Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Monday, October 26, 2015

Brotherhood…

IMG 236

IMG 297

IMG 484

IMG 1908

IMG 2202

IMG 4933

IMG 4878

IMG 3152

Wednesday, June 1, 2011

We Are In Terengganu Now!

Me and my baby are in Terengganu.. Berdua sahaja! Of course sangat mencabar, tapi tak apa only for these few days.. This weekend, my hubby will come here.. Lepas tu, my mom and sisters datang pulak tolong jaga Haikal..

For the time being, hantar Haikal kat rumah babysitter kawan di Kuala Terengganu ni.. Alhamdulillah, Haikal tak nangis pun.. Senang anak aku ni sebab dia friendly macam mama dia, semua orang dia boleh “masuk”.. haha.. Every morning, aku bangun pagi, mandi cepat2 make sure Haikal tak terjaga lagi, pastu siap2 solat dan kemas barang.. Yang tak tahan, angkat barang2 ke kereta.. Dengan beg aku yang berat 10kg pastu cooler bag, beg Haikal, then dukung Haikal sebelah tangan lagi, separuh tenaga dah hilang kat situ.. hehe.. *Itu macam bagi hint kena beli beg baru yang ringan sikit.. haha*

Hantar baby dalam 12km from Hotel, so terpaksa drive him to babysitter awal, before 6.30am dah bertolak.. Nak mintak tumpang kawan hantarkan time kitorang pergi ofis tu susah sebab lalu jalan lain.. Haikal bising time nak letak dalam carseat je.. Melalak beria.. Once dah duduk diam2 dalam tu dan kereta bergerak, dia senyap.. Time kereta berhenti kat traffic light, merengek balik.. Kenalah comfort him.. Kalau nasib baik, dia tertidur balik kat carseat..

Makanya, pagi ni hari terakhirlah bersusah sikit hantar baby pagi2 pergi babysitter.. Sebab mulai next week, mak dan adik aku yang jaga Haikal kat hotel.. So, takdelah aku nak rushing lagi ulang alik hantar Haikal nanti..

First time experience kerja yang banyak travel ni.. Seriously, aku kena cari babysitter setiap negeri.. Kalau ada sedara ke, kawan2 ke, boleh jugak contact2 tanya fasal ni.. Kalau kena masuk ceruk hutan, siapa yang aku nak contact.. Adakah kena hire maid pulak ikut aku time aku travel aje? Haish, risau anak aku dengan orang asing.. huhu.. Harap2 semua okay belaka lah.. Aku malas nak fikir susah-susah, buat pening kepala aje.. :P

Note: Oh ya, Haikal dah start on formula milk once he reached 15 months.. Tapi, aku tak pernah tengok dia minum lagi sebab dia minum ada skali tu masa aku pergi Perak dan sekarang, masa kat rumah babysitter kat sini aje.. But still aku supply susu badan lagi, cuma tak banyak stock, so kena top up dengan formula milk jugak.. 

Tuesday, May 3, 2011

Baby On The Move: Walking…

Nak duduk diam-diam, jangan haraplah.. Bila dah pandai berjalan ni, sekejap2 dia round dapur, lepas tu jalan ke ruang tamu pulak.. Time makan pun camtu jugak.. Makan sesuap, kemudian ronda-ronda dulu sambil kunyah makanan, pastu datang balik makan lagi sesuap.. Yang tak tahan, dia kesat kat sofa tu.. huhu.. bila makan kat restaurant pun tak reti duduk diam dah.. Mesti nak rayau-rayau jalan ke meja orang lain.. Penat mengejar.. hehe.. Tulah, dulu time belum berjalan, tak sabar nak tengok anak berjalan.. Sekarang dah berjalan, kenalah rasa sendiri macam mana penatnya.. hihi..

Ni video berjalan nak kejar mama.. Masih senget-senget lagi jalannya, tapi dah agak tegap..

Sunday, May 1, 2011

Baby Attracted To Toys…

Aku rasa semua babies or toddlers semua pun akan naturally attracted to toys.. Lebih-lebih lagi toys sekarang ni macam-macam fesyen ada.. Kite yang dewasa ni pun kadang2 geram tengok mainan, tapi kena tahan diri dari membeli sebab dah banyak sangat mainan kat rumah.. hehe..

Last week, pergi Toy’R’us di Pavillion.. At first, Haikal duduk diam je dalam stroller.. Bila kitorang tengok2 mainan kat situ, terus dia jadi tak tentu arah nak turun dari stroller.. huhu.. So, we let him walk around the place.. Since dah pandai berjalan ni, laju aje dia capai-capai toys kat rack and this one attracted him the most! Toys with steering..

IMG_2010

IMG_2008 Lama duduk kat situ main steering ni.. Memang best, tapi harga dia boleh tahan.. huhu..

Tengoklah tu, kitorang biarkan aje dia berjalan.. Satu-satu mainan dia tengok2 dan tekan2.. Bila keluar muzik, mulalah joget2 kat situ.. :) Anak aku ni tak reti takut, tau.. Kite tinggalkan dia and cakap bye-bye and menyorok dari pandangan dia, buat tak tahu aje.. huhu..

IMG_2012

IMG_2013

IMG_2014

Nanti dah besar sikit, mesti pandai mintak pulak.. By that time, aku akan elak kot dari lalu kat Toys Department.. haha.. Yelah, karang lalu tepi, anak melalak2 mintak mainan, malu kalau orang tengok... Orang ingat kite pukul anak pulak.. hihi..

IMG_2019 Masa di Service counter.. Tak reti diam! Mulut tak berhenti mengunyah Smile with tongue out

Tuesday, April 26, 2011

Mama And Baby Vacation In Port Dickson…

My family arranged for a family trip to Port Dickson.. Unfortunately, papa Haikal sakit on that day.. Memandangkan dah dapat green light, aku pun berdua aje pergi ke Port Dickson dengan Haikal.. Tak jauh pun Port Dickson dari rumah, 1 jam aje.. So, kitorang berdua bertolak kul 4.00pm pada hari Sabtu tu.. Haikal behaves very well duduk dalam carseat.. Biasanya dia meronta juga mula-mula tu, tapi aku cakap “Nak pergi jalan.. nak pergi jalan” pastu umpan dengan biskut, senyaplah dia dalam tu.. Good boy!

Sampai je sana, letak beg dalam bilik, terus tengok adik-adik aku tengah berendam dalam swimming pool.. Haikal yang blur-blur baru bangun tidur, terus cerah mata tengok air depan mata.. Terus aku bawak dia tukar baju lain untuk mandi.. Adik-adik aku pun berebut nak main air dengan Haikal.. Oh ya, kawan2 mak aku pun ada jugak join.. Diorang jiran2 kat Wangsa Maju… Kitorang semua dalam 5 family lah..

IMG_1964 Mula-mula masuk kolam, agak takut di situ.. hehe..

Once dah start berenang2 dalam air, naik syok dah anak aku ni sampai taknak naik.. Bila kite dudukkan dia kat tepi kolam, dia sendiri akan slip badan dia masuk dalam air balik.. hehe..

IMG_1969 Tengoklah how happy he was..

IMG_1967 Nak turun dalam kolam..

IMG_1968 Ni lagi satu gambar, cubaan memasukkan diri dalam kolam.. Haiyo, he loves swimming pool so much!

IMG_1970

IMG_1971

Lepas mandi kolam, kitorang turun pantai sekejap.. Aku pun saja lah nak bawak Haikal ke pantai.. Bagi anak aku ni kenal apa itu pantai.. hehe.. Konon nak bagi dia main pasir, tapi dia tak mahu jejak pun.. Geli kot.. huhu..

IMG_1973 Mula-mula jejak kaki atas pasir pantai..

IMG_1974 “Apa ni mama, Haikal gelilah!”.. Last-last, Haikal duduk atas riba aku je.. Aku try nak letak kat pasir, dia tak mahu langsung.. Berdukung ajelah jawabnya.. So, kat pantai tak lama, terus balik mandi swimming pool lagi.. huhu..

Aku mandi dengan Haikal pun tak lama.. Aku risau Haikal selsema kalau lama sangat berendam.. Alhamdulillah, Haikal okay aje malam tu..

IMG_1984 Dah siap tukar baju.. Tengok aje pakcik masih mandi.. Mulut Haikal bising panggil2 macam suruh berhenti mandi kolam aje.. hehe

Malam, makan barbeque chicken.. Then, aku bawak Haikal lepak kat lobby tengok AF9.. Yang lain, ada yang masih mandi swimming pool lagi..

IMG_1993 Main bola kat lobby dengan Marissa..

IMG_1994 Tengok tu kening Marissa luka, jatuh kat Carrefour.. Nasib tak berjahit..

Malam tu, lambat Haikal tidur.. Tapi, bagus jugak, tidur nyenyak sangat sampaikan bangun sekejap aje untuk menyusu dan sambung tidur sampai pagi.. Betul-betul penat agaknya…

Esok pagi, 8.30am dah bangun, terus keluar tengok adik2 aku dah terjun kolam balik.. Excited anak aku ni tengok… Ingatkan dah taknak bagi Haikal mandi lagi, tapi kesian pulak.. Memang seronoklah dapat mandi.. Lagi-lagi ada orang layan dia ke sana ke mari..

IMG_1997 Muka baru bangun tidur..

IMG_1998

IMG_2004 Yeay, dapat masuk dalam air balik.. :)

Dalam pukul 11.00am, aku kemas2 barang, siapkan Haikal, then kitorang berdua balik ke KL semula.. Dalam perjalanan balik Haikal tidur dalam carseat sampai KL..

Maka, berakhirlah percutian kami..

Monday, April 25, 2011

I Love Free Stuffs! Thank You, Drypers…

Who doesn’t love free stuffs, rite? Smile

Sejak jadi ibu ni, semua website yang berkaitan dengan ibu dan baby, aku explore.. Dari website susu formula, baby products e.g. lotion, sehinggalah website diapers, susu untuk ibu yang breastfeed etc… Sebenarnya, what excites me the most ialah adanya icon “Request A Sample” tu.. hehe.. Before nak request, of course lah kena register untuk jadi member dulu.. Itu yang selalu jugak orang dari Anmum, orang dari Mamil Gold call tanya response tentang product yang kite try.. Jawab ajelah.. :)

Bila jadi member ni, kadang2 adalah dia bagi buletin setiap bulan ke rumah.. That is normal.. Tapi, baru2 ni, aku received Glitter ABC Book from Drypers.. That's surprised me.. Seronoklah sebab dapat buku baru untuk Haikal.. Siap lip lap lip lap gambar-gambar dalam tu.. Balik rumah tunjuk kat Haikal, yes, memang dia suka sangat sampai suruh aku baca ulang-ulangSmile

IMG_1938

My reading time!

IMG_1935  Berehat sebentar tengok iklan kat TV Smile with tongue out

IMG_1936 He loves this book so much… A for Apple, B for Ball, C for Cat… Bila tanya mana “Cat”, entah mana-mana dia tunjuk, kadang2 betul, kadang2 salah.. hehe…

14 Months…

IMG_1997 Di Port Dickson semalam.. Baru bangun tidur.. Excited nak mandi swimming pool Smile

Haikal genap 1 tahun 2 bulan semalam.. Terlewat pulak nak tulis tentang his 14th months milestones kat sini sebab tak sempat.. Lagipun internet kat rumah ni kadang2 on off ikut suka dia.. Sebelum ni tak pulak macam ni.. Okay, enough about it..

So, on his 14th months, boleh dah nak consider Haikal as a toddler, kan? because he now can walk by himself! hehe.. Tapi, tak tegap sangat berjalan tu, terkedek2 dan sangat berhati2.. :) Keep up your good try baby! Kadang2 tu bila lambat sangat berjalan nak kejar mama, dia terus merangkak.. Barulah laju sikit.. hehe..

Okay, move on to his milestones:

  • He now can pronounce “Ayah”.. Kat rumah babysitter, husband kakak tu, anak2 dia panggil Ayah.. Haikal pun terikut sama.. Kat rumah pun panggil “Ayah.. ayah..” Itu pun ikut mood.. :P
  • Bangun pagi, mesti cari mama dulu.. Let say aku tengah mandi, dia boleh melalak kuat2 pastu turun katil dan berdiri luar pintu bilik air dan ketuk2.. So, bayangkanlah macam mana nak mandi dengan tenang dalam tu.. Baru masuk tak sampai 5 minit dah terkejar nak keluar sebab kesian anak melalak kat luar.. Itu dinamakan mandi koboi ye, puan-puan.. haha..
  • Sekarang ni, sikit-sikit “Ama.. Ama..” panggil mama.. Nak biskut, nak air, semua panggil “Ama..”
  • Sudah faham apa kite cakap and when we give direction, he tends to follow it.. Suruh amik botol air dan minum, suruh simpan toys dalam basket, dah boleh haraplah anak aku ni..hehe.. Kalau air tumpah, bagi tissue kat dia, dia lap-lap lantai tu.. hehe..
  • Walaupun faham apa kite cakap, tang buat sepah pun bagi kat dia.. Kite kemas dapur, dia kemas bakul susu dia.. Abis terabur botol susu, toiletries etc.. Serius, kadang2 tak larat nak kemas, aku biarkan aje.. Rak buku kat bilik pun dia punggah, apatah lagi baju2 yang dah dilipat.. Papa Haikal yang selalu susun balik..
  • Pantang dengar lagu, mesti joget.. So cute!
  • Bila tanya “Mana nose?”, he will point to his nose :)
  • Sangat suka senyum as always! Yes baby, you cherish my life.. I’m soooo grateful.. Alhamdulillah..

Wednesday, April 20, 2011

Current Reading…

IMG_1937

Read for my Haikal, of course!

Satu je tak tahan, lepas baca, kena baca lagi.. dan lagi.. dan lagi.. Kalau stop, dia merengek.. Sudahnya, aku buat2 alih perhatian dia, pastu sorok buku tu.. haha.. Rasa2 rajin nak bacakan lagi, kite bukak balik… :P

Anyway, I’m happy he is showing his interest towards books.. Nanti besar pun, mesti rajin baca buku, tau!

Tuesday, April 19, 2011

Haikal’s Birthday Album…

Dah lama dah siap album ni, ni baru sempat nak post dalam blog.. Aku asyik terlupa nak snap photo rupa album yang aku dapat.. Album dihadiahkan oleh Epit sempena birthday Haikal hari tu..

Inilah hasilnya…

IMG_1939  Front page..

IMG_1942  Look at my boy.. Kesian, demam on his birthday.. Tu yang bertampal cool fever.. Siap jadi front page lagi! Memang cool betul! haha..

IMG_1943  Back page..

Ini the rest of the photos.. Aku tak snap semua, banyak sangat.. Overall, aku puas hati..:)

IMG_1944  Sticky album..

IMG_1945

IMG_1946

IMG_1949

IMG_1947

IMG_1948 

Kalau minat nak dapatkan perkhidmatan photography adik aku ni, lawat blog dialah.. Bagus jugak ada photographer dalam family, pergi mana-mana sama-sama, tak payah aku susah2 keluarkan kamera aku… hihi.. This week, familly trip to Port Dickson, tak sabar nak bawak Haikal mandi-manda swimming pool dan pantai.. Aku pesan nanti kat adik aku suruh tangkap gambar banyak2.. ;P

Sunday, April 17, 2011

He Loves Durian, Just Like Mama!

At first, saja je nak bagi Haikal rasa sikit durian ni.. Sekali tu, dia suka lah pulak dan tak nak berhenti makan.. huhu.. Bila aku cakap dah abis, mulalah nak melalak.. Smile with tongue out

Tengoklah budak comot ni makan durian!

IMG_1895

IMG_1899 Tertinjau2 tengok papa bukak durian.. Dia yang paling tak sabar sekali.. hehe.. Gambar terpaksa dikaburkan kerana terlalu seksi.. Auw… haha..

Ni sempat record satu video aje.. Yelah, aku ni kalau dah dapat durian, benda lain semua tak ingat dah.. Dah nak abis makan, baru ingat.. hihi.. Tengoklah betapa rakusnya anak aku makan durian.. Kiri kanan nak orang suap.. huhu

Last night, my hubby beli lagi durian.. Bila bawak masuk je rumah, Haikal dah tak tentu arah.. Merengek ajak aku ke dapur… Excited dia tengok durian.. Bertiga kitorang duduk di dapur, menghadap durian sampai licin.. Sebiji je pun, tapi kali ni banyak ulas dan puas makan.. This time, aku cakap “dah abis”, Haikal relax aje.. Dah puas dan kenyanglah tu..

Okay, nanti kite makan lagi ye, Haikal ;P