Sebenarnya hari ni aku rasa pening - mungkin kesan aku kurang makan semalam. Tu lah aku sebenarnya tak boleh kurang makan, tapi tak lah over sangat.
Lepas solat zohor tadi jiran sebelah rumah ni jemput ke rumahnya kerana ada majlis merisik anak perempuannya. Merisik ni maknanya pihak lelaki yang berkenan kat anak perempuan ni berhajat nak berkahwin lah. Baguslah sape2 yang dah ada calon2 tu, jangan tunggu lama2 sangat beritahu orang tua cepat2. Jadi, tunggu punya tunggu sampailah dekat jam 3.30 petang.
Dipendekkan cerita, pihak tuan rumah tidaklah ada mewakilkan jurucakap, hanya kami jiran setempat aje dan iparnya saja. Begitu pihak lelaki hanya ibu/bapa saudara aje yang datang. Bila bab tanya belanja - ada proses tawar menawar pulak! Kalau dah setuju ni - berapa pulak hendak belanja? Bincang punya bincang - mulanya rm8k, mereka minta kurang sikit. So, kata putus kurang takat rm7k dan dengan sepersalinan /hadiah iringan. Maka setujulah dengan rm7k. Tempoh nya setahun, tapi boleh runding kalau nak cepat. So, akan diberitahu kemudian. So kita orang kata buat cepat2 - 6 bulan aje! Terpulang lah pada mereka. Hari ni aku belajar satu pelajaran cara2 orang merisik/bertanya. Pihak lelaki ni ada bawa hadiah 3 dulang, dan cincin sebentuk. Oklah tu...Jamuan makan nasi empit + rendang + sambal tumis + agar2 + kek span + air sirap. Ada juga pengat, aku tak makan. Selamat.............
Hoya Pro1 UV Filter
8 hours ago
0 comments:
Post a Comment