Memaparkan catatan dengan label ~info~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ~info~. Papar semua catatan

Selasa, 13 Mac 2012

JORD PURANA SATTY: Markaz Tablighi Raiwind Pakistan



                                      When i get big, i go, where they are go. I am going to Pakistan
                                                                                       :)

Mard x berapa tahu pasal Jord ni. Yang Mard faham, Jord ni kecil sikit dari Istimak. Jord bulan 3 ni tiap-tiap tahun ada. Kira besar juga lh, Jord Purana Satty. Jord Utkim untuk orang yang dah keluar 4 bulan, 7 bulan, dan 1 tahun. Ada yang kata, 1 tahun tu, dah macam taraf ulama'. Wallahhualam. Mesti setiap karkun ada pasang impian nak ke sini. Kan sedap kalau ada rumah kat sini. Boleh pergi markaz hari-hari :) hihihi. MasyaAllah. Untunglah.

Isnin, 27 Februari 2012

meh! mard nak share ceghita:)


Kalau siapa pernah baca entry mard sblum ni, mard ada wish nak share kt blog perkara yang mard share kat kaum muslimat di surau mo3, USM, waktu giliran mard buat pengisian pada ahli lembaga surau. Enjoy k. Sumber info ni, mard ambil dari majalah solusi 2010. Mard nak cerita dalam konteks y mard suka. Paling penting, mard sendiri faham. Tahukah semua, bahawa, iblis dan syaitan adalah individu yang sama. Cumanya, iblis merujuk kepada individu. Dan syaitan merujuk kepada perbuatan iblis yang suka menghasut! Dari mana datangnya gelaran syaitan? Kenapa? Meh, cikgu mard nak ceghita..

Baik murid-murid (hihi), sebelum tu, cikgu mard nak bagi tahu yang jin diciptakan Allah swt dari api. Ini berbeza dari manusia yang diciptakanNYA dari tanah. Bersesuaian dalam firmannya dalam surah al-Hijr ayat y ke 27, mahfumnya, "Dan kami ciptakan jin sebelum (Adam) daripada api y sangat panas".

Umu Anisah, tahukah kamu, jin juga mempunyai masyarakat seperti, kita, manusia? mereka pun makan, minum, dan berketurunan. Ada yang baik dan taat perintah Allah, ada juga sebaliknya. Allah berfirman, dalam surah al-Jinn ayat ke 72, "sesungguhnya antara kami, ada yang soleh dan ada pula yang tidak demikian. Bermacam-macam jalan yang kami tempuhi". Menarik kan..Hurm.

Kak Maz mesti suka info ni, yang Allah juga mengutus kepada masyarakat jin, para rasul dari jenis mereka sendiri sebagaimana firmannya, dalam surah al-An'am ayat ke 130, "Wahai sekalian jin dan manusia! bukankah telah datang pada kamu rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu di hari kiamat ini?" Take note everybody.

Kak As pula patut tahu yang salah satu kelompok daripada jin adalah iblis, sebagaimana dalam ayat surah al-Kahfi, ayat ke 50, "Dan ingatlah peristiwa ketika kami berfirman kepada malaikat "sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan iblis ia berasal daripada golongan jin. Lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya"

Nam, kamu tahukan pasal cerita buah khuldi yang dimakan Adam a.s? Bagus...

Jadi, siapa pula syaitan? let's find out girls..


                                                       B.E.R.S.A.M.B.U.N.G