Showing posts with label Kemaskini Blog. Show all posts
Showing posts with label Kemaskini Blog. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

KEMBALI AKHIRNYA

Assalamualaikum ...





Dah berhari-hari aku meninggalkan blog kedaung nie. Bukan tak ingat, sentiasa ingat nak update. Tapi mood adalah  turun naik dengan rutin harian yang berubah seminggu dua nie. So, aku sedang sedaya upaya untuk menstabilkan keadaan diri, mood dan menyusun semula rutin aku.


Eh, lupa .... sekian lama tak bersua kat sini, aku harap korang semua sihat sentiasa. Sentiasa ceria. Terima kasih sudi lawat blog aku walaupun berhari-hari tak update. Sorry sangat terutama kepada pembaca setia blog aku. Eh, ade ke yang setia? Harap ada ... he he he


Bila dah kembali berblog nie, rasa kekok pun ada. Dalam kepala ... apa nak cerita nie? Apa nak share nie? Kiranya banyak jugalah tanda soal. Nak share pengalaman jadi petugas SPR pun, PRU13 dah berlalu. Semuanya dah tak berbahang sangat, suam-suam kuku je. Untuk pengetahuan, even aku tak update, tapi aku tetap jengah ke blog-blog korang bila ada masa. Nak update blog sendiri memang tak dapatlah. 


Mulai sekarang, aku akan hadapi turun naik berblog. Mungkinlah. Tapi, jika aku ada masa ... aku mungkin update hari-hari juga. he he he. Turun naik berblog nie aku rasa semua blogger hadapi kot. Ada masanya terpaksa lupakan blog seketika kerana diri sendiri ataupun kerana orang lain. Macam aku, sebab aku nak settlekan banyak benda soal kerja dan soal rutin hidup aku. Uih, banyak benda yang aku nak fikir lepas nie. Masalah paling kronik aku skang nie, rindu kat kampung! Rindu mak ayahlah tu ... tapi, nak balik kampung  belum ada kesempatan. Sedih.









CK : Sejak perubahan tugas awal Mei baru nie, aku dah banyak relaks di pejabat. Adalah masa meregangkan otot pulak. Aku rasa sangat lega sebab aku tak perlu lagi buat kerja-kerja rutin yang sama memanjang. Ulang ulang yang tu jugak, aku tak suke macam tu. Aku suka kerja yang berbeza ... atau kerja sama tapi cara berbeza pun bolehlah juga.

Sunday, November 20, 2011

Setakat Yang Mampu!

Assalamualaikum ...




20.11.2011! Memang tarikh yang cantik, tapi aku bukan nak cerita pasal tarikh yang cantik nie sebab tiada yang istimewa dirancang untuk tarikh ini. sobs ... sobs! 


Perasan sebarang perubahan? Saujana mata memandang? Hijaukan ... aku dah tukar design template dengan colour sekali. Hijau Zainal Abidin! Sejuk sikit mata aku layan blog warna hijo nie. Orang cakap kalau tengok warna hijo nie, mata terang sket. Oranglah cakap. he he he. Untuk berapa lama bertahan aku tak pasti. Cuma header tu aku masih kekalkan header yang dibuat oleh adik Lalabiela tempoh hari. Itu je pun header yg aku ada. Header aku buat sendiri, ala-ala aje!


Lepas tukar design template baru aku perasan, ads Nuffnang dan button FB semua hilang. Dah mula nak kena setting balik. Apa lagi google sana sinilah cari tutorial. Nasib baik jumpa blog Lisaafha nie. So, aku pun follow segala tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau. Alhamdulillah, semua ads telah berada di blog aku seperti sedia kala. Terima kasih Lisaafha! Bila tengok susah payah camtu, mulalah lepas nie malas lagi nak tukar template, kang nak kena google tuto lagi. he he he ... nampak sangat ada kemalasan di situ!


Untuk tempoh yang tak tahu berapa bulan lagi, aku rasa template nie dah kemas. Buat sementara waktu. Bila mood aku membosan kat rumah baru aku akan edit semula blog nie setakat yang mampu. Bab-bab design template, aku memang budak baru belajar. Kadang main terjah je ... asal boleh! Ikut sempat.


Oklah dah awal pagi dah nie, mata aku dah minta bertongkat dah nie. Hadap blog lelama pun bukan boleh hilangkan mengantuk. So, aku masuk beradu dulu .... tak tahu aku nk ucap nite atau morning skang nie????


Apapun ... "have a nice dreams!"





CK : Sedap ikan bawal dekat Tomyam 2000, Kajang!

Saturday, November 19, 2011

Susun Atur Semula ... Blog Kesayangan!

Assalamualaikum ....






Aku sedang kemaskini rupa bentuk blog yang tak seberapa dengan kemahiran yang tidak sehebat mana!


Entry untuk malam ini .... tak sempat aku nak upkan!


Kerja-kerja susun semula blog sedang gigih dijalankan! xoxoxo ....







CK : Untuk sementara, layan aje template yang tak seberapa dari CK! Nak pergi dating kejap lepas nie ... ngeh ngeh