Khamis, 29 Disember 2011

~Bila Mard X Boleh Tdoq Malam~

Seperti biasa, tidak dapat membaikkan diri tidur awal. Ohh, sekarang baru 3.45 a.m....XOXOXO..ayam cina di kawasan perumahan mewah tu dah berkokok. No Mard! that is DOG! and dog never XOXOXO. They bark:)...UUUUUoooooooRRRRRRRRR.....Shadap Sandwich!. Boring tahu x. Memandangkan ni blog mard, ikut suka mard nak tulis apa na. Mard suka bercakap, bila letih, mard menulis. Ha ha ha. Love it. Baru je tadi, mard selesai 70 % potret drawing. Mangsanya adalah abah. Gambar abah yang tengah serius. InsyaAllah, kalau mard rajin, t mard upload di sini. Fine.

 Soalan mard di sini ialah, apa yang kamu semua lakukan jika tidak boleh tidur malam?

Jawapan cikgu, jika cikgu di asrama, cikgu akan ,
  1. Menulis (sajak, blog, cerpen dll)
  2. Melukis(potret, dll)
  3. Mewarna(potret, dll)
  4. Cipta barang (perhiasan dll)
  5. Membaca(dll)
  6. Tonton movie(komedi-romantik / seram)

Oleh kerana, potret gambar abah mard x siap dilukis lg, mard nak tunjukkan contoh barang perhiasan yang mard pernah cipta bila mard x boleh tdoq. Jeng jeng jeng.











Kalau kat rumah mard, benda ni dah jadi tempat jambangan bunga yang mard gubah. Ada spesies bunga yang cantik sangat di rumah abah, n mard suuuuka. Masa wedding kakak mard, ada je mard gubah bunga ni untuk mereka. Wait, atas permintaan mereka bertiga:). Bayangkan nak buat 3 gubahan untuk diletak di meja solek pengantin. Mahu botak pokok abah. Psstttt, abah x marah, senyum ja. Macam-macam warna bunga ni. Masa mard gunting tangkai bunga ni letak dalam bakul, terasa macam Rossalinda:). Kalau dikedai, mahal juga mard tengok dijual. Sekuntum, Rm 1.50. Jap, mard selongkar.......ala, xdalah. Xpe..xpe. Len masa k. Mard bukan apa, bila mard buat benda2 ni, mard ni betul2 tumpu. Lama2, dia jadi letih tau. Lepas tu, barulah datang mood nak tidoq:)

Macam sekarang la, Mard ready nak tidoq:) Love u.

p/s: Maaf kepada cikgu B.M dan pencinta bahasa. Ejaan nama "Mard", xsemuanya dimulai dengan huruf besar. Bukan apa, Mard malas tekan "caps lock":)


 UUUUUoooooooRRRRRRRRR!!!!!

Rabu, 28 Disember 2011

Isnin, 26 Disember 2011

~Abah o abah:)~

Setelah beberapa hari sakit tekak,selsema, batuk dan demam (yes!complete), malam ni adalah yang paling mencabar. Haruslah. Dengan hidung tersumbatnya, dengan sakit perut sebab tekanan asyik batuknya, dengan loya tekaknya (haishhhhh...semua ada) n ofcoss, dengan x boleh tdo nya.

Di saat macam ni, nak baring salah, nak mandi salah, nak duduk salah, serba serbi salah. Nak makan salah, nak minum salah, nak BELAJAR, lagi lah, hareeem:) Paling penting, bagi Mard y lemah iman ni, teringat la hero Mard dari zaman Mard baby. Ofcoss, my abah (u raise me up, so i can stand on mountains, u raise me up to walk on stormy seas. And i am strong when i am on your shoulders. U raise me up to more than i can be) Oke selingan. Maka teringatlah Mard bagaimana abah very the take care of me n my geng kalau kami jatuh ke dalam nikmat sakit. Pantang dengar ada yang batuk malam-malam. "Heipp...bangun p minum air suam!" dari dalam bilik beliau je jeritnya. Then, dengar lagi batuk, "Bangun!bangun siapa yang batuk tu, meh keluar sini" sambil dengar beliau buka pintu dan lampu. Cuba teka apa jadi? Salah! kami kena urut n abah paksa makan ubat buatannya tu. Selalunya campuran daun misai kucing dll. Atau cucu-cucu abah panggil, "ubat jilat". Kami cukup grrrrrr dgn ubat ni. Rasa dia? p mintak kat beliau sendiri oke. Fine.

Kiranya, tahu abah tak tenteram kalau tahu ada yang sakit. Sengaja tengok abah p bukak tv, malam-malam gelap. Duduk je depan tv. Tengoklah, xsampai 15 minit, mesti tv yang tengok abah punya. Berlakon je siap pakai spek tu. Lagi teruk kalau abah siap bawak bantal keluar. Jawapnya, tidur sesorang la, nenek comel:) Sayang abah. Kadang-kadang kasihan tengok, abah tidur sesorang kat luar tu. Bukan apa, abah ni macam-macam sakitnya:( AllahhuRabbi. Moga segala nikmat dan kebaikkan dunia dan akhirat abah dapat atas keikhlasan amanah menjaga kami semua. Kira, rasa aman sangat bila abah ada. Itupasal dulu, mard benci bila abah keluar berdakwah (Nauzubillah). Tinggal kami adik beradik. Rasa kosong je rumah tu tahu. Nothing. Tapi Alhamdulillah, lama-lama Allah bagi faham. Sikit demi sikit. Tahun demi tahun.

Itu pasal, bila mard tengok dulu, abah kalau nak keluar dakwah beberapa hari, x suka kami cium tangan beliau, salam ke, peluk ke, tolong angkat barang ke. Sekarang Mard dh tahu. Pasal abah takut jadi berat hati. Even, sampai sekarang, kalau kami nak tinggalkan rumah p balik U ke, p mana2 tempat jauh, seboleh abah x mahu hantar. Kalau abah hantar ke stesyen pun, abah x keluar dari kereta. Sekarang Mard tahu. Abah sedih. Mard nampak abah sedih sangat lepas kakak semua kahwin. Lagi2 bila dieorang nak balik rumah masing-masing. Kasihan abah. Kadang-kadang, kakak baru call beliau, nanti, p tanya lagi. "kenapa kakak-kakak kau lama x call". Kadang-kadang lucu. Lg sekarang cucu-cucu abah dah mula nak besar, pandai pula mereka y call. Very the cute. Haihh, Mard kalau nak bercerita pasal abah, mahu, habis page blog ni nanti:)

satu lg, kalau abah call, tanya cht ke x, walau sakit, jwb je cht. Pasal kalau jwb sakit nti, abah akn kata "jaga amal x? ni kalau x jaga amal............." panjang ceritanya.

*(^.^)* Mard lancar dialog tu. Mard agk mesti Mard y selalu kena. Very the unfair. Wekk.

Bila Mard nak elok ni?? Killjoy..

Mard, agak, Mard dh boleh tidur la sekarang ZZZzzzZZZZZZZ

Ahad, 25 Disember 2011

Ha ha ha

Cintaku pada dirinya, membuatku menjaga tatasusila,
Walau tidak nampak, aku merasakan dia ada,
Duhai Allah, Engkau mengetahui segalanya,

Sudikah kiranya bisikkan ku segala rahsia?


Gambaranku padanya adalah imaginasi cuma,
Segala yang baik, adalah sifatnya,

Dirinya istimewa, buat aku berharap padaNya,

Walau hanya bayangan, cukup buatku bahagia.

Ha ha ha Julietkah aku, atau Zulaikha,
Mendamba kasih pada yang bukan setara,

Duhai Allah,Engkau mendengar segala doa,
Semoga segala bayangan menjadi nyata.

~11.05 P.M/Ahad~

Sabtu, 24 Disember 2011

BbbbbbbZZZZZZZZ

Malam ini, susah benar hamba mahu beradu. Al maklumlah, minum campuran pelik dari negeri Kelantan sana. Tapi tidak mengapa, hamba boleh stay waras sampai ke pagi, even hamba tidak tidur semalaman. Makanya, hamba ingin memperdendangkan sebuah al-kisah mengenai lebah yang selalu mengganggu keindahan tidur hamba. Ada sekor lebah yang suka menyengat tu, selalu lepak di lampu belajar biru hamba. Bunyinya agak bising. BbbbbbbZZZZZZZZ begitulah hamba rasa bunyinya. Ketidaksedapan hatinya hamba, telah membuatkan hamba bangun dari tilam hamba yang sifatnya empuk umpama berada di atas buih pantai Port Dickson. Lalu, hamba mengambil fail pemberian KPM yang berwarna biru umpama awan nano, dan menghadiahkan lebah beberapa das lempangan. Kuat lempangan hamba, adalah macam pukulan skuasy tuan hamba Nicole N. David. Makanya, pertempuran dimenangi oleh hamba. Wuuhuu. Arakian, terbit satu perasaan yang amat tidak enak untuk diingati. Hamba rasa serba salah. Jika dikira hingga malam ini, adalah dalam 3 ekor telah mati ditampar fail biru hamba, dalam masa 2 minggu. Sampailah malam ini, hamba terdengar lagi bunyi BbbbbbbZZZZZZZZ.

ooOO, u terlalu cute. Pastinya bukan u y i babab hari tu kn kn :)

Kali ini, hamba ingin perhatikan, apa sebenarnya yang dimahukan si lebah. Tahap kesabaran hamba amat tinggi malam ini. Ke mamai? Entah. Pershaitonkan semua itu. Ha Ha ha. Mengikut kelas Biologi yang hamba pernah tamati, lampu tidak mengeluarkan debunga untuk dijadikan madu oleh si lebah bbZZZZ. Lelama, hamba perasan, lebah hanya datang, acapkali hamba memadamkan lampu utama. OOOHHHHHHHHH dah faham, dia berminat dengan cahaya yang terang agaknya. Lantas, hamba mematikan seluruh lampu di dalam bilik, dan membuka pintu bilik seluasnya. Hamba perhatikan, lebah tadi terbang jatuh-jatuh pergi ke lampu di luar bilik. Fuhhhhhhhhhh. Makanya, malam ini, terselamatlah hamba&lebah dari menjadi pembunuh dan dibunuh . Hamba terfikir, rupanya, banyak je penyelesaian untuk sesuatu masalah. Hamba hanya perlu memilih yang terbaik untuk semua. Zahirnya, hamba nampak hamba dah selamatkan sekor labah-labah(who's cares) dengan tidak menampar matinya. Hakikatnya, lebah tadi masih berzikir kepada Allah. Thts why, lelabah(again,who's cares) tadi masih hidup. Hepi ending right? Begitulah story hamba. ZZZZZZZZZZZZZ

Ahad, 18 Disember 2011

~Bila Mard Mengajar: Sign Language(Huruf)


Baiklah semua, Mard terfikir kalau jemaah dan masthurat boleh belajar bahasa orang kurang upaya (OKU). Bukan apa esok2 kalau ada tasykil jemaah bisu, boleh lah ambil. Mard ada pasang azam, nanti Mard nak join jemaah bisu, Mard nk jadi translater untuk mereka. Mengikut kata-kata abah dan adik lelaki Mard, xramai jemaah yang tahu nak berkomunikasi dengan golongan istimewa ni secara proper. Lagi pun, ni permintaan salah seorang rakan bloger kita. Jadi, Mard nak buat entry pasal sign language ni bebanyak sekali:). So, mula-mula, mesti belajar yang paling basic. Abah Mard pun dah pandai  bab ni, abah dah mahir sampai part sign buah-buahan sebab abah suka buah:)

Bagi, yang dah mahir, selalunya terus sign perkataan by perkataan je. Tapi, bagi yang baru nak belajar, cukuplah kalau tahu huruf, biar senang nak eja. Walaupun kadang kala, orang (OKU) masalah pendengaran ni gelakkan kita kalau kita eja. (pengalaman mard). Nakal mereka ni. Grrrr:)

Ohh, pastikan, ketika buat sign, palm sentiasa menghadap ke hadapan.

Berusaha tau. Esok2 boleh borak dengan depa. Best tahu. Pastu, boleh lawan Mard:) Kalau ada minat, boleh buat punya. Come on, ni baru y bahasa Melayu punya. Belum yang Inggeris lg. Wekk. Esok2 dh hebat, kita sign lagu pula ye. Mard suka nyanyi. Badly.

Isnin, 5 Disember 2011

~perkhabaran y membahagiakan mard~



    • Sunday, December 18, 2011
    • Time
      11:00am until 6:00pm
  • Where
    NO 6..KG GESIR HULU,SG SELISEK,44020,KUALA KUBU BHARU,SELANGOR
  • Description
    JEMPUTAN MAJLIS WALIMATUL URUS HIDAYU DAN ANWAR PADA 18 DISEMBER 2011,BERTEMPAT DI NO6 KG GESIR HULU,SG SELISEK,44020,KUALA KUBU BHARU SELANGOR...

    DIJEMPUT KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA SERTA KAWAN2 UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS KAMI...

Pagi tadi Mard dapat jemputan ke walimah seorang blogger kak hidayu<3. Wahh mard rasa bahagia.(overs) Mard memg suka kalau tahu ada orang nak berkahwin ni. Bukannya apa, gembira kerana mereka dah berjaya menyempurnakan satu lagi sunnah nabi Muhammad s.a.w.(count mard...count). Dengan itu, Mard ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat kak hidayu dan pasangan. InsyaAllah, jika berkelapangan, Mard akn mai makan hidangan untuk pengantin tu na na na. Ambil berkat. hihi.

Bahagianya. Semoga ikatan yang dibina kekal dari dunia melewati alam syurga. Aminn Ya Rabb.
Barakallah...

Oleh kerana, mood Mard tgh sihat, Mard nak hadiahkan sebuah puisi/sajak/gurindam buat kak ayu.

Bila cinta telah mendatangi, tanpa salam ia menguasai
Bila bahagia mula menyelubungi, kekeliruan hilang sekelip mata
Persetujuan, bukan lagi jawapan yang dinantikan
Kekuatan cinta, telah mendahului segala kemungkinan
Pejam mata, buka hati memandang masa depan
Terang jalan, bersama si dia dalam redha Tuhan

Lepaskan segala peluang dunia
Cagarkan hidupmu untuk si dia si daie agama
Jangan bimbang, bukan si dia yang membuatmu bahagia
Janji Allah, membuatmu rela bersamanya
Teguhkan hati, bulatkan tekad, kuatkan semangat
Perjalanan di hadapan menunggumu penuh cabaran
Jangan takut kerana bersamamu ada wira agama
Bersama menemanimu menyusuri jalan ke alam syurga

Dengan penuh kasih sayang, Mard mengharapkan yang terbaik buat kak Ayu, dan si dai'e pilihan.

p/s buat sesiapa sahaja di luar sana.

Disaat aku bermujahadah menjaga hatiku untuknya..Moga dirinya turut melakukan yang sama sebelum waktu itu tiba. Allah jua yang memegang hati kita, jadi hanya melalui-Nya kita berhubung.



Ahad, 4 Disember 2011

~adaptasi dari sebuah cerpen cinta seberang~

Ku tahu sebaik apapun ku berusaha
Ku hanya manusia biasa
Yang penuh lupa dan dosa
Tapi pada-Mu ya Rabb ku pinta
Siapapun yg kau siapkan untukku
Semoga ku bisa menjadi yang terbaik baginya
Karena ku tahu ya Rabb ku
Dialah yang terbaik untukku
Dan semoga ya Rabb
Semoga dalam naungan cinta-Mu
Kita dapat bersama
Dan selalu saling mengingatkan
Untuk sebuah cinta suci mulia
Agar dapat kembali bersua
Di surga-Mu

Khamis, 1 Disember 2011

~zuriat~

My baby boy in list. Muah Muah. Wowo rindu kamu semua. Xsangka kamu dah besar:)


                              New baby born:) Saad Bin Muaz muahhhh..muahh...alolo matanya sepet:)

Alhamdulillah. Baru-baru ni, melalui pembacaan dan tafsiran quran, Mard  telah menjumpai sepotong ayat dari al-quran, pada surah Al-Anbiya' ayat ke 89 hingga ke 90. Ianya mengenai kisah Nabi Zakaria a.s yang tidak mempunyai zuriat, dan sering berdoa untuk mendapatkannya. Jadi, Mard nak share doa itu. InsyaAllah, marilah kita amalkan bersama-sama. Manalah tahu...:) Mard agak terjaws kerana kakak Mard yang berkahwin sekali dengan kak umu tempoh hari tu, dah selamat melahirkan baby boy. Namanya,  Muhammad Saad Bin Muaz. Kak Umu dan seorang lagi kakak ja y sedang menunggu detik akhir ke medan perang terbesar seorang wanita. Harap-harap kakak-kakak Mard strong. Amin Ya Rabb.

89. Dan ingatlah kisah Zakariya ketika dia berdoa kepada Tuhannya, "Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri(tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.

90. Maka Kami kabulkan doanya, dan kami anugerahkan kepadanya Yahya, dan kami jadikan isterinya (dapat mengandung). Sungguh mereka selalu bersegera dalam mengerjakan kebaikkan, dan mereka berdoa kepada kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada kami.

Boleh semak ayat in Arabic dalam Quran yea. Good!

Subahanallah, indahnya dari dua kasih sayang, lahirnya tanda cinta yang jika dididik sempurna akan menjadi saham yang besar di akhirat. <3


Rabu, 16 November 2011

Catatan dari sebuah pulau.(Aap Beeti 3)

Assalamualaikum.
Singgah nak berkongsi perkara yang best. Dalam buku Aap Beeti 3 karya sheikhul hadis Maulana zakariyya,(M.Z) beliau ada bagi pendapat peribadi mengenai perbezaan pendapat antara ulama dalam perkara agama. Menarik. Biar mard sampaikan dengan cara yang mudah k. Ceritanya begini..

Sebelum ayah maulana ni meninggal, (Maulana yahya kandhalawi) beliau sempat berpesan pada (M.Z) ni. Esok2, kalau ayah dah meninggal, kalau murid ayah dtg cari kamu, dan tanya persoalan-persoalan agama, kamu hanya patut menjawab bahawa "para ulama berbeza pendapat mengenainya." Jikalau kamu berkata demikian, kamu akan terselamat daripada mendedahkan kejahilan kamu.

Jadinya, apabila (M.Z) dah dewasa, beliau pula mengajar hadith, dalam tahun 1340H beliau selalu ingat pesan ayah beliau ni."para imam berbeza pendapat ke atas perkara ini. Imam ini berkata begini, dan imam itu berkata begitu". Perkara ini, ada ditulis secara panjang lebar dalam buku "Al Eti'dal". Masa zaman (MZ) mengajar mishkat, beliau pernah kira bilangan perbezaan pendapat mengenai solat 4 rakaat. Beliau mendapati lebih 200 pendapat yang berbeza. Sejak dari tu, beliau mula faham pasal perbezaan pendapat ni.

Jadinya, bila beliau melihat orang ramai terlalu menitik beratkannya, menjadikan beliau tak senang. Beliau selalu berkata, " Saudara, selalu terjadi perbezaan pendapat. Ikutlah pendapat orang yang paling kamu yakin dengannya. Tidak perlu kamu berbahas, bertelagah dan berhujah"

Selepas tu, kalau terjadi sahaja perbalahan dan penghujahan ttg perbezaan pendapat berbangkit, (M.Z) akan berkata kepada mereka, "ayam-ayam jantan hendaklah keluar jikalau mahu berlaga. Tetapi jika mereka hendak makan, maka makanlah, jika tidak Khuda-Hafiza-Selamat tinggal.

Mard suka baca ayat ni, ditulis oleh (M.Z) "Aku sangat membenci pertikaian dan perbalahan tentang soalan-soalan yang didalamnya ada perbezaan pendapat. Aku melihat perbezaan pendapat di kalangan ulama sebagai rahmat, sebagai mana telah aku perkatakan dalam Al Eti'dal"

P/s: sedang mencari buku aL-eTI'DAL. Moga Allah mudahkan urusan Mard(",)

Sabtu, 24 September 2011

~Pengembaraan Solo Mard~


Orang kata, ini bidadari syurga. Mard kata ini, bidadari dunia yang telah di upgrade *(^.*)*


Pencarian Memburu Rahmat dan NusrahMu Ya Allah. Mard nak p mengembara. Mengembara untuk suatu matlamat. Syuttttt. Jikalau kita semua berjodoh, jumpa lagi dalam masa 2 tahun. Masa tu, Mard dah besar dan kuat!! Ampunkan silap dan salah dalam percakapan dan penulisan Mard. Doa karo yarr. Asalnya, Mard menulis untuk kurangkan Mard bercakap. Mard suka bercakap.(",) 

Untuk mencapai sebuah matlamat, jalan yang perlu kita tempuh, adalah amat panjang dan banyak ujian, tetapi, kita x boleh takut untuk melangkah. Sekali kita tekad, jangan menoleh lagi, dan untuk sampai kepada matlamat itu, kita perlukan langkah pertama yang kuat. Sebuah perjalanan beribu batu, dimulakan dengan langkah pertama.  Jadi, inilah, langkah pertama Mard. Jangan takut melangkah! (",) Oleh kerana Siti Mardhiah Binti Mohd Nor, hanya mahluk biasa, doa kalian buat Mard amat disyukuri. Jangan rindu Mard, kerana Mard xkan rindu kalian semua. Umm..Umm. jgn nakal-nakal.

Semoga, kalian akan kekal teguh dalam kerja Nabi s.a.w dan kerja usaha atas iman ini akan menjadi kerja wajib bagi seluruh umat Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum hadirin dan hadirat pengunjung blog dan hati Mard. *(^.*) Wekkk!!

LangitMu

Yang kecil tu, rumah mard, yang pokok sebatang tu, pokok mard, y pagar tu, pagar mard, semua mard puunya!!..tidak Mard, Allah lah yang punya, Mard pinjam ja na na na. O.K! Mard pinjam semua, semua Mard puuuunyaaa!(",)

Mengikut pembacaan Mard, pada buku "Ketika Alam Bertasbih", langit berwarna hitam gelap. Makanya, apa yang semua lihat pada waktu malam tu, adalah warna langit yang sebenarnya. Jadinya, warna-warna yang indah yang kita lihat pada langit tu adalah kesan dari pembiasan cahaya matahari.

Mengikut Ibnu Al-Haytham, kelajuan cahaya yang dikira diantara dua ketumpatan udara yang berbeza, akan menyebabkan cahaya terbias apabila melalui antara keduanya. Atmosfera memainkan peranan dalam fenomena ni. Partikel yang wujud dalam atmosfera, membantu mengubah ketumpatan cahaya dari matahari dan kemudian, membiaskannya. Apabila matahari berada pada sudut yang rendah di ufuk, semakin banyak cahaya yang terbias menjadikan warna langit lebih pelbagai. Macam waktu fajar dengan senja. Mard kalau subuh awal, mard selak langsir luas-luas, n baring pandang je langit. MasyaAllah, hebat. Rasa tenang, kosong, xda yang serabut bila pandang sana. Xda banggunan. xda orang, semua xda. Suci. Xditerokai. Xternoda.

Maha suci Allah yang menciptakan langit tanpa tiang, bintang tanpa tali. Udara tanpa perlu dibayar. Sebenarnya, jika difikirkan, Allah telah menyediakan keperluan utama kita sebenarnya. Tanpa kita perlu beli dan berharap pada mahluk yang lain. Contoh, udara, kulit, air, cahaya, kaki, mata, darah, jantung, makanan, pokok, tanah dan berjuta, berbilion lagi.. Maha suci Allah, yang menjadikan Mard seorang wanita, kak Umu seorang wanita, Mak lang wanita, ramai lagi wanita. Yang menjadikan, abah lelaki, abang Ishak lelaki, dan banyak sekali lelaki. Lembu jantan, lembu betina, pokok pisang abah, monyet, semut dan segala-galanya. Maha suci Allah. Semuanya menjadi satu sistem yang lengkap dengan satu maksud, untuk beribadat kepada Allah swt.

Jadi, xsalah, jika kita mengidentitikan langit sebagai putih, biru, kuning, jingga dan sebagainya. (",)

Rabu, 21 September 2011

Keistimewaan hanya bermakna apabila kita faham bagaimana ia menjadi istimewa

Mari teman Mard, perhati bintang. Mahu?

Bintang
Subahanallah, Mard amat cinta pada pemandangan langit. Ditambah dengan bintang. Apa yang menariknya? Banyak. Mard pernah jumpa ayat di dalam al-quran yang menyatakan bintang itu, bertujuan merejam syaitan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, dikatakan pada waktu dahulu, syaitan amat suka mendengar secara curi, ketika Allah menetapkan suatu urusan di langit. Oleh itu, Allah menjadikan bintang untuk melempar syaitan. Maha suci Allah. Hebat kan? Kalau ragu-ragu lihat dekat sahih Bukhari, hadis nombor 4701. (",)
"Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala"
Surah Al-Mulk [67] : 5
Asalnya, dulu-dulu, orang lama-lama suka kata, bintang itu, mewakili orang yang dah meninggal. Sebab itu, dari kecil Mard suka tengok bintang, langit, bulan dan tahi bintang. Kadang-kadang, Mard terfikir, ada kemungkinan ke, tahi bintang atau Meteor tu, adalah syaitan yang sedang terbakar! (",)

Perasan x, blog Mard warna hitam, dan ada bannnnnnnyakkk bintang. Mard nak dapat feel, malam hari, dan banyak sekali bintang-bintang. Serupa macam langit di rumah Mard.
Nanti, Mard nak cerita, apa pula keistimewaan langit pada Mard. Mard nak tanya siap-siap. Apakah warna sebenar langit ? siapa tahu angkat tangan!(",)

Selasa, 20 September 2011

~bila hati dilanda sebal~

Layan jela yea, mood Mard x berapa nak baik ni (bg sesiapa y concern kt blog ni, kalau dak, ok je pun..boleh berlalu ke blog lain).


Izinkan Mard memperkenalkan beberapa insan istimewa didalam blog Mard. Namanya Mohd Yusry. Atau, Mard panggilnya Yus. Amat baik budi pekerti. Allah menulis takdirnya, dilahirkan sebagai kanak-kanak Celebral Palsy. Otot kakinya lembik, dan sukar sekali berfungsi. Tapi, hum, ada tapi tu, dia amat nakal dan ceria. Punya kawan-kawan yang sekepala. Mereka amat suka mengenakan cikgu praktikal yang dikenali sebagai Mard. Atau lebih femes, "cikgu baru". Ingat lagi, masa Mard baru mula masuk kelas dia, dia xnak bangun, bagi salam macam yang lain-lain. Mard agak, dia x boleh nak bangun, beberapa hari lepas tu, Mard nampak dia tengah berlari di padang, main bola sepak. Walau pun x sesempurna kanak-kanak normal, tapi boleh la..nampak juga agresifnya macam budak lelaki yang len. Dalam hati Mard, "bertuah punya Yus, curi tongkat tu t baru tahu"..dia x tahu, cikgu baru ni, lagi double nakal dari dia. Cuma jaga imej perguruan je kot. Kalau tidak, dah lama, Mard curi tongkat dia, dan paksa dia berdiri beri salam, ganti balik berapa kelas yang dia x beri salam pada Mard. Ho ho ho.


Mari Mard perkenalkan pula, kepada Muhammad Amirul Akmal atau "Mamat".  Mamat anak kacukkan Melayu-Pakistan. Juga Celebral Palsy pada otot tangannya. Ohho, ini, super, super naughty boy!. Bila Mard ajar, dia akan angkat tangan dan kata, "cikgu Mamat xfaham, tapi nak pergi tandas. Boleh?boleh?boleh?". Mard ingat, boy nak pergi tandas, perkara biasa, rupanya, si Mamat ni, suka mengular p kantin. Humm. Mard p bawak rotan, n ketuk meja. Sekali cukup untuk buat dia lari lintang pukang. Ha ha ha. Bila kelas Mard habis, Mamat akan kata, "esok, cikgu xpayah datang lagi yea, semua xnak belajar" (",) Mula-mula, rasa nak marah, lama-lama, Mard jawab "esok, cikgu xnak masuk kelas Mamat lagi, cikgu dah xnak mengajar". Terus Mamat balas, "ala..kenapa?" Ingat lagi, bila Mard kata, Mamat nanti jangan lupa solat. Dia akan jawab "tengoklah". Bila Mard tanya, kenapa tengoklah?, dia jawab, dia takut, salah solat. Mard nasihatkan dia, biar salah sebab mencuba, dari Mamat x usaha langsung. Dia akan jawab "tengoklah" (",)

Rindunya kat mereka. Humm.

Isnin, 19 September 2011

~berbicara tanpa suara~

Kadangkala, mata y melihat, terlihat sempurna pada dirinya. Selalunya, bila kesorangan, kesempurnaan adalah sesuatu y jelek. Adakalanya, ingin melarikan realiti, tapi, diri nya pula yang difantasi. Merenung, menyesali, itu umpama sisi diri, setiap hari.

Terperangkap dalam banyak dimensi. Hidup berlandaskan itu dan ini. Semuanya terkadang kelihatan palsu dan ngeri. Terasa tertipu, menipu, dimanipulasi dan memanipulasi.

Hakikatnya, hanya seorang ........ serba lemah, kurang, penuh cacat cela, dipalit, terpalit dosa dan noda. Dalam carta, dia lah ke bawah, terkabur, dijunjung melangit.

Dalam bertahan, dalam melawan dalam mempertahankan. Rapuhnya amat, juangnya kurang, cakapnya lantang. Hakikatnya, dia hanya kosong dan teramat kurang. Tiada apa yang perlu dipandang, dibandingkan, digandingkan.

Dengar, lihat, rasa dan selami. Jangan tertipu panorama yang dikarang indah. Selagi mata mu belum benar-benar mengerti. Menjauh, berlari dan hilangkan lah diri.

Hanya cakap dari dunia yang sepi. Mari kita tengok fungsinya di alam realiti. Ketawa, menyindir mungkin sahaja pasti. Tidak mengapa, dia mempunyai hati besi. Atau sejujurnya, hanya suara hati.

Rabu, 14 September 2011

Aap Beeti (surat yang pertama)

Mard sedang jadikan buku Aap Beeti, karangan sheikhul hadis M.Zakariyya Kandhanlawi R.Alaihi, sebagai bacaaan masa lpg mard sejak dari pertengahan sem lepas...dan mard amat tertarik untuk berkongsi satu surat yang ditulis pd 25 Jamadil Awal 1311 Hijri. Surat ini, daripada Faqir haji Imdadullah kpd Nawab Mahmood Ali Khan Sahib. Dalam satu perenggan, beliau menulis, "Lantaran aku mengasihimu kerana Allah dan agama ini mengkehendaki kita mengetahui akn hal ehwal orang lain di hati kita dan juga menasihati mereka, maka dengan itu aku berhasrat untuk memberi sedikit nasihat yang berharga demi kebaikkan kamu. Dalam mengurus hal ehwal kamu, tunaikanlah juga hak-hak orang lain yang menjadi tanggungjawbab kamu, agar apabila kamu kembali ke sini semula, ke Haramaian (dua tempat suci), kamu tidak ada apa-apa rasa dukacita tentangnya"

amat kagum cara dan bahasa yang digunakan untuk memulakan dakwah, kepada sahabat akrab sendiri.

Baik, di atas beliau mengingatkan untuk menunaikan hak-hak orang lain. Dalam six points, ianya jatuh dalam kedudukan ke-4, Ikramul Muslimin. InsyaAllah, maksudnya, "memuliakan" yang diambil dari kata asalnya "karim" iaitu mulia. Jadi frasa ikramul muslimin dari segi sudut bahasanya adalah memuliakan sesama saudara muslim . Itulah, menurut fahaman mard yang lemah bahasa inggeris dan Arab ni. (",)

Nak bercerita pengalaman berkaitan cubaan usaha mengamalkannya pula, emm, kisah dari seseorang y bernyawa, dan masih bernyawa, sebab nak amal ikram ni, boleh tekanan dibuatnya. Adalah menjadi satu ikram yang amat berat dilakukan oleh Mard, apabila nak menggunakan tandas, somebody lupa nak flush. It is very bad, and make mard feel like vomiting. Then, i will run away, or i can do a little caring, dengan menarik flush. Haa, Mard memang ada option di sini. Satu kejayaan yang besar, kalau Mard berpatah balik dan tarikkan 'flush' tu, tanpa rasa marah. (",)

Pada Mard, ikram tidak hanya kita membantu sahabat apabila mata bertentang mata sahaja, tetapi, kita pun boleh ikram mereka dengan banyak perkara kecil lain. MasyaAllah, semoga Allah turunkan rahmat dan kasih sayangnya untuk Mardhiah dan seluruh umat Muhammad SAW.

Wallahhualam.

Sabtu, 10 September 2011

perkahwinan sesuatu yang perlu difikirkan..


Mard pernah baca, Hamka ada menulis...."bila kemiskinan mengetuk pintu hadapan rumah tangga, cinta akan lari keluar tingkap". Rasanya, atuk Hamka nak mengatakan, setakat cinta yang meluap2 seperti keluarnya wasap panas dari gunung berapi tidak memadai, untuk membentuk 1 rumah tangga yang utuh.

Auntie Lily kat Tesco Extra Selayang pernah pesan mard, "Siti, u esok nak kawen, beras pun mesti ada maa" kalau lelaki cantik2 pun, perut u kosong pun xguna. Dah kena sangat la, sebagai bangsa Cina yang rajin mengumpul kekayaan..auntie lily pandang sebuah perkahwinan dari satu sudut yang materialistik tetapi ekslusif dan masuk akal. Kesinambungan kekayaan suami kepada anak dan isteri. Humm.

Mard pun pernah terbaca, jika suami hilang rasa tanggungjawab, pincang sebuah rumah tangga. Jika isteri hilang cinta dan kasih sayang, hancurlah sebuah rumah tangga. Maksudnya komitmen yang amat kuat diperlukan dari kedua belah pihak..ibaratnya seekor burung yang mempunyai kedua dua belah kepak yang kuat, akan terbang lebih jauh

Ada satu kisah yang mengguris hati mard. Diceritakan oleh adik kesayangan juga lelaki tunggal mard, Zulfiqar (Pedang Allah). Satu petang di bulan Ramadhan, dia balik dari gash di kampung kami. Amir sabnya seorang duda muda. Jamaah zul ni, menjemput seorang pak cik ni berbuka di masjid, jawab pak cik tu, "awak boleh la, buka kat masjid, saya ni ada isteri, kena la buka kat rumah" xtahu lah apa perasaan Amir sab ni..Semoga Allah mencampakkan rasa hormat dan terima kasih penduduk kampung mard atas usaha murni jamaah2 yang giat menyeru kepada kebaikkan, x kira di mana jamaah ni bertebaran. Aminn Ya Rabb.

Ahad, 24 Julai 2011

perkahwinan .Satu perjalanan yang panjang



Bertanyakan 1001 soalan kepada diri.
Ramai rupanya yang baru mendirikan masjid, dan akan mendirikan masjid. Untuk itu, mard ingin mengucapkan, selamat memasuki alam berpasangan, dan jaga lah hak-hak dan maruah pasangan anda. (",) binalah syurga dunia yang terindah, insyaAllah, pasangan anda akan terus menemani hingga ke syurga abadi. Pasangan anda adalah pelaburan. Kerana hasil pelaburan ini akan menentukan di mana letaknya anda di alam sana. Jika dia beriman, Alhamdulillah, jika dia tidak beriman nauzubillah.

" Kehebatan seorang lelaki, bukan dinilai atas siapa yang dikahwininya. Tetapi, bagaimana wanita itu setelah dikahwininya"

Contoh, ketika berkahwin, yang wanitanya ialah seorang pelacur....ats didikan dan bimbingan dari si dai'e. si isteri tadi menjadi wanita yang solehah dan bertakwa..MasyaAllah, inilah lelaki yang hebat. Seorang lelaki yang hidup dalam resam dan agamanya. Dan, jangan pula merasa hampa jika setelah perkahwinan, kehidupan tidak semanis yang dibayangkan. Terima apa adanya kehidupan di dunia, kerana the true aims, adalah di sana.

Selamat menempuh alam rumah tangga ya!

Khamis, 28 April 2011

~Memacam,nak balik kmpung punya pasal:)~

Untuk semua yang menyanyangi diri mard:)

Assalamualaikum semua sekali, hari ni, mood mard elok, sebabnya, esok mard dah nak bertolak balik kampung, selama 4 bulan. Jangan rindu mard ya:). Mard akan mai balik dalam awal bulan 9. Maksudnya, mard tidak dapat p mengantar kakak kawin ke sarawak. Tidak mengapa, asal majlis akadnya selesai x mengapa. Sob..sob

Kelmarin, nak dijadikan cerita, mard masih tidak tahu tarikh mard nak balik, tapi tengok cek dan mek yang begitu beriya-iya, mard pun, tekad nak balik lepas habis pereksa. Habis, mek pun berdialog "Ct, kau x beli tiket lagi kan? xtakut ke tiket ke seremban habis?" timbul perasaan cuak. "Ok, mek esok teman ct p Terminal Sg. Nibong". MasyaAllah, semua tiket dah habis rupanya, semua penjual tiket paksa mard ambil tiket 30 pagi. No way babe! Mard pun duduk tenangkan diri. Tiba-tiba, dtg seorang ikhwan ni, cakap arab dengan mard, tapi pakaian punya rock! dia kata, ada satu tiket ke seremban 29, malam. Wahhhh....terima kasih Allah! Mengikut adik mard, memang Islam mengalakkan kita bertolak perjalanan jauh pada waktu malam. Katanya, Allah dah lipatkan bumi menjadi lebih kecil, makanya perjalanan akan lebih pendek. :) hikmah yang mard rasa, selesa, waktu solat fardhu pun, dah selesai semua. Sampai pun, dah pagi. Huhu. Okey, selesai bab tiket.

Tadi, mard balik dari jawab satu paper, pagi kan, bila balik dengan perut laparnya, dengan penatnya, tunggu bas dengan kawan-kawan. Then nampak lah promosi kereta sewa/teksi atau apa sahaja untuk kemudahan pelajar nak balik kampung nanti. K, kami perlukan teksi untuk ke terminal esok (29) apa lagi, kalautlah si mek menyalin, pasal ramai mahasiswi yang nak tengok sama. Yang lucu tu, ada lebih 10 destinasi dan bayaran yang ditulis, mek terkocoh kocoh p menyalin semua destinasi dengan bayaran sekali, padahal bas dah sampai! dia sibuk tengok harga bayaran yang murah tu. Mard pun jerit lah, mek, cpt lah!!!!kejap!kejap! hilang sabar, mard p tengok apa yang lama sangat dia menyalin. Mard pun kata kat mek, Ya Allah, awat la, hang nak salin semua mek, ambil nombor telefon orang tu, kan senang! Hang ni hilang fokus ka? nampak sangat lapo n penantnyeee:)

Dalam bas, mard usik dia, nasib baik, hang tulis tempat sekali dengan harga, kalau sibuk nak salin harga ye, memang nak kena la hang mek oiii. Lagi kelakar, kalau hang sibuk salin semua destinasi siap harga, tapi hang x ambik nombor telefonnya yang satu tu. Aha ha ha. Lawak sungguh. Tuuu dia, panjang muncung nya:)

Kadang kala, mard terfikir banyak hikmah Allah meletakkan mard further study di USM, Pineng. Sbb, dulu, mard xtahu yang batang pisang boleh dimakan. :) kulit tembikai boleh dibuat sup, dan berbagai lagi.  Yang paling penting, mungkin mard xkan jumpa orang seperti mek dan cek! :) Apa yang Allah bagi kita tu, InsyaAllah, yang terbaik buat kita. Allah knows best!

Baiklah, mard nak ikram abah, mak lang, apit dan adik umi di kampung k. Ohhh..ohh, kucing abah sekali!, bunga abah sekali, semuaaaaa sekali!:)

Agak rindu nak dengar, abah jerit waktu subuh sambil ketuk pintu bilik dan dinding.....dialognya dari mard kecil! "Bangun, bangun! padamkan api-api  yang sedang membakar tubuh kamu!" dulu rasa geram dengar abah jerit macam tu, bila dah DEWASA ni, rasa rindu. :) dulu, dengar bunyi motor abah balik dari surau, kelam kabut bangun sampai berlentung sesama sendiri! lucu nya Ya Allah. :) xsangka, skrg abah guna ayat tu untuk cucunya yang masih kecil!

Jaga korang semua anak semut, sekarang time cik yah pula nak pegang sudip ketuk tudung periuk tang!tang! bangun semuaaaaa, bangunnn padamkan api....(xsanggup nak dengar lagi rasanya buat masa ni) Doakan mard ya semua. Assalamualaikum.*(,^.^,)*

Selasa, 26 April 2011

~Mahu y soleh, calonkan diri menjadi yang solehah~


Semoga impian kami menjadi yang solehah diperkenankan Allah swt:)

HUKUM NIKAH


1.
Harus
·         hukum asal perkahwinan adalah harus

2.
Sunat
·         mereka yang mempunyai kemampuan tenaga dan sudah membuat persediaan untuk berkahwin

3.
Wajib
·         seseorang yang tidak dapat mengawal nafsunya lagi kerana terjebak ke dalam lembah maksiat

4.
Makruh
·         mereka yang tidak ada sebarang persediaan untuk berkahwin dan tidak berkemampuan tenaga yang selayaknya sebagai suami

5.
Haram
·         seseorang yang hendak berkahwin semata-mata berniat untuk mempergunakan isterinya bagi kepentingan dirinya sendiri dan bertujuan untuk menyakiti isteri yang dikahwini


PERKAHWINAN MEMANTAPKAN AGAMA


Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud;


“Barangsiapa yang telah berkahwin, ia telah mencapai separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk mencukupi yang separuh lagi”.

                                                         (Riwayat setengah daripada ahli Sunnah)


PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI ATAU ISTERI

 Maksud hadith Rasulullah s.a.w;

 “Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”.

                                                                     (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 Peringatan daripada Rasulullah s.a.w;

“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.

                                                                    (Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi)

Teringat kata-kata abang iparku, mardhiah jika hendak yang soleh, perlu calonkan diri menjadi yang solehah, tidak berapa lama dahulu. Sedang berusaha ke arah itu abang iparku*(,^.^,)*

Jika mard, baik hati, mard akn sambung lagi artikel ini. (Mcm la ada y peduli kn kn kn):)

Isnin, 25 April 2011

~Quran Reminder~


Tilawah reminder: Saat Anda membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja. Saat Anda membukanya, setan mulai curiga. Saat Anda membacanya, ia gelisah. Saat Anda memahaminya, ia kejang2. Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke. Terus baca & amalkn agar setan stroke sepenuhnya, berhenti jantungnya bahkan mati. Ketika anda ingin menyebarkan pesan ini, setan pun mencegahnya. Setan bilang "ga usah SEBARIN, ga penting kok!" ~~SEBARKAN (^-^)

--->kebelakangan ni mard selalu dpt night mare, exam paper chasing mard satu USM. Nasib ada hero y selalu selamatkan mard. Ohh...ending yang baik untuk orang yang tengah stress(",)

--->Satu sebab mard try nak tidur, sbb nak diselamatkan hero tu! aha ha ha. Dot no why my mind keep dancing kebelakangan ni. Weird. But, beautiful weird. And i just love it. Just adore.

Lets get sleep Love(",)aha ha ha. Doakan mard.
Btw,reminder di atas diberi oleh sahabat yang berada di Al-Azhar, Dumyat sana. Syukran ya sahabat, syukran jiddan jiddan.

Khamis, 21 April 2011

~pencuri@maling~

Antara notis yang diberikan kepada mahasiswa/mahasiswi
WASPADA!!
teknik pencurian laptop/ telefon bimbit/ barang berharga di musim peperiksaan:
-sang pencurik durjana akan MENGETUK pintu bilik anda dengan sangat terpaling kuat amad sampai nak pecah dan roboh pintu tersebud TANPA memberi SALAM...
-JANGAN BUKA, malah PULAS kunci pintu tersebud, bukan pulas TOMBOL!
-sambung ulangkaji/ tengok muvi seperti sedia kala, seperti tiada apa2 yg berlaku..
-JANGAN sahut seruan mereka, kalaw dah TER tentang mata, ALIHKAN pandangan anda dgn kadar segera, kira2 tak sampai halflife sebelum anda DIPUKAU..
-sekiranya anda ingin sekali ke bilik sebelah untuk bertanya khabar jiran, pastikan anda MISSCALL / send sms dahulu, sebelum berkunjung ke bilik beliaw..

oily man and maling are not allowed!!

Assalamualaikum.
Hari isnin lepas, mard terkejut dengan berita kecurian di area bilik mard. Sekali 4 bilik sederet telah dimasuki pencuri yang disyaki lelaki, dan orang luar. Kejadian ni berlaku dalam pukul 4 pagi. Menurut siasatan kawan mard, masa pencuri tu masuk melalui tingkap, salah seorang penghuni bilik perasan, terjaga, cumanya, dia terlalu takut, x tahu nak buat apa. Satu bilik, dua orang. Ni sekali 4 bilik dia pecah masuk. Bayangkan. Antara barang yang dilarikan adalah laptop, beg duit dan brg2 kemas. Bersyukur kerana dia tidak mengusik mahasiswi ni semua. Kata kawan mard, "kalau dia buat benda xsenonoh kat mangsa, memang tak laku lagi lah. Orang laki ni, buruk-buruk dia, nak isteri depa cari yang elok" mard diam ja, mard lagi risau keadaan persekitaran. Mana tahu, mard mangsa seterusnya. Bayangkan, dia pecah masuk tingkat 3,bilik 23. Bilik mard, tingkat 4 bilik 24. Padahal searas ja. Kedudukannya depan bilik mard, cumanya dia bawah, mard atas.

Hikmah yang mard nampak selepas kejadian ni, ramai mahasiswi dah x berpakaian seksi di waktu malam, termasuk diri mard ni. Pintu sudah mula dikunci, kalau tidak, angin tiup pun boleh terbuka. Lagi, ramai yang minta pinjam kitab al-mathurat. Mard juga dengar bacaan ayatul qursi di waktu malam buta dengan nada yang kuat. Dan, pak guard yang mula berkeliaran membawa kayu. Ok, menakutkan mard! Kesian, mard, sudahlah payah tidur, sekarang bertambah payah nak tidur, mard takut. terbayang bayang ja, ada orang depan mard. Mard trauma. Belum mard yang kena lagi tu. Nauzubillah. Doakan keselamatan semua ya. Tapi yang x bagusnya tu, dah x berani nak keluar p ambil air sembahyang tgh sunyi malam. Agak menganggu perjalanan jadual solat malam. Lemah iman. Lemah amalan. Apa nak jadi ntah. Istighfar. Ramai ja, yang ada masalah ni, lepas kes ni. Semoga Allah, bagi keberanian sahabiah pada mahasiswi-mahasiswi ni, termasuk mard si penakut.

Mard pun, ada cadang nak simpan kayu hoki. Ada tu lagi hebat, nak simpan pisau tepi katil. Ok, fine, tu orang yang sama (^.*). Menakutkan perasaan ni. Amat menakutkan. Doakan mard.

Khamis, 14 April 2011

~mard saja,mard sedia!~

~al-bakarah,285-286~(*.^)~Al-Kahfi, 1-10~im still trying working on it(hufaz)~permudahkan Ya Rabb, Aminn. Aminn. Aminn.

Mard baca kitab karangan Drs. Abd. Rahman Mat mengenai solat sunat, doa dan witir. Tertarik, sebenar dah lama tertarik melalui pembacaan kitab yang lain, ni kira refresh balik semangat ni, pada halaman 128 kitabnya ni:
"Barang siapa menghafal 10 ayat dari awal surah Al-Kahfi terpeliharalah dia dari fitnah Dajjal"
(hadith riwayat Muslim). Bacalah pada siang atau malam jumaat tulisnya lg. Bukan mard na, mard baca ja.

Satu lagi yang mard berminat dan teruja sampai josh, "Barang siapa membaca dua ayat terakhir surah al-bakarah pada malam hari, nescaya keduanya akan memelihara dia dari bencana" (hadith riwayat Abu Daud)

Bagi mard, bagi mard lah ya, tips untuk cpt melancar ayat suci, apabila mard jumpa pembaca yang taranumnya indah, sedap. Mard kena jatuh cinta pada pembacaannya dulu, pastu barulah mudah mard nak ikut, n loghat Arab tu, x pekat sangat. Mahraj atau sebutannya perlu jelas.(*.^)

Bayangla, kalau mard try sehabis nyawa melancar, bertaranum n semak tajwid, bacaan mard berdasarkan bacaan imam-imam, agak2 paling kurang pun, xkan lah, bacaan mard x boleh nak kedengaran sikit pun macam imam2 tu? faham? x? maksudnya, mard tgh berlagak nih. Aha ha ha. Mard melawak ja na. Sungguh. (*.^)

mard suuuuka manipulasi teknologi untuk kebaikkan diri dan Islam.

Go mard, go go go......sikit je tu. Bukan susah macam lirik lagu  "blow me a kiss pun"!...count mard, count
U CAN DO BETTER THAN OTHERS COZ U MARDHIAH SI NAKAL! n u love COKOLAT!
malas la nak exam....... *(^.*) kill joy..wekkk.

Khamis, 7 April 2011

~~~~my (Siti Mardhiah Bte Mohd Nor) takaza~~~~

Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat. Senarai takaza-takaza mard untuk minggu, bulan terakhir 2011, sebelum 2012 menjelma. Permudahkan urusannya Ya Allah(",)



KPM.Ye biasiswa Kementerian Pelejaran Malaysia(KPM), kalau xsilap mard la. Mard nak diinterbiu 9/4/11. Ohh mard memang nak benda ni. Kalau mard kata mard nak, maknanya memang mard nak. Cewahh. (",). Tapi mard nak la Ya Allah. Permudahkan urusannya esok ye, Ya Allah. Ohho..mard memang suka untuk dapat duit. Selain boleh beli banyak cokelat, mard suka laburkannya dalam ASB dan trade forex! Ni kalau orang KPM baca, kompem xdapat punya ni. Aha ha ha. Melawak ja. Iyelah, bagus KPM dari PTPTN. Tolong lah jangan tanya mard kenapa. Tapi, mard xsegairah sahabat yang lain, mard tgok melancar itu dan ini untuk diinterbiu. Mard xtahu kenapa. Memang persediaan tu perlu, tapi mard x suka melancar benda yang belum tentu ditanya esok, mard suka menjawab apa y mard betul-betul tahu. kalau xtahu mard akan kata saya memang xtahu tapi jika diberi sedikit masa dan informasi, insyaAllah saya boleh divelop maklumat yang tuan-tuan dan puan-puan nak tu. Aha ha ha. (",) Apa2 pun mard akn try best best. Yang penting jgn beritahu abah dulu, sbb nanti kalau x dapat, mesti kena perli. No no no babe. Ini berkaitan maruah! cewah, melebih pulak mard. Mard melawak ja k. Mard nak biasiswa KPM ni, dan mard akn berusaha untuknya. thts it!

Ye ini memang yang utama. Exam. Yeayyyyyy...Bluwekkks(",). Fokus, mard, jangan jatuhkan pointer, t pak cik mohd nor marah...."haa..ni kes main komputer lah ni". Bukanlah Abah, kes Allah tarik nikmat bangga. Hik..hik..kata kawanku, jangan cakap apa y kita xmahu, tapi, mard kena cakap apa y mard mahu. Contohnya, "mard nak pointer 4.0. Solid." jangan cakap begini, "mard xmahulah pointer bawah 3.0" doakan mard ya. Tarikhnya dari 18/4/11--->29/4/11. Mard aminkan siap2 na na na "Aminn Ya Rabb". TQ.


Ok. Ini part yang menggembirakan mard. home sweet home. Kira 2/5/11, mard dah boleh balik kampung selepas taklimat untuk internship mard nanti. Ohh, pasti mard rindu dengan USM, Mek, Cek, Bebe, dan semua sekali. Xngapa nanti kita jumpa lg na, rumput USM dan si helang merah. Oleh kerana selalu mard balik K.L dulu, jadi tempahan tiket adalah tidak perlu. Hari-hari setiap 1 atau 2 jam ada bas ke Stesen Bukit Jalil. Bila Puduraya nak siap ni, mard xsuka berhenti kat Bukit Jalil laa. Selalu kena kacau dan orang nampak bersepah. Tapi dekat dengan rumah kakak di Serdang. 5 minit ja. Tapi kalau abah dah "bercakap", mard akan terus ke Terminal 1 or 2, untuk ke Gemas,N.9. Jumpa Tok Janggut. Love u babe.


Subahanallah, dari cinta antara dua hati itu, telah kau kurniakan sesuatu yang amat indah untuk dimiliki sepanjang hayat. Iye, new baby born. Mard punya takaza juga untuk melawat baby abang Irin. Abang dah ada 2 baby boy, Abang Alif Iqbal n Adik Dani Darius. Allah makbulkan hasrat kak Miza untuk dapat baby girl. Namanya mard xtahu lagi, tapi dia amat cantik. Amat comel. Amat lucu. Mard suka. Mard tengok gambarnya saja. Jangan bimbang sayang, sebab kamu punya "Cik yah" yang akan sayang kamu sampai bila-bila. Kamu perlu bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang akan sentiasa menyanyangi dan melindungi kamu. Juga punya "Tok Janggut" yang akan "menyanyi" kpd kamu bila kamu tgh nakal dan perlu dibentuk. Aha ha ha. Jangan takut, kamu punya 11 orang mak cik yang akan memanjakan kamu, dan 3 orang pak cik yang akan  memerhatikan kamu. Jangan bimbang, kerana Allah akan sentiasa membantu kamu diwaktu lalainya kami mengasuhmu. Jangan risau juga kerana ada 2 "malaikat" yang akan menjagamu. Merekalah bonda dan ayahmu. Bersedialah kamu untuk digomol! oleh cik yah mu ini. keh keh keh.

Seterusnya, internship di sekolah selama sebulan. Dari bulan 6  sampai 7. Umhhh, mard rasa agak berat la. Mard takut digoda pelajar dan cikgu senior. Cecewahh. Melawak ja. Mard dah ready nak ke sekolah. Mard suka dikelilingi budak2, tu pasal mard ambil profesion ni. Dengan nada semangat. Yeah, tht the spirit bby!. Doakan mard dapat maintain cool di tempat baru. Sebenarnya, sek lama mard, cumanya kan title dah berubah. Dari student---->cikgi hihi. Doakan mard ya. Minta doanya. Mard betul2 suruh semua mendoa. Jangan baca ja na. K, mard bagi masa 2 minit, wish mard dlm hati. K. cpt..cpt. Mard punya internship di SEK.MEN.KEB.Tunku Abdul Rahman,Gemas,N.9.

Habis internship, masih berbaki dalam 2 bulan kan, so mard rancang nak kerja di TESCO,EXTRA SELAYANG, depan rumah kakak. Umm,mard memang pernah kerja di situ dulu. Bukan kakitangan Tesco, tapi bekerja di kedai di bahagian luar kaunternya, dulu, mard kerja di Atlantik Quest Sdn.Bhd. 6 bulan mard kumpul pengalaman, dan ianya sedikit pahit untuk dikenang. Xsangka bila kita dah tinggalkan tempat y pahit tu, kita jadi rindu. Mard x faham. Xsangka mard akn pergi lagi tempat ni. Tp xmahu bekerja d tempat y sama. Nak cari pgalaman baru. Ohh, ramai je y mard kenal di sana. Alhamdulillah, sng cari kerja. Umm, y penting bukan dengan uncle Ibrahim, tapi uncle Sajjad ok. Itulah pentingnya English Education(",). Senang nak minta kerja selain dari bosnya orang melayu, Cina dan India. Kerja. Kerja. Kalau mard rajin la. Hihi.

Dan, tibalah kita pada takaza yang membahagiakan. Bukan untuk mard, tapi untuk kakak tersayang, Umuanimah Mohd Nor, dengan bakal abang iparku, Abang Hamim. Abang Hamim seorang karkun, dan Sarawakian. Allah lebih mengetahui. (",) Comel nya mereka akan berkahwin bulan 9 ni. Jadi, pakat terbang ke Sarawak untuk majlis walimah sebelah lelakinya. Semalam adik call, abah kata "budak-budak sekolah, xperlu ikut, simpan duit"..ohh ni x boleh jadi, mard tengah siapkan usul untuk "memadam" usul abah pada mesyuarat keluarga untuk ke Sarawak nanti. Ewahh. Kalau perlu pakat mogok, mard akan "gula-gulakan" "budak sekolah" untuk menjalankan demontrasi muka sedih. Jangan main-main dengan mard. Pakar dalam memujuk dan merayu. (",) doakan majlisnya barokah ya semua. Doakan untuk jodoh mard juga. Cewahh..melawak ja. (",) Indahnya sebuah ikatan, yang disirami rasa tawakal kpd Allah di permulaan, pertengahan dan pengakhirannya. Itu y mard mahu. Bahagianya. Plz Allah, Plz, Plz..Sob..sob

 Ini semua tahu apa, bulan puasa kan. Allahhuakhbar, rindunya kedatangan bulan yang mulia ni kan, kan, kan. Ramai-ramai pakai telekung p solat tarawih di surau. Nakai, walau pun abah kata, solat di rumah ja. Tapi, nak dengar abah imam kan atau adik zul imamkan di surau, sanggup p. Tapi, mulai tahun lepas, abah p imamkan di masjid. Tinggal zul ja y imamkan di surau mahalah mard. Sukanya jumpa mak cik-mak cik yang dah pegang tongkat, bawa kendi air comel isi macam-macam air dan bagi mard minum. Mereka sayang kami. Mereka dari dulu sampai sekarang, x habis- habis cakap kat abah, "dah besar anak daro kau nor". Dari kecik sampai dah masuk U. Rasa lain, bila salam, cium tangan mereka, dan mereka menepuk kepala, bahu, belakang mard. Ada satu rasa yang mard x boleh gambar dari dulu. Harap mak cik- mak cik semua sihat ya. InsyaAllah, nanti mard datang, rebut saff depan macam selalu. hihi. Dari dulu. Rebut Saff dengan mak cik-mak cik ni. Comelnya. Dulu2 mereka ni bagi mard dan adik dan kakak chance. Sekarang mereka semua makin tua. Mard pula bagi mereka chance. Lagi, mereka suka bagi duit raya! walau pun belum raya. Ohh seronoknya. Indahnya kamu Ramadhan. Nantikan pula anak buah balik, pasang pelita, mercun, bunga api! then dgr "tok janggut" bertempik!"mak cik-mak ciknya y jadi biang keladi ni"wekkk...xtakut pun. Aha ha ha..dah kena percik bunga api tu, tau nangis p kat abah, pe lagi abah tambah la. Memacam. Ohh langit ramadhan, cepatlah datang plz..plz..plz..Really love u month. "Mard hantu kuih tat nenas gulung" keh keh


Allaahhuakhbar, datang juga akhirnya dia. Ni takaza yang mard paling seronok. Mard akan beraya. Bezanya tahun ni, dah kurang tentera untuk mengemas, sebab semua pakat dah kawin. Dan yang paling penting, mard lah yang paling besar n mengetuai angkatan mengemas rumah Tok janggut yang agak luas nuu. Adoi, nak mengecat, cabut rumput, basuh tingkap(banyak tau cermin tingkap rumah kami) tukar itu, tukar ini, alih itu, alih ini, amboii, banyaknya kerja. Tapi yang penting, seronok pagi- pagi raya tu.."acikkk...nak datang raya!"..comelnya mereka. Bestnya, pagi tu, indah, salam abah, pelik, mcm lah hari-hari xsalam, tapi, ni lain perasaannya, salam semua orang dan dapat duit raya! mard suuuuuuuuuuuuuuka! yeayyy!yeayyy!. Dan tahun ni, mesti lagi best sebab dah ramai abang ipar. Adeh. Malu pulak mard rasa ni. Xngapa biasakan diri untuk dikelilingi jejaka-jejaka berkopiah bila sdg bekerja di rumah nanti mard! nantilah, mard buli mereka habis-habis. Aha ha ha. Lawak ja, mard malu dengan abang ipar ni, pasal mereka abang ipar. Faham?. Mard pun xfaham. Wahhhhhhh.....mard xsabar nak raikan takaza yang satu ni...Wahhhh..Cepatkanlah masanya Ya Allah plz..plz..plz..Janji mard puasa penuh penuh penuh sekali.....Umm, pengecualian kalau Allah yang bagi cuti tau tau...plz..plz..Amin Ya Rabb.(",)


Akhir sekali, kepada semua sekali, mard ingin sekali memohon ampun dan juga maafnya, andai tersilap bahasa, terkasar dan bergurau pada yang xkena tempatnya. Sesungguhnya sifat kesempurnaan hanyalah milik Allah, oleh kerana itu sekiranya terdapat kebenaran-kebenaran di dalam takaza ini, sesungguhnya kebenaran itu datangnya dari Allah S.W.T. Sebaliknya jika terdapat kesilapan dan kesalahan itu adalah kesalahan dan kesilapan mard sendiri, maka ampunkanlah kesalahan mard Ya Allah. Diharapkan pada masa akan datang, kita semua akan bersua di alam maya lagi, minta doanya. Ehh, semua jangan nakai-nakai, jaga kesihatan, mard sedih lah pulak, sayang semua orang. Ohh..ohh..dan bukan orang. Sekian. Wassalam. Wa billahi taufiq wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Mard cintakan pada redha dan kasih sayang Allah. Doakan mard.