Setelah ke 3-3 pemimpin sayap UMNO Bahagian Jerantut mendapat mandat mereka dalam pemilihan sayap bahagian sabtu lalu, mereka terus menyatakan taat setia mereka kepada Ku Lan sebagai Ketua UMNO Bahagian yang akan mempertahankan jawatannya.
Bahkan ramai veteran UMNO termasuk mantan-mantan Ketua UMNO Bahagian turut memberikan sokongannya kepada Ku Lan. Ianya bukanlah atas dasar simpati namun ianya adalah kerana hak. Ramai yang beranggapan bahawa Ku Lan tidak patut ditentang melainkan beliau secara sukarela mengundurkan diri.
Ada pandangan tidak matang mengatakan bahawa Ku Lan tidak perjelaskan keinginannya untuk terus kekal sebagai Ketua Bahagian dan ini menyebabkan Hj Nazlan turut mendaftar untuk bertanding. Bukankah Ku Lan adalah calon nombor 1? Yakni yang terlebih awal mendaftar? Jika beliau tidak berminat untuk pertahankan jawatannya kenapa pula perlu beliau mendaftar seawal itu? Dan bukankah Hj Nazlan sedar bahawa Ku Lan akan pertahankan jawatannya, justeru kepada perlu ditentang?
Ini adalah mengenai siapa langgar siapa. Saya percaya ramai yang menghormati Hj Nazlan sebagai Ahli Parlimen namun kegelojohannya oleh desakan 'pencacainya' telah membuatkan rasa hormat itu beransur hilang, bahkan Ku Lan pula yang mendapat simpati dari ahli-ahli UMNO yang dengan jelasnya menyatakan bahawa beliau hanya mahukan jawatan berkenaan hanya untuk sepenggal saja lagi... bagi melaksanakan tugas yang belum selesai.
2 comments:
Pertandingan pemilihan UM<NO bahagian Jerantut sebenarnya lebih kepada untuk mencari siapa yg akan dapat menjaga kepentingan kontrek pada org keliling ketua bahagian itu aje bukan untuk kepentingan orang melayu dan rakyat
bulan dibalek awan...hehe
Post a Comment