bersifat tergesa2...
tak sabar...
Firman Allah yg bermaksud:
"Dan manusia (seringkali) berdoa untuk kejahatan sebagaimana (biasanya) dia berdoa untuk kebaikan. Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa". [[Al-Isra' 17:11]]
Sabar...
SABAR.
Tergesa, tak bershukur.. apa lagi?
Isk.. bila dah dapat satu, tak cukup, nak yang lain pula. Manusia.
Apa yang saya cakap ni? Entahla...
Nak cerita...
Pasal tawakkal..
Satu pagi, saya terpandang suatu logo pada komputer saya, "INTEL". Apa yang terlintas difikiran anda bila pandang logo Intel tu?
Pagi tu, Allah lintaskan pada fikiran saya, "Boikot Israel". Barangan Intel. Kan?
Kemudian, teringat produk2 lain.. Maggie? Mc D? Nestle?
Dulu masa Nabi Muhammad s.a.w bawa risalah, di pulaukan oleh kaum musyrikin, sehingga mereka terputus bekalan makanan dan lainnya.
Sekarang, bila orang musyrikin pijak dan merendahkan risalah yang Rasulullah bawa, kita langsung tak terlintas nak pulaukan mereka? Isk.. It's the least we can do as a Muslim.
Apa pun, bukan itu saja yang terlintas di fikiran...
fikiranku bersambung... melayang.. bagaikan keretapi.. dibiarkan saja tiada perhentian. (daa)
Teringat para mujahideen di Palestin..
Teringat cerita suatu ketika dulu, cerita tentang Al-Qassam, peluru berpandu yang dibuat oleh para Mujahideen di sana. Masha Allah. Bahan buatannya murah saja, bila dikira hanya dapat meliputi beberapa kilometer sahaja. Tapi, bukan pada bahannya mereka berharap dan bergantung, tetapi hanya pada SATU: ALLAH..
Betapa tawakkal mereka pada Allah sangat tinggi.
Siapa sangka, semakin lama semakin jauh peluru mereka dibawa angin.. SubhanAllah... adakah mereka bongkak? Nauzubillah, insha Allah tidak. Mereka sedar, bukan serbuk yang mereka adunkan yang menjadikan peluru mereka hebat, tetapi Yang Maha Hebatlah yang menentukan kehebatannya...
Tawakkal kita macam mana?
Sejauh mana kita sangat berharap pada Allah?
Hanya bila kita dah tak ada 'haluan'?
Masakan begitu baru kita nak berharap... Padahal sekecil-kecil perkara pun seharusnya kita tawakkal...
Kerana Allah saja yang Maha berkuasa. MAHA.
"Sungguh, syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap org yg beriman dan bertawakkal kpd Tuhan" [[16:99]]
Jom..
kita latih jadi orang yang sangat bertawakkal.
apalah makna usaha kita yang tak berkuasa memberi kita apapun dibandingkan dengan Allah yang Maha Agung lagi Maha PERKASA.
KepadaNya kita bertawakkal... Moga diberkati segala usaha kita...
Go away u syaitan!! astaghfirullah... ~__~