Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday, May 13, 2013

HOBI MENYEBARKAN FITNAH

Assalamualaikum ...




Sejak habis PRU13 nie macam-macam fitnah yang keluar kat FB ... blog ... twitter dan macam-macamlah yang boleh shared. Kita nie takdelah baik sangat, buruk sangat pun tak juga ... tapi janganlah suka hati menyebarkan sesuatu yang tak sahih sampai orang lain boleh confuse tentang apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar. Jangan jadi penyebaran fitnah satu hobi. Pleaseeeeee ....



Baru-baru nie ada sorang kenalan FB shared pasai harga gas setong dah naik dari RM28 ke RM30. Ish betul ke? Sebab aku beli harga masih kekal sama selepas PRU13. Yang bestnya dia menyalahkan Kerajaan sekarang, siap ucap "TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI BN!". Kononnye sapa yang undi BN nielah menyebabkan rege barang sumer naik skang nie. Ermmmmm. Bila aku komen dekat FB dia minta penjelasan mengenai harga gas berkenaan sampai sudah dia tak reply. Aku cuma nak penjelasan, sebab rege gas kat tempat aku sama je. Tak naik pun. Janganlah bagi orang lain keliru.



Lepas tu, kecoh pulak harga roti Gardenia yang kosong tu naik rege ke RM2.40 lepas PRU13. Eh, rege tu bukankah dah lama? Sebelum nie pun memang rege tu kan? Korang nie fitnah suka hati je. Kalau ye pun, kasi sahihlah dulu. Nak salahkan Kerajaan juga ke? Korang kat Malaysia nie makan roti hari2 ke? 


Buktinye .... dah lamakan rege nie? Jangan nak buat fitnah bukan2


Lepas PRU13 nie, aku perasaan macam-macam manusia pelik yang ada. Adakah manusia pelik nie tak suka keamanan? Elok-elok je Malaysia nie aman .... kalau rasa Kerajaan sekarang teruk sangat dan terasa teraniaya dan kita takda daya untuk buat apa2 cubalah kita nie berdoa kepada Allah swt supaya pemimpin2 kita diberikan hidayah. Ditunjukkan jalan yang benar ... bukannya kita hentam dorang. Apapun dorang buat ... sama ada baik dan buruk ada balasan dari Allah swt. Siapa kita nak terus jatuh hukum.



Kita sendiri pun ada baik buruk ... tapi kita lebih nampak buruk orang lain dari buruk sendiri.






CK : Cermin dirilah dulu.

Thursday, May 9, 2013

JANGAN SIBUK

Assalamualaikum ...









#untuk peringatan .... bahang selepas PRU13!
#fikir-fikirkanlah ye .... kadang, "telunjuk lurus kelingking berkait ...."







CK : Jangan mudah sebarkan fitnah kat FB dan belog .....

Tuesday, May 7, 2013

BETUL ... HARAP IA BERLAKU DENGAN IZIN ALLAH SWT

Assalamualaikum ....




Selagi masih terasa bahang PRU13, sana sini bercakap soal politik. Banyak yang menyakitkan hati bila membaca apa yang tersebar di internet. Hinggakan aku ambil keputusan untuk unfriend dan unlike beberapa orang kenalan FB dan page tertentu. Aku sukakan keamanan, kestabilan dan kedamaian. Bila membaca bermacam benda yang aku rasa tak boleh terima, lebih baik aku hindarkan! Banyak dusta dari fakta. Aku pandang, kita ini cepat percaya dan mudah sebarkan! Kalaulah  benda yang kita sebar itu tak betul, senang-senang kita dapat dosa. Jadi, jangan cuba aibkan orang lain ....



Dalam Utusan Malaysia melaporkan, "UMNO, PAS perlu bersatu demi Islam!". Itu kata-kata Datuk Dr. Hassan Ali. Betul kata-kata Datuk Dr. Hassan Ali. Kata aku sebagai orang biasa, tidaklah masuk suratkhabarkan. Tapi sejak dari dulu ... masa aku form 5 lagi, sejak aku kenal politik ketika itu ... dari dulu sebelum PAS ambil keputusan bersama DAP dan PKR, aku selalu berdoa PAS dan UMNO bersatu. Bukan kerana bangsa tapi kerana agama Islam.



Ketepikanlah soal dasar dalam parti. Ketepikanlah ego pemimpin-pemimpin parti. In Shaa Allah .... akan terjumpa titik persamaan yg akan menguntungkan semua pihak.



Aku sehingga kini tak pernah lupa cakap ustaz aku masa form 5 dulu, "Politik itu bagus, baik dan akan berjaya .... bila kita meletakkan agama di hadapan. In Shaa Allah kita tidak akan tersasar. Kita akan jadikan Al-Quran sebagai panduan .... hidup kita akan senang dunia dan akhirat!".



Aku pernah bangkitkan soal UMNO dan PAS bersatu dengan kawan-kawan FB, tapi ramai yang fanatik salah satu di antara 2 parti ini mengatakan ia tak mungkin berlaku! Ada yang cakap, tidak mahu pisang berbuah dua kali!


Kat sini aku nak tanya, "Kalau Allah nak balikkan hati semua pemimpin-pemimpin ini untuk mereka menerima antara satu sama lain dan Allah menentukan UMNO dan PAS bersatu .... siapa kita untuk mengatakan ia tidak sama sekali berlaku? Siapa kita ini? Siapa kita untuk mengatakan tidak??"



Ingat! Allah Maha Kuasa .... jika Dia memberikan izin, segalanya mungkin dan akan terjadi .... dan begitulah sebaliknya.


Hanya Dia Yang Maha Mengetahui ......







CK : Semoga umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia berada di bawah lindungan dan rahmatNya. Amin! Ya-Allah, sejahterakanlah Malaysia .... jauhkanlah dari segala perbalahan dan persengketaan. Amin.

Wednesday, April 24, 2013

POLITIK YANG TIDAK LAGI SIHAT

Assalamualaikum ....






Hari ini aku memandang bahwa POLITIK bukan lagi sesuatu yang 'sihat' buat rakyat Malaysia. Kita lebih suka mempertahankan politik daripada berusaha untuk mempertahankan Islam itu sendiri. Pendapat akulah. Lebih ramai yang hanya ikut-ikutan, tak tahu apa yang sahih .... tak tahu apa yang betul dan salah, kemudian menyebarkan. Sekarang nie dunia sempadan, dan kerana itu dosa boleh dikaut tanpa persempadanan juga. Pesan aku, hati-hati menyebarkan berita soal politik di facebook, blog, twitter dan sebagainye. Jangan sampai ia jatuh fitnah dan kita berdosa tanpa sedar.


Macam aku selalu baca dalam facebook dan berdepan dengan kawan-kawan aku yang ada sokong Kerajaan sekarang dan yang sokong pembangkang. Ada yang extreme ada yang lebih suka berdiam dan bila hari mengundi dia pangkah mana yang berkenan di hati. Dekat facebook, bagi yang menyokong pembangkang ... sibuk mengatakan, "Ini kalilah ...", "Kerajaan dah kaya, kita rakyat ... miskin!" bla bla bla. Yang tuduh Kerajaan macam-macam terutamanya RASUAH! 


Hellooooooooooooooooo .... miskin sangatkah kita? Tak cukup makan atau sebenarnya kita terlebih makan? Berapa ramai rakyat Malaysia yang tinggal bawah jambatan!! 


Pendapat aku, rasuah ini ada di mana-mana, dari zaman-zaman dulu lagi. Aku tak kata aku suka sikap buruk pengamal rasuah ini. Yang aku tak suka adalah, bila kita menghukum semuanya adalah Kerajaan melakukan rasuah. Eh, aku kerja dengan Kerajaan. Bila orang cakap macam, aku rasa sangatlah tidak adil. Salahlaku dalam organisasi berkaitan dengan wang ini tidak terhad kepada Kerajaan sahaja. Dan please jangan anggap, yang buat rasuah itu semua adalah individu yang menyokong Kerajaan 100%. Dalam Kerajaan Malaysia sekarang ini, ada juga penyokong pembangkang yang berkerja di dalamnya. Siang hari bekerja dengan Kerajaan dan mungkin malam hari berkempen hentam Kerajaan. Mungkin!


Duduk, dan alamilah sendiri dalam situasinya. Dalam Kerajaan, ada juga penyokong pembangkang dan Kerajaan yang sangat bijak dan berhemah. Tiada kutuk mengutuk, tuduh menuduh serta fitnah memfitnah. Dorang datang office jalankan tanggungjawab sebagai kakitangan Kerajaan tanpa membuka mulut, dorang  nie berpihak sebelah mana? Cukup masa dorang balik, lepak bersama family. Dorang tak bercerita soal politik, tapi ... menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberi. Bila ditanya, "mengundi tak?". Jawapanya pasti MENGUNDI, sebab itu adalah tanggungjawab sebagai rakyat. Ada juga jenis macam nie.



Dan ada juga yang jenis, pong pang pong pong .... dok kat kafe berejam-rejam, cukup time tengahari amik anak kat sekolah (sebab aku kerja di Putrajaya, aku melihat situasi ini di Putrajaya), hantar anak ke sekolah petang. Habis waktu rehat jam 2.00pm, tapi dekat 2.30pm baru masuk office. Duduk sekejap 3.30pm pi cafe, minum petang dan sibuk menyalahkan Kerajaan itu ini. Kerajaan salah! Kerajaan tak betul! Kita ubah! Orang macam ini memang tunjuk dia adalah penyokong pembangkang yang bekerja dengan Kerajaan. Yang tak salah bagi dia adalah, macam esok dah gaji bagi kakitangan Kerajaankan ... dia withdraw je duit gaji tu bagi anak bini makan, walhal tanggungjawab dan sikap amanah dia dengan kerja sendiri langsung tak ada. But, ada hati menyalahkan Kerajaan!


Bila gaji tak cukup tengah-tengah bulan, sembang lagi kat kafe ramai-ramai .... kerja tak jalan nie, hentam Kerajaan lagi. Fikir nak ubah Kerajaan! Puiiiiiih lah ... yang duk bising Kerajaan kaya, kroni bagai, apa kau dapat aku nak tanya?? Nak kaya, bukan bergantung kepada Kerajaanlah! Kita nak kaya, nak hidup  mewah ... nak pakai kereta yang menjalar panjang kat jalanraya tu .... usahalah! Kalau duduk sembang hentam Kerajaan sambil minum teh tarik dan rokok berbatang-batang tak pun sebatang je rokok elektronik tu, bila kau nak kaya! Kau ingat Kerajaan tu ke bagi rezeki? Rezeki tu datang dari Allah swt. Allah swt tu Maha Kaya, usahalah! Cari peluang ..... usahakan, kemudian berdoa kepada Allah swt banyak-banyak serta tawakal pada dia. Allah swt pemberi rezeki kepada setiap hambaNya. Kita kerja dengan Kerajaan nie, rezeki datang dari Allah, tapi perantaranya adalah Kerajaan. Bagi yang kerja dengan Kerajaan, so gaji/rezeki  melalui Kerajaan tapi asal sebenar rezeki adalah dari Allah swt. 


Kalau diri sendiri tak berubah, bagi aku Kerajaan bertukar dan berubah sampai 10 jenis pemerintah sekalipun, hidup kita akan takuk tu juga. Politik huru hara, jadi kita yang tak bijak nie pun akan huru hara dengan politik. Baik jadi macam sesetengah kawan aku dekat office, amik tahu pasal politik tapi lebih banyak diam, cukup masa dorang pergi mengundi. Hati tak sakit weh! Dari kau menyebarkan berita tak sahih kat FB ke ape  ke .... pastu orang baca then komen, kalau benda tu tak betul, kau dapat dosa tahu! Dah jatuh fitnah. Sia-sia je!


Yang aku paling pelik, ada yang sokong pembangkang nie .... Kerajaan bagi BR1M, amik! Tak dapat bising. Kerajaan bagi itu bagi ini ... sapu! Tak dapat, hentam Kerajaan. Kadang-kadang dia kaya dah pun, hak orang yang tak berkemampuan pun dia amek. Sebab pernah berlaku depan mata aku ... aku berani nak tulis kat sini. Kadang sibuk kata Kerajaan guna duit rakyat, duit dialah ... walhal, gaji yang dia terima belum melayakkan dia bayar cukai pendapatan!! Macam mana Kerajaan amek duit dia???


Yang kau kerja menipu OT (overtime!) kau sedar tak??? Datang OT tapi tak buat OT, kalau jenis tempat kerja dekat dengan rumah, kau punch card, pastu balik rumah dok ngan bini ... cukup time pi punch out! Jangan ingat orang tak tahu ye! Allah Maha Berkuasa ..... Dia Maha Mengetahui.  Kalau diri sendiri yang bekerja dengan Kerajaan menyalahgunakan apa yang sepatutnya dan tak amanah soal kerja, rasa-rasanya layak ke diri nak menyalahkan orang lain???


Sebab itulah aku cakap, politik Malaysia sekarang dah tak sihat. Kita bergaduh sesama kita, bertelagah ... berparang sebab nak pasang bendera, nampak tak bodoh kat situ! Sedangkan dalam Islam, diajar kita untuk berbaik-baik sesama Islam dan bukan Islam juga (dengan cara yang dianjurkan oleh Islam). Islam tak suruh kita bergaduh pasal politik. Islam tak suruh kita berparang! Islam tak suruh kita buat fitnah dan sebarkan! 


Islam suruh kita membetulkan apa yang tidak betul sekiranya kita merasakan kita di pihak yang betul dan merasakan mereka di pihak yang salah. Bukannya kita terus menghukum dan menghentam. Kemudian kita menyebarkan apa yang mereka buat tidak betul. 


Bagi aku, ada benda yang Kerajaan buat betul dan ada benda yang salah. Begitu juga dengan Pembangkang ... tak semua Pembangkang salah dan tak semua Pembangkang betul. Jadi sepatutnya demi Islam, kita sama-samalah bersatu untuk betulkan mana yang salah. Apa yang penting? Kerjasama!! 


Dalam family aku, ada yang sokong Kerajaan dan ada yang sokong Pembangkang. Walaupun kami berbeza ideologi politik, Alhamdulillah ... bab memberikan pendapat, kami tidak menghentam sesiapa! Sebab niat kita membetulkan yang salah dan meneruskan yang betul. Itu sahaja. Balik rumah, boleh makan semeja layan TV sama-sama, boleh duduk gelak-gelak .... yang penting silatur-rahim sentiasa terjaga. Yang berbeza cuma ideologi politik, tapi sama Islam dan sama Melayu!



Nak kaya raya dan hidup mewah pandailah rebut peluang dan usaha! Kau asyik menyalahkan orang sampai bila kita tak kaya. Sapa yang asyik cakap, "Kerja dengan Kerajaan sampai bila pun tak akan kaya!". Dah  tahu takkan kaya, berhenti kerja. Buat bisnes. 9/10 rezeki daripada perniagaan. Nanti kau tak kaya, tak sudah-sudah menyalahkan orang je. Macam kawan aku, dia tahu gaji dia sedikit ... dia buat bisnes lepas waktu kerja. Sebab dia kata, dia ada tanggungjawab pada keluarga. Nak harap gaji yang sikit kemudian mengomel, hidup dia akan susah sampai bila-bila. Dia cakap lagi, dia bersyukur dah ada kerja tetap dan buat bisnes untuk jadikan hidup dia keluar dari zon selesa. Dia nak bisnes sebab nak bantu orang lain dan diri dia juga. Dia kata lagi, kalau dia asyik mengeluh pasal gaji bulan-bulan, gaji tu tak bertambah selagi dia tak berusaha dan mencari jalan keluar!! Seeeeeeeeeeeee .... hidup jangan terlalu  bergantung dan berharap bantuan orang lain kecuali Allah swt. 



Dr Azizan Osman kata, "Allah swt itu Maha Kaya, kita mintalah apa sahaja lepas dah berusaha. Rugi kita tak minta. Dengan Allah swt yang Maha Kaya kita tak nak pula bersungguh-sungguh minta!".







Pesan aku, jangan antah sama antah bergaduh, yang kenyang ayam atas pokok!!! Berhentilah menyalahkan orang lain,  boleh? Kemudian ubahlah diri sendiri dulu. Boleh?







CK : Jangan jadi bangang sebab politik! Nak hidup senang dengan goyang kaki tapi malas berusaha, rentikanlah! Blogger yang income ribu-ribu tu pun berusaha nak upkan blog sendiri. Dan berusaha belajar mengenai blog! Kau apa ada?? Setakat teh tarik segelas dan rokok sekotak ajelah, sembang sembang sembang. No action, no result bai!!

Tuesday, April 9, 2013

TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT

Assalamualaikum ...




Sekarang nie musim telunjuk lurus kelingking berkait. Ngko kata aku, aku kata ko! Ngko fitnah aku, aku fitnah ko. Itulah berulang-ulang sampai lebam. Zaman aku kecik-kecik dulu, time PRU memang best ... tengok bendera parti berkibar sana sini. Boleh dikatakan zaman aman jugaklah. Tak macam sekarang nie. Macam-macam hal.


Bagi aku, rakyat semua dah cerdik. Kerajaan ke ... Pembangkang ke ... memasing dah ada manifesto sendiri. Pandai-pandailah renung, pandai-pandailah pangkah! Dalam cerdik-cerdik rakyat, jangan salah pilih sudahlah nanti.


Bab telunjuk lurus kelingking berkait di musim PRU nie buat aku tak berkenan. Sesak baca suratkhabar dan penat mendengar berita. Haish ... Itu belum lagi yang bukan 100% terlibat dengan politik secara langsung. Tak kisahlah ko sokong Kerajaan atau Pembangkang sekalipun. Setakat dengar je ... uih bukan main lagi menghukum. Sebar sana sini dekat FB. Habis penuh wall aku dengan cerita politik. Tahap boring dah weh ... ko sendiri pun tak turun berkempen ke bagai, biar orang lain berpanas pacak bendera. Ko sedap dok dalam aircond tekan keyboard sebar berita. Ntah sahih ke idak! Pesan aku, kalau benda tu ko sendiri tak pasti betul ke tidak .... please jangan shared!! Buat dosa je. Jadi fitnah .... faham dak!



Satu lagi, orang Malaysia boleh bergaduh perihal politik. Walhal ... kita boleh bersatu dengan politik! Kat office pun jadi puak tahu sebab politik nie. Ngok tak ngok kan? Keje gomen, ada yang 100% sokong Kerajaan dan ada 100% sokong pembangkang. Itu hak sendirilahkan. Memasing punya pilihan. Lagipun undi anda adalah rahsia. Cuma yang aku tak tahan, bila orang lain plak sibuk cakap kita akan pangkah parti nie ... parti tu masa PRU13 nanti. Wah, undi bocor ke kak??? Sesedap rasa mulut ....aku punya prinsip, "pedulilah aku nak pangkah parti mana sekalipun .... hak rakyat!".



Cuma bila aku renung-renungkan, banyak betul salah silap muncul bila hampir PRU nie. Banyak janji juga ditaburi. Harapan aku agar ia ditepati. Itu je. Janji dimungkiri, akhirat kelak menjawablah diri. Bukan senang menjadi pemimpin ...


Dan bila aku renung lama-lama, "alangkah bagusnya kalau kita bersatu kerana Islam, mempertahankan teguhnya Islam, mesti hebat Malaysia!". Itu sahaja!


Aku tak tahu sangat soal politik secara mendalam, sebab itulah aku lebih suka diam ... walaupun ayah dan si teman adalah orang kuat politik. Aku? Aku setakat ambil tahu ...









CK : Semoga PRU13 akan datang berlangsung dengan aman. Semoga Malaysia terus sejahtera dan Islam berdiri teguh tanpa gangguan. Semoga Islam dan Malaysia dilindungi oleh Yang Maha Kuasa. Amin ....

Friday, March 29, 2013

PEMIKIRAN KITA

Assalamualaikum ...




Bila ada je Kerajaan buat sesuatu yang baik
Mula kaitkan dengan politik
Mula kaitkan dengan PRU13!


Sebelum ni Kerajaan dah buat pun benda tu
Tapi time tu PRU13 jauh lagi ...
Time tu takde pun korang nak fikir, "Alah ... nak kita sokong dialah tu, mestilah Kerajaan buat bla bla bla .."


Pemikiran orang kita, setakat itu ajelah .... semua yang Kerajaan buat itu salah! Habis diri sendiri tak salah ke?



Cuba belajar audit kesilapan diri sendiri sebelum nak audit semua tu salah orang lain! Boleh tak?
Hari ini kita buka aib orang lain, buruk orang lain ... esok pusing balik kat diri sendiri juga. Ngerti?





CK : Orang kita patut bersatu!!

Saturday, June 23, 2012

POLITIK DEPAN PINTU!

Assalamualaikum ...








Balik kerja ... ada senaskah suratkhabar depan rumah. 
Bukan rumah aku je, tapi juga dekat depan pintu rumah-rumah jiran aku!

Aku tak suka politik depan pintu macam nie
Hari tu hantaq CD depan pintu ... dan kali ini harakah pulak.

Apa cer nie??
Minta maaflah aku tak berminat politik macam nie
Tak perlu nak edarkan harakah ataupun sebarang CD lagi depan rumah aku. Tak perlu.
Sebab aku tak baca dan aku juga tak tengok pun CD tu!!

 Kalau aku nak baca harakah tu, aku akan beli. Selalunya macam tu.
Tak payah hantar free depan rumah macam nie.

Serius aku tak suka. Mula dengan CD. Kemudian harakah.
 Esok-esok taktahulah apa lagi yang nak dihantar!

Tak sesuailah cara politik camnie. Aku bukan lagi macam dulu yang minat sangat dengan perjalanan politik di Malaysia nie. Zaman dah berubah. Aku tahu siapa yang aku sokong dan siapa yang akan aku undi dalam PRU akan datang. Aku jadi lemah bila melihat politik di Malaysia lebih kepada kepentingan diri, matlamat yang tak jelas, dulu cakap lain sekarang buat lain, hentam sesama bangsa dan agama, keluarkan hukum sendiri, lebih memecahkan perpaduan sesama agama dan bangsa ...!!


Mana tujuan sebenar politik?? Masing-masing nak menegakkan benang basah???
 



#sorry, kalau ada yg terasa ... tapi aku lagi terasa bila buat macam nie dekat depan rumah aku!!







CK : Tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia Insya Allah akan dilaksanakan dalam PRU akan datang! Kali kedua melaksanakan ... jika umur panjang. Insya Allah!!

Sunday, March 6, 2011

Keputusan Tidak Rasmi Pilihanraya Kecil DUN Kerdau dan DUN Merlimau

Assalamualaikum...


Tidak rasmi:
BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,623 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,339 undi.

Jumlah undi rosak diterima ialah 132.

Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.

Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang dengan majoriti 2,589 undi.

BN memperolehi 4,793 undi berbanding lawannya PAS yang mendapat 2,204 undi.


KERDAU

7.46pm: Calon PAS kini keluar menonton skrin besar di depan markaz induk parti itu. Beliau kelihatan tenang dan berborak dengan penyokong parti itu seperti biasa.

7.43pm (Tidak rasmi)
PAS: 2,204
BN: 4,793
Majoriti: 2,589

7:39pm (Tidak rasmi)
BN: 4,486
PAS: 2,161
Majoriti: 2,325

7:36pm Sebanyak 17 peti undi telah diterima di pusat penjumlahan. Baki sebanyak enam peti lagi masih belum diterima.

7.31pm Calon PAS akan mengadakan sidang media di markaz induk parti itu di kawasan Kerdau pada jam 8 malam.

Calonnya Hassanuddin Salim sudahpun berada di lokasi sidang media tapi masih belum keluar untuk menemui penyokong.

7.30pm (Tidak rasmi)
BN: 4,074
PAS: 2,002
Majoriti: 2,072

7:27pm (SPR)
BN: 3,334
PAS: 1,453
Majoriti: 1,881

7.15pm (Tidak rasmi)
BN: 3,777
PAS: 1,776
Majoriti: 2,001

7.12pm (Tidak rasmi)
BN: 3533
PAS: 1643
Majoriti: 1890

7.02pm: 5 Peti undi telah diterima, 18 lagi masih belum diterima

6.35pm: Dua lagi peti undi tiba di pusat penjumlahan. Baki 19 peti undi masih belum tiba.

6.34pm
(Tidak rasmi)
BN: 2,021
PAS: 956
Majoriti: 1,065

6.17pm (Tidak rasmi)
BN: 1,385
PAS: 764
Majoriti: 621

6.17pm (Tidak rasmi)
BN: 731
PAS: 513
Majoriti: 218

6.06pm (Tidak rasmi)
BN: 191
PAS: 114
Majoriti: 77

Berita awal

Proses pengundian bermula hari ini bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Kerdau di Pahang dan DUN Merlimau di Melaka.

Kedua-dua kawasan yang menyaksikan proses kempen pilihan raya yang suram ini merupakan kubu kuat BN dan para penganalisis membuat bacaan awal bahawa parti itu akan memenangi kedua-dua kerusi.

Di Merlimau pula, pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya.

Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India.

Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung.

Di Kerdau, calon PAS Hassanuddin Salim berdepan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad bagi menentukan sokongan dari kalangan masyarakat Melayu yang membentuk hampir 90 peratus daripada 8,999 pengundi berdaftar di sini.

Hassanuddin Salim yang tewas dalam pilihan raya umum 2008 bagi kerusi ini akan membuang undi di Telok Sentang manakala calon Syed Ibrahim akan mengundi di Kuala Tekal.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.


[Malaysiakini]


CK : Sedang tunggu keputusan rasmi!

Pilihanraya Kecil Kerdau dan Merlimau!

Assalamualaikum....



Hari ini PRK Kerdau, Pahang dan Merlimau, Melaka. Tak sempat pun saya nak tengok TV suasana mengundi di kedua-dua tempat ini! Apalah yang jadi agaknya. Tak sabar nak tunggu keputusan jam 8.00 malam ini! Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dah umumkan seawal-awalnya 8.00 malam ini keputusan PRK akan diketahui.

Sambil-sambil nak tunggu keputusan PRK bolehlah kemas-kemas rumah atau buat apa yang patut. Tadi buka BHOnline keputusan untuk undi pos : DUN Merlimau BN raih 46 undi pos dan PAS raih 2.

Rasa ruginya tak dapat tengok liputan berkaitan PRK ni....ada ke pondok panas???




CK : Politik masa kini entah ke mana hala tuju pun saya tak pasti! Tetap ambil tahu sebagai tanggungjawab rakyat Malaysia! Terutama Melayu....please jangan leka!!