Bukti...apakah ini pun kerja BN/UMNO?
Penglibatan Singapura dalam memporak-perandakan Malaysia sememangnya tidak pernah ada akhirnya sejak dari zaman LKY masih berambut hitam lagi. Usaha tersebut sentiasa mudah dan licin kerana adanya 'pendua' PAP di Malaysia iaitu DAP, manakala Lim Kit Siang adalah anak didik paling baik LKY. Pasti dan bukan mustahil lagi, 'hantu-hantu' dan 'jembalang' (bukan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura) dari Singapura akan menyusup masuk ke seluruh negara menjelang PRU13 nanti bagi membantu 'rakan-rakan' mereka memenangi undi. Semasa siri-siri perhimpunan Bersih Kotor diadakan pun, cukup ramai 'hantu-hantu' dari Singapura yang dicekup, yang dikenalpasti.
Berikut adalah antara pendedahan penting dan berani oleh rakan bloger Truth Vaccine tentang penglibatan Singapura dalam PRU13 yang bakal menjelang nanti.