Ini mesej penting untuk pengundi-pengundi dari kumpulan 'atas pagar'. Pengundi atas pagar pada SK adalah sekumpulan rakyat yang menyebelahi kepada sesuatu pihak berdasarkan pertimbangan dan penilaian yang matang, rasional, bijak, wajar serta berhemah dari segenap aspek sebaliknya bukan berdasarkan ketaksuban, kefanatikan, membuta tuli serta emosional. Kumpulan ini boleh dianggap sebagai kumpulan penentu dalam PRU13 nanti.
Oleh itu, berikut ada sedikit tips sebagai buah tangan untuk kumpulan pengundi atas pagar dan...juga kepada penyokong mana-mana parti pun untuk menilai kembali pendirian serta bermuhasabah diri. Kalau yang dah taksub gila-gila tu, otak pun dah hijau pekat..apa boleh buat kan.
1. Kenapa saya perlu mengundi?
Pertama, kita perlu perbetulkan perspektif kita berkaitan dengan politik.
Politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Ini kerana, dalam politik barat,
mereka mencari kuasa dan menjauhkan orang lain. Politik Islam pula bertujuan
mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan.
2. Boleh tak kalau saya tak nak mengundi?
5. Bagaimanakah jika kita tidak kenal latar calon?
SK : atas pagar ni...terjun ke kanan laut, terjun ke kiri gaung...elok ke laut, boleh lagi berenang kan...
Gunakan kuasa memilih yang
kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan
keadilan kepada rakyat. Pengundian boleh menentukan masa depan rakyat dan
negara. Keputusan yang betul akan menyelamatkan masa depan umat dan negara.
Sementara keputusan yang salah akan menjerumuskan negara ke dalam kebinasaan,
atau penyelewengan. Maka pengundian ada nilai yang besar dalam agama ini.
2. Boleh tak kalau saya tak nak mengundi?
Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa
pemerintahan akan mendapat kuasa itu. Sesiapa yang tahu bahawa undiannya atau
pemilihan terhadap calon tertentu itu boleh membawa kerosakan atau keburukan
kepada negara dan umat tetapi dia tetap lakukan atas kepentingan diri, atau
suka-suka maka dia berdosa.
Demikian sebaliknya, jika dia memilih calon yang
berkelayakan, maka dia menunaikan arahan Allah tadi, ini bererti dia mendapat
pahala.
3. Apakah ciri-ciri calon yang patut saya undi?
Secara
umumnya mudah sahaja, mesti memiliki dua aspek. Pertama; al-Quwwah atau kuat,
dalam bahasa kita kemampuan, kewibawaan, kemahiran yang menjadikan dia mampu
memimpin.
Kedua: al-Amanah; ada kesolehan peribadi yang akan memelihara dirinya
dari melakukan penyelewengan dan pelanggaran hukum. Jika kedua-dua ciri ini
kelihatan pada penampilan calon, dia patut kita pilih.
4. Kalau kesemua calon tidak mempunyai ciri-ciri
tersebut?
Perlu diakui, tiada manusia dan tiada kerajaan yang sempurna di dunia sekarang
ini. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk
memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang
paling kurang mudarat dan paling ringan bahayanya terhadap rakyat dan umat
dibandingkan yang lain.
Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar
dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling
ringan”.
5. Bagaimanakah jika kita tidak kenal latar calon?
Wajib
kita kena kenal calon yang hendak kita undi. Seseorang muslim hendaklah
mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya,
keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang
latar belakang calon berkenaan.
Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar
dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya
menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara
mereka.
6. Nak mengundi berasaskan calon atau parti?
Sepatutnya, kita tidak boleh mengundi hanya berdasarkan jenama parti semata.
Islam menyuruh diberikan amanah kepada sesiapa yang layak. Yang akan memikul
amanah adalah orang, bukan parti. Akan tetapi, dengan keadaan sistem di negara
kita yang mana pemilihan parti akan mempengaruhi kuasa pentadbiran sesebuah
negara, situasi menjadi terbalik.
Jika memilih calon tersebut boleh menjejaskan
mandat yang bakal diberikan kepada parti yang bakal memerintah, di sini kita
perlu beri undi berasaskan parti. Selain perlu menilai rekod, matlamat,
manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti tersebut.
7. Memilih antara calon muslim dan non-muslim
Larangan berkawan dan menyokong non-muslim adalah
bagi yang menentang Islam. Dan tiada larangan bagi non-muslim yang tidak
menentang Islam.
Persoalannya siapa yang perlu kita pilih antara calon muslim
yang terang-terang menentang, mempersenda dan menolak Islam serta mempunyai
imej buruk dari segi akhlak, rekod pentadbiran yang buruk dan penyelewengan
berbanding calon non-muslim yang lebih bersih imej dan nilai integritinya serta
rekod pentadbiran dan pengurusan yang lebih baik dan telus?
Takkanlah kita
ingin memberikan amanah kepada mereka-mereka yang akan merosakkan dan tidak
membawa maslahah kepada negara? Sekiranya calon non-muslim tersebut mampu
melaksanakan tugas dengan baik membawa kebaikan buat negara dan calon Muslim
pula sebaliknya, kita perlu memberikan undi kepada yang boleh membawa
kebaikan buat negara.
Kesimpulannya, tiada dalil qat’ie yang melarang
untuk mengundi calon non-muslim dalam PRU di Malaysia.
8. Saya tidak mahu libatkan diri dengan sistem
demokrasi ciptaan kafir.
Jika musuh ada organisasi yang memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang
Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti
politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan org kafir?
Apakah patut pejuang
Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yang berkuasa mencipta undang-undang ke
atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dan lain-lain
diduduki oleh puak yang benci kepada Islam secara zahir dan batin?
Kuasa
eksekutif itu adalah asasi untuk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi
Allah s.w.t. ini. Zaman Nabi s.a.w, kuasa eksekutif itu didapati melalui hijrah
dan jihad di medan, manakala zaman ini seperti di Malaysia khususnya, ia
diperolehi melalui pilihanraya.
Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pada
hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari daripada
merebut peluang untuk melaksanakan Islam melalui kuasa?
Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh
disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipan kepada pejuang
Islam untuk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yang khusus bagi
menduduki kerusi eksekutif dan menguasai pemerintahan negara untuk menegakkan
Islam.
Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal seperti solat,
zakat, haji, zikir atau baca al-quran sahaja. Kalau itulah sahaja Islam, Nabi
s.a.w. tak perlu berhijrah dan berjihad meluaskan kuasa. – www.szlihin.com
SK : atas pagar ni...terjun ke kanan laut, terjun ke kiri gaung...elok ke laut, boleh lagi berenang kan...
Pengundi atas pagar dan pengundi majoriti senyap... kena mengundi, kena nyatakan pendirian... aktiviti kekacauan yang dibuat diserata negara, bukan mewakili kita.... jadi kita kena keluar dan nyatakan kuasa kita
ReplyDelete