Selepas habis pertandingan 26.6.08 - lambat sikit dari jadual, pagi2 aku dari Marina Cove dah check-out.LO yang bertugas dengan kami ialah EnIzzudin, dari sekolah mana tak tanyalah pulak.Just sembang2 biasa saje. Terima kasih kepada negeri Perak yang berjaya mengelola pertandingan ini. Banyak kekangan yang dihadapi dengan senario situasi semasa,tetapi semua berjalan dengan lancar.Mana2 yang lebih/kurang tu perkara biasa dalam mana2 pengelola. Walaupun sebelum ini dah buat post-mortem, tapi kalau nak terjadi, terjadilah juga. Sebab semuanya itu di luar kawalan/jangkaan kita. So, sebagai tanda terima kasih, aku hadiahkan sehelai t-shirt JPN khas untuk pasukan koir Melaka.Ikutkan aku banyak t-shirt ni, buat koleksi setiap function, tak apelah kali ni aku hadiahkanlah kepada dia saja. Selesai lunch,kami pun terus baliklah ke Melaka. Dalam perjalanan sebelum tol Bidor & selepas tol, hujan sangat lebat. berdentum petir lagi, bas jalan perlahan. Biar lambat sikit tak ape lah. Sampai sekolah jam dekat2 10.45 mlm, semua ok...So next year dengan penuh harapan semoga sekolah aku ni dapat jadi wakil lagi.Inilah saja harapan yang tidak pernah padam untuk terus berjuang.
Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK
Sunday, June 29, 2008
The Result
1st champion - Convent Bukit Nanas Kuala Lumpur
2nd place - SMK Methodist Sibu, Sarawak
3rd place - SMK St Joseph Papar, Sabah
Posted by sonata anak kancil at 1:10 PM 0 comments
Labels: Lumut - Perak
During The Competition - Melaka
Posted by sonata anak kancil at 12:46 PM 0 comments
Labels: Lumut - Perak
Group Tour
2nd day after rehearsal, we went for group tour organized by the host. Photos showed before and the places - Taman Paya Bakau - best! And then to Bandar Lumut, near the jetty to Pulau Pangkor and Tentera Laut Diraja Malaysia - the biggest. At The Taman Paya Bakau - lihat pokok bakau, jumpa 'sedara' -
( memang banyak), ada satu group tu kemungkinan sedara ni dah rampas handphone- sebab dimaklumkan sedara tu sedang pegang handphone - wow monyet moden. Kat Bandar Lumut, aku hanya beli hasil2 laut ajelah, jangan tak beli. Tapi ikan bilis memang fresh from Pulau Pangkor, beli sikit melalui member aku yang ikut sama, dia order dari kawannya.
Lawat TLDM - seronok lah sebab pertama kali pergi dan dapat rasa naik kapal perang. lain2 tempat adalah restricted area.
Posted by sonata anak kancil at 11:42 AM 0 comments
Labels: Lumut - Perak
Choir Competition- National Level
Posted by sonata anak kancil at 11:36 AM 0 comments
Labels: Lumut - Perak
Teluk Batik & Marina Cove, Lumut Perak
24th Jun 2008 - Choir Group from my school - selected for National level. 8.30 am dari sekolah - tiba kat Teluk Batik Resort nearly 4 pm. Wow, long journey almost 8 hours. We just arrived and the resort is very nice and calm.......Sayangnya diriku 'tercampak' ke Marina Cove Resort about 1 km from Teluk Batik Resort. Sebab kat sini dah penuh, so all ketua kotinjen kena duduk kat lain. Agak trouble lah sikit, ye lah semua function kat Teluk Batik. Perlu kereta jabatan 'angkut' aku ke Teluk Batik Resort. Kat bawah ni Marina Cove.
Posted by sonata anak kancil at 10:54 AM 0 comments
Labels: Lumut - Perak
Friday, June 20, 2008
Membereskan tugasan
Pagi2 tadi aku tolong edarkan cenderahati daripada PIBG kepada semua warga sekolah. Perlu edar secepat mungkin, sebab hari ni balik jam 12.00 - Jumaat. Nak kata ramai tu taklah aku kira pulak yang memuji beg kertas tu cantik.Dalam beg tu ada face towel bersulam sempena Hari Guru, mug PIBG dan sebiji (?) jelly.Terima kasih PIBG!!!Aku perlu siapkan segala tugas2 yang perlu diselesaikan sebelum pergi ke Telok Batik, Lumut Perak. Perlu selesaikan sebab tak naklah nanti ada orang cal minta itu ini bila aku out station.Ini dah resmi aku, sampai petang tadi balik jam 6 lebih! Bawa balik kerja nak hantar hari Isnin, update kat rumah lagi senang. Kerja sain menyain bukan main banyak lagi. Naik penat juga tangan ni dok menyain macam2.
Malam dah mula berkemas2 apa yang patut dibawa selama 3 hari ke Perak. Perlu buat malam ni sebab masa dah suntuk. Hari Isnin ada meeting lagi sebelah petang, urusan Farahin ada lagi yang belum siap. Jam 7 lebih - 8 pagi dah bertolak dari sekolah ke Perak. Nanti kelam kabut kalau tak mula kemas apa yanga patuat. So be prepared.Esok pagi nak kena gi sekolah, nak memantau orang kantin nak kemas2 kantin, petang pulak ada urusan nak ke rumah orang pandai berubat untuk uncle aku yang sakit. Ok lah takat ni, mata dah ting tong....
Posted by sonata anak kancil at 11:46 PM 0 comments
Thursday, June 19, 2008
Kalau ikutkan hati ini...
Kalau ikutkan hati ini, budak2 yang tak dengar kata ni aku nak lepuk2. Naik muak, letih, geram memang adalah, budak2 yang (tak ramai pun) - ini yang beri masalah. Berhenti / tak payah datang sekolah. Dah diri sendiri tak nak, nak dipaksa2 ke???Budak2 ni (yang nakal / hati batu), memanglah mereka ni nama budak2 yang tak berakal. Manusia ni ada cepat matang / ada yang lambat / ada yang masih seperti anak2 kecil / dan yang teror tu dah melangkawi seperti orang dewasa. Belajar kat mana? hah tu semua belajar dengan kawan2. Kawan2 baik tak pe lah juga, tapi ikut idola2 yang pada mereka contoh terbaik. Kesian kat ibubapa yang anak2 tak boleh dikawal / dijaga. Aku pun pelik jugalah, ada kalangan ibubapa yang tak boleh kawal anak! Hai susah - susah. Pendek kata, bila mcam ni berlaku, aku tak boleh buat apa2, kau orang punya fasallah. Ibubapa tanggunglah /jagalah anak2 sendiri. Itu semua tanggungjawab ibubapa, sekolah hanya tempat menuntut ilmu, dan didikan sahsiah dll adalah secara tidak langsung saja. Mana2lah pihak banyak mengatakan peranan ibubapa sangat penting dalam mendidik anak2. Bayangkanlah anak balik ke rumah lewat petang, dan ada lewat malam! Anak2 dilahirkan seperti kain putih, terserahlah kepada kedua ibubapa nak buat kaler ape. Berwarna warni ke, corak abstrak ke, belang2 ke, entah apa2 lah lagi.Aku kekadang tu, rasa simpati dengan ibubapa yang mempunyai anak2 bermasalah. Yang mengangis pun ada, yang merayu2 pun ada nak suruh tengok kan anak dia kat sekolah. Pendek kata macam2 lah...
Posted by sonata anak kancil at 11:46 PM 0 comments
Congrat to Choir Group!
Wow, pasukan koir telah menjadi juara lagi tahun ni. Next week 24.6 dah kena pergi ke Lumut Perak untuk mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan. Aku ditugaskan untuk mewakili bos. Saban tahun akulah yang pergi. Asyik aku dan geng yang sama juga. Dah 5+1 tahun aku bersama pasukan ini. Pendek kata, mereka yang terlibat ni dah memang cam benor muka kami ni. Setiap tahun negeri rotate jadi tuan rumah. Mula2 dulu yang tahu lah pernah sekolah pergi ialah Pahang.Aku mula involve ke 1.Selangor 2.Kedah 3. Melaka 4. Negeri Sembilan 5. Trengganu 6.Perak. Next year kat mana ye? Hah tunggu masa majlis penutup biasanya akan diumumkan. So, negeri terlibat ada setahun nak prepare. Kalau aku masih kat sini , mungkin aku disuruh lagi, tapi tengoklah dengan pentadbiran baru pulak!Bila agaknya nak menyeberangi Laut Cina Selatan!Kat peringkat kebangsaan, choir aku takat ni hanya biasa dapat saguhati terbaik aje. Tak de lah hingga ke 3/4 terakhir! Oklah tu. So every year ada improvement. Mana tahu kali ni boleh cemerlang, kira teror lah tu...
Posted by sonata anak kancil at 11:05 PM 0 comments
Monday, June 16, 2008
Melawat
Aku hantar opsyen pencen 56. Confirmed.
Hari ni pun aku terus sibuk lagi. Ingatkan nak finalize AJK Anugerah Cemerlang, siap bawak laptop. Tapi lepas habis asembly, cek data murid, bos ajak pergi ke rumah anak murid yang tak nak gi sekolah. Aku pun tak tahulah, nak cakap banyak2 pun bukannya bapa dia tak tahu tentang anaknya, pulak tu bapa si budak ni pun aku memang kenal sangat. Kita pun nasihatlah secara profesional, pada hal nampak gaya anaknya tak minat nak belajar lagi...So beri tempoh sampai next week.
Lepas tu, melawat pulak staf yang sakit (kaum adam). Ni pun lagi satu hal juga, susah nak cakap.Dia buat tak macam sekolah gomen. Bos mana yang tak bising, bos ni memang dia pergi siasat betul2. Aku ikut le ke mana bos nak gi.Sampai pejabat dah dekat jam 2. Sempat juga bincang tentang AJK yang aku 'tolong' my 2nd partner ni. Petang ada taklimat dengan all stafs.
Esok kata nak meeting persaraan tak jadi nampaknya, sebab, pagi esok nak kena gi beri sokongan pasukan koir. Petang bos buat meeting pulak. So harap lusa aje boleh on meeting lain. Hari Khamis meeting lagi.
Posted by sonata anak kancil at 6:45 PM 0 comments
Saturday, June 14, 2008
Kopi, Stokin (Kin) & Tam
Hai Kopi,Kin dan Tam ...Kesian petang ni tak dapat makan macam biasa, biarlah puasa buat malam ni dan esok.Bukannya apa, makanan biasanya dah habis! Hubby bisinglah makanan dah habis. Bukannya tak nak beli lagi - nak kata lupa tu taklah, tapi faham2 ajelah nak ke kedai dekat pun malehhh.Pulak tu nak drive pun malehhh. Biar dia orang makan apa yang ada, taknya mati pun kalau tak dapat makan makanan paket tu.Sekarang ni nak beli pun kena pandai cari yang termurah.
Takat ni jumpa kat Tesco murahlah berbanding kat Jusco. Tapi nak ke Tesco tu bukannya dekat dari rumah aku ni. Mentelah pulak minyak sangat mahal ni. Maka tak ekonomik nak ke sana. Paling tidak, esok aku beli kat kedai sini aje, mahal pun sikit aje, biarlah aku jalan kaki aje ke kedai cina ni.Itupun entah ada ke tidak. Kekadang habis. Kesian kat Kopi, Kin dan Tam. Ok tak pe tak pe, makan nasi+ikan pun boleh. Tapi dah biasa makan yang berpeket tu, mengada2 pulak nak memilih. Itu kau orang punya fasal, nak makan, makan, tak makan kau orang lapar.
Posted by sonata anak kancil at 9:14 PM 0 comments
Friday, June 13, 2008
Tak cukup masa
Sejak mula sekolah ni, rasa kejap benor masa berlalu.....Aku tak boleh nak ke mana2, hanya entertain macam2 jenis manusia. Kalau nak tulis/cerita , tak tertulis dan tak tercerita. Minggu ni dan minggu depan hingga tengah Julai agak sangat sibuk.
Magrib tadi Mohd telefon dari MOZAC - nak suruh gi tempat dia esok , tak boleh la, sebab tak cukup masa, nanti tertunggu2 pulak lagi haru. So, Ahad saje jumpa dia. Dia beritahu keputusan 1/2 tahun dah dapat - gagal katanya. Aku relax aje tak terperanjat pun. Aku saje tanya, macamana boleh gagal? Dia pun jawab gagal tak dapat 10 A1. Aku dah agak itulah jawapannya.Tapi dapat 8A1 , 2A2. Kali ni dia dapat kalahkan Asvin kawan persaingannya.
14.6.08 - Latihan Dalam Perkhidmatan 8.00 pagi - 2.00 ptg. Bila nak gi jemputan kahwin???Ada 2 jemputan. Esok aku makan 3 kali!!!!Wa wa wa...hilang kisah aku nak turunkan berat badan.Kesian kat aku.
16.6.08 - petang meeting : nak pilih pencen apa: 55/56/58???Aku confirm 56.
17.6.08 - meeting persaraan - tengok dulu ok/tak ok, mana tahu kot ada hal lain pulak.
Koir pulak ada pertandingan peringkat negeri, wow kena pergi ni beri sokongan padu. Kalau menang akan ke Lumut Perak, next week! Harap menang wakil Melaka , boleh gi Lumut pulak.
18-20.6.08 - semua fail 3K perlu siap dan letak dalam bilik gerakan.
23.6.08 - pemantauan 3k datang. Kalau kena soal apa nak jawab? Jawab le apa yang dia soal. Tukang soal tu member jugak! ( Kalau ikutkan semua tu hasil daripada sekolah aku juga! )
Sampai cukup bulan - semua sibuk nak buat anugerah cemerlang pada 5.7.08
1.7.08 - he he he aku cuti!!!Bukannya apa nak hantar Farahin ke KMS.
3.7.08 - PSK buat khidmat masyarakat kat MPJ - sape lagi jv dengan hubby le...
Lepas tu kan: 11.7 - 14.7.08 aku terbang ke Kuching.....Miow,miow,miow.....Pergi dengan budak koir/muzik. Katanya every year ada world festival tentang muzik ni kat Kampung Budaya. Masuk kali ni (insyaallah) 3 kali aku ke sana. Nanti gambar akan upload.
Aku tengok masa aku terlalu padat, itu belum termasuk kalau interrup oleh macam2 hal yang di luar jangka...
Posted by sonata anak kancil at 10:01 PM 0 comments
Monday, June 9, 2008
Macam2 lagi
1st day of school for 2nd term. Ada majlis Minggu Bahasa - 9.00 pagi.
Parent datang bawa anak pindah masuk - masa cuti berurusan. Dah buat perjanjian janji baik, kalau dah pindah waktu2 tengah tahun ni adalah masalahnya - memang betul pun. Ada ke dia datang dengan kaki seluar batang paip - sangat sempit! Katanya sejak F4 kat sekolah lama - aku warning - tak boleh. Bos pun tengok, dia suruh balik- tukar seluar lain. Masuk sekolah ni, mesti ikut semua peraturan sekolah ni. So, dia balik. Tak lama dia datang lagi, tapi besar sikit dari tadi, esok aku nak tengok yang lebih besar lagi! Kasi ajar sama dia, nak sekolah buat cara nak sekolah.
Masuk pejabat :
1. Parents dah tunggu nak jumpa aku sebab anak dia kena pukul kat luar sekolah masa lepas kelas tambahan - waktu cuti sekolah. Sebab? Anaknya dituduh kacau girlfriend kawan dia. Panggil budak tu, so dia jadi pak turut kerana semangat setiakawan punya fasal.Parents tu nak gi jumpa parents pemukul kat rumah nya. Tapi mati2 dia tak bagi gi, kerana ibubapa sakit darah tinggi - pandai pulak sayang emak bapak. Anak orang dia tak kisah. So, mereka settle kat luar aje.
2. Datang seorang bapa pulak mengadu dapat surat amaran ke2 anaknya tak datang sekolah. Dia kata puas pujuk suruh gi sekolah, tak mahu juga. Dah F4 macam tu, aku kata beginilah- pujuk dia esok datang tak kira jam berapa jumpa aku(anak lelaki). Susah juga macam ni, aku jadi penasihat pada bapa pulak. Tak pe lah...Mudah2an Allah swt.aje yang membalasnya.
3. Dah hampir tengahari datang pulak seorang ibu , begitu juga anak tak mahu gi sekolah (anak perempuan F3). Dipendekkan cerita si anak tak gi sekolah sebab frust bercinta! Anak kelas baik jugalah - ikut perasaan. Aku pun rujuk kaunselor, minta tengok apa dah jadi budak ni - kena buat lawatan ke rumah. Aduh...anak2 kau orang semua mentah2 lagi, dah pandai jatuh cinta, bermain dengan perasaan darah muda...macamana nak cemerlang?
4. My 2nd partner masuk pulak bincang tentang majlis persaraan bos bulan 9 nanti. Kenalah aku juga jadi tekong, kalau aku tak buat AJK, nanti tak jalan. So, aku KIV dulu, sebab nak settle 3K,majlis ambil reportcard, lepas tu Majlis Anugerah cukup bulan - semua kena selesai bulan ni juga!!!
5. Lepas tu bincang pulak tentang sekolah ni terpilih wakil pertandingan 3K - panggillah penyelaras yang terlibat. Kena buat, sebab aku naib pengerusi - datang cek 23.6.08.Semua kena siap.
6. Gitu gini, dah reda semua tu - bos pulak masuk jumpa aku. "Kau tengoklah ni, ada ke aku nak kena gi kursus PTK DG52? Dah nak pencen!" Alamak kesian kat bos aku ni. Beginilah - think positive - tanyalah kalau tak pergi - apa kesan nya. Kalau nak dapatkan pengalaman, pergi ajelah- mana tahu ada rezeki...Lewat petang aku cal dia, tanya tentang ni , nak kena buat esei, nak kena cakap oranag putih, aku kata, tak apelah , kan boleh cakap...Esei no problem, esok boleh I tengok, apa tajuk...Cehh... aku cakap kat dia, kasi sedap sikit. Dia pun terima cakap aku.
Lama2 aku pun tak keluar pejabat. Nak jumpa orang semua pakai cal aje, biarlah mereka jumpa aku kat pejabat. Hari ni taklah sempat makan nasi (lagipun pagi tadi dah jamu nasi empet+rendang+roti jala - dah banyak), hanya berbekalkan karipap 3 biji yang aku ambil semasa jamuan pagi tadi dan aku bawa air kosong dari rumah. Balik rumah dekat jam 3.30 ptg kena makan juga nasi sikit+ikan bakar cecah kicap+lada kecik+bawang - sodap juga sebab perut lapar!!!
Kerja-kerja-kerja, baru sari tu - esok entah apa pulak yang berlaku. Yang dah confirm, pegawai nak beri ceramah pada 14.6 akan datang, parent pagi tadi nak jumpa aku lagi, dan petang esok aku ada meeting kat jabatan.Hu hu hu....
Posted by sonata anak kancil at 6:40 PM 0 comments
Saturday, June 7, 2008
Merisik....
Sebenarnya hari ni aku rasa pening - mungkin kesan aku kurang makan semalam. Tu lah aku sebenarnya tak boleh kurang makan, tapi tak lah over sangat.
Lepas solat zohor tadi jiran sebelah rumah ni jemput ke rumahnya kerana ada majlis merisik anak perempuannya. Merisik ni maknanya pihak lelaki yang berkenan kat anak perempuan ni berhajat nak berkahwin lah. Baguslah sape2 yang dah ada calon2 tu, jangan tunggu lama2 sangat beritahu orang tua cepat2. Jadi, tunggu punya tunggu sampailah dekat jam 3.30 petang.
Dipendekkan cerita, pihak tuan rumah tidaklah ada mewakilkan jurucakap, hanya kami jiran setempat aje dan iparnya saja. Begitu pihak lelaki hanya ibu/bapa saudara aje yang datang. Bila bab tanya belanja - ada proses tawar menawar pulak! Kalau dah setuju ni - berapa pulak hendak belanja? Bincang punya bincang - mulanya rm8k, mereka minta kurang sikit. So, kata putus kurang takat rm7k dan dengan sepersalinan /hadiah iringan. Maka setujulah dengan rm7k. Tempoh nya setahun, tapi boleh runding kalau nak cepat. So, akan diberitahu kemudian. So kita orang kata buat cepat2 - 6 bulan aje! Terpulang lah pada mereka. Hari ni aku belajar satu pelajaran cara2 orang merisik/bertanya. Pihak lelaki ni ada bawa hadiah 3 dulang, dan cincin sebentuk. Oklah tu...Jamuan makan nasi empit + rendang + sambal tumis + agar2 + kek span + air sirap. Ada juga pengat, aku tak makan. Selamat.............
Posted by sonata anak kancil at 4:50 PM 0 comments
Cameron Highlands 2
Posted by sonata anak kancil at 10:46 AM 0 comments
Labels: Cameron Highland - Pahang
Menanti hari...
Wow suspen menanti hari- bukannya apa Isnin ni dah nak sambung kerja semula. Sebelum ni bukannnya tak kerja - maksudnya tugas rasmi. Last 2 days aku ditugaskan untuk ke lucheon talk kat ILP Bukit Katil Melaka. Pergilah dah arahan kan, bos pergi juga, Aku dari rumah bersiap dengan baju batik sebab hari Khamis digalakkan pakai baju batik. Aku tengok, aku belek, macam tak beriron je baju aku, nampak dah iron.Aku pakai juga. Aku pun start kereta dan keluar simpang kat rumah, aku rasa tak cantik benor nampak baju macam tak iron,agak berkedut. So, patah balik, aku tukar baju batik lain. Barulah rasa confident. Pakai baju pun mesti kita rasa confident, baru everythings go well. Aku pun tiba lah kat ILP, tengok bos tak tiba lagi, rupanya dia ambik kawan dia pulak. This is 1st time aku masuk kat sini. Katanya Dato' Noraini timbalan menteri apa tu datang nak rasmi, tapi tak dapat datang, wakil saja. Ok lah. So the speakers ada 3 orang, sebenarnya lebih kepada perkaitan industri. Jadi sekolah2 tertentu saja / berdekatan yang dijemput. Bolehlah nanti aku bagi bahan2 yang dapat pada kaunselor.
Jumaat pulak, aku gi buat checkup kat Poliklinik, kenalah checkup setahun sekali - perlu. Tengok2 oklah, tapi berat sudah bertambah!Wow macam ni tak boleh jadi, kena buat sesuatu. Apa taknya makan sedap aje! Rasanya macam nak kurangkan makan - bagus juga, sekarang semua barang naik harga terutama beras, so kurangkan baguslah. Baru lepas checkup, bos pulak jamu makan tengahari, nak tak nak aku gi lah juga. Tapi cuba untuk kurangkan makan karbohidrat terutama nasi. So, petang tu aku pun gi lah berjalan kat Stadium Serindit. Tempat ni memang lah tempat riadah/rekreasi. Ramai orang datang pagi petang memang ada. Aku ni jenis tak konsisten. Sikit hari dulu, rajin juga, bila agak sibuk, tak gi,hah bila dah macam ni kenalah paksakan diri untuk terus excersice berjalan. Harap2 cita2 nak kurangkan berat badan berjaya - untuk sehat sepanjang masa.
Posted by sonata anak kancil at 10:24 AM 0 comments
Cameron Highlands
Posted by sonata anak kancil at 8:14 AM 1 comments
Labels: Cameron Highland - Pahang