CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Showing posts with label China - Beijing. Show all posts
Showing posts with label China - Beijing. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Day 6 - free & easy

 hari ke 6 - 9.6.2010 - hari Rabu...dari pagi meronda dalam bandaraya Beijing 
dan singgah ke sini.....sambung shopping lagi!





wow....banyak sungguh kain alas2 ni......nak jenis apa...macam2 ade!
kalau beli memang berbaloi! tapi ingat.......jangan asyik nak beli...
kang susah nak bawak balik.....
pandai beli pandai lah bawak balik....
maka dengan sekonyong2nya "terpaksa" beli satu beg lagi!

maka saya pun membeli lah alas2 meja ni jugak! 

sepagi dah habis yuan kat sini...lepas lunch dan solat 
di masjid ini



kami dibawak pulak ke Silk Street Market.....antara market yang famous di sini
sampai buat rekod masa olimpik 2008 dulu...ntah berapa tingkat tatau lah...
menunjukkan agak banyak jugak level nya..............sebab turun naik guna lif...
setiap level untuk sejenis @ beberapa jenis barangan saje...
kalau baju2 -  satu level tu banyaklah baju aje le...
naik berpino mato tengok baju!


lagi lah mengiler melihat macam2 jenis crystal ...he3x


pilih lah yang mana nak beli....kulit ke tak kulit ke....
jangan salah pilih kulit udah le.......saya beli 3 handbags....ngeh3x

antara 3 market ini....rasanya Ya Show Market lebih murah 
( boleh bargain manyak mulah.....)


dah habissss..............
balik hotel -sebelah malam last shopping kat Sunny Gold Market yang kat hotel pulak... 
 sebab esoknya hari ke 7 nak pergi ke Tianjin - ok c u in Tianjin

Day 5 / 2 : Ya Show Market


 gambar en google


okey...now kita sambung semula kisah aku berjalan2 di Beijing....lepas lunch & solat - kami meneruskan perjalanan ke Ya Show Market.....shopping time! Berapa tingkat / level market ni - aku tak kira pulak....macam2 segala mende mak nenek ade....duit je tak ade ! segala menda nak beli .....tapi fikir punya fikir...beli pun yang patut2 aje.....bukan fikir ape.....ingat ! bukan balik dengan lori !!! balik dengan kapal terbang!!! mana boleh bawak lebih barang - hanya takat 20 kg aje...

 kwang - kwang - kwang....at last dapat 30 yuan...!
baju chinese silk... rembat aje le...!

tu pun gengs semua dok giler menyoping.....sabo - sabo...ikut kan macam2 nak beli...jom kita tengok kedai2 kat sini.....kalau beli..........bargain habis2an ! kalau kita dah bargain - dia tak bagi kita pergi tempat lain....diorang akan tarik kita....akhirnya dapat lah harga yang kita nak / up sikit aje....diorang bagi punya!

macam2 jenis alas meja - sarung kusyen - tempat tisu - cadar
cantik2 belaka.....semua nakkkkk......kain linen - cotton - satin ke apa....silk....
macam2 jenis sulam ....berpino mata dibuatnya......ohhhhhh.....murah - murah - murah....!


dah selesai sepetang di Ya Show market..... dinner...lepas tu dok beli buah2an yang dijual tepi jalan ni.....

buah ceri - laici - mangga - plum - yang kuning ape ke nama tatau la...


ni saja la dulu...esok2 cite yang lain pulak....
kita cite bas elektronik dsb ....macam2....gudnite

Thursday, June 24, 2010

Day 5 / 1 - Selasa 8.6.10 - Olympic Complex

Sarapan tempat biasa....menu pun sama aje...tapi aku makan tuna spread + biscuits = cukup!

lepas tu dibawa melawat ke tempat jade - tempat jade ni pemiliknya ialah rakyat Malaysia....chinese la...ape ke nama lupa ....tak semua orang dibawa ke sini...harga dijual agak mahal @ sangat mahal sebab diorang jual untuk pelancong mat saleh / jepun....bila orang Malaysia datang - harga jatuh giler! sampai staf dia terperanjat bila bosnya beri harga murah giler! - memang dapat special price.....dah survey2 - memang harganya berbaloi jika beli berbanding harga kat Malaysia ............ dah rasa tergatal2 tangan ni nak keluar duit nak beli set gelang & rantai........tapi sabo - sabo...fikir-fikir...nanti balik M'sia pakai ke tidak! akhirnya aku tak jadi beli lah......( sayangnya tempat ni tertutup - no photo please! )


tak ape la....tak dapat gambar tak kisah la....


*******************

lepas tu seberang je jalan / highway masuk ke kawasan kompleks sukan olimpik........hu hu hu sangat besar lagi luas kawasan komplek olimpik ini........mari kita tengok kawasan ini...

kawasan dataran yang luas.....stadium bird-nest jauh lagi tu...


landscape yang cantik di kiri kanan kawasan dataran ini


landscape disepanjang dataran -  saujana luas mata memandang....sangat luas!




 

stadium untuk sukan olimpik tahun 2008 - sangat tinggi teknologi pembinaanya
tak dapat  gi tahun 2008 - alhamdullilah dapat ke sini tahun 2010!

 bird-nest dari dekat


         jalanraya yang 4 lanes - luas...bawah dataran
kalau kat M'sia highway pun 2/3 lanes...ni jalanraya biasa!

                                    sangat cantik landscape disepanjang border di dataran                                  
musim panas @ summer  bunga2 berwarna warni....

*********

dah selesai jalan di komplek ini .............jommmmm makan! dan solat di masjid ini


 masjid Fa Yuan Mosque di Gu lou Road....dikawasan bandar
*
*
*
*
lepas tu jommmmmm ke Yashow Market ---- shopping time!!!
hu hu hu .....best giler !




Wednesday, June 23, 2010

Day 4 / 2 : - The Pearls - Foot Massage - Dr Tea

Selesai keluar dari Summer Palace....terus ke tempat pearls @ mutiara

hu hu hu pertama kali tengok mutiara yang terdapat dalam kulit nya @ shell ....
umur mutiara dalam shell itu bergantung kepada berapa jaluran pada kulit luarnya itu.....
mari tengok mutiara dalam habitatnya....

.....sebiji tiram yang baru dibuka didapati lebih hampir /
lebih 30 biji mutiara di dalamnya....di celah2 isi terdapat mutiara!
lepas tu diberinya kepada kita orang....
sebiji tiram yang diternak dalam tasik di Summer Palace 
boleh menghasilkan sebanyak itu mutiara di dalamnya........


lepas mendengar taklimat tentang mutiara ini.....di"heret" lah kita ke tempat pameran 
barang2 perhiasan & juga special product - cream mutiara.....
maharani China ni guna cream mutiara....
he he he....kita pun nak jadi macam maharani jugak la...........
" terbeli" lah cream mutiara ni..... & juga satu set rantai & gelang mutiara....!
bergaya sakan la....ha3x


dah selesai beurusan di tempat mutiara ni...
pegi lunch di restoren muslim di Hai Dan District of Beijing

lepas tu berhenti solat di Ma Dian Mosque

kawasan masjid

@@@@

dah letih berjalan dibawa pulak ke tempat foot massage ....
tempat ni terletak di kawasan kompleks sukan


masing2 semua hulur dan rendam kaki dalam besen berherba.....

&
&
&

dah rendam agak2 dalam 10-15 minit...budak2 pelatih mengurut tapak kaki...
dari sini boleh dikenal pasti kita ni ade penyakit ke tidak.....
nampaknya aku ni tak berapa sihat.....seorang doktor berasal dari Tibet akan 
mengenal pasti tahap kesihatan kita...sape nak cek - cek lah...free of charge...
bila dah diberitahu kita ni ade sakit2 yang di kenalpasti melalui tapak tangan...
akan disyorkan herba2 tertentu yang datang khas dari kawasan pergunungan himalaya....

( agaknya ubat2 kat kedai sengsei tu mai dari China ni lah...)


dah tamat sesi foot massage ni....terus menuju ke tempat Dr.Tea...
macam2 jenis tea China di tunjukkan....



habis semua jenis tea diberi minum....
tak lah banyak - hanya diberi minum dalam secawan yang comel lote....
orang China ni mana minum macam kita ....
kalau tak ade se mug @ secawan - tak sedap lah! 


dah selesai di sini --- siap beli teh yang dijual & tiada expired date! 
satu botol teh - tatau lah berapa lama baru boleh habis...sebab rendam sikit2 aje untuk sekali  minum...lepas tu boleh rendam lagi sehingga warna air nya hampir jernih...


lepas tu kita orang pegi ke Muslim Supermarket


*****************

selepas berjalan di Great Wall or China - 

dibawa ke tempat terkenal dengan cream terbakar....diorang beri nama cream terbakar....
semasa demo tentang cream ini tidak dibernarkan meng"snap" gambar...
jadi tak ade le gambar semasa demo tu...sape2 datang ke Beijing jangan lupa beli cream ini...memang sangat2 bagus! namanya Bao Fu Ling .....semasa demo tu....ahli farmasi berbangsa cina keturunan cina indonesia sangat fasih berbahasa melayu - 
telah memegang besi panas yang sangat2 panas ( merah menyala ) -
tapak tangannya memang melecur teruk lah...kita tengok pun sangat2 ngeri.........
mahu boleh terus pengsan! lepas tu cepat2 dia sapu dengan cream tu..........
dibiarkan bertepek kat tapak tangannya - lepas selesai ceramahnya....
didapati tangannya seperti sediakala.......BEST betul .....



~~~~  tamat ~~~~

Tuesday, June 22, 2010

Day 4 / 1 : Isnin - 7.6.10 - The Summer Palace

 

Selepas sarapan di Restoren Salama kita orang bergerak ke Summer Palace

The Summer Palace occupies an area of 294 hectares (726.5 acres), three quarters of which is water. 

The Summer Palace, in the Haidian District, northwest of central Beijing, is said to be the best preserved imperial garden in the world, and the largest of its kind still in existence in modern China.  It’s hardly surprising that, during the hot Beijing summers, the Imperial Family preferred the beautiful gardens and airy pavilions of the Summer Palace to the walled-in Forbidden City.  Dowager Empress Cixi took up permanent residence here for a time, giving rise to some wonderful tales of extravagance and excess.


pemandangan ini dalam kawasan Summer Palace


pemandangan dari dalam bot yang membawa kami "berlayar" di tasik ini

tasik yang luas.....dalam tasik ini tiram diternak untuk penghasilan mutiara...
lepas ni kita pergi ke tempat mutiara pulak..........

t
the longest corridor! dan sangat tinggi nilai seninya! 
berukiran & berlukisan @ bercorak yang sangat cantik!!!
                                                      seni bina nya semuanya hampir sama


berjalan dalam kawasan 726 ekar - macam sebuah perkampungan......kalau nak tau lebih detail...
tanya en google...semuanya ade dihujung jari! banyak lagi gambar2 di sana sini.......
selesai berjalan dalam kawasan ini....terus pergi ke tempat mutiara...senang2 nanti akan dipaparkan tempat mutiara

saya berehat sebentar.....nak pi beli barang..... c u then...bye

Monday, June 21, 2010

Day 3 / 2 - Great Wall of China

Selepas lunch & selesai solat di restoren muslim ...
perjalanan diteruskan ke Tembok Besar China..( baca la sejarahnya di sini )

Hanya mereka yang dah pergi dan naik sendiri ke tembok itu dapat "menikmati" keajaiban pembinaan @ struktur tembok besar ini....betapa kukuhnya struktur binaan tembok ini...begitu tinggi keunikan teknologi rakyat cina ini menghasilkan tembok ini...panjang & tingginya  tembok yang dibina di atas puncak banjaran gunung @ kawasan berbukit sangat2 ajaib pada pandangan aku ...



Keindahan Tembok Besar tercermin pada kemegahan, kekuatan dan kebesarannya. Melepas pandang dari tempat jauh ke Tembok Besar, tembok besar tinggi yang memanjang selama ribuan kilometer itu tampak serupa naga mahabesar yang menggeliang-geliut menyusuri pergunungan; jika dilihat dari jarak dekat, maka tembok itu penuh dengan daya tarik seni dengan arsitekturnya yang aneka ragam.

Tembok Besar adalah hasil jerih payah yang dibasahi keringat dan darah serta diresapi kecerdasan rakyat Tiongkok pada zaman kuno. Betapa beratnya projek pembangunan Tembok Besar pada zaman kuno yang masih rendah tenaga produktif memang sulit dibayangkan.

( En google beritahu )


 
Tak tau la orang lain yang telah pergi ke tempat ini....betapa gigihnya rakyat cina membina tembok ini tanpa peralatan canggih yang  ade pada hari ini....Tembok Besar China ini masih tersenarai sebagai salah satu daripada 7 benda ajaib di dunia ini! Aku sangat bangga kerana telah menjejak kaki ke sini.....panjang tembok ini mengikut fakta wiki ialah 6,400 km ...tetapi jika diambil kira cabang2nya....cabang mana tak tahu la ...melebih 8 ribu km!!! Jarak lebuhraya dari Bukit Kayu Hitam ke Johor baru 800 km lebih....hu hu hu dah jauh....apa lagi panjang tembok ini dan terletak atas banjaran gunung pulak.....memang sangat2 ajaib.....Jika dah sampai ke Beijing , China....MESTI singgah ke sini... tak singgah memang rugi...

aku hanya mampu naik sampai persinggahan ke 2 @ menara ke 2 saja...dah tak boleh naik sampai ke atas nun dengan keadaan yang curam....kelihatan mereka yang boleh memanjat sampai ke atas lagi...meneruskan naik sampai ke atas....tangganya yang curam - kena panjat berhati2....naik bolehlah gagah melangkah demi langkah....bila nak turun mak oiiii....sayup lihat ke bawah!
kena hati2 bila menuruni tangga ni...salah langkah boleh bergolek2 jatuh ke bawah!!!

pemandangan dari aras aku berhenti memanjat...
kelabu asap nampaknya sebab jauh - tembok yang dibina atas gunung...

dari tempat aku berhenti - bukan main sayup ke bawah...
baru tahap @ menara ke  2 tu...nak naik lagi??? 
kalau kuat stamina no problem...kalau ade asma dinasihatkan jangan naik...ni telah berlaku kepada rakan aku yang naik belum sampai jejak ke tahap 2...dah tersadai....nak gelap mata....diapun terduduk.....aku sampai2 kat dia - kelihatan pucat...aku kata ade asma ke? ade katanya....tapi sebab gagah nak naik juga...akhirnya tak kesampaian nak naik lebih tinggi lagi....
nasib baik tak ada masalah2 kritikal belaku...

menuruni tangga yang sempit lagi curam...hati2 turun...
perlu memapah pada pemegang yang dibuat dikiri kanan 

ade manusia yang mempercayai @ apa2 tatau la....mereka akan membeli ibu kunci @ magga ini di gerai berhampiran - mengukir nama ke @ ape ke.....dan akan meletakkan disini....
panjang ni....mereka akan terus menyambung menggantungkan mangga tu...
berderet2 la gitu.....


sampai sini dulu.....esok boleh sambung lagi....
hu hu hu....hari ni sampai 11.30 pagi melayan pelanggan baru yang nak masuk ke sekolah ...


Wednesday, June 16, 2010

Day 3 / 1 - Ahad : 6.6.10

Hari ke 3 di sekitar Beijing....hari yang paling best! Hari membuktikan aku telah menjejak kaki ke Tembok Besar Negara China - salah satu daripada benda ajaib di dunia...Kiranya ini yang ke 2 - yang pertama - tahun lepas aku telah melawat ke Seam Reap - Angkor Wat....yang ke 3  insyaAllah coming soon!


Breakfast - seperti biasa di Restoren Salama....

masuk hari ke 3 - kami cuba minta fried noodles...rupanya fried noodle nya seperti mee kuning -
tapi aku tak boleh nak makan dah....aku boleh makan roti aje..tu pun aku makan roti gardenia dalam hotel yang aku bawak ! nampak tak sambal tumis tu??? masuk hari ke 3 - masing2 dah bawak keluar sambal tumis / serunding - tapi kita orang pakat bawak keluarkan sikit2....
sebab nak makan banyak hari lagi!
masa breakfast ni - aku makan  tuna spread + biskut - lagi best!!! ( ni pun bawak jugak )


pssssttt: kalau nak ke negara2 seperti ni - bawak lah roti gardenia / biskut / sambal tumis ikan bilis @ serunding / nasi impit / tuna spread / oats / maggie @ apa saja yang boleh dimakan untuk beberapa hari di negara orang....pengalaman aku berjalan - macamni la...
mula2 beg berat sebab bawak serba sikit makanan!!!


Lepas breakfast kami telah dibawa ke kilang jade...not really like kilang ...tapi ade demo2 tentang pemprosesan jade & banyaklah barang2 hasilan jade ...aku tak beli pun - mahal!!!
ambik gambar aje jadilah....layan la beberapa siri gambar ni...




selepas itu kami pergi ke tempat crystal

crystal yang paling besar...masing2 meletakkan tangan ...
ikut kata diorang - wish la apa kita hendak dalam hidup kita...
mintak sihat tubuh badan ke atau ape ke...
mereka percaya begitu.....kita tak ade lah kan....
saje nak rasa crystal tu....sejuk aje rasanya


dah habis berjalan2 dalam kedai crystal ni....kita orang lunch di restoren muslim....
nama tak catat pulak....dah lapar - lupa nak tanya tour guide

tengok2 punya lah penuh 3/4 rakyat Malaysia!!! di sini juga di sediakan tempat solat...
lunch di sini - menu hampir sama - kebanyakan sayur ....tapi masih sedap lagi makan sebab dah bawak sambal ikan bilis! inilah yang "memedaskan" & buat berselera makan...he3x....
jangan lupa bawak tauuuuu.....



selepas lunch & solat di sini...memang kena lunch di sini sebab 
lepas tu  terus menuju ke Tembok Besar....


okey sampai sini dulu....petang2 ke @ bila2 senang boleh letakkan kawasan tembok besar...
Ohhh.....BEST!!!!!


psssst......nak berkemas2 lagi apa yang patut ....
malam nanti nak bawak rombongan cik sonata ke Cameron Highland...3D2N
kali ini aku pulak jadi tour guide....

Tuesday, June 15, 2010

Day 2 / 2 - Sabtu : 5.6.10

Sementara tunggu masa nak tengok acrobtic kita orang merayau2 dalam Muslim Supermarket di seberang jalan dari Niujie Mosque - aku belilah red-dates , walnut , coklat , air mineral ...tengok2 harga dalam Yuan mahal ... bila dikira2 kat kaunter - separuh harga dalam RM! dan jangan tatau...bila kita dah beli barang2 nanti budak di kaunter akan tanya : nak bag plastik / tidak??? mestilah kita nak bag kan...tak ade bag nak bawak macamana kan.........rupa2nya satu bag plastik kita kena bayar 30 yuan = 0.15 sen ....sebab nak kurangkan penggunaan plastik bag...tak nampak pulak orang bawak bag sendiri....mana aku tau ...aku tak kisah orang - mana nak nampak kan....kalaulah kat Malaysia buat macam tu.....




Lepas tu kita orang dibawa menonton acrobatic show di Jin Sha Teater. Masuk 1st show pukul 5.30 petang - 6.30 petang. Selama 1 jam pertunjukkan - memang lah very2 amazing!!! tak terasa 1 jam dah berlalu.....pergerakan pertukaran setiap satu persembahan sangat cepat & tidak nampak cacat cela nya....

ini baru satu keluar dari bola gergasi - lihat dibawah ade berapa? 
5 orang telah beraksi - merempit - berpusing2 dalam bola gergasi ini tanpa henti!
sangat2 menakjubkan - dan difahamkan ade ditunjukkan dalam tv - believe it or not!
sekarang aku tengok depan biji mata aku ni...memang2 lah sangat2 menakjubkan...

tamat


~~~~ habis terus dinner~~~~ nasib baik lah ade telur dadar - bolehlah makan dengan sayur2an
sangat bagus mengajar aku supaya makan sayuran banyak2......
& malam bershopping di Sunny Gold lagi ~~~~