Antara notis yang diberikan kepada mahasiswa/mahasiswi
WASPADA!!
teknik pencurian laptop/ telefon bimbit/ barang berharga di musim peperiksaan:
-sang pencurik durjana akan MENGETUK pintu bilik anda dengan sangat terpaling kuat amad sampai nak pecah dan roboh pintu tersebud TANPA memberi SALAM...
-JANGAN BUKA, malah PULAS kunci pintu tersebud, bukan pulas TOMBOL!
-sambung ulangkaji/ tengok muvi seperti sedia kala, seperti tiada apa2 yg berlaku..
-JANGAN sahut seruan mereka, kalaw dah TER tentang mata, ALIHKAN pandangan anda dgn kadar segera, kira2 tak sampai halflife sebelum anda DIPUKAU..
-sekiranya anda ingin sekali ke bilik sebelah untuk bertanya khabar jiran, pastikan anda MISSCALL / send sms dahulu, sebelum berkunjung ke bilik beliaw..
teknik pencurian laptop/ telefon bimbit/ barang berharga di musim peperiksaan:
-sang pencurik durjana akan MENGETUK pintu bilik anda dengan sangat terpaling kuat amad sampai nak pecah dan roboh pintu tersebud TANPA memberi SALAM...
-JANGAN BUKA, malah PULAS kunci pintu tersebud, bukan pulas TOMBOL!
-sambung ulangkaji/ tengok muvi seperti sedia kala, seperti tiada apa2 yg berlaku..
-JANGAN sahut seruan mereka, kalaw dah TER tentang mata, ALIHKAN pandangan anda dgn kadar segera, kira2 tak sampai halflife sebelum anda DIPUKAU..
-sekiranya anda ingin sekali ke bilik sebelah untuk bertanya khabar jiran, pastikan anda MISSCALL / send sms dahulu, sebelum berkunjung ke bilik beliaw..
![]() |
oily man and maling are not allowed!! |
Assalamualaikum.
Hari isnin lepas, mard terkejut dengan berita kecurian di area bilik mard. Sekali 4 bilik sederet telah dimasuki pencuri yang disyaki lelaki, dan orang luar. Kejadian ni berlaku dalam pukul 4 pagi. Menurut siasatan kawan mard, masa pencuri tu masuk melalui tingkap, salah seorang penghuni bilik perasan, terjaga, cumanya, dia terlalu takut, x tahu nak buat apa. Satu bilik, dua orang. Ni sekali 4 bilik dia pecah masuk. Bayangkan. Antara barang yang dilarikan adalah laptop, beg duit dan brg2 kemas. Bersyukur kerana dia tidak mengusik mahasiswi ni semua. Kata kawan mard, "kalau dia buat benda xsenonoh kat mangsa, memang tak laku lagi lah. Orang laki ni, buruk-buruk dia, nak isteri depa cari yang elok" mard diam ja, mard lagi risau keadaan persekitaran. Mana tahu, mard mangsa seterusnya. Bayangkan, dia pecah masuk tingkat 3,bilik 23. Bilik mard, tingkat 4 bilik 24. Padahal searas ja. Kedudukannya depan bilik mard, cumanya dia bawah, mard atas.
Hikmah yang mard nampak selepas kejadian ni, ramai mahasiswi dah x berpakaian seksi di waktu malam, termasuk diri mard ni. Pintu sudah mula dikunci, kalau tidak, angin tiup pun boleh terbuka. Lagi, ramai yang minta pinjam kitab al-mathurat. Mard juga dengar bacaan ayatul qursi di waktu malam buta dengan nada yang kuat. Dan, pak guard yang mula berkeliaran membawa kayu. Ok, menakutkan mard! Kesian, mard, sudahlah payah tidur, sekarang bertambah payah nak tidur, mard takut. terbayang bayang ja, ada orang depan mard. Mard trauma. Belum mard yang kena lagi tu. Nauzubillah. Doakan keselamatan semua ya. Tapi yang x bagusnya tu, dah x berani nak keluar p ambil air sembahyang tgh sunyi malam. Agak menganggu perjalanan jadual solat malam. Lemah iman. Lemah amalan. Apa nak jadi ntah. Istighfar. Ramai ja, yang ada masalah ni, lepas kes ni. Semoga Allah, bagi keberanian sahabiah pada mahasiswi-mahasiswi ni, termasuk mard si penakut.
Mard pun, ada cadang nak simpan kayu hoki. Ada tu lagi hebat, nak simpan pisau tepi katil. Ok, fine, tu orang yang sama (^.*). Menakutkan perasaan ni. Amat menakutkan. Doakan mard.
6 ulasan :
salam mard,
jgn lupa buat solat sunat sebelum tido, baca quran dan buat adab tido, moga Allah lindungi dr perkara2 yg tak diingini....
Baca ayat kursi. InsyaAllah. selamat dari syaitan jin dan manusia
sblum tdo amalkan wudhuk,adab2 tdo(kebah tmpat tdo 3x sambil baca lauhaulawalla kuwataillabilla hil a'liyila'zim,4kullalu sembur pada tapak tangan dan disapu kesatu badan 3x lalu tdo cr sunnah n baca al kursi 3 kali.ada satu ghakuzari dr indonesia,ada satu bomoh nk mnguji jemaah,telah hntr ilmu sihirnya,tetapi berkat amaln adab2 tdo sihirnya tidak berkesan.kebaikan kursi3x ni mnjaga diri,keluarga/kawan2 n seluruh kampung/seluruh mahasisiwi. yg pnting doa semoga pncuri itu dapat hidayah.. jangan takut ea... =)
masa sy blaja dulu pun ada pnglmn ini,yg lg best aktiviti ni trjadi di rumah2 sewa pelajar.terjadi waktu2 tengah hari,biasalah student suka tdo waktu2 ni sambil pintu ternganga..sedar2 laptop2 hilang..banyk la juga..bukan tu aje,aspuri di masuki orng tak dikenali,bukan utk mncuri tetapi melkukn prbuatn yg tdk baik kpd mahasiswi,dengr2 dia mnggunkn ilmu hitam sebab tak dpt ditangkap.tetapi alhmdllh kes tu dah selesai.ape2pun yg pntng disini bukan masa kejadian je,tetapi kita semua jaga adab2 tdo ea,sebab pahala percuma tu... best2 =) 1/3 aje hidup ini dngn tdo..jadi bestkan dpt gnjrn walaupun tdo mcm mlm plak.. =)
sirius aku pon cuak memalam nk tido
xlena!
Waalaikiumsalam kepada semua sekali,
iya terima kasih di atas nasihat dan keperihatinan semua. InsyaAllah mard akn overcome perasaan takut ni. Mard dh amalkn baca ayatul qursy 3kali sblum tdor,dan berusaha istiqamah buat adab tdor. Terima kasih sangat2 kpd semua ya. Kpd Lin, jgn takut, takdir Allah itu pasti(cewah pandai lah mard nasihat org).
wasalam.
Catat Ulasan