Showing posts with label Dating. Show all posts
Showing posts with label Dating. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

MURAH REZEKI

Assalamualaikum ....





Kadang-kadang, kita tak tahu bila Allah akan beri dan murahkan rezeki kita. Rezeki yang halal lagi berkat. Macam aku dan si teman ... last weekend pergi Desa Pinggiran Putra. Niat hati nak breakfast. Pusing sana pusing sini. AFN Cafe juga pilihan hati. Walaupun tahu, rege kat cafe nie agak mahal ... akan tetapi makanan yang disediakan boleh tahan sedap, bayar mahal sikit pun okehlah. Janji puashati. Berbaloi rasa dengan harga. Cuma, tak bolehlah selalu makan dekat sini. Boleh rabak!


Aku cukup suke makan dekat AFN Cafe nie, pelbagai menu kampung disediakan. Pilih je mana korang suke. Satu lagi, keadaan restoran dia yang bersih dan agak tenang juga. Berbalik kepada cerita last weekend, masa sampai kat AFN Cafe ... syok syok cedok lauk pauk, ada seseorang tegur si teman. Eh, kenalan dia rupanya.

Dah duduk makan, aku tanyalah sape ... "Itulah tauke Petronas Presint 11 ...! Tu kete dia, cer awak tengok ... kete yang awak suke". Si teman memuncongkan mulut dia ke arah Volkswagon ... Passat. Suke je, beli lom mampu. Sekarang hanya mampu untuk suke dulu. he he he


Itu lauk pauk yang kami ambil. Lauk sesaja. Pinggan aku penuh dengan lauk je. Nasi lemak aku ambil sesudu je. Sudu dia standard hotel, saiz besar ... so sesudu pun rasa banyak. Nasi lemak dia sedap tahu. Pestime aku makan. Aku suke sangat sambal udang dia, rasa kekampungan sungguh. Daging rebus yang kemudian digoreng pun sodap juga. Bak kata semua sedaplah. 


Si teman punya makanan mestilah nasi yang penuh pinggan tu. Siap campur mee lagi. Dia amek daging goreng kunyit je. Dia kadang tak macam aku sangat ... lauk amek sejenis dua je. Aku nie kalau makan, mesti 3-4 jenis lauk. Kalau boleh sepuluh ... 10-10 aku nak makan. Ha ha ha


Sedang sedap-sedap makan sambil berkasih sayang di pagi hari, tetiba kenalan si teman tepuk bahu dia. Cakap dah nak balik, dan .... "saya dah bayar dah semua nie ...". Wah, rezeki di pagi hari. Alhamdulillah. Ada juga yang sudi belanja kami makan hari tu. Semoga murah rezeki yang halal lagi berkat buat boss Petronas tu.


Besoknye tu, Isnin ... cam biasa pergi keje. Time lunch mula memikir nak makan kat mana. Aku ajak si teman berdating dan makan dekat Selera Putra. Kebetulan hari Isnin tu dah gaji. Apa salahnye belanja diri sendirikan ...


Dekat Selera Putra nie, kami ada kawan. Ajaklah dia makan sekali. Mula tu aku nak makan sup ayam je. Diet la kononkan. Pastu, kawan kami tu plak ajak makan kari kepala ikan. Okeh, layan. Aku perasan kari kepala ikan dekat Selera Putra dah naik hargalah! Dekat RM60 jugaklah. Berbanding tahun sebelum nie dalam RM40 je pun. Eh, mahal ... mahal .... tapi nasib baik sedap! 


Kari kepala ikan di Selera Putra, Presint 1 adalah antara kesukaan aku. Dalam setahun tu bolehlah menerai dalam 4-5kali. Bila teringin je terus ke sana. Cumanya aku belum pernah makan udang besar je kat situ. Tengok cam teringin. Tapi dok fikir 10x, sudahnye ... kari kepala ikan juga jadi pilihan. 


Hari tu, dah siap-siap makan semua. Si teman pergilah nak bayar. Sekali, boss kari kepala ikan nie cakap, "awak punya kawan sudah bayar ...!". Alhamdulillah. Rezeki lagi. Semoga murahlah rezeki kawan kami nie. Murah rezeki, halal lagi diberkati. Amin. Aku tau, kawan kitaorang nie bengang ngan kitaorang. Setiap kali kami ajak dia makan, pasti kitaorang yang bayar. Asal dia nak bayar je, kitaorang dah bayar awal-awal lagi. Cam benganglah dia. Dia kata seganlah asyik kitaorang je bayar. Padahal takde apelah sangat. Kebetulan masa ajak dia makan ada rezeki lebih, apa salahnye berkongsi.


Cuma aritu saje je dia buat taktik bangun selepas makanan sampai. Belum makan lagi dia dah bayar. Selalunya kitaorang makan kat situ, hadap sampai habis baru pi bayar. Dah selalu sangat makan situ, so staff kat stall mamak tu pun dah kenal dah.

 
Syukur Alhamdulillah, murah rezeki. Kita tak tahu bila rezeki kita dimurahkan. Kadang-kadang ia tidak disangka-sangka. Hidup nie jangan kedekut .... rezeki yang kita ada di dalamnya ada hak orang lain. Sesekali kita belanja orang apa salahnye kan. Jangan harap orang je belanja kita memanjang, bak kata si teman!




Dok ulang tayang gambar kari kepala ikan tu, terliurlah pulak!!





CK : Lepas nie kalau berdoa murah rezeki, tambahkan lagi dalam doa tu, "Ya-Allah, murahkanlah rezeki aku. Rezeki yang halal lagi berkat!".

Saturday, January 19, 2013

DATING DI ALAMANDA

Assalamualaikum ....





Rasanya dah lama aku tak bersantai-santai dan jenjalan di Alamanda dengan si teman. Maksud aku makan berdua bertentang mate. Ewah, gediknye ko kan! Alamanda bagi kami, lokasi shopping baru dapur jika rasa malas ke lokasi lain yang lebih jauh. Itu pun tak selalu sangat. Sekali sekala.


But semalam, kebetulan aku nak beli puff kawan dan sardin untuk siapkan tempahan sardin puff bagi majlis tahlil hari nie. So, aku pun ajaklah si dia temankan. Sebelum tu ajak makan dekat RASA dulu. Sejak RASA direnovate last year, inilah kali pertama aku jejak dan makan kat situ. Rasanyelah!


Kalau sampai RASA Alamanda, paling aku nak tuju semestinya sizzling yee mee dengan chicken black paper sos. Serasa akulah ... sizzling kat sini paling sedap. Tak dapat lagi la kat mana-mana yang sedap macam dekat Alamanda nie. Atau mungkin kat tempat lain pun ada yang sedap cuma aku je yg tatau. Agaknyelah! Sekarang nie jarang dah nak horey-horey makan kat luar. Ini pun skip diet lebih seminggu sebab batuk yg agak teruk. Terus tak pantang dah makan. Jadi pantang tengok adalah!


Sekian lama tak makan peberetku ini! Tapi sedih, sayur mayur non hado la plak!

Si teman tak makan. Dia dah belasah nasi beriani Putrajaya dekat office. Psssst nak habaq mai .... nasi beriani Putrajaya yang dijual kat cafe Kompleks PPj, Presint 3 tu sedap sangat. Hari Jumaat je ada. Jangan lupa korang cuba. Mai cepat .... lambat mai, beratuq sampai ke pintu cafe. 


Okeh berbalik pasai dating Alamanda. Aku pi beli sizzling ... si teman plak dok menulis kat meja makan atas flyers volkswagon (eh, betul ke eja nie ... main hentam sajelah nie). Ingat nak belikan aku passat ... polo ke golf gti satu ke hapekan. Upernye dia dok senaraikan perancangan tunang and majlis nikah/sanding. Good. Sayang awak. keh keh keh.


Semalam tu dikira dating dan merancang masa depan sekali. Dah lama tak dating macam nie. Lama giler! Dia fikir dan dia juga yang tulis. Bakal wifey dia sibuk melayan ... ermmmm sedapnye sizzling nie! Aku offer dia makan same dia tak nak. Sharing is caringkan. "Awak makanlah ... saya dah makan nasi tadi ... awakkan lapar". Ini memang ayat dia kalau petang-petang aku ajak makan. Bila dia tengok aku makan habis licin sepinggan, "awak memang lapar sungguh kan ... sampai licin pinggan!". ha ha ha


Dia banyak fikir untuk semua nie. Tarikh semua dia dah set. Kerja aku, balik kampung sembang ngan my family. Semua hantaran ... bila nak beli barang ... bape duit hantaran dan mas kahwin. Semua dia fikir. Aku hangguk kepala ajelah. Cuma bab duit hantaran dan mas kahwin je dia tanya ... "bape awak nak? tapi janganlah melebihi kemampuan saye ye!". he he he ... so, aku punya hantaran ke mas kahwin semua lebih kurang my sista2 sebelum nie. Senang. Aku tak nak pening kepala. Mana yang boleh dipermudahkan kita mudahkan. Nak hidup bersama harungi sukaduka senyum tangis ketawa selepas tu lebih lama. So, aku nak mudahkan apa yang sepatutnya. Dia setuju. Aku setuju. Cari titik persamaan. Walaupun pada mula agak payah. Semalam dia cakap, "saya bersungguh2 untuk semua nie!". Terharu kejap. hu hu hu


Sebut pasal duit hantaran kahwin, aku terkejut bila ada seseorang yang aku kenal .... lebih muda dari aku. Muda  banyak sangat. Bila ada bebudak nie tanya berapa dianye duit hantaran kalau ada yg meminang dia. Dia letak dekat 15K! Perghhh .... bajet retis ko. SPM je pun! Pastu ko keje ala-ala kerani gomen je pun. Wajah biasa-biasa je pun. Bukan aku nak kutuk. Tapi fikirlah sket dengan akal yang sewarasnye. Itu duit hantaran baru ... mampus bakal laki weh! Dia nak cari duit hantaran lagi ... nak cari duit buat majlis kahwin lagi. Jenuh kena siap 30K-40K! Mahu ka loan bank ... beranak pinak loan kahwin lom habis lagi! Kalau rasa nak sharing is caring, its ok lah nak letak hantaran tinggi. But my mom dah pesan, "mak bukan nak jual anak, biar berpatutan ... tak rendah sangat dan tak tinggi sangat. kebahagiaan selepasnya lagi penting!".


So, aku ikut standard adik-adik aku. Malas nak pening kepala! Lagi satu, aku taknak bakal husband aku tu pening kepala memikir mana nak cari duit. Apa-apahal memang kami bincang. Mana yang tak mampu. Terpaksa tolak tepi demi kebaikan. 



Okeh, itu cite pasal persiapan tunang dan majlis nikah/sanding. Start bulan depan dah kena pulun sakan cari barang dah ;=)



Dah kenyang. Dah siap diskusi semua. Kami geraklah ke Carrefour. Beli barang dapur. Berejam jugak dalam Carrefour tu. Si teman nie dia jenis setiap row nak masuk. Walhal takda barang nak beli kat row tu pun dia nak masuk. Setiap kali nak shopping barang dapur kena pesan ... "jangan lengahkan masa ye!". Memang itu habit dia. Tak macam aku .... nak beli apa, decide awal-awal dan terus tuju dekat row yang berkenaan. Melainkan aku takde tujuan pi shopping, maka banyak masa akan dilengahkan. hiks hiks. Sebab tu dia selalu tegur perangai aku, nampak je barang berkenan terus beli without nak survery rege ke hape ke dulu. Hamek kow!




Buntu camne nak stop entry nie. he he he ... okehlah aku nak sambung siapkan puff sardin. Petang nie kul 3pm kena siapkan. Nak gi mandi. Nak makan. Nak buat keje!


Happy weekend u'olls. Chill!!





CK : Layan Jozan kejap! Tahniahlah ... Jozan jadi juara Maharaja Lawak Mega 2012!