Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, August 11, 2016

Ayam Kampung..

Our favourite now, ayam kampung goreng garing-garing.. Tak makan dengan nasi pun takpe, aku dengan Hariz ratah aje.. Sangat sedap!

Dah 3 kali order dan delivery ke rumah.. Harga pun berpatutan.. Untuk agen di area lain, boleh check dalam FB Ammarni Farm..

bee2a1d7-a4f9-44bb-ba94-18f5b95cc743
Marilah order ayam kampung… Yums..

Wednesday, August 10, 2016

Airbnb In Osaka & Tokyo…

Cerita percutian di Jepun, akan menyusul kemudian kalau aku tak malas nak menaip.. Winking smile

Just nak share Airbnb yang kitorang duduk di Osaka dan Tokyo.. 8 malam di Jepun; 2 malam stay di Osaka, 5 malam di Tokyo dan malam terakhir kami duduk di hotel berdekatan dengan Narita Airport (kes takut lewat sampai airport).. I tried to minimize kekerapan kena berpindah sebab barang banyak, leceh dan memenatkan.. Ini pengalaman pertama kami tinggal di Airbnb, syukur both accommodation sangatlah memuaskan hati..

Di Osaka, we stayed here: https://www.airbnb.com/rooms/5608014

For more photos, refer link di atas.. Kecil aje apartment ni, tapi kelengkapan cukup, ada dapur untuk memasak ringkas-ringkas.. Cumanya dalam bilik tak ada mesin basuh/dryer, kena turun bawah untuk guna washing machine..

5 minit berjalan kaki dari Shin-Osaka station (East Gate) ke apartment ni.. Aku pilih Shin-Osaka sebab stesen besar and shinkasen direct dari sini ke Kyoto or Tokyo.. Tak perlu tukar-tukar train.. Memang sangat convenient..

image

Kami duduk di sini kat Tokyo: https://www.airbnb.com/rooms/10719442

Sangat selesa I would say.. Tilam jelah keras sikit hehe.. Ada washing machine dan dryer dalam toilet.. Penting ni mesin basuh dan dryer bila berjalan jauh dan lama… Baju anak-anak memang selalu kena basuh, ada yg terkencing, comot kena makanan etc..

FFMG3709
Besar apartment ni.. Sangat selesa untuk kitorang satu family.. Cumanya orang Jepun ni senyap-senyap aje.. So sangat risau bila anak-anak bising, takut mengganggu jiran-jiran..

IMG_4516
View from the apartment.. Kebetulan sakura season masa tu…

IMG_4522
Apartment ni sangat-sangat dekat dengan JR Gotanda station (Yamanote Line).. Just across this road.. 5 malam stay di sini, balik malam-malam pun okay sebab dekat nak jalan balik ke apartment.. Ada kedai di bawah apartment, nak beli barang kelengkapan harian, takde masalah..

Monday, August 8, 2016

Uber…

Sejak kewujudan Uber ni, kehidupan jadi lebih mudah!.. Aku dah jadi pengguna setia..

During lunch hour, kalau aku dan kawan-kawan terasa nak makan di luar, kami naik Uber ke Midvalley.. Jimat masa, tak perlu cari parking.. Dan memandangkan ofis aku kat PJ, nak pergi bank berdekatan pun, susah nak cari parking, takut kena saman kalau salah parking, bla bla bla.. Uber is the best option!

IMG_7963
Ni aku request nak balik ke ofis dari Bank Islam..

image1

Payment menggunakan credit card, so tak rasa duit tu keluar LOL.. Rate memang lebih murah berbanding teksi dan Grabcar.. Saya pilih! hihi.. I’ve once rode an Uber from Wangsa Maju to KL Sentral awal pagi sebelum Subuh, kena bayar cuma RM12.43.. Murah kan? Macam tak percaya.. 

If you guys nak try guna UBER, boleh guna link ni untuk register.. Kalau takut nak naik sorang, for a start ajak kawan teman.. hehe..

Have a nice ride!

Sunday, October 18, 2015

How To Avoid Paying Processing Fee When Buying Air Asia Ticket…

Tiket flight tengah murah sekarang, banyak promotion.. Just want to share something useful, maybe ada yang tak tahu.. Kita biasa beli tiket Air Asia ni, semua benda kena bayar, dari luggage, makanan, select seat pilihan pun kena bayar.. Upon checkout, kena bayar pulak processing fee.. Tambah-tambah semua, kadang-kadang MAS ticket lagi murah LOL..

Anyway, ini cara nak jimat daripada membayar processing fee Air Asia..

mastercard
Contoh, kalau bayar guna credit card, processing fee RM24.. Punyalah mahal!
Jadi, kalau nak elak bayar processing fee tu, boleh guna AirAsia ezpay debit card..

ezpay2

So sebelum nak proceed payment tu, bagi yang takde AirAsia ezpay debit card ni, boleh apply dulu.. Take about 5-10 mins to key-in all the details and apply the card online.. Boleh apply di sini. Nanti akan dapat email, dia bagitau 16 digit debit card dan CCV2 number.. First of all, sebelum guna, kena topup dulu (min RM50) ikut harga tiket…Then bila dah ada duit dalam tu, boleh teruskan proceed pembelian tiket dengan menggunakan nombor debit card ezpay tu..

ezpay (2)
Ni contoh account summary..

Very easy!

Thursday, December 18, 2014

Where To Buy Cushion Covers At Cheaper Price?

I’ve bought once.. Sebab nak tahu sama tak macam yang orang jual online tu.. Seeing is believing (prinsip aku ni LOL).. Ternyata sebiji sama.. Bila orang jual mahal sangat, aku pun tertanya-tanya betul2 mahal ke? Sekarang zaman internet, google sahaja insyaAllah boleh jumpa..

030 Cushion cover yang dibeli..

Since ramai yang tanya, I have to share this.. Good things must be shared, right? Hehe.. It is very easy! Open your browser and go to http://www.aliexpress.com/.. In the search window, type “Cushion Cover”.. Wallah, segala macam design cushion covers ada… Pilih yang boleh ship ke Malaysia.. Ada yang offer free shipping jugak, sangat best!..

cushion2

imageTengok, harga $3.99, dalam RM14+ sahaja.. Free shipping some more.. Berbaloi-baloi.. Bolehlah collect seberapa banyak cushion covers yang disukai :P

image

image Owl, anyone?

Okay, selamat shopping and deco rumah! Sorry, I’m not collecting orders for this.. hehe..

Monday, May 13, 2013

Our Visit To HOMEDEC 2013 On 1st May…

1st May is our 4th Anniversary.. Tapi gasaklah, “celebrate” dengan pergi HOMEDEC.. hehe.. Mula-mula plan tak mahu bawak Haikal, tapi baby sitter ada hal hari tu, so kitorang bawak ajelah dia.. kesian pulak kalau ditinggalkan.. Tapi tulah, darah turun naik jugaklah nak mengejar anak.. haha..

IMG_9709
My little soldier..

IMG_9715

We was looking forward for this exhibition.. Memang tertunggu-tunggu, sebab masa nilah semua benda yang kitorang nak cari ada di bawah satu bumbung.. Tu yang datang pagi-pagi, sebab tahu tak cukup masa nak spend dalam tu.. 1 hari tak cukup.. huhu.. Ada jugak hall yang kitorang tak sempat nak masuk..

Our focus on that day were on kitchen cabinet, folding door and alarm system.. Ada banyak booth, so terpaksa pilih-pilih aje nak pergi yang mana.. Yang dah tahu harga mahal (since last exhibition), kitorang tak singgahlah..

IMG_9741

IMG_9738

IMG_9719

IMG_9720

Setelah penat berjalan-jalan, membanding-banding material, harga, finally kitorang dah locked price kitchen cabinet dgn this one company.. Tak payah reveal dulu kot, hasil kerja pun tak tahu lagi.. hehe.. Yes, lama lagi.. More or less about one year from now.. Tapi we are happy like this.. Plan, cari idea, cari duit.. hehe.. Hubby cakap “engineer must have plan” yelah yelah.. Memang betul pun.. Nanti dah dapat kunci, dah tahu nak start buat apa dulu.. Takde kalut nak cari-cari lagi.. Buatnya time tu aku nak beranak ke, tak payah nak tunggu aku abis pantang.. hehehe..

IMG_9723

At the exhibition jugak, kitorang sudah berkenan dengan marble dining table kat Casarano booth.. Tak ada contoh mejanya, just tengok gambar aje dan pilih jenis marble yang kitorang nak.. Hopefully it will turn out good.. Dah booking, nanti rumah dah siap renovate, last sekali baru bawak masuk meja tu.. Berat gile, nak alih-alih payah..

IMG_9725
Macam-macam pilihan meja makan..

IMG_9727
Pearl white marble.. Meja macam ni, tapi square shape.. 5 feet x 5 feet just like what I dreamt off.. hihi..

152
Rupa dia square macam nilah.. Cun tak?

IMG_9724
LED lights.. To be considered.. Ke arah penjimatan elektrik dan sayangkan duit.. Spend more at the beginning and save a lot in the end.. :P

IMG_9731
Suka sangat hiasan dinding Kufi ni.. Dah masuk rumah baru boleh cerita :P

IMG_9736
Akuarium hiasan.. My hubby berkenan.. Aku cakap “boleh.. Kalau duit ada banyak lebih, tak tahu nak buat apa, then kite pasang akuarium ni” hehe.. Tak dinafikan memang cantik dan menenangkan..

Such long and tiring day.. Nak dekat maghrib baru keluar dari KL Convention Centre tu.. We had dinner kat KLCC, lepas tu baru balik rumah… Phew..

IMG_9796
Parking kena bayar ialah RM36.. Mak ai!!

Monday, April 15, 2013

HOMEDEC 2013… 1st-4th May 2013…

FYI: Tarikh HOMEDEC dah bertukar dari 2nd - 5th May kepada 1st - 4th May 2013.. Maybe sebab pilihanraya.. So, jangan silap tarikh okay!

From:

01a

To New Dates:

01a50

Just to share information regarding HOMEDEC 2013..

Ini antara exhibition yang paling aku tunggu-tunggu sekali setiap tahun.. hehe.. InsyaAllah, kitorang akan pergi.. Haikal akan kena tinggal.. Kalau bawak dia, kitorang tak boleh study nanti.. Dengan nak mengejar dia, hilang mood.. hihi..
For us, pergi tempat macam ni, nak survey tengok design-design cabinet terbaru dari segi material dan harga, barang-barang elektrik (price wise, new model etc), accessories etc.. Tak semestinya kena beli terus.. Nanti bila jalan-jalan kat luar, dah boleh compare dengan harga HOMEDEC.. Di samping tu, kitorang nak bajet-bajetlah berapa nak spend for kitchen cabinets, wardrobes, electrical appliances.. Semua nak baru, bengkok! huhu.. That’s why kena plan one year ahead sebab duit bukan datang bergolek dan selepuk.. *____*
By the way, there will be another HOMEDEC bulan October 2013 nanti.. Masa tu dah bolehlah nak lock price ke sebab rumah pun dah nak siap..

Ni tarikh-tarikh HOMEDEC October 2013 nanti..
HOMEDEC 2013 – PART 1 (HOME RENOVATION EXHIBITION) 17 – 20 Oct 2013

HOMEDEC 2013 – Part 2 (HOME DECORATION EXHIBITION) 24 – 27 Oct 2013

Thursday, March 28, 2013

Touch N Go With Your IC..

Do you guys notice that our IC can be used as Touch N Go card?

IMG_9043
Opps, now everyone know how young I am.. haha..

Aku suka guna Touch N Go dengan IC je sebab tak payah nak banyak2 card dalam wallet.. Tapi satu jelah, kena berhati-hati sikit, takut tercicir..

Sekarang, kalau tak outstation, aku akan ke ofis guna NPE Toll instead of Federal Highway, untuk ke pejabat di Jalan Timur.. My office is no longer at The Mid Valley..

Bila lalu toll, Touch N Go kad ni kira kewajipanlah.. Lorong bayar tunai confirm panjang sangat especially balik kerja.. Lorong Touch N Go dan Smart Tag masih okay lagi.. Maybe ramai yg tak top-up card.. kehkeh.. Dengan itu, aku boleh sampai rumah cepat before 6.00pm.. hehe..

Yeah, kat KL ni, kalau nak cepat, kena keluar duit, bayar toll.. Kecuali bawak motorlah.. :P

Saturday, March 23, 2013

Had Fun At Splash Park The Mines…

Nama je duduk dekat area Seri Kembangan ni, tapi sangatlah jarang kitorang ke The Mines… Dan baru-baru ni, first time bawak Haikal ke Splash Park di Level 5..

His papa nak tengok wayang.. Unfortunately movie tu tak sesuai untuk budak-budak.. So, I decided to bring Haikal here while papa watching his action movie.. :)

157

159

165
Makan coklat, untuk tenaga yg luar biasa.. LOL..

Hampir 2 jam kat situ, puas Haikal main.. Time cuaca panas-panas memang syok berendam.. Tak plan nak bawak dia mandi, tu yang pakai je t-shirt dan seluar jalan.. hehe..

171

173

178

181

185

186

He had a good time, next time boleh datang lagi.. Tak payah spend duit pun, still boleh buat anak happy… hehe..

Wednesday, March 20, 2013

CocoPPa: Cute Icons For Your iPhone…

Bila main game dah bosan, scroll Twitter timeline pun bosan, Facebook pun bosan dengan politik dan orang meniaga ubat kurus, mari kita belek-belek iPhone dan jadikan dia lebih comel untuk dibelek.. hehe..

012
For your info, aku guna CocoPPa apps.. Boleh dapatkan di App Store secara percuma.. Actually icon ni as a link sahaja.. Bukan replace original icon.. Yang original, simpanlah masuk 1 folder yang berasingan..

Friday, March 8, 2013

Groupon Deal: 1 Hour 50 Mins Spa Package At Pullman Putrajaya To Be Grabbed…

Bila dapat je notification tentang deal Groupon ni, bersemangat aku nak beli.. hehe..  Sebabnya dia kat Pullman Putrajaya.. Dekat dengan area rumah, no hassle nak pergi sana.. Dari segi harga memang sangat berbaloi.. RM88 per person or RM168 for 2 persons during weekdays.. Jimat banyak, if compare dengan harga dalam website..

Memang selalu je ada jual spa package kat Groupon or other websites, tapi tempat yang aku tak tahu, memang aku tak akan beli..  Aku takut tempatnya tak seindah yang digambarkan dalam iklan.. huhu.. Nanti, geli pulak masa nak urut.. haha..

1335437257777

1335437257807

I have bought 2 packages, 1 nak pergi massage dgn kawan-kawan.. And 1 lagi nak pergi with my hubby.. :) Nanti dah pergi, aku bagi review okay.. hehe..

To buy the package, visit HERE.

Sunday, November 25, 2012

MooGoo Full Cream & Selsun Shampoo…

071

Jerawat tiba-tiba menyerang kebelakangan ni.. Geram! Macam masih muda remaja pulak.. hehe.. Adakah produk aku gunakan tak sesuai? Tapi, sebelum ni pun pakai product yang sama.. Living Proof moisturizer and cleanser.. Cuma baru-baru ni aku tukar pakai cleanser jenis cream ni.. Hmm, takkan lah sebab ini? 

1124

Tanya pendapat kawan-kawan di Twitter, baca reviews, banyak cakap product MooGoo bagus.. Itu yang nak try.. Cari cleanser dia, tak ada kat JB ni… Tu yang beli moisturizer cream aje.. Harap rajin guna.. hehehe.. Baby pun boleh guna untuk rashes, eczema and irritated skin..

Selsun shampoo tu pulak untuk kelemumur, kuat sikit bertindak dari shampoo biasa sebab ada chemical… Actually sejak tukar Head & Shoulder shampoo, macam okay sikit je kelemumur macam dah kurang.. Harap-harap pakai Selsun ni lagi kurang dan kelemur tak cepat naiklah.. huhu.. Nak tukar MooGoo tunggu next time pulak, one at a time.. :) Mahal sikit harga produk MooGoo ni..

Wednesday, October 17, 2012

SAYS.my: It’s Time For Another Cash Out..

Seronok tengok earnings bertambah.. Walaupun slowly, nampak jugak improvement.. hehe.. So, hari ni nak cash out untuk sekian kalinya.. :) *Dah fikir, cukup ni untuk sebiji Pandora charm haha.. *

says
Minimum cash out ialah RM50.. Saja tunggu banyak sikit, baru keluarkan..

Sesiapa nak join SAYS.my ni, jomlah.. Senang sangat.. Register kat SINI.. Tak ada blog pun tak apa, guna FB je untuk share the advertisement..

Easy peasy :)

Note: Baskin Robbins.. Vote your favourite ice cream now..

Tuesday, August 14, 2012

SAYS.my Is Giving Out RM100 Duit Raya..

Only ONE day! Duit Raya RM100 akan diberikan kepada 15 orang yang bertuah..

f_02duitraya

Sangat senang, just join (kepada sesiapa yang belum join) dan apa yang korang perlu buat ialah SHARE this NIVEA’s Moment of Closeness dan Standard Chartered’s Gold Card campaign!

Very easy peasy.. Who knows you will be the lucky one! Rezeki di Bulan Ramadhan ni, tak siapa yang tahu :)

Good luck..

Friday, August 10, 2012

Cashout SAYS.MY Earnings For Extra Duit Raya :)

says

Happy! Hari ni aku click for another cash out.. Sebenarnya RM50 dah boleh cash out, but I insisted to wait until it reaches RM100.. Barulah significant sikit masuk dalam account bank.. hehe..

Semua dah join SAYS.my? Kalau belum, boleh join sekarang.. Nothing to lose.. Aku dapat income pun sikit-sikit ikut berapa rajin aku share ads dan berapa ramai click ads tu.. Tapi, sikit-sikit tulah yang lama-lama boleh bertambah :)

Meh join, register here..

Iklan yang tengah hangat diperkatakan skrg ialah iklan raya Petronas ni.. Jom hayati video ni..