untuk menceritakan perihal ini. Jika diperhatikan, hebatnya aturan Allah. Subhanallah....... Maka bukti keagungan Allah manakah yang mereka nafikan?

Cloth Diaper aka Lampin moden

Bayi adalah lebih elok dipakaikan dengan lampin aka cloth diaper atau lapin kain ini kerana dipercayai dalam lampin pakai buang terdapat bahan berbahaya yang boleh memberikan kesan pada kulit bayi untuk jangkamasa pendek dan kanser untuk jangka masa panjang. Selain itu juga bahannya adalah susah untuk terdegradasi dengan mengambil masa selama 500 tahun. Dan bermacam-macam lagilah ceritanya. Puan-puan blog juga suka bercerita dan dengan riang hati boleh menjawab persoalan ini.

and many more..... baby carrier, baby sleep, food for mummy,....blaa...blaa...

Maka inilah nampaknya yang telah di review oleh Puan Baizura ini berbanding jurnal-jurnalnya yang terbiar dalam external hard disk. Sungguh kesian kepada jurnal-jurnal ituh dan kesian juga untuk Puan Baizura nanti bila dah mula sem. Bertimbunlah urusannya.......hhhmmmm....

Semoga Allah permudahkan urusan menjaga Cik Mursyidah, masters, RA, naqibah and so on.... Semoga Allah permudahkan juga urusan Encik 'Ammar sebagai Suami, abi, pekerja, da'i and so on......