cursor

Proton Logo

rcd

Tabungan (tolong Klik Di sini)

ADSENSE

protection

Ratings and Recommendations by outbrain

Mereka Cool Sbb Jadi Follower saya.. Anda rasa anda cool ? Jadilah Follower saya.. TQ

06 October 2010

Selamatkah Air Minuman anda ? Sila ambil tahu dah lakukan !

Asalamualaikum semua! Salam Satu Malaysia….


Kembali lagi saya di ruangan blog saya ini untuk berkongsi maklumat yang saya kira boleh berguna kepada sesiapa yang suka mencari maklumat – maklumat terkini di ruangan blog, dan tak kurang bagi yang suka membaca di ruangan blog – sebab dengan banyak membaca kita makin dapat banyak maklumat – tapi tak suka baca blog politik.. sebab banyak memeningkan dan macam blog budak-budak .. yang mana sering ejek mengejek dan juga berbalas balas… hemm entahlah macam tak matang ! – jadi lupakan bab itu…

Diam tak diam dah bulan Oktober kan… Trajedi Oktober ! harap tak ada trajedi Oktober buat semua readers di blog saya yang tak seberapa ini… amin….

Ok apa yang saya nak kongsikan hari ini? – Cuba teka? 
 Huh macam budak-budak jugak.. Main teka teka kan… ha ha ha.. 
tak ada apa Cuma nak buat sikit kelainan … lain ker?  Macam biasa ajer Kan… hem…

Jadi kembali kepada tajuk asal kita… berhati hati dengan air yang anda beli, sekarang ini bukan sahaja kita perlu berhati-hati dengan air yang di berikan kepada kita sekali pun oleh orang kita baru kenal, apatah lagi kalau tak kenal…malah kena berhati-hati dengan air yang anda sendiri beli…atau terima… alasan “SAYA BELANJA” bukannya alasan untuk menerima pemberian tersebut, apalah gunanya nak di bandingkan dengan sebotol air mineral dengan keselamatan serta nyawa anda….

Tentu anda tertanya-tanya mengapa kita perlu berhati-hati dengan air yang kita beli sedangkan ianya masih mempunyai penutup keselamatan “security seal”!  Seperti yang kita ketahui bahawa seal tersebut hanyalah jaminan dari pihak pengilang bahawa product tersebut adalah terjamin dari segi kebersihan dan ketulinannya semasa selepas di keluarkan tetapi tidak kepada keselamatanya di dalam pasaran.

Mari kita ambil satu contoh, botol air mineral – kebanyakanya botol tersebut di perbuat daripada plastic yang lembut (botol recycle – macam dalam entry yang dulu tu) macam dalam gambar di bawah ini, dan kita perhatikan juga bagaimana botol tersebut di pamerkan, dan kadangkala ianya tidak di bersihkan sampai berhabuk… for sure ramai tak akan ambil botol ini bagaimana pula dengan anda? – Mungkin sebab habuk anda tak ambil – takut virus kencing tikus? ada betul jugak..  Tetapi kalau yang berkilat dan di pamerkan di ruang utama pon belum tentu selamat… 



Sedikit pesanan buat semua jikalau kita nak beli air dalam botol atau kotak, jadikan cara ini tabiat bagi kita untuk mengesan sebarang kebocoran kecil daripada bekas tersebut dengan menterbalikkan botol tersebut dan picit secara perlahan, pastikan tiada lelehan atau pancutan air dari bekas tersebut, terutamanya di bahagian leher hingga ke penutup bekas tersebut, sekiranya ada sila pilih yang lain atau terus jangan beli demi keselamatan diri dan keluarga kita.

Mengapa ?

Jawapanya ialah kerana botol tersebut adalah lembut dan nipis jadi ianya senang bocor dan mudah di tebuk dengan jarum… jadi kelemahan ini memungkin penjenayah mencucuk botol tersebut dengan pincagari untuk memasukkan ubat tidur atau ubat khayal kerana bahan ini mudah di dapati, dan cara ini juga membolehkan sebarang dadah memasuki dalam badan kita…sementara itu mungkin penjenayah tersebut akan memerhatikan dan mengekori kita dan apabila bahan tersebut telah bertindak balas dalam badan kita dan pada ketika itulah penjenayah tersebut akan muncul dan mengambil kesempatan keatas kita, dan pada masa itu juga pastinya kita tiada daya untuk berfikir apatah lagi daya untuk melawan…

Jadi bagaimana ?

Menakutkan? Sememangnya kita tidak boleh jangka apa yang akan terjadi kepada kita, oleh itu perlu kita mengambil langkah-langkah keselamatan yang ringkas, dan nampak remeh akan tetapi ianya boleh memberikan impak yang besar kepada keselamatan diri dan juga keluarga kita.

Jadi sekali lagi saya nasihatkan bazirkan sedikit masa dengan dengan memilih minuman anda dengan menterbalikkan botol tersebut dan picit secara perlahan jangan kuat-kuat kang pecah kang kena bayar jugak kan… kenapa perlu menterbalikkan ? sebab kalau di tebuk dari sebelah tepi atau bawah sudah tentu air tersebut akan habis kan… ha ha ha… dan andainya di dapati ada lelehan atau pancutan air dari leher atau penutup air tersebut maka elakkkan dari membelinya, begitu juga dengan Coca Cola – jika di campur dengan Serbuk perisa makanan (MSG) pasti anda akan pengsan dalam masa kurang dari 5 minit. Jadi berhati hatilah yer. Semoga anda dan keluarga serta rakan rakan anda terhindar dari segala musibah ini. Insallah !

Jadi moga bertemu lagi di lain kali… dan moga saya terus di berikan kekuatan untuk menulis dan berkongsi dengan anda semua pelbagai lagi maklumat yang berguna (berguna ke?) dengan semua rakan-rakan blogers serta rakan readers di luar sana…

Jadi apa komen anda?

Dan macam biasa Layanzzz ajer!

Salam……






8 comments:

  1. erkkk sangat menakutkan...moga kita semua sentiasa berhati2...

    ReplyDelete
  2. ishhh.. macam2..
    semua benda meragukan..

    ReplyDelete
  3. Waaaah..bahaya gak mcm tu yek?
    selama ni mak x terfikir pun..
    thx atas onfo berguna ni!

    ReplyDelete
  4. x penah tau coca cola+MSG leh buat kita pengsan...

    ReplyDelete
  5. bagus info ni.. terutama utk kaum hawa..
    supaya lebih berhati-hati..

    ReplyDelete
  6. pernah dulu ada kwn bg tahu pasal suntik dalam botol guna picagari tu. better berhati2 nnt :)

    ReplyDelete