CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, June 8, 2009

Lempeng


Lempeng + sambal udang + dhalca
Kopi + abatussauda



Sarapan hari ini....very simple je...LEMPENG.
Dimakan dengan sambal udang & dhalca -
semalam masak lauk dhalca...
he he he ...itu mamak mari lo...


Jika sebut fasal makanan yang dinamakan lempeng ni -
rata2 anak2 zaman sekarang tak tahu. Mula2 anak aku dulu pun ta tau...
Dulu2 dikaitkan dengan makanan orang susah...
Seingat aku dulu arwah mak pun ada buat...
zaman dah makin moden - orang dah pandai (kilang buat roti ) -
jadi makan roti pulak dah...roti pun macam2 roti -
paling femes roti canai la sampai hari - ke mana2 - dah global.
(
aku pun jarang gak buat lempeng ni - cuti ni boleh la )

Berbalik cerita lempeng ni - aku pun dah lama tak buat.
Pada hal nak buat bukan susah benar
( ikut resepi simple ) - tepung + air garam + klu nak campur telur boleh gak...
Lepas tu leser aje la dalam kuali (sapu mejerin) -
lagi senang bebanding nak buat roti canai -

yang nak kena uli , nak kena pandai tebar ( yang best la )
tak kan nak main tepek2...
tu jadi roti tepek / roti lipat ...
Aku pernah gak buat roti canai macam ni...main lipat2 je...


Yang buat aku teruja nak buat lempeng ni ...aku pernah pergi kursus kat JB .
Kursus tak silap aku kat New York Hotel ( 5/6 thn lepas )...dah jumpa member ,
apa lagi -
dia kata - jom malam ni kita makan lempeng...
Apa lempeng? Ye, ko jangan tak tahu ...lempeng dah masuk gerai tau....
Baru ko tau...kat JB ni orang jual lempeng!
Ye ke???

Jadi kita orang pun pegi lah kat gerai dekat2 hotel tu...
punyalah ramai orang minum - aku pun lupa aku makan lempeng apa ...
macam2 jenis - maksudnya nak makan dengan apa - sambal ke, rendang ke...
ntah apa2 lagi ..Dekat Danga Bay JB pun ada gerai jual lempeng ni...
pernah juga ke Danga Bay cari itu lempeng!!!

Hari tu aku lalu kat Cheng - aku nampak kain rentang -
ade jual lempeng kelapa -
dan apa jenis lagi tak perasan...
Wow kira la tu !

Dah bukan jadi makanan orang susah lagi -
dah untuk orang kayo makan lempeng tau....sebab berbayar !


selamat menjamu selera dengan pilihan hidangan anda...




Sunday, June 7, 2009

Terperangkap....


Dekat2 jam 3 tadi hantar Fatehah & Ayeen
ke Melaka Sentral sebab nak balik ke UIA.
Keluar simpang rumah dah nampak kete (kebanyakannya)
dah berderet ...Dah mula jammed.


Sampai simpang JPJ dah ok sikit - lalu depan Jusco alamak -
kete lagi lah banyak dan juga bas dan lori kecik2 & van dan segala jenis kenderaan. JAMMED! walaupun depan trafic light...Nak sampai ke MS kena tempuh -
2 beri laluan & 4 trafic light. Dekat 40 minit baru sampai -
biasanya 15 - 20 minit boleh sampai.


Nak parking dalam kawasan MS , 2 kali pusing -
akhirnya nasib baik ada kete nak keluar....Penuh parking - menunjukkan betapa banyaknya kenderaan parking ...sebelah depan MS dah awal2 letak signboard - FULL...selalunya tak lah macam hari ni...boleh pilih2 kat mana nak parking.


Lepas tu gi betul spect hubby yang tercabut skrew kat kedai biasa pegi...ntah macam mana masa dia tengok pokok2 boleh terjatuh...
Kelabu la dunia separuh hari!!!


Masa balik pulak hampir 1 jam baru tiba ke rumah..
terperangkap (cite hampir sama - klik) jammed!
MasyaAllah punyalah banyak kenderaan...Hari Ahad - cuti + kenduri kawen gamaknya + pelancong ramai masuk Melaka...lalu jalan yang sama juga - sampai polis trafik jaga kat trafic light Ayer Keroh ( kenderaan masuk ikut tol ) - untuk mencepatkan perjalanan ....Trafic light pun tak boleh pakai!!!lambat...hah ikut suka polis la berapa lama dia lambai tangan nya ...bila dia arah suruh jalan.



Hari ni ada 2 majlis walimah - satu kat Dewan Bistari &
satu lagi di taman berhampiran -
pun jammed!
susah nak cari parking - terpaksalah jalan jauh....(ni biasa la)


***************************
pagi tadi pun pegi hantar Mohd & Fahd swimming kat Bandar Hilir -
jam 10 - 11 lebih dah penuh parking....

Sebab tu aku tak suka keluar rumah kalau hari Ahad!!!

Saturday, June 6, 2009

Susun Strategi...


Sabtu 6.6.09...

Perlu susun strategi...kalau tak - macam keje tak ada planing...

Esok siang aku 'simpan' periok...selalu orang kata 'gantung' periok -
aku tak ada tempat gantung - aku simpan dalam kabinet.
Aku tau ramai lagi yang sewaktu dengan aku...

Ada 4 jemputan walimah perlu dihadiri...tempat yang berbeza2,
agak jauh ...tapi kena susun ikut giliran mana dulu patut pergi.
Biasanya bermula jam 11.30 pagi dah boleh mula keluar rumah...
Nak pegi yang dekat dulu ke atau yang jauh dulu...
Tanya hubby...Dia yang bawak kete!

Aku dah cek betul2, ada 4 kad ...ta tau la esok dalam kete hubby
dok ada terselit pulak - dia kekadang lupa!
Tengok2 semua dalam Daerah Melaka Tengah.Ok la ...

Ada 4 ni pun jam berapa baru selesai - mengah la nampaknya....
Biasanya makin banyak rumah pegi , makin kurang dah makan -
graf makin menurun!

Ini time mereka dah sampai untuk mengawenkan anak
dan menerima menantu...
Nanti time kita pulak...Aku? ohhh lambat lagi le...
kasi perabis belajor dulu...

*********************************************************

kan dah kata hubby lupa dalam kete dia ada kagi 2 kad jemputan di Alor Gajah.

Hari ni kami pergi jemputan 6 buah rumah...setiap rumah makan sikit2....
Aku punya keje ambik gambo...he he he - sampai rumah ke 6,
aku minum air je, jam pun dah dekat pukul 4.

Friday, June 5, 2009

Lontong......

Lontong

Hari ini Hari Jumaat....
Hari Jumaat - penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya...
nak tahu lebih lanjut - bacalah di mana2 jua dalam internet yang bersesuaian -
ikut pilihan sendiri!


Sarapan hari ini ialah lontong ...Nak kata Johor style ta tau la...
aku main hentam je! Masaklah kuah lodeh...kuah lemak tau!
Aku masak kuah ni pepagi tadi - aku tumis sikit bawang merah kisar + udang kering kisar + kunyit sikit....lepas tu bedebooommmm curah santan cair dulu
(macamm curah air paip je !) + kentang dan sayuran yang biasa diletakkan....
dah nak mendidih, letaklah pulak pati santan! Siap...


Nasi impitnya ? Ohhhhhh....dah siap sejak malam tadi lagi...
sambil2 dok membasuh kain baju Fahd bawak balik dari Jambori ...
nasi impit siap direbus...He he he...keje senang.


Sambal tumis pulak ...jangan ta tau, semalam kan masak nasi lemak...
ada lebih sambalnya - perangat aje le, kan lagi sedap sambalnya
kalau dah masuk hari ni...sama gak dengan lauk asam pedas ....
sama gak dengan lauk kari .... dah mesra kuahnya...tu yang sedap!
( ni yang sedap kari .....jangan ta tau....)
Kalau tak cukup - karang aku masak sambal udang pulak....


Lain2 - sape nak tambah telur rebus ke , telur mata lembu/mata kerbau???
ikut pandai la depa ni...sebab ada yang suka , ada tak suka...
susah ape.....ceeehhhhhhgggg....panas je minyak dalam kuali ,
pantang letak telur - masak la tu!


Hari ni aku dah bebas...Bebas daripada urusan rasmi di pejabat...
Kelas tambahan pun dah beres. Pesan dengan all the keranis ( ramai kerani ) -
jika ada apa2 very urgent matters or anything
you all can call me anytime - coz the 2nd man ntah ke mana 'menghilang' diri -
balik Johor kot - bercuti la tu........I still in Melaka!
Bos tetap ada, sebab dia keje ofis hour
...
selamat bertugas bos - dah seminggu tak masuk ofis sejak balik dari Penang...

*
*
*
*
*
*
*


Things to do today :

1. hantar Fahd berenang - si Mohd tak nak gi .....he3x berenang2 ke tepian....
tamat jam 11.45 pg
2. sambil tunggu sejam lebih dia berenang - aku dengan anak dara yang lain nak ronda2 kawasan sekitar dengan nya. ingat naik Taming Sari - tak jadi
3. ni yang berat - es-bok ( apa ni ? fridge la - ni orang Johor cakap es-bok ) belum dibersihkan lagi!!! tak pe ni - boleh diswastakan.... sudah bersih TQ Mohd



Thursday, June 4, 2009

Nasi Lemak ......

Nasi Lemak


Cuti sekolah dah hampir nak penghujung minggu. Sekejapnya masa berlalu...

Hari ni semua ahli rumah ni sudah balik! Bila dah semua ada - riuh lah jawabnya...
Fahd akan balik jam 2 nanti dari Jambori.

Sarapan hari ini ialah Nasi Lemak ....Sambalnya biasa la - sambal tumis ikan bilis.
Yang tumis lain - yang ada nak makan ikan bilis goreng pun ada....dan juga ada telur rebus...
Tapi ikan bilis ni yang special punya - apa taknya impot dari Tawau Sabah ...
Terima kasih Pn Maryamah & En Mohd Shah
( tokey ikan bilis??? - beliau ni memang kaki pancing - kalau ke Tawau ...
hu hu hu sedapnya makan sea-food!

Ikan segar bugar - baru bawak naik dari laut.
Rumahnya pun dekat dengan Bandar Tawau....
sedappppp.....tunggu nanti saya datang lagi ye...) .
Ikan bilis ni biasa nya dikirim melalui si Ayeen....nanti bawak lagi je!
( tak malu suka mintak2 pulak....kira ape! )

Kalau dah masak nasi lemak ni, jawabnya sampailah ke tengahari la....
suka makan berulang2...kalau sempat ke petang,
sampai petang lah jawabnya makan nasi lemak ni....
TETAPI aku sendiri tak gemar sangat nasi lemak ni...
sikit2 makan ulang2 boleh....suka masak aje untuk anak2 ni....

Sampai sini pagi ni ....nak pegi sekolah lagi....lepas hari ni dah habis bertugas!
Boleh lah ke mana2 ke luar Melaka!

psssst....ada kertas periksa belum habis tanda - senang aje...
bakal cikgu2 ada balik, biar depa buat praktikal tanda kertas...swasta kan...
Ala tanda kertas objektif - kertas PSK Form 1.

Bye!




Wednesday, June 3, 2009

Nasi Ayam Goreng

Nasi Ayam Goreng


Sekolah cuti....

Semalam cuti sekolah....maknanya saya bercuti!

Sarapan hari ini ialah.....Nasi Ayam Goreng. Bukan nasi goreng ayam...
Semalam buat nasi ayam - ada nasi lebih - jadi goreng aje le...jangan membazir!..
senang aje, nasi tu kan dah berasa rempah nasi ayam - tumis dengan majerin -
+ lada kering kisar + telur + kicap sikit ....
untuk tabur / hiasan - tabur kacang panjang kasi lawa!!!


Hari ini aku dicatatkan nama sebagai petugas rasmi....
Kenalah pegi sekolah jap lagi - gi pantau murid2 yang di'program'kan
dengan kelas tambahan khusus untuk tingkatan 3 & 5.


Program ni kena buat - yang tak minat tu ada....tapi, ramai ibubapa yang prihatin -
tanya tak ada kelas tambahan ke???Setiap kali bercuti sekolah biasanya ada program kelas tambahan ni. Jadi adakan juga...hanya 4 hari saja sampai esok...
kalau penuh 2 minggu ? ohhhhh.....TIDAK!!! tidak 'sezalim' itu kami nak 'dera' anak2
didik ni...begitu juga cikgu...nak suruh cikgu 'mengamuk'???hah cuba buat.....



selamat bertugas..............

Tuesday, June 2, 2009

Mee Bodoh?

Mee Bodoh


Cuti sekolah.

Hari ni buat sarapan mee bodoh. Kenapa dan kenapa?
Teringat lah aku kepada bos aku, yang pada 2 bulan lepas
ajak kita orang 4 orang semuanya makan mee bodoh.


Aku kata - kenapa mee bodoh?

Haahaaa....nanti awak tengok rupa dia - sedap!!! dia beritahu.

Naik lah kereta aku ( ekhsss....segan jugak bos naik kereta aku tapi
nak kata apa bos nak suruh aku bawak dia jugak....alamak, tak kisah lah....)
Hu hu hu.....bukan main hati2 lagi aku bawak kereta...


Rupanya mee tu adalah mee goreng kosong tanpa
apa2 rencah 'sampah sarap' macam selalu kat gerai2 buat tu....
semata2 sambal biasa - lada - bawang - entah2 rasa pak aji yang lebih....
yang buat dia sedap....

Hari ni aku buat lah mee bodoh - tapi mee aku aku ni cerdik sikit...
sebab aku letak daging sup semalam yang ada beberapa ketul tak habis....
Tak berapa pedaslah, sebab anak dara aku sorang ni tak suka pedas2...
sebab dah biasa makan macam style cina kunun......
terbawak2 dari kecik sampai le ni...
pedas sikit mulalah sakit perut.
Untuk semua boleh makan ,,,buat lah tak berapa pedas.....

sape nak makan dengan cili jeruk ada disediakan....


selamat menjamu selere.....nak buat urusan outstation pulak....
*
*
*
*
*
*

Things to-do....
today

1. hantar Mohd pegi swimming dulu.... selesai
2. urusan kat macam2 jenis bank - sebab banyak utang!!!!
selesai
3. nak pegi ambik hp In - betul screen...kopak le rm90 siap
4. nak pegi beli ayam - hari ni masak nasi ayamdah makan - kenyang
5. dan sebagainya.....dalam masa 2 jam dari sekarang .......(yg ni nanti lihat N3)