Seremban Maya mengalu-alukan penglibatan anda. Jika anda berminat untuk menyumbangkan sebarang maklumat terkini, atau muncul di vlog Seremban Maya sebagai tetamu undangan, jangan segan untuk hubungi kami. Hubungi kami terus melalui ruangan komen dan ruangan chat yang disediakan.

Ahad, April 22, 2012

Tiada siapa sempurna


"Tiada siapa sempurna, tiada siapa mampu jadi sempurna. Tiada siapa hidup tanpa masalah, semua orang ada masalah. Kita tidak tahu apa yang mungkin telah dilalui oleh orang lain. Fikir sebelum kita mula menghukum, mengkritik, atau mempersenda mereka. Setiap orang antara kita mempunyai peperangan unik kita sendiri."

Sabtu, April 21, 2012

Meletakkan kepercayaan


"Letakkan kepercayaan kepada mereka yang boleh nampak tiga perkara ini dalam diri anda: Kesedihan di sebalik senyuman. Rasa sayang di sebalik kemarahan. Punca di sebalik diam."

Jumaat, April 20, 2012

Lelaki yang menganiayai wanita


"Setiap kali seorang lelaki itu menganiayai wanita, dia kehilangan hak untuk dilayan sebagai lelaki."

Khamis, April 19, 2012

Tangisan bukan kelemahan


"Tangisan bukan melambangkan kelemahan. Tangisan menunjukkan seseorang sudah cuba bertahan menjadi kuat untuk terlalu lama."

Rabu, April 18, 2012

Orang umpama pohon


"Sesetengah orang umpama pohon. Mengambil masa terlalu lama untuk membesar."

Selasa, April 17, 2012

Jangan cepat menilai orang


"Jangan terlalu cepat menilai seseorang itu, kerana kita tahu satu masa nanti kita mungkin akan berada di tempatnya."

Isnin, April 16, 2012

Erti kekuatan sejati


"Kekuatan tidak semestinya bererti perlu berlawan setiap masa. Kekuatan sejati adalah tentang kematangan untuk mengundur diri daripada terlibat dengan perkara sia-sia dengan penuh rasa bangga."

Ahad, April 15, 2012

Cara membalas dendam


"Cara membalas dendam yang terbaik adalah dengan melupakannya dan meneruskan hidup. Jangan berikan kepuasan kepada orang yang mahu memerhatikan penderitaan anda."

Bersedia untuk ambil risiko


"Dengar isi hati nurani. Bersedia untuk ambil risiko. Jangan ambil pilihan mudah dan selamat hanya kerana takutkan sesuatu bakal berlaku. Jangan menyesal dan ketahuilah sesuatu yang berlaku ada hikmahnya."

Sabtu, April 14, 2012

Tanggungjawab atas apa


"Saya bertanggungjawab atas apa yang saya perkatakan. Bukan atas apa yang anda fahami."

Saya memaafkan mereka...


"Saya memaafkan mereka bukan kerana saya lemah. Saya memaafkan mereka kerana saya cukup kuat untuk menyedari manusia melakukan kesilapan."

Jumaat, April 13, 2012

Tidak dapat diubah


"Adakalanya, perkara yang tidak dapat kita ubah, akhirnya telah mengubah kita..."

Hidup lebih menarik


"Sayangi mereka yang hadir dalam hidup ini dan menjadikannya lebih menarik. Berterima kasih kepada mereka yang meninggalkan diri ini kerana membuatkan hidup ini lebih menarik lagi."

Mengejar orang yang tidak peduli


"Kita kadangkala mengejar orang yang tidak pedulikan kita. Mungkin kita perlu berhenti sebentar, toleh ke belakang, dan lihat mereka yang berlari di belakang kita."